Tuesday, December 29, 2009

Alkisah..

Semalam..second visit Aiman ke Klinik Kesihatan. Aiman kena cucuk. Masa tu Aiman memang tido dengan nyenyaknya. Bila bukak seluar dia, dia bunyi skit, bila kena cucuk.. nangis la jugak.Sampaikan Adilah yang dok kat luar pun boleh dengar suara Aiman nangis. Tapi..seperti biasa, kejap je nangisnyer. Nurse kata, maybe akan demam so balik umah tu terus kasi Aiman makan ubat. Ni cucuk apa ntah, tapi nurse tu kata, ni cucuk baru, kena cucuk 5x. Dalam hati aku cakap.. ooo.. cucuk baru. bagus2.. cucuk kat sini free. berguna jugak duit cukai yang aku bayar kat gomen saban tahun.. biarla tunggu lama skit.. Kedekut skit ibu Aiman nieh. Alhamdulillah, sampai skarang takde tanda2 yang Aiman akan demam. Cuma semalam dia kelihatan sangat layu. Angkat pun bleh pejam mata n lali. Agaknya kesan ubat yang dia minum kot. So berikut adalah antara kisah2 Aiman yang terbaru..

HADIAH

Ni Aunty and Uncle dari TW yang kasi. Aku yang pilih hadiah ni. Sebab diorg takde masa nak pi beli.. aku mintak duit yang diorg kutip, aku pi beli sendiri!

Banyak Mak Lang Aiman (Hanisah) belikan barang and antaranya adalah topi yang cute ni! Bagusla sebab Aiman memang kekurangan topi untuk jalan2.

Baju ni plak, Mak Teh Aiman (Adilah) yang kasi. Tak tahan... Ada lagi sign yang pasang kat belakang keta. Kepala kuola yang bergoyang2, sayangnya keta tinted gelap giler. Nampak... tapi tak clear sangat tp bolehla..

TQ suma untuk hadiah2 for Aiman. Senang2 kasi la lagi yek!



SENYUM & NGANTUK

Aiman dah pandai senyum sekarang. Bila mood dia baik, kita cakap n senyum2 kat dia.. dia mesti akan senyum balik. Kalu dia rajin, dengan suara2 pun kuar. Sembang ngan kita. Kekadang, dia akan dengar n tengok dulu kita cakap2 kat dia.. pastu lama dia dengar, mulala bukak mulut menganga, ala2 nak cakap tapi tak kuar suara (seperti gambar kat bawah). Pastu.. riuhla dengar suara dia dok sembang jugak!
Ni dah ngantuk. Dok garu2 kepala, mata.. kekadang tu sampai merah kening n kelopak mata sebab dia ngantuk, tapi tak mo tido..Mata dah kuyu.. ni dah nak tido sesangat la ni. Kekadang, tak sampai seminit pasni, dia boleh pejam mata n terus tido. Lupa plak nak ambik gambo dia tido masa ni. Tapi.. kekadang jugak, even dia dah kuyu n tutup mata tido.. dalam masa 5 minit kemudian, dia akan jaga balik n mula main2 balik..


SUATU PAGI BERSAMA KANGAROO
8.18 am : En Suami baru je gerak pi keje. Sebelum dia pi keje, aku dengar dia sembang2 ngan Aiman. Tak sure masa tu Aiman jaga or tido. Then aku pi tengok Aiman lepas en suami pegi keje, aku nampak dia letak kangaroo ni kat tepi Aiman. Kangaroo ni mak teh Aiman yang kasi. Sangat comey en suami letak kedudukan kangaroo ni. Macam tengah tunggu Aiman tido.
8.25 am : Aku baru siap sidai kain. Jengok Aiman.. tengok2 kangaroo dah berubah tempat! Dan Aiman masih di posisi yang sama macam tadi.. kangaroo tertonggeng kat atas bantal Aiman..
9.18 am : Aku baru kuar dari toilet, bilas baju Aiman and bila jenguk.. kangaroo berubah tempat sekali lagi!! Kali ni kat kepala Aiman plak n Aiman nyer.. masih nyenyak tido! Tapi masa dalam toilet tu, aku adala dengar Aiman bunyi2 macam mengeliat. Hahaha.. mengeliat sampai terpelanting kangaroo..

Kita hanyalah merancang tapi..

Minggu ni aku cuti!! Abiskan lebihan cuti tahunan company yang mana tak leh nak carry forward ke tahun depan. Banyak sebenarnya perancangan dalam kepala otak aku ni nak menghabiskan seminggu cuti terutamanya weekdays. Antaranya :
  • Pi Sogo shopping baju keje and seluar keje. Lepas bersalin ni, baju2 lama nampak macam buruk benor. Seluar pun, ada yang masih muat.. and ada jugak yang dah tak muat!
  • Nak pi gunting rambut.
  • Nak pi anto baiki spek yang pecah cerminnya 2 minggu lepas. Dah 2 minggu kat dalam keta, tak sempat singgah mana2 kedai cermin mata pun lagi.
  • Nak ajak member2 yang free kuar lepak makan2 and sembang2.
  • Nak mengemas rumah (besar2an punya operasi). Last time kemas rumah masa panggil indon tukang cuci dulu.
  • Menghabiskan masa kat umah mak sebab Hanisah dah balik abis belajar and Adilah balik bercuti. Pasni kalu keje, mesti singgah kejap je umah mak untuk amik Aiman

Tapi.. suma ni hanyalah perancanganku. Tak dapat dijalankan sebab tetiba dapat tau semalam my MIL masuk hospital. Memula masuk wad sementara while waiting result test darah doktor. Pas dapat result, terus doktor tahan masuk wad. En suami dah macam tak keruan.. ye la.. agaknya kalu aku kat tempat dia, mau nangis aku masa dengar berita tu. Malam semalam jugak bertolak balik BP dengan my SIL. Memula aku serba salah nak ikut ke tak sb harini ada keje nak kena buat. Rasa macam dah lama sangat susahkan orang take over keje aku sepanjang cuti bersalin dulu. Ni nak kena susahkan orang lain lagi cover aku. Tapi, aku serba salah jugak kalu tak ikut en suami balik tengok my MIL. Akhirnya.. lepas pk n mintak tolong kawan2, aku decide ikut jugak en suami balik BP. Sampai umah around 1am. Risau bawak Aiman jalan malam2 tapi nak wat camne.. doa je lah. Sepanjang journey aku n Aiman tido. Especially bila aku sedar kitorg kuar kot exit Pagoh. My SIL yang temankan en suami sembang2 sepanjang jalan.

So far, keadaan my MIL beransur baik. Maybe kena dok wad 2-3 hari lagi. Bagus jugak sebab kalu balik rumah, mesti tak dapat nak rehat. Macam2 nak buat. Aku pun, maybe sampai abis minggu kat BP. Takpela.. tangguh je la suma perancangan yang telah aku buat untuk minggu ni. Tunggu CNY punya sale la pulak untuk shopping tu. Pasni, rasanya takde peluang dah aku nak cuti panjang sampai seminggu. Maybe kalu ada pun, akhir tahun nanti, abiskan baki cuti tahun ni. Itu pun kalu ada balance, sebab aku akan mulakan tahun depan tanpa sebarang replacement leave. Tahun ni, banyak cuti sb ada banyak replacement leave, yang tahun 2008 lagi. Tunggu my next cuti bersalin la pulak.. hahahahaha....

Thursday, December 24, 2009

24 Dec 09

Harini, last day keje kat Damansara Office! Banyak nostalgia kat cni nieh. Pagi tadi masa masuk jalan kawasan opis, terdetik dalam hati, ni la last day aku datang opis kat cni. Jiwang pulak. Tapi kat sini memang best, lagi best masa dok umah betul2 kat depan opis. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Mana taknya, parking keta pun kat opis, balik umah jalan kaki je. Nanti, tempat baru, kat kawasan kilang. Dahla tempat baru, panas, pokok pun takde. Kedai mamak pun jauh! Huhuhu.. kalu skarang, kedai mamak sebelah pintu je ngan bilik staging kitorg. Emm.. dahla citer pasai opis, bosan. Datang keje arini, bukan wat apa2 pun. Sempat wat keje skit, kol 12 server dah shut down. Skarang.. dok melepak je bukak internet sambil tunggu sikit masa lagi aku nak chow. Mujur ada broadband, budak2 yang takde internet access.. menumpang wi-fi kedai mamak sebelah ni je.

Aiman skarang dah sihat sikit. Adala batuk skit n kahak. Kekadang tu tersedak gak n ada bunyi kahak kat tekak dia bila die bernafas. Pagi tadi, aku tertumpahkan susu Aiman yang baru nak masukkan dalam peti sejuk. 6oz = 3x pam.. huhuhu.. sedih je tengok susu bertaburan kat atas lantai. Takpe la, takde rezeki Aiman, nanti kumpul balik.

Mak tok ngan nenek Aiman baru balik jalan2 kat Australia. Sakan shopping, sampai bawak satu beg plastik besar xtra beli kat sana. Ala.. beg kotak yang biasa kalu tengok dalam citer cina, diorg bawak beg tu balik kampung. Belang2.. hihihi.. kat Australia pun ada jual gak beg gitu. Sebenarnya.. aku dah tak tau nak citer apa. Nak wat keje pun dah takde mood. Holiday mood already. Next week aku cuti seminggu.. mak balik kampung so aku dok melepak kat umah jaga Aiman. Rasa mcm nak pi jalan2 shopping.. cari seluar, sandal pun tali dah mcm nak tercabut. Buat member2 yang free.. kontek2 la aku, bleh kuar sesama. Makanya.. aku tak tau nak letak gambar apa, aku letakla gambar mak ngan mak tok jalan2 aritu. Jelessssssss..

Tuesday, December 22, 2009

We are moving...

Biasanya akan dapat email orang inform pasal pindah opis.. sekarang, turn TW Damansara Op plak! Dah lama dah pun citer pasal nak pindah opis. Dan dah lama jugak bangunan untuk opis baru kitorg tu disewa (lebih dari setahun). Baru skarang siap renovate sume.. makanya aku akan berpindah opis dari Sri Damansara ke Glenmarie, Shah Alam. Jarak dlm 1km je dari HQ TW. Ni la sebabnya management nak pindahkan kitorg agaknya, senang nak control. Sedangkan kalu tengok2, ramai staff yang dah dok area Sri Damansara. Tapi tak pe la, namapun kuli kan.. apa bos kata, kita ikut je..
So.. aku masuk opis lepas cuti bersalin, mood pindah baru bermula. Kotak2 kosong sampai, bukak kotak, packing barang.. Hari khamis tu kira besar2an la kitorg packing barang. Bleh kata 80% fail2 dah dimasukkan dalam kotak. Ikut jadual, cuti krismas nanti lori angkat barang ke opis baru and 28 Dec 09 secara rasminya kitorg akan mula kerja kat opis baru. Yang kelakarnya.. kitorg suma sama2 tolong kemaskan fail sampaikan current file pun disimpan sama dalam kotak! Pastu.. bila dah abis kemas, nak sambung wat keje balik, tak leh nak wat keje sb tak jumpa file! Hahaha.. dahla kotak2 suma berat, pastu ditindan2 sampai ke siling. Takde maknanya nak cari.. sebab tak tau kotak mana satu. Seperti biasa.. kalu ada aktiviti2 ngemas camni, lunch pizza free! Nyum..nyum.. pas makan pizza baru balik tengok Aiman..
Next week, bekerja dalam bilik conference sebab kontraktor nak bukak suma partisyen (betoi dak eja nieh) n almari2. Ala2 zaman study group masa belajar dulu plak. Bestnyer kalu kasi cuti free... tp jangan harapla akan menjadi kenyataan.
Hopefully, opis baru, tahun baru, bisnes akan bertambah, kitorg punya gaji pun bleh bertambah byk2 kali ganda.. seiring dengan bonus. Moga-moga.........

Monday, December 21, 2009

Se-pek

Mata memang penting untuk suma orang.. tp pada aku, bukan mata je yang penting, cermin mata @ spek pun sama penting ngan mata.
Diimbas kembali sejarah masa mula2 aku pakai spek, masa tu aku darjah 4. Aku memang tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam kalu dari tempat duduk aku. Kalu cikgu suruh salin apa2 yang kat papan hitam, mesti aku akan salin dari kawan kat sebelah aku. Ada skali tu, suma orang kena berdiri n boleh duduk bila jawab soalan yang cikgu tulis kat depan. Kira sapa nak jawab angkat tangan, then bila betul, baru boleh duduk. Sebab aku tak nampak, aku sorang je yang berdiri sampai abis kelas sb tak jawab satu soalan pun yang cikgu tulis kat depan. Setahun lebih aku bertahan belajar tak nampak apa cikgu tulis kat depan and bergantung sepenuhnya pada kawan sebelah. Aku pun tak berani nak cakap kat mak or ayah yang aku tak nampak.
Bila aku darjah 5, ada sorang member bagitau yang kalu tak nampak.. lama2 akan jadi buta. Terus balik skolah petang tu, aku nangis2 kat mak bagitau yang aku tak nampak and tak nak jadi buta. Hahaha.. kelakar bila ingat balik. Masa tu aku tak tau pun yang kalu tak nampak, boleh pakai spek. Petangnya, terus ayah bawak aku pi buat spek. Banyak jugak power aku masa tu, 250! Fesyen masa tu, spek besar. Malu bila tengok gambar2 masa kecik dulu.
Aku memang tak suka kalu tak nampak. Sampaikan masa mandi pun aku tak bukak spek. Aku jarang melibatkan diri dengan aktiviti2 fizikal masa skolah dulu macam bola jaring or apa2 sebab aku takut nanti kena spek aku. Penah skali tu, pi kem apa ntah, tetiba spek aku terjatuh n pecah! Huhuhu..terus rasa macam buta. Esoknya.. aku mintak jugak organizer program tu bawak aku pi buat spek baru.
Masa bersalin aritu pun, awal2 lagi dah tau tak leh pakai contact lense bila bersalin so aku pegi hospital pakai spek. Then bila diorg tengah siap2kan aku untuk operation, diorg pun kasi spek aku kat en suami suruh pegang. Pastu.. bleh plak diorg datang kasi document suruh aku sain. Aku pun cakapla.. Saya tak nampak.. Then diorg pun tunjuk la nak sain kat mana. Pastu, diorg tulis nama aku atas tag yang nak letak kat tangan. Diorg tunjuk kat aku mintak aku pastikan diorg tulis information yang betul kat tag tu. Sekali lagi aku cakap.. Saya tak nampak.. Hahaha.. diorg pun tunjukkan tag tu dekat betul ngan muka aku. Pastu.. masa kat operation room, diorg tunjuk document yang aku sain awal2 tadi.. nak suruh aku confirmkan yang tu sign aku.. aku pun apa lagi.. cakapla Saya tak nampak! Macam tadi, diog pun cakap.. owh lupa, awak pakai spek. Terus letak kertas tu dekat ngan mata aku. Adula.. kesian kat diri sendiri. Tapi kemuncaknya... masa dia nak tunjuk jantina Aiman kat aku. Dia suruh sahkan yang Aiman baby boy ke girl tp takla dia letak Aiman dekat betul ngan aku. Untuk kesekian kalinya hari tu.. aku cakap lagi.. Saya tak nampak!!!!!! Hahahahaha... nurse tu bawakla Aiman betul2 dekat aku supaya nampak jelas burungnya. Hahahaha....
Itula antara kisah2 aku ngan spek. Kenapa tetiba entri ni ditulis? CERMIN SPEK AKU PECAH SEMALAM!!!! Tensen giler.. Aku biasa letak spek tepi bantal sb senang kalu malam2 Aiman bangun nak susu, senang aku nak kasi susu n pam. Nampak terang sikit. Pagi tadi, masa pusing nak bangun angkat Aiman, aku terpenyek spek aku n cerminnya retak menegak! Huhuhu... seb baik bingkai tak pecah. Dahla skarang ni BP, spek spare kat umah. Makanya.. sampai malam la aku pakai contact lense............

Sunday, December 20, 2009

3 beranak demam

Sapa 3 beranak ni? Hehehe.. mestila aku, en suami n Aiman. Segalanya bermula bila en suami mula sakit tekak n selsema. Pastu dia demam. Then, bila aku kemas opis, seperti biasa aku akan mula bersin2 & selsema. Khamis malam jumaat lepas, badan Aiman start panas. risau gak aku.. terus letak cool fever. Esoknya, panas macam dah kurang tp Aiman mula menunjukkan tanda2 batuk n bersin. Aku pun, memang selsema teruk hari tu. Hri tu jugak kitorg gerak balik ke BP. Sampai BP, singgah farmasi cari ubat selsema. Bila Aiman tido, aku pun tido skali. Ubat tu memang wat aku ngantuk giler. Malamnya.. Aiman tak tido... aku yang tidonya. Aku memang tak leh nak buka mata pun. Kasi je Aiman kat my SIL then aku tido atas tilam Aiman! Bila dah lelap kejap, barula rasa segar balik.
Sabtu, batuk and selsema Aiman makin teruk. Sampaikan bila batuk, kuar air mata. Hingus pun meleleh kuar sama. Kekadang tu, batuk sampai kuar balik susu yang dia minum. Sian tengok dia. Tak jadi pi kenduri kawin Zaid (bdk opis) kat Muar. En suami je pi sorang. Seb baik jugakla xpi, sebab hujan lebat kat sana. Malamnya, risau tengok Aiman yang xsihat n merap je so kitorg pun bawak dia pi check doktor. Kat sana doktor amik gak berat Aiman. Skarang Aiman dah almost 5 kg!!! Patutla lengoh dukung lama2, dah nak sama berat ngan beras paket kecik dah. Doktor kata, Aiman dah tak demam, cuma selsema n batuk je. Ubat tak de sebab ni virus je. Kalu sakit lagi teruk, baru datang balik. Skarang aku cuma sapu Vicks je kat hidung n dada depan n belakang Aiman.
Hari ni.. selsema Aiman macam dah kurang sikit. Semalam lagi meleleh-leleh hingusnya. Batuk Aiman je yang nampak teruk. Aku plak, dah tak selsema, tapi ada sakit2 tekak skit. Hmmm... seb baikla cuti lama sampai hari selasa, so hopefully masa tu, Aiman dah sihat... kitorg suma dah sihat... =)

Thursday, December 17, 2009

Back to work

Arini hari ke 3 aku start keje. Pagi2 anto Aiman ke rumah mak tp minggu ni mak teh yang jaga. Pagi ni.. aku susukan Aiman dulu sebelum keluar. Dia dah lelap masa menyusu so aku letak jap dia atas katil. Sekali pas tu dia tersedak n kuar balik susu yang dia minum. Banyak giler! Sampai rambut belakang pun bleh basah macam mandi. Katil tok sah cakap la.. aku rasa, sb dia terlena masa minum sampai dia lupa nak telan susu. Sampai umah mak baru tukar baju lain. Pastu aku nak salin lampin plak.. dia berak skit. Masa tengah salin tu.. dia kencing plak!!! Siap pancut sampai kena seluar aku. Huhuhu... 2 kali Aiman tukar baju pagi ni.. and aku plak balik rumah semula untuk tukar seluar. Semalam pi opis pakai baju yang kena muak Aiman. Sajala tu Aiman nak ibu dia ingat dia selalu kat opis..

Gambar Aiman b4 aku pi opis. Sedih la tu ibu dia nak tinggal dia..

Wednesday, December 16, 2009

2 bulan..


Ni gambar Aiman 2 bulan.. dah pandai senyum n melayan orang cakap ngan dia (only applicable bila mood dia baik..). So far, aku dah 2 hari masuk keje semula, and Aiman pun ok, baik je. Tok teh dia tak komplain apa2 lagi. Tapi sempat la dia kencing kat tok teh dan berak dalam tab mandi. Hihihihi.. saja nak wat tok teh rindukan Aiman bila tok teh balik SP nanti. Baju ni untuk baby 3 bulan, tp nampaknya Aiman dah boleh pakai. Sayang baju comey2 nak pakai kat rumah, tp Aiman jarang kuar jalan2. Pasni kena la selalu bawak Aiman jalan! (en suami, take note ya.. =)

Monday, December 14, 2009

Meniti Hari2 Terakhir

Huhuhu.. arini last day cuti bersalin aku! Memang rasa mcm nak jadi surirumah je. Tapi tak leh.. mana nak dapat duit bayar mcm2. Nak plak ngan kos hidup yang makin meningkat skarang. Lama jugak tak update blog sejak balik ke rumah aku. Tak sempat.. laptop pun tinggal kat umah bila pi umah mak di waktu siang. Bila balik rumah aku malamnya.. masa tu la nak basuh kain, kemas rumah (emmm.. ni macam takde sangat je), melayan Aiman, siapkan makan. Asyik dok terpikir nak update blog je tp tak buat, especially masa dok kat bilik termenung.

Pagi ni pi hospital, mintak MC. Tak sangka plak opis nak MC, sedangkan dah kasi cuti bersalin 2 bulan. Risau gak kot2 tak dapat, ye la, bersalin pun dah 2 bulan lepas. Seb baik diorg tak kisah.. suma nurse baik2 je. Bila masuk wad tu, teringat masa ngan Aiman dulu. Dengar bunyi baby2 nangis.. siap ada sorang baby tu dok bawah lampu sebab kuning, menangis dari aku masuk wad tu sampaila aku balik. Kesian sangat dengar. Mak dia (yang dok kat katil) biar je.. nurse pun biar jugak. Sian..

Aiman dah pandai minum pakai botol. Seminggu praktis, kalu awal2 tu dia tolak botol ngan lidah. Skarang, bila dia dah minum dalam setengah, dia start la main tolak2 puting. Biasanya memang tunggu dia betul2 lapar, baru dia nak minum. Koleksi susu aku plak.. emmmm.. entahla, harap2 cukupla. Aku skarang tengah malam pun pam, bila Aiman bangun nak susu. Tapi sebab skarang Aiman pun sekali je bangun malam, so aku pam sebelah, Aiman minum sebelah. Takde la banyak sangat dapat pam, tapi rasanya bertambah skit sejak makan jamu tuh. Jiran umah sebelah promote satu supplement ni, katanya boleh tambah susu. Tengokla dulu, maybe next month boleh try.

Harini Aiman dah 2 bulan!! Semakin comel.. and dah pandai senyum n sembang2. Kalu mood dia baik, nak jugak dia dok dalam car seat a.k.a rocker sementara. Malam2.. ada jugak masa dia mengamuk tp biasanya tak lama. Arini, mak akan pi tempat Adilah ngan mak tok, 24 hb baru balik. Minggu ni mak teh akan jaga Aiman sementara aku pi keje. Next week, Hanisah plak take over. Aku balik lunch time untuk kasi susu and mandikan Aiman. Hopefully Aiman tak mengamuk sangat la. Baik2 je ye Aiman...

So, seperti biasa.. ni antara gambo2 Aiman yang latest..

Aiman dah makin besar! Kalu dulu pakai baju ni, memang panjang seluar = 2x panjang kaki Aiman. Skarang.. cun cun je masuk (adala lebih skit kat kaki..) - 11 Dec 09


Latih Aiman dengan car seat. Dodoikan dia tido. - 9 Dec 09


Mimpi apala sampai berkerut muka - 3 Dec 09

Tuesday, December 8, 2009

Kasih ibu & ayah

Minggu ni minggu last aku cuti bersalin. Sob.. sob.. next week dah kena start keje. Sepanjang cuti bersalin ni, aku dok umah mak. Pada awalnya, en suami pun tido kat sini gak tp pas few weeks, dia mcm ada rasa lain macam bila balik umah kitorg. So kitorg decide en suami tido kat umah untuk tak nak tinggalkan rumah kitorg kosong. Biasanya balik keje.. n kekadang malam pun datang lepak kejap main2 ngan Aiman.
Hari ahad lepas, aku n Aiman dah pindah balik umah kitorg. Yela, nak kena sesuaikan diri dengan kehidupan seharian, jaga Aiman kat rumah etc. Masa kemas2 barang nak balik rumah.. aku rasa mcm sedih sangat. Selama ni.. seumur hidup ni, bila aku dok umah, aku relex je. Kalu balik bercuti masa skolah and kat u dulu pun, setakat sedih kejap2 je. Bila dah balik skolah, jumpa kawan2, terus hilang sedih. Hari ni dah hari ke 3 aku dok umah sendiri. Pagi2 en suami anto ke rumah mak. Ala2 nak biasakan Aiman ngan rutin kitorg nanti bila aku balik bekerja semula. Bila aku balik umah, mesti aku akan rasa sedih sangat. Kekadang tu, siap boleh sampai nangis la. Entah.. aku rasa macam besarnya apa yang mak buat untuk aku sepanjang 2 bulan dok kat rumah mak. Dahla nak kena uruskan rumah, pastu masak lagi. Bila masak, aku nyer makanan asing dari orang lain. Pastu basuhkan baju2 Aiman yang special dari basuh biasa. Tu tak kira kalu ada baju yang kena taik lagi. Pagi2 siapkan air mandi aku. Bila aku penat or tak sempat ngan Aiman, mak pun akan datang tolong jugak. Pastu pegi shopping belikan barang2 rumah lagi. Ada jugak sekali mak temankan aku pi klinik masa nak cucuk Aiman sebulan. Skarang, even aku dah abis pantang, tapi mak still tolong dalam banyak menda. Baju2 Aiman mak tolong basuh, bila nak kasi Aiman praktis minum susu botol, mak yang akan bagi minum. Bila Aiman ngamuk2 n kebetulan masa tu jugak aku tengah pam susu, mak akan take over. Pendek kata, aku rasa banyak menda yang mak buatkan untuk aku.
Bila balik rumah sendiri, malam2 kelam kabut ngan Aiman nangis nak susu, aku nak basuh kain, nak prepare dinner.. rasa sedih sangat bila teringatkan mak kelam kabut nak wat suma ni untuk aku. Masa aku pantang.. ataupun masa aku kecik2 dulu pun, nak jaga kitorg adik beradik. Ramai plak tu.. aku ni Aiman sorang je, rasa mcm kelam kabut giler. Ni tak start keje lagik.. Skarang baru rasa betapa penatnya mak melayan kitorg. Masa aku pantang ni jugak.. aku rasa mcm sangat close ngan mak. Yela, sepanjang masa kat umah. Kalu dipikirkan, dulu2 pun selalu dok umah gak.. masa kecik2.. masa cuti belajar.. tp aku rasa, skarang lain. Maybe sebab dulu masa kecik, even aku dok umah, tp banyak menda nak buat. Ye la, namapun budak2. Main.. belajar.. kawan2.. bila cuti belajar pun cenggitu gak. Dok kat umah, lama gak habiskan masa ngan mak tp maybe masa tu perasaan tak sama. Dulu ala2 budak2 lagi. Skarang.. dah keje, dah jadi mak budak pun.. dengan kata lain maybe tahap kematangan tu tak sama (alamak.. tetiba rasa macam dah tua!!).
2 bulan ni.. memang mengajar aku betapa aku menghargai mak. Apa yang mak buat untuk kitorg adik beradik selama ni especially untuk aku sampaila sekarang. Berkongsi segala ilmu n pengalaman menjaga Aiman. Sebab tu bila aku balik rumah sendiri, aku terasa sangat mak takde. Tapi memang mustahilla kalu nak dok rumah mak sampai bila2. Melampau la tu.. dahla dah kawin! Aku dapat rasakan betapa ikhlasnya mak menjaga kitorg even ada masa2 tu mak sendiri rasa penat n tak larat tapi buat jugak. Harapnya, aku pun dapat jadi ibu untuk Aiman (dan adik2nya nanti, InsyaAllah) sepertimana mak menjaga and mendidik kitorg.
Wahh.. entri ni ala2 entri hari ibu. Tapi aku rasa, tak payah tunggu hari ibu untuk aku menghargai mak and sedar betapa besarnya pengorbanan mak pada aku. Sedey... menitis jugakla air mata aku tulis entri ni. Kalu aku cakap direct ngan mak, sure tak dapat cakap apa2 sebab aku akan nangis sebab sedih n terharu. Aritu, sebelum balik rumah sendiri pun dah nangis. Bila kasi mak cium Aiman (even esok paginya akan balik rumah mak jugak!), memang bergenang air mata aku..
Kalu ikutkan.. bukan mak je, ayah pun banyak tolong macam2. Siap pi shoppingkan barang untuk Aiman lagi sedangkan ayah bukan jenis yang suka pi shopping tempat orang ramai2 nieh. Masa mak pi terengganu, ayah pun tolong jagakan Aiman, angkat Aiman kalu Aiman nangis.. tapi maybe sebab aku lagi banyak dok umah, so lagi banyak la abiskan masa ngan mak. Even masa nak balik rumah bawak Aiman 1st time tu pun.. aku rasa sebak n bergenang air mata bila kasi ayah cium Aiman..
Itulah.... tak tau dah nak cakap apa. Mak ngan ayah memang terbaeeekkkk.. =)

Friday, December 4, 2009

Mak tok & Aiman


Kalu aku kasi Aiman minum susu botol, mesti nangis n tolak puting tak mau minum. Tapi kalu mak kasi.. baik plak dia. Even tolak n nangis la jugak, tp tak seteruk aku yang kasi. Betulla.. baby ni boleh rasa tangan orang yang pegang dia. Kalu biasa2 dia nangis masa orang lain pegang, bila aku amik dia.. boleh plak diam kejap. Then sambung balik la nangisnya bila aku pegang je n tak kasi susu!

BF

Sejak mengandung lagi.. aku sangat exited nak kasi Aiman BF sepenuhnya even aku dah keje. Mungkin takla sampai Aiman 2 tahun, tp paling kurang pun kalu boleh lebih dari 6 bulan. Aku ingat senang.. n yang susahnya cuma mungkin kena pump susu kat opis.. bawak bekas simpan susu merata, etc. Menda2 yang aku rasa remeh n senang untuk aku handle, asalkan ada ketabahan. =P
Bila Aiman dah lahir.. even susu aku takla banyak.. tp cukupla untuk buat Aiman kenyang. Masalahnya, bila aku nak pump susu untuk bekalan bila keje nanti.. susu aku tak banyak. Sikit giler.. tp aku relex je sebab aku tau banyak lagi masa. Skarang.. aku dah mula ajar Aiman minum susu botol guna susu yang aku pump and rasa mcm susu yang aku kumpul selama ni tak cukup pun untuk Aiman. Sedeyyyy... sebab tak penah terlintas langsung cabaran paling besar untuk kasi Aiman BF sepenuhnya especially masa aku dah masuk keje ialah susu tak cukup.
Banyak cara nak tambah susu.. aku sememangnya minum air sebanyak yang boleh. Selalu jugak, b4 n sambil susukan Aiman, aku akan minum air jugak. Minum air halba, minum air longan kering, minum susu segar, urut.. bertambahla jugak sikit tp hanya cukup untuk Aiman minum je lah. Then, aku try susu Anmum plak. Haaa.. yang ni ok skit lah. Kira bertambah la jugak susunya.
Pagi tadi aku pi tukar baju kat Fabulous Mom.. tengok2 jugak supplement yang menambahkan susu ibu. Ada jamu dari Indon, ada teh dari USA dan ada satu pil, Extra Milk (rasanya dari US jugak kot). Kata tukang jual tu.. pil Extra Milk ni memang bagus. Ramai yang makan 2-3 biji.. terus banyak susunya. Tp harganya.. huhuhu.. 60 biji, RM130! ye la, menda bagus kan, harganya pun bagus jugak. Jurujual tu ckp lagi, ada orang, kalu berenti makan, susu masih banyak, tp ada jugak yang kurang susu bila berenti makan. Tak sanggup aku nak beli.. sehari makan 4 biji.. setengah bulan je dah abis. Bukanla berkira sebab nak tambahkan susu ni pun, untuk Aiman jugak. Tp aku pk2, last2 aku amik jamu tu je. Test je lah dulu, tengok ok ke tak. Hahaha.. jamu ni mmg paling murah la. Teh harganya sedang2, boleh dipertimbangkan, tapi takut aku malas nak buat teh ataupun tak sempat. Tengokla, kalu tak berjaya ngan jamu ni, aku try teh pulak.
Andaikata bila dah keje nanti, susu aku pun tak cukup untuk menampung permintaan Aiman masa aku kat opis, mungkin terpaksa campur ngan FM. Tapi so far, seboleh2nya aku akan cari cara supaya dapat kumpul susu banyak2.Teringat Azr pesan, jangan risau sangat. Anggap apa yang kita dapat pump tu, itu la yang Aiman perlukan. Nanti bila dah keje, mungkin sebab kurang kasi susu kat Aiman waktu siang.. maka hasil susu yang di pump pun banyak. Hmmm.. memang susah bila sesuatu tu di luar jangkaan kita. Betulla, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Semoga dipermudahkan..

Wednesday, December 2, 2009

Practice make perfect

Memandangkan tak sampai 2 minggu pun lagi aku nak masuk keje balik, maka harini start ajar Aiman minum susu botol. Kalu ikut buku.. 2 minggu sblm.. Siap ada jadual lagi masa bila kasi susu perah n susu badan. Tapi biasalah aku, suka tangguh2.
So dalam kol 10 pagi tadi kasi Aiman minum. Masa tu dia dah nangis sebab bila bangun baru aku nak kuarkan susu dari fridge n panaskan. Ikut buku yang aku baca tu kata, kena kasi orang lain bagi minum, bukan maknya sebab baby kenal pelukan mak dia. So mak yang kasikan susu botol kat Aiman. Mak aihhh... masa Aiman nangis lebih banyak dari masa dia minum susu tuh. Aku yang tengok ni pun dah rasa tak sampai hati. Mak cakap.. biarkan.. dia kena belajar jugak. biasa la camni. Huhuhu.. memangla kalu dah jadi mak ni akan sangat lembut hati especially hal2 yang melibatkan anak kita nangis. Dalam dok nangis tu, masuk jugakla separuh susunya.. tambah tolak yang meleleh kuar semula.. tinggal suku. Tapi masa tu Aiman memang nangis beriya.. ye la, dia lapar, pastu puting plak keras, dia sendiri tak biasa. Susu laju je kuar.. Then aku amik dia.. kasi minum susu pastu bila dia dah selesa minum, aku tukar kasi dia minum susu botol pulak. Habisla sebotol..tp value susu bukan penuh sebotol pun, aku rasa tak sampai 2 oz. Okla untuk permulaan..
Latihan kedua, dalam kol 3.45 ptg tadi. Seperti biasa, Aiman tido, then bangun, nangis nak susu. Cepat2 aku panaskan susu dia, mak kasi Aiman minum. Kali ni Aiman dah dapat biasakan diri! Syok tengok Aiman isap susu sampai habis. Kali ni pun.. tak de la banyak pun susu letak dalam botol. Untuk hari pertama.. prestasi yang baik oleh Aiman! =)

Mengaji

Sejak pindah KL ni, mak rajin wat kelas tuisyen kat anak2 kawan mak. Ada yang datang rumah, ada jugak yang mak pi rumah diorg. Tapi kelas ni tertutup untuk anak2 kawan mak and budak skolah rendah je. Rasanya diorg ni memerlukan perhatian lebih n keja ajar slow2, baru bleh paham. Ye la.. kalu kat skolah, cikgu ajar ramai orang, kekadang tu budak2 yang lambat nak paham ni tak sempat nak ikut apa yang cikgu ajar. Tapi apa yang aku nak citer kat sini bukan pasal tuisyen.. tp pasal ngaji. Mak pun ajar jugak beberapa budak ngaji. Sempena cuti skolah ni, kelas tuisyen yang mak buat pun takde sekerap hari sekolah, tp anak2 kawan mak yang datang ngaji ni mmg ada. Kebetulan plak, Naim pun cuti sama macam cuti skolah, maka.. Naim la yang take over mak ajar ngaji. Tadi aku terdengar Naim ajar diorg.. pastu diorg suruh budak tu ulang balik. Terus aku teringat masa aku kecik2 dulu. Memula ayah ajar kitorg adik beradik ngaji. Pastu bila pindah rumah kat Jalan Kamaruddin, ayah upah sorang atuk ni datang umah ajar ngaji. Masa tu, aku, Zaid, Nisah n Dilah je yang ngaji. Naim kecik lagi n Muaz plak baru lahir/tak lahir lagi. So, bila Naim dah besar.. tok tu pun dah takde. Ayah yang ajar Naim ngaji. Kalu aku ada.. kekadang tu ayah akan suruh aku ajar Naim ngaji. Aku memang seorang kakak yang garang. Siap suruh dia ulang 10x ayat yang sama sampai lancar. Menangis2 dia ngaji ulang ayat sambil kira guna jari. Abis je aku ajar ngaji.. terus ngadu kat ayah, tak mo dah aku ajar dia ngaji! Hihihihihihihi... aku pun seronok gak, tak yah ajar dia ngaji dah! Tapi itulah, tengok Naim ajarkan budak tu ngaji, mengingatkan aku pada masa dulu. Kalu ikutkan, dalam family kitorg.. Naim la paling nakal skali, paling mak risau skali masa dia kecik2 dulu. Tapi skarang pulak.. rasanya Naim jugakla yang paling bagus skali kalu bab ngaji dalam family aku. Alhamdulillah...

Tuesday, December 1, 2009

Prosperity Burger datang lagi!!

Yum yum.... burger yang ditunggu tiba lagi! Aku memang sangat xcited bila tengok iklan Prosperity Burger kat tv aritu. Rasa mcm awal je kuar.. ye la, burger ni kan sempena raya cina. Tp tak pe.. kuar awal, maknanya bleh makan awal. Kat BP aritu lagi en suami ada sebut nak makan bila tengok iklan kat tv, tp malas nak kuar pi beli. So balik KL 2 hari lepas, terus singgah McD cari burger ni. Hehehe.. mentang2 la dah abis pantang. Tapi burger ni bagus apa, kan orang kata orang baru lepas bersalin bagus makan banyak2 lada hitam. Sempena aku sorang kat umah, takde banyak makanan n aku pun tak sempat nak masak sebab dok layan kan Aiman.. makanya tengahari ni sekali lagi kitorg lunch prosperity burger! Hihihi.. melampau tak? Sebab aku sorang je kat umah, so en suami balik lunch kat umah sesama, tapaukan burger ni. Emmm.. sedappppp.. Teringat memori Prosperity Burger..
Tahun lepas, sementara tunggu Amin pi amik kunci kat Menara Citibank, aku n cik telah menghabiskan prosperity burger sebagai lunch kitorg aritu. Sedapnya makan dalam keta...
Burger ni jugak mengingatkan aku masa zaman kat UM dulu. Aku n Kausar memang suka burger ni. Selalu pi mid valley singgah mcD bila kitorg kuar tengok wayang. Masa tu burger ni best... kuah lada hitam dia banyak, sampai meleleh2 la. Skarang, biasanya kuah tu cun2 je salut burger, takde lebih2. Kalu dapat tetiba kuah tu lebih.. memang nasib baikla.
Baru 2x makan.. tak puas lagi rasanya. Cuma rasa mcm curly fries dia sedikit masin. Banyak jugak kot masinnya.. Maybe mcD kat Kota Damansara nieh stok garam dia banyak kot....

Aiman's update

Banyak menda dalam fikiran skrang. Ada banyak menda nak kena buat tp tak start2 lagi. Antaranya start latih Aiman minum susu botol. Pastu plak, nak cari tukang cuci rumah, nak cuci rumah aku. Dah berapa lama tak bermop rumah. En suami pun.. stakat sapu gitu2 je. Ada la 2-3 calon, sorang tu asyik ada banyak job, tak free je memanjang. Tp keje dia memang bagus sebab dia memang selalu datang cuci rumah mak pun. Sorang lagi pulak, keje ikut jam. 4 jam, RM50. Dia cuci rumah kawan mak, mak kata ok la... tp kalu boleh, aku nak cari tukang cuci yang takde limit masa. Sorang lagi pulak, dok kat Sri Damansara. Kalu nak amik dia, kena amik n anto dia ke rumah dia. Nak kena cuci rumah tu by this week jugak. Next week mak tih dah nak datang kl. Kenala aku balik rumah sendiri.. sb rumah mak sure penuh ngan cousin2 dari SP. Lagipun, kena biasakan hidup kat umah sendiri bersama Aiman. Skarang dok kat umah mak, suma senang.
Aiman wat pe skarang? Emmm.. baru lepas minum susu. Tadi dia lelap, bila aku letak, dah jaga pulak. Tapi diam je, tak bising pun. Agaknya lali lah tu. Skarang aku bleh mandikan dia sepenuhnya, tanpa bantuan sesiapa. Kalu dulu, lepas 3/4 dari total masa mandi kan dia, dia dah resah, bunyi2.. n biasanya masa nak pakai baju tu dia dah nangis. Skarang, Alhamdulillah la, dia dok diam2 je. Kalu bunyi pun sikit2 je. Agaknya sb aku dah tau kedudukan yang buatkan dia rasa selesa n seronok mandi. Tp yang penting... kena la susukan dia dulu sebelum mandi. Kalu tak, memang sah2 la dia nangis sebab lapar. Siap boleh nangis sampai teresak2 lah. Aiman dah pandai isap dia punya sarung tangan... ni kalu kita test dia lapar ke tak guna jari kita kat mulut dia, so sementara nak kasi susu tu, dia isapla tangan dia dulu. Ni dia isap sendiri eh.. bukan aku yang suruh dia isap. Tapi takla selalu, cuma dia dah pandaila nak halakan tangan dia kat mulut dia.
Aiman skarang dah pandai nak diri2 n kepala dia pun macam dah kuat sikit. Dia pun dah selalu burp. Kalu dulu, tepuk la lama mana pun, susah nak dapat dia burp. Skarang, kadang2 tu, elok angkat je.. terus dia sedawa. Tp kalu pasal muak tu, banyak je. Hari2 mesti kena baju aku. Baju dia pun, satu malam tu boleh tukar sampai 3 kali sebab kena muak dia. Biasala.. nama pun budak2 kan..
Apa lagi perkembangan Aiman eh? Emm.. nantila kalu ada idea, aku cerita lagi.. So, ni la yang Aiman tengah buat sekarang.. dah tido pun dia. Gaya Himawari (adik Sin Chan)!

Monday, November 30, 2009

Saya budak baru belajar..

Hihihi... aku baru bukak akaun FACEBOOK!!!
Kelakar tak? Orang dah bertahun ada facebook..
Aku baru nak bukak.. tu pun lepas ramai orang dok suruh aku bukak facebook
Sebenarnya, aku ni bukanla jenis lama dok depan pc
Ni yang rajin update blog ni pun sebab cuti bersalin
Nanti bila dah keje, mesti takde masa nak update blog macam skarang
Tapi seronok gak tengok orang dok sembang2 pasal facebook
Makanya.. tibalah masanya aku jugak bukak akaun ni
Buat rakan2.. add la aku yer!

Sendiri Lagi..

Sendiri lagi..
Suma orang balik kampung sempena raya haji. Hari khamis, mak, ayah, muaz n naim gerak balik ipoh. Yang lagi tak bestnyer, diorg bawak balik kad astro sebab nak tengok bola, kat umah mak tok takde sports channel. Pastu, bawak balik jugak P1Wi Max nyer modem yang mana selalunya aku bukak internet thru wireless dari sini. Huaaaaa... nak nangis jugakla dok sensorang. Aiman plak sangat baik.. tak meragam, n tido je. Lepas mandikan Aiman, aku bosan sangat, nak tengok tv takleh, nak bukak internet pun takleh. So aku mula menalipon kawan2.. sembang ngan mak tih, mak tok, SIL and Azr. Hihihi.. habis 2 jam gak la.. Sementara tunggu en suami siap suma keje untuk gerak balik ke BP, aku bacala buku skit.. And finally en suami sampai kol 3 and terus bertolak balik BP.

Raya haji kat BP biasa je.. sama macam balik weekend biasa. Rendang pun takde! Huhuhu.. ada ketupat nasi ngan lodeh (yang aku tak leh makan) n ayam masak kicap. Ni boleh kata hidangan special jugakla sb kalu raya posa pun, ni suma hidangan wajib. Cuma takde rendang je. So aktiviti biasa, melayan Aiman, tengok tv n tengok tv n tengok tv lagi.. Balik KL semalam.. and terus singgah rumah amik kad astro and broadband.

Arini... n esok.. berdua je lah aku ngan Aiman kat umah. Arini basuh baju Aiman yang sangat banyak, tapi cuaca mendung. Jangan hujan sudah. Lunch sup tulang daging korban bekalan MIL semalam. Esok suma orang balik, so dah tak sunyi lagi!
=)

Wednesday, November 25, 2009

Raya Haji & Kek Coklat

Sedar tak sedar.. dah nak raya haji. Memang tak terasa sangat pun, sebab aku dok terperuk je kat umah. Tapi rasanya, kalu aku keje pun tak terasa jugak sb raya haji je..

Teringat dulu masa kat Terengganu, kalu raya haji jatuh tengah minggu, takde la balik kampung (Ipoh or SP). So dok kat umah je, view yang paling aku ingat ialah ayah membaca surat khabar, then kuar pi amik daging. Kitorg adik beradik, happy sebab tak kena pi skolah, n tengok tv je sepanjang hari. Tapi tak selalu pun raya raji tak balik kampung, sebab ayah keje gomen, banyak dapat cuti.

Sejak kerja, Alhamdulillah, tiap2 tahun aku buat qurban thru Mak Yang. Dia kirim ngan orang kat opis dia wat qurban kat negara2 miskin. Tapi tahun ni Mak Yang pi mekah, aku pun tak ingat langung nak tanya. Plan awal, nak wat qurban bersama family in law kat Batu Pahat. Tapi sebab sibuk ngan aqiqah, terus tak ingat nak wat qurban (duit qurban pun dah ke aqiqah..). Hanya my fil & mil je yang wat qurban. Ayah.. emmm.. lupa plak nak tanya, buat kot.

Mak, ayah n yang lain akan balik beraya kat Ipoh pastu pi SP. Aku plak, beraya kat BP. Tapi mengikut cerita en suami, kat Johor tak meriah pun raya haji nieh. Macam hari2 biasa je.. kalu ada pun, ketupat segera (ketupat org johor=nasi impit org kedah). Tak pe lah, aku main2 ngan Aiman je puas2 sb pasni nak keje dah.

Owh.. sempena raya haji nieh.. aku suruh mak amik saki baki kuih raya kat umah aku. Ada 4 balang penuh kuih, n 2 balang penuh kacang! Ye la, kat umah aku tu, kalu orang tak datang, takde sapa la makan. Orang yang datang pun tak makan banyak mana. Then aku n mak wat kek coklat kukus! Skarang masih diatas api.. tengokla camne hasilnya.. nanti boleh bawak balik kampung skali ngan baki kuih raya posa aku. Walaupun aku tak balik kampung... ku kirimkan kek n kuih raya sebagai pengganti diri..
Sob...sob...........

Tuesday, November 24, 2009

Rasa Hati Ini


Trip to office semalam mengingatkan aku dah nak abis dah cuti 2 bulan
Kejap je kan... kalu ikutkan, 2 bulan tu memang lama
And aku dah mula pikir n rasa sedih nak tinggalkan Aiman
Sedangkan, bukan tinggal Aiman kat orang pun lagi
Tapi.. memang aku rasa tak sanggup
Aku macam tak leh bayang wat keje.. or pegi mana2 or buat apa2 tanpa nampak Aiman
Tak dengar dia nangis.. tak kasi susu kat dia..
Tidokan Aiman atas aku n pastu kitorg sama2 tertido..
Waaaa... aku pulak yang rasa nak nangis!
Bestnyer kalu tak payah keje
Bestnyer kalu bleh dok umah je jaga Aiman
Tapi memang takkan terjadi punyalah
Dalam 3 minggu lagi..
Tidakkkkk....


Aiman 24 November 2009

Farewell Ainul

Semalam aku n Aiman kuar!
Dan tempat yang dituju adalah opis aku!!!
Hahaha... ngeri tak bunyinya?
Cuti bersalin, pantang x abis lagi, boleh pulak pegi opis..
Tidakkkk... itula yang aku pk sebelum pegi
Dah siap pakai baju, tapi boleh terasa tak jadi nak pegi
Pikir dekat sejam la jugak.. baru ubah keputusan untuk pegi jugak
Tujuan kitorg pi opis aku sempena Farewell Party Ainul
Aiman xtido dari kol 10.. so masuk je dalam keta terus dia tido bila aku susukan dia
Sampai opis.... jangan kata Aiman.. suara dia pun aku xdengar!
Dibawa lari oleh budak2 opis
Aku plak... wat apa lagi, makan sambil bersembang + melepak
Lama xjumpa diorang.. tapi topiknya bukan hal keje lah
Memula Aiman tido, pastu dia jaga
Diotang kasi Aiman kat aku untuk bagi minum susu kejap, pastu Aiman hilang lagi
Then datang balik.. kata Aiman berak!!!
Hahaha... sapa cucikan? Ayah Aiman lah... sambil dibantu oleh Aunty Aisyah
Aku plak, xperasan pun diorang salin Aiman sebab ingat nak salin kat umah je
Memang nak balik dah pun masa tu
Lepas salin.. Aiman nak bunyi skit2 sebab nak susu
Mak pun dah sampai amik kitorang balik
Merasa la Aiman melawat opis ayah n ibu dia
Seb baik opis kecik je n Aiman tak nangis
Kalu lagi lama Aiman kat situ.. ramaila tak wat keje sebab asyik melayan Aiman
and pasti ada jugak yang akan rasa terganggu
Apapun... trip to office seronok sebab aku dapat bersembang n melepak
Gambar ada, tapi nanti la baru upload, sb tumpang kamera K Milin
To Ain.. semoga sentiasa berjaya ditempat baru
Ingat.. jangan lari.. sebab kat sana mesti takde orang nak kejar!!!!
=) =)

Sunday, November 22, 2009

Nganga

Gambar ni menunjukkan aksi2 Aiman yang tido sambil nganga. Biasa terjadi lepas minum susu, aku tak sedar dia dah abis minum susu sebab aku ralit tengok tv! Aiman biasa tido menganga bila dia sangat2 ngantuk n kedudukan kepala dia yang mendongak. Bila aku tundukkan dia, tutupla mulut Aiman dengan sendirinya!
Bila tengok Aiman tido menganga.. sangat comel.. tp sebab kamera hp aku low spec, maka gambar Aiman pun kurangla cun skit... comot je nampak!




Semakin hari semakin comeyyy

Penat apa la agaknya Aiman arini (actually ari2 pun cenggini..). Tido siang bukan main lama. Nanti.. kol 11-1 pagi, berjaga lah dia. Sekali sekala, dengarla bunyi dari Aiman. Mengeliatla.. nangis la.. tp kejap je, pastu sambung tido balik..
Selalu.. ada bau bila cium sarung tangan Aiman. Bukan bau baby, tapi bau muak dia. Tak sempat nak sapu.. tangan dia sampai kat mulut dia dulu. Ni operasi cuci jari Aiman. Dia memang sangat nyenyak tido.. jari kena air pun tak sedar..
Selalunya Aiman, bila pagi.. dia akan bangun around 8am untuk minum susu. Pastu, nyenyak je tido. Tilam dia pakai tilam kabu. Skarang dah ada lubang masuk betul2 badan Aiman.. Tak penah jemu nak tengok Aiman.. rasa mcm semakin hari semakin comel!!

Buddy... bila ayah Aiman datang.. Aiman menempek kat ayah je lah. Penat kena kacau n main ngan ayah dia.. tido dengan nyenyaknya. Nangis bila lapar je.. lepas kasi susu, ayah Aiman take over balik.. ;-)

Pureen Warehouse Sale

Yey.. Pureen Warehouse Sale kembali lagi
Kalu dulu, mana nak tengok sale2 berkenaan baby nieh
Skarang.. sale ni yang paling aku ternanti2 n beriya aku nak pegi
Sale semalam n harini, kebanyakan kawan2 aku yang plan nak pegi, pegi semalam
Aku malas nak pi first day, sebab malas nak berebut2 ngan orang ramai2
Lagipun.. xdela banyak sangat nak beli pun
Barang2 yang dah/nak abis.. ada la dalam 7-8 benda
Tetiba, pagi ni, en suami kena tunggu orang datang pasang heater kat umah pulak
Kebetulan.. mak ayah nak pi IKEA, so aku pun mintak tumpang belikan barang kat Pureen Warehouse
Hahaha.. bukan tumpang pun sebab kena pegi lagi jauh ke area seksyen 14 PJ
Ni la kasih sayang mak ngan ayah..
Huhuhu.. terharu pulak aku rasa
Sanggup meredah orang ramai.. parking jauh2... semata2 tolong belikan barang
Sampai je... ayah terus beratur sambil pegang pampers.. mak plak cari barang2 lain
Kat bahagian baju, orang pun tak ramai.. baju pun dah tak banyak
Tapi mak berjaya dapatkan 3 helai baju lengan pendek yang cantik untuk Aiman
Memang plan nak tambah sb Aiman ada banyak baju lengan panjang
Kekadang kalu Aiman muak banyak.. sampai baju xcukup
Nak plak dalam musim hujan nieh
Masa balik BP aritu pun, sampai xcukupla baju Aiman, terpaksa keringkan depan kipas
So, by the time mak abis ambik suma barang yang nak beli.. tinggal sorangje lagi depan ayah untuk ke kaunter
Takla aku rasa bersalah sgt mak ngan ayah lama2 kat sana bersesak ngan orang
Ayah tanya mak, murah sangat ke barang2 nyer?
Emmm.. entahla, aku nak cakap pun susah
Adala yang murah giler.. eg Nappy Liner kat Giant RM19.90 sekotak, kat sini RM4 je
Breast pump pun... harga market seratus lebih, yang aku beli nieh dapat RM80 je
Tapi lebih mahal dari last time aku datang sebab kalu xsilap, dulu dia jual dalam RM60-70
Masih murah... lagipun bleh beli banyak menda sekali harung
Tak yah nak pi cari kat banyak tempat
Hahaha.. gaya penceritaan memang mcm penyokong setia je..
Bukan penyokong.. cuma pembeli je..
Jadi skarang.. Aiman dah ada stok pampers yang cukup banyak
Dan aku ada breast pump baru, xyah pakai yang aku pinjam ngan Aisyah lagi
Cuma tinggal nak bayar hutang kredit card shopping barang2 tadi je lah................

** tertekan tolla, ada majlis kenduri kawin kat dewan depan ni
wat karaoke yang memang x ok
suara xsedap langsung
masa azan pun nyanyi gak
kenduri biasa sampai kol 5 je.. ni dah kol 5.40
bawak2 la BALIKKKKKKKK....

Not feeling well

Sapa sakit.. Aiman?
Tak la, bukan Aiman yang sakit, aku yang sakit
Memula ada ulser kat dalam mulut, dua tempat plak tu
Satu kat atas blah kanan, satu kat bawah blah kiri
Nak makan pun sakit.. bercakap pun sakit gak
Then start ari jumaat malam, tulang pinggul blah kanan plak sakit
Rasa macam tak terlanggar apa2, tp ada sesetengah masa tu, dok diam pun rasa sakit
Dan kepala mula rasa skit2 sakitnya
Semalam... sakit gigi n sakit kepala!
Sangat sakit plak tu
Sampaikan aku baring atas kusyen, tido bersama2 Aiman yang aku baringkan atas aku
Dari tengahari sampaila ke petang
Sangat menunggu nunggu mak balik dari terengganu yang mana mak sampai malam semalam
Campur pulak rasa seram sejuk macam nak demam
Tido pun berselimut n pakai sweater
Arini... ada lagi sakit gigi n kepala, cuma maybe tak seteruk semalam
Aduhaila.. dah jadi mak budak pun, bleh sakit gigi geraham bongsu nak tumbuh
Aku penah dengar orang cakap.. sakit yang paling sakit adalah sakit gigi
Sebab kalu sakit lain, masih boleh tahan lagi
Tapi kalu sakit gigi, satu badan bleh terasa sakitnya
Cepatla baik.. sekarang ni, nak tunduk angkat Aiman pun terasa makan nak tergolek kuar je otak..

Thursday, November 19, 2009

Sendiri

Harini mak and muaz pi terengganu
Dari awal tahun aritu lagi beli tiket
Pegi pagi tadi.. balik sabtu malam
Huhuhu.. first time tinggal sensorang ngan Aiman
Tadi masa mandikan Aiman, dia baik je
Tak nangis pun.. petang ni je ada angin skit
Ngantuk, terlelap lepas aku kasi susu
Bila letak.. tak lama pas tu jaga balik
Sampai makan nasi pun dalam kol 4 tadi sb dok tunggu ke dia
Tapi takla sampai perut kosong.. sambil2 susukan Aiman tu, makan roti la.. kek la..
Hehehe..
Terasanya mak tak de...
Nanti, bila balik umah sendiri pun.. cenggini lah agaknya eh..
Teringat masa baru nak gerak balik batu pahat last week..
Babai kat mak ngan ayah dari dalam keta..
Rasa macam sayu jek..
Hahahaha.. sebab rasanya.. sejak aku masuk skolah asrama, ni la paling lama aku dok umah
Boleh kata 24 jam ngan mak..
Masa kawin aritu pun tak rasa cenggini..
Sayang mak!!!

Wednesday, November 18, 2009

1 bulan 4 hari

Aiman dah 1 bulan, 4 hari
Hari pi checkup.. patutnya nurse datang rumah sepanjang pantang..
Tp sebab kaw umah aku diorg tak cover, ni la first checkup Aiman semenjak kuar hospital aritu
(selain check untuk kuning lah)
Memang ramai orang.. nak pulak hujan lebat giler
Aiman tido.. baik je
Cuma masa timbang tu dia nangis kejap, rasa sejuk kot
So Aiman now..
Berat dah 3.6 kg!
Panjang dah 53 cm!
Ukur lilit kepala dah 36 cm!
Yey.. Aiman makin membesar.. and Alhamdulillah sihat
Cuma ada ruam2 kat tengkuk depan n belakang je
Muka pun ada sikit
Huhuhu.. sian tengok ruam Aiman
Aiman kena cucuk.. masa tu dia tengah nyusu, selak je seluar dia, terus dah nangis
Bila dah cucuk.. makin kuatla nangisnya!
Mak yang kat luar pun boleh dengar
Tp sebab Aiman good boy.. dia nangis kejap je
=)
Ni gambar Aiman paling latest

Kisah deposit

Huh... bengang pulak aku rasa
Aritu, masa pregnant 7-8 bulan, aku pi P**RA** bayar deposit untuk bersalin kat sini
(boleh je nak tulis direct tp takut kang aku kena saman plak! Hahaha...)
RM 700... masa tu tak terpikir langsung akan bersalin kat tempat lain
Lagipun, kat sini, kalu walk-in bersalin, akan ada xtra charge RM150-300
Then, bila nak bersalin, doktor kat sini suruh aku pi hospital
Adala alasan2 dia.. n katanya deposit yg dah bayar diorang akan return balik.. cuma amik masa skit
Lepas kuar hospital, aku n en suami pi sana untuk claim balik deposit yang kitorg dah bayar
Then diorg suruh isi form n kepilkan skali ngan resit original kitorg
Pastu dia cakap... dalam 2 minggu diorg akan call suruh kitorg datang collect duit
Kitorg mintak resit or apa2 document yang membuktikan kitorg dah submit form claim balik
Dia cakap.. takde, tunggu je nanti orang akaun dia call suruh collect duit
Pelik betul.. dahla hospital yang agak dikenali jugak.. tp takde proper prosedur
Dahla resit tu kitorg tak dapat balik, mintak salinan pun tak kasi
Katanya, diorg dah submit borang tu ke bahagian akaun
(Masa kitorg isi form, kasi kat dia, dia suruh duduk dulu. Masa kitorg duduk tu la dia bawak form tu ke bahagian akaun kat tingkat lain)
Macam bergaduh la jugak kitorg mintak salinan resit, sampai en suami dah malas, suruh aku yang cakap
Budak yang jaga kaunter tu pun blur je.. suma menda tak tau
Last skali, dia suruh datang balik petang tu, diorg akan kasi salinan resit and form yang kitorg dah submit
Petang tu aku tak pegi.. and few days lepas tu ada orang dari situ call suruh collect salinan resit
Nape ntah, sibuk kot.. aku tak pi amik pun lagi resitnya
So pagi tadi, aku call tanya pasal status claim tu, ye la, dah sebulan lebih senyap tanpa berita
Dia cakap bahagian akaun rehat, kebetulan masa aku call tu nak kol 1 ptg dah
Suruh call balik petang
Petangnya, aku terus je pi sana tanya
Ada sorang jaga kaunter, sorang lagi tu ala2 doktor.. diri kat kaunter jugak
Aku tanya status, dia kata.. selagi orang tak call.. maknanya tak setel proses lagi lah
Aku suruh diorg checkkan.. diorg suruh tunggu jugak
Bila aku bagitau yang aku takde apa2 dokumen pun skarang, suma dah kasi dia.. dia cakap memang camtu pun prosedur diorg
Then dok ulang cakap nanti orang akaun dia call
Aku pun dah bengang, siap tanya.. dah tu, kalu dah 2 bulan.. tunggu call jugak?
Diorg kata, ya, u tunggu je nanti kita call
Jangan risau, P**RA** tak penah tipu orang..
Aku dah malas nak gaduh
Gunakan nama hospital diorg yang ala2 islamic.. n melayu
Apalah salahnya kalu kasi proper dokumen, susah sangat ke?
Kata hospital banyak cawangan, besar..
Geram je.. takpe, aku tunggu lagi
Tengok berapa lama diorg akan call
Tapi aku pun akan tetap call diorg selalu
Kalu RM50-60, memang takde kuasa aku nak pi mintak2 balik camni
Sebab beratusla, beriya aku mintak balik
Tp aku memang upset, ingatkan bagus hospital ni
Hampeh....................

Tuesday, November 17, 2009

Aqiqah Aiman

Weekend baru ni balik Batu Pahat untuk aqiqah Aiman
Dah berpantang kat umah mak, so kitorg decide aqiqah wat kat BP plak
Lagipun en suami sangat exited nak wat nasi beriyani kambing untuk aqiqah ni
So ni first time aku n Aiman jalan jauh semenjak Aiman lahir ni
Segala benda nak bawak balik... sampai penuh keta
Biasanya kitorg balik malam, skarang dah kena tukar, balik siang supaya sampai sebelum maghrib
Aiman baik je sepanjang perjalanan.. tido
Kat BP, penuh gambar Aiman kat almari
Penghilang rindu atuk n nenek pada Aiman

Aqiqah plan nak wat kecik2 je.. tp lebih kurang macam kenduri kawin je
Dengan khemah (satu je lah) warna biru
Meja pun suma sedondon biru jugak
Dengan telur pindang, berkat untuk tetamu dan beg cenderahati untuk orang cukur jambul Aiman
Hari kenduri.. paginya Aiman tak tido, so bila nak start aqiqah dia tido
Takde la risau kot dia meragam masa orang dok berselawat
Ada plak sorang pakcik ni potong jambul Aiman, potong dekat sangat ngan kulit kepala
Risau dah kitorg tengok.. biasa la orang tua, mata pun takla nampak clear =P
Sorang pakcik lagi plak, merenjis sampai kena kelopak mata Aiman
Cepat2 lap, takut Aiman terjaga.. meraung plak kat situ
Alhamdulillah suma berjalan lancar, Aiman plak nyenyak je tido sepanjang majlis
Cuaca pun baik... dah berhari2 hujan, hari tu panas terik

Gambar and video masa aqiqah.. otw untuk di upload
Esok Aiman ada checkup kat klinik
n kena cucuk jugak...
Tak sabar nak tau berat Aiman dah berapa skarang
;-)

Tuesday, November 10, 2009

1.30 ke 4.30

Smalam first time Aiman berjaga malam untuk tempoh yang sangaaat lama
Biasanya, kalu paling lama pun 2 jam, tu pun ada tido2 dalam tempoh 2 jam tu
Agaknya, petang tu dia tido lama
Dia start tido dari maghrib, sampaila ke pukul 1.30 pagi
Bangun hanya untuk minum susu je, tu pun mata pejam
Bila aku salin pampers n baju dia pun, tido gak
Tapi semalam, sampai aku kasi dia minum susu sambil aku tido la
Sedar2, dia pun masih minum susu gak lagi
Pastu.. dia muak gak beberapa kali
Ada skali tu dia muak, sampai basahla baju dia
Aku salin baju, tak sempat salin pampers, nangis nak susu lagi
Lepas kasi susu, dia dah nak lelap, aku salin pampers dia, dah terjaga pulak
Kebanyakannya, dia mcm tido2 ayam lepas aku kasi dia minum susu
Pastu, kalu aku gerak skit je, jaga lah
Hai la Aiman sayang.. memang semalam buat aku pikir camne mak jaga aku n adik2 masa kecik dulu
Ni baru sorang.. masih kecik lagi
Nanti bila besar, lagi mcm2 ragam..
Ni tengah sihat.. nanti kalu dia demam ke
Tak terpikir aku camne, tp memang membuatkan aku sangat menghargai mak yang membesarkan aku
Skarang.. bila aku dah besar, jaga aku berpantang pulak
Pagi tadi, bila bangun, Aiman bangun dulu.. aku plak tak daya nak bangun lagi
Ngantuk giler... then mak tengok Aiman, mak tegur
Eh, nampak Aiman makin besar la harini!
Hahaha.. makin tembam n makin padat isi
Aku pun perasan camtu
Well.. Aiman kan dah nak 4 minggu



Dunstan Baby Language

Bila dok kat umah ni.. abis suma citer aku tengok
Aku bukanla peminat Oprah, tp lately banyak gak show Oprah yang aku tengok
Harini, sangat menarik sb diorg citer pasal bahasa baby
Dunstan Baby Language
Boleh dipraktikkan pada baby yang baru lahir up to 3 month
5 bahasa baby untuk kemudahan ibu2 adalah seperti berikut :
1. NEH - I'm hungry
2. HEH - Change me
3. EH - Burp me
4. OWH - I'm sleepy
5. EAIRH - I have wind
Tadi dok dengar2 jugak bunyi Aiman.. banyak kuar bunyi 'eh'. Tengokla, nanti nak banding bunyi2 yang Aiman kuarkan, betul tak ngan teori bahasa baby nieh.

Monday, November 9, 2009

Reaching week 4

Kejap je.. dah nak masuk 4 minggu umur Aiman
Seronok n asyik jaga Aiman, tak sedar masa berlalu
Waa.. dah tak lama lagi nak kena keje balik
Aiman skarang dah ada masa jaga n masa tido
Kalu dia bangun tu, kekadang bleh sampai 3 jam
Bergantung pada orang2 yang angkat n pegang dia
Kekadang plak, dia bangun, minum susu, tido mcm tak lena, bangun balik, minum susu, tido balik.. ulang2 sampai 4-6 kali la jugak
Kalu jadi siang, tak pe, tp bila jadi malam
Arggghhh.. memang aku pun tak larat nak tunggu dia
Pastu, bila dia dah penat berjaga, tido balik dalam 6 jam
Pastu bangun balik..
Aiman kalu nangis.. rasanya orang sebelah rumah pun boleh dengar
Kalu pagi tu, Aiman nangis kat atas, mak yang kat dapur pun naik
Ingatkan Aiman nangis, aku tido tak sedar dia nangis
Sebab dia nangis kuat giler!!!
Mak cakap.. tiap2 malam tido, mesti mimpi Aiman
Agaknya sb tiap2 malam bleh dengar Aiman nangis

Hari ni aku belajar mandikan Aiman
Seb baik dia diam je tak meragam
Praktis sb weekend ni nak balik Bt Pahat untuk aqiqah Aiman
Lagipun, atuk n nenek Aiman dah rindukan Aiman
Mesti diorang terkejut tengok Aiman dah besar n tembam
Peha dari sebesar 2 jari, dah macam drummet
Muka pun dah bulat, dagu berlapis
Kerenah pun dah banyak!

Owh..selepas 3 minggu, akhirnya sakit mata Aiman dah baik!!!
Selepas hampir putus asa guna ubat doktor kasi, aku biar je n bubuh ubat bila2 aku rasa nak
Then dengar petua letak susu badan untuk sakit mata
Aku pun try n Alhamdulillah, sehari pastu, sakit mata Aiman pun dah baik
Dah tak comot dah.. =)


Tuesday, November 3, 2009

Mirip siapa...

Sebelum Aiman lahir lagi.. aku selalu sembang ngan en suami mengenai Aiman akan lebih mirip siapa
Bila Aiman lahir.. aku tengok mata dia, hidung dia.. memang ikut en suami
dan ramai jugak yang cakap camtu
Aritu, masa my MIL & PIL datang visit Aiman, kitorg sembang2 pasal rupa Aiman
Ayah suruh kuarkan satu album gambar aku masa kecil2 dulu
Sb dia rasa mcm rupa Aiman mirip aku masa baby dulu..
And here i attached Aiman's picture vs my picture masa baby dulu..
Apa kata korang????


Sunday, November 1, 2009

Tido vs Sedawa

Skarang Aiman banyak tido.. biasala baby
Biasanya, dia akan bunyi untuk minum susu
Lepas aku susukan, dia tido balik
Aku jarang amalkan tepuk2 dia untuk sedawa
Kalu aku buat pun sblm ni, jarang sangat dia nak sedawa
Tp sebab dia pun takde muak selalu, so aku pun mcm tak kisah pun tak sedawakan dia
Baru2 ni.. kerap pulak dia muak
So aku pun rajinla tepuk belakang dia selepas kasi dia minum susu
Masalahnya pulak, bila dia minum susu, dia akan tido
Bila aku tepuk dia, mesti dia akan bukak mata or tido2 ayam
Kira tak berapa lena sebab aku tepuk dia
Tepuk lama2, jarang jugak Aiman sedawa
Bleh kata dalam skala 3:10 la potensi Aiman akan sedawa
Nak kata cara aku buat tu salah (ni pun kemungkinan besar jugak), tp bila mak tepuk dia pun, jarang gak dia sedawa
Sekarang, aku tepuk sikit2 je.. n memang dia akan jaga lepas aku tepuk2 dia
Kekadang tu, aku siap kena susukan dia semula untuk buat dia tido
Biasanya, kalu dia tak sedawa, aku akan baringkan dia mengiring
Kekadang tu.. dia pusing balik..
Risau jugak kot2 dia muak masa tido, aku tak perasan
Takut dia tercekik je
Aku terpikir jugak, kalu asyik tepuk dia, nanti jadi kebiasaan plak bila dia nak tido je kena tepuk
Hopefully, lepas2 ni pun, senang je lah dia tido
Takde la kena ada cara special untuk buatkan dia tido eg tepuk, dodoi, buai
Hahaha.. berangan supaya Aiman sampai besar, aku letak je atas katil.. bleh tido sendiri
Amin...
Gambar eksklusif Aiman tido lepas penat mak tok dia tepuk belakang dia melalui kaedah meniarap. Tapi.. tak sedawa pun...

Friday, October 30, 2009

Nenek Aiman

Aiman ada 2 nenek..
Satu nenek Batu Pahat.. satu lagi nenek Sg Petani
Tp nenek Sg Petani ni sbnrnya moyang Aiman
cuma orang Kedah panggil moyang 'nenek'
Kira Aiman ada satu "nek wa" = nenek tua, satu "nek da" = nenek muda
Nek Da Aiman dah datang masa hari ke 3 Aiman lahir
Ni plak Nek Wa Aiman.. baru balik pagi tadi
Mulanya nenek nak datang masa cuti skolah
Tp dah tak tahan nak tengok Aiman.. terus nenek datang dari SP naik bas jumaat lepas
Harini nenek dah balik SP..
Seminggu main2 ngan Aiman, dukung2 Aiman, sembang ngan Aiman
Nanti kita balik SP pulak jumpa nenek
Mekasih ye nenek sb datang tengok Aiman..
;-)

Malam semalam

Aiman dah 16 hari..
Semalam, sejam sekali Aiman bangun minum susu
Aku suspek mcm susu aku dah makin kurang
Huhuhu... servey2 jugak petua2 menambahkan susu badan
Pastu, dalam kol 5 pagi, aku bangun susukan Aiman, then tukar lampin
Dia berak.. n masa aku nak letak pampers yang baru
Dia berak lagi!!!
Siap terpercik kena tangan n kaki aku
Pampers yang baru kena (tak sempat bukak pun lagi), tilam Aiman pun kena
Then aku pun amikla lapik getah
Dalam hati ngomel sendiri "Padan muka, kan mak dah pesan tiap kali nak salin, letak lapik getah ni"
Pastu.. aku letak lapik getah kat sebelah, nak alihkan Aiman
Sekali.. dia kencing pulak!!!
Cantik je dia kencing landing kat lapik getah tu
Adalah terlebih skit kena cadar
Waaa.. aku dah ngantuk
Kemas ala kadar.. lapik towel atas cadar yang kena
Turunkan tilam Aiman yang lain dari playpen dia
Sambung tido balik...
So.. next time ingat ya..
Peraturan salin lampin :
1. Lapik ngan lapik getah
2. Jangan biarkan baby dalam keadaan terdedah
3. Sentiasa letakkan lampin untuk tutup baby terutama masa nak tukar lampin lama and baru
=) =) =)