Wednesday, August 29, 2012

Luka

Stok susu merudum lepas cuti raya. Maybe sebab seminggu cuti ni, schedule pam susu pun lari banyak. Biasanya masa cuti, paling kurang pam sekali waktu pagi lepas subuh tp cuti kali ni xbuat pun. Sebab macam leceh nak transportkan stok susu yg diperah. Dengan keadaan trafik yang x menentu, kang x pasal2 kena buang susu sebab sangkut dalam jem. So skang baru nak stat balik, timing pun asyik lari je sebab malas nak bangun tido, keje kat opis banyak, slow2 nak catch up balik suma.

Malang pulak bagi aku.. Nipple luka plak. Amni la ni, gigit. so far, aku bertahan lagi. Still kasi amni minum belah yang luka tu. Memang sakit tp mcm boleh tahan. Pagi ni pam susu.. Selaput kulit kaw luka tu tercabut. Dah berdarah darah. Huhuhu.. Xkan xpam? Maka.. Pinjam pam kak milin, pam dengan 2 speed yg berbeza untuk 2-2 belah. Hehe.. Nampaknya untuk 2-3 hari ni, belah yang luka tu kena berehat dari kasi Amni minum direct. Pam je la slow2.. Jangan sampai bengkak susu sudah..

Owh, Aiman n Amni dah baik sakit, aku n en suami plak yg take over. Aku stakat batuk, selsema n xde suara je. En suami sampai demam, amik mc untuk rehat. Cepatla baik.. Risau kot jangkitkan kat orang lain plak batuk ni. Huhu..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 27, 2012

Amni setahun!!!

Inila anak gadisku, Amni Malaikha. Dah setahun arini.. Masih rasa kecik je, macam baby je, tp dah setahun pun. Sakit beranak aritu pun xleh hilang dari ingatan lagi.

Sekarang, dah boleh menapak sikit2.. Dapatla dalam 10 langkah, kalu bab memanjat paling terer, tangga, gelongsor, himpunan kusyen, even kerusi atau katil yg tinggi. Suka ketawa terbahak2 bila kita acah, kalu macam buat bunyi garau pastu kejar dia, lintang pukang lari sambil merangkak n gelak. Kalu tengah nangis kena buli ke, kita acah balik, pasti terus tersenyum semula.

Paling best pasal Amni, Amni memang pandai berdikari. Bleh kata Aiman lg mengada n manja. Kalu Aiman n Amni nangis serentak, aku dukung Aiman bwk ke depan, Amni boleh merangkak sendiri ke depan ikut aku sambil nangis. Sedih je bunyinya, tp nak wat camne.. Aiman mendominasikan segalanya. Tp xpe, Amni xkisah. Peluk kejap, acah2, dah gelak balik. Tapi ada jugak time2 yg dia merajuk, terus golek2 baring atas lantai. Kalu aku x amik dia, nanti dia merangkak lg beberapa langkak, golek2 balik semula. Sampaila aku angkat. Hahahaha.. Memang cute tp kesian..

Amni pandai jugak main Peek-a-boo. Dah pandai cari kat mana monyet tu menyorok. Belakang pokok ke, belah tepi ke.. Selalu jugak dia kacau Aiman main, sbnrnya xla kacau, nak main sama tp sebab tangannya tekan2, marahla Aiman sebab game dia dah xjadi. Selalu kena tolak.. Kesian Amni..

Rambut? Hmmmm.. Makin panjang tp akan kerinting yg panjang tu. Nak gunting tp tak reti, nak botakkan, kesian Amni botak, dah x comel. Aiman kekadang tu, macam syarat nak tido kena pegang rambut Amni. Kalu pegang je xpe, selalunya tarik sekali. Adoi la...

Benda paling senang nak tarik perhatian Amni ialah channel Disney Junior. Boleh dok dpn tv setengah jam lebih la. Kalu nak lari mandi ke, solat je.. Bukak je channel ni. Kekadang tu dok merengek rengek ngan aku kat dapur, dengar lagu dari channel ni je, boleh merangkak sendiri ke depan tv. Last week, en suami basuh keta, aku n Aiman keluar pi kedai, pintu rumah terbuka luas xkunci. Amni yang dah nak keluar boleh patah balik ke depan tv bila dengar lagu. Relex je xsibuk nak keluar even pintu terbuka luas. Hehehehe..

Ni suma yang best2 je, bab mengada2, menangis manja tu ada jugak tapi rasanya suma yang sweet, yang best dah menutup suma cranky or ngada2 Amni.

Happy 1st Birthday Amni sayang.. My sweet little sunshine.. Membesar jadi anak yang solehah ye, sihat sentiasa n menjadi penyejuk hati ibu ayah ye..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 15, 2012

The Biggest Loser

Sapa paham? Hehehehe..

Boleh pulak masa first day posa kat opis tu, wani dapat penimbang yang beli online

So terus timbang suma orang di Kayangan termasuk sorang manager sesat yang ada kat tingkat atas masa sesi penimbangan

Bila dah timbang awal puasa.. kenala timbang akhir puasa kan?

Yang biru tu sumanya meet target.. sebenarnya 2 orang je yang target bertentangan ngan orang lain..

Wani target naikkan berat sebab dia pregnant, Jenny pun target naikkan berat sebab dia kurus sangat

So wani Berjaya, tapi Jenny boleh pulak turun berat.. banyak plak tu! Tu yang tanda merah tu..

Sorang lagi yang tak mencapai misi.. Nurul.. agaknya masa timbang pagi tadi, ada bahan buangan yang tak keluar lagi kot..

Tu yang berat bertambah, tak menurun..

Even tahun depan tak dapat dah nak join aktiviti ni.. bolehla nanti masa kenduri kawin kitorg tengok result dia eh..

Silap2 turun lagi banyak dari kitorg yang hanya turun di bulan posa ni..

Apapun.. pencapaian aku… nampaknya berat aku skarang lagi sikit dari berat masa kat UM..

Fuhh.. memang tak disangka penangan menjaga 2 anak dan juga breastfeed..

Lagi sekali sesi yang tak boleh di skip.. menimbang pas balik cuti raya plak!!!!

Owh.. ni yang paling ngeri! Hahahaha…

 

Ceria Pagi

Good morning!!
Camnila bagus.. Even terpaksa bangun sebab ibu angkat masuk kereta.. still boleh senyum2, gembira2 dalam kereta..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 14, 2012

Aiman is 34 months old!!

Oh my sweet, cute, cheeky, clever, mengada baby boy ni.. Dah besar!! Cakap punyala petah. Siap kalu xmo tido lagi, aku dah nak naik bilik, dia boleh cakap 'aiman tak nak tido lg, aiman nak tengok tv..'. Ada je hari2 yg tido petang sampai ke malam, so dari dia kat atas kacau Amni, kacau aku tido, aku biar je la Aiman main sambil tengok tv kat bawah. Biasanya kalu berak, dia naikla kejut aku soh basuh. Pastu last2 akan tido atas tikar, sedangkan aku dah siapkan tilam pun untuk dia tido. Siap pesan, kalu Aiman dah ngantuk, naik atas tau..

Sekarang, dah pandai marah Amni, macam aku marah dia. Amboi amboi amboi.. Perasan dah besar sangat la tu. Selalu jugak cakap 'Aiman dah besar, nanti Aiman nak pegi sekolah'. Hmm.. Ye la tu, pampers pun dok pakai lagi ni. Pastu kalu Amni main ketuk2 ke, aku sembang ngan en suami ke n masa tu Aiman tgh tgk tv, mula la marah kata kitorg bising! Soh diam..

Mengada tu memangla, macam sebati dalam diri. Kekadang tu, time kita ni kalut siapkan keje, or nak cepat, time tu la makin over mengada nyer. Pakej ngan nangis, menjerit.. Mujur bukan jenis guling2... Tapi aku rasa rumah2 belakang tu dah biasa pun dengar. Aku bila over sangat mengada tu, aku biar je. Buat bodo je.. dan Aiman memang bolehje kalu nak nangis lebih dari setengah jam pun. Meraung2 lah.. Pastu skang untuk tambahkan lg dramatik nangis tu, siap kuar2kan air liur lagi. Hadoi... Ni la anak teruna sorang..

Aiman memang pantang ngan rambut Amni. Suka sangat nak pegang. Kalu dah pegang tu, memang konfem la akan tarik kan. Kekadang tu, Aiman nak tido, memang sengaja nak pegang rambut Amni. Mungkin dia kena pegang sesuatu baru lena.. dan selalunya, rambut Amnila jadi mangsa. Selaluje ditarik rambut Amni sambil lalu belakang, sampai terbalik la Amni tu. Huhuhu.. Kesian kat Amni. Banyak kali dah terang.. cakap elok2.. marah.. sampai pukul pun penah, tp Aiman tetap suka jugak nak tarik rambut Amni. Nampaknya Amni xlehla rambut panjang..

Apapun, my lovely boy... Ibu sayang Aiman. Duit raya xyah banyak2 tau, sebab ibu tau org lain kasi dah cukup banyak. Hihihi.. Ibu ganti ngan birthday party eh..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Spek raya..

Yey.. Tahun ni dapat spek raya. En suami dengan murah hati memberi semua allocation optical company dia untuk aku. Hehe.. Xde la aku pakai suma kan, tp xde la risau terlebih budget. Sebabkan en suami x ikut, maka terpaksala sales person tu amik gambo aku untuk dihantar untuk en suami komen. Dia kata, xmo dah spek ala cik salmah.. Hahaha.. Cik Salmah mana? Haaa.. Jaga2 Cik Salmah...

Ni spek sama kaler ngan baju raya..

Ni spek yang mula2 test..

Ni spek yang paling mahal..


Tapi memang skarang rasanya trend spek Cik Salmah la.. nak pilih yang bingkai kecik, sikit je choice. Nak plak ngan power aku yang sangat tinggi, xleh nak pakai half frame or yang xde frame.. apala nasib badan.. ni pun cek, power dah naik lagi seratus...
Sian Aiman penat melayan ibu pilih spek. Dia pun, suma bingkai nak pegang. Aku tengok jurujual tu tahan sabar je. Nak marah, customer. Tapi aku mmg tahan gak nak marah lebih2, sambil dengan sabarnya meletakkan balik spek2 yg Aiman main n tarik dia dok diam2 sebelah aku. Yang best nyer, bila tanya Aiman ok x spek baru ibu? Suma Aiman kata ok, cantik.. Masuk keta, terus tido lepas abiskan jagung separuh bekas. Seb baik xsibuk mintak nak main kat playground. So.. Mana satu spek pilihan? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Nanti dapat spek kita amik gambo lagi..


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 2, 2012

Berdiri!!

Amni skang dah pandai berdiri. Harini baru stat diri tanpa ada orang kat tepi. Kalu x, mesti pegang orang or kusi or meja. Tapi xberani melangkah lagi.. Kalu kasi tangan kat depan dia, Amni xkan gerak kaki, tp halakan tangan dia n gerakkan badan ke depan. Memang kena sambutla, kalu x mau cium lantai. Aiman dulu pun, setahun dua bulan baru jalan. So Amni, masih banyak masa. Slow slow ye. Skang ni pun penah ibu nak jaga kawasan tangga..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

I miss kad raya..

Beli kad raya untuk dihantar pada orang2 terpenting dalam hidup selain mak ngan ayah (sb hari2 lalu rumah mak) ngan en suami (sb hari2 jumpa). 1 untuk maktok kat SP, 1 untuk tok n pah kat Ipoh, 1 untuk in laws kat BP. Sebab sepeket 5, maka dapatla 5 kad raya.

Teringat kalu dulu, masa raya je sibuk beli kad raya. Sibuk bukak balik buku lama nak cari alamat kawan2 yg jauh2. Aku suka beli kad raya yg tulis kartun, 5 untuk RM2 kot kalu x silap. Even ngan kawan2 sekelas, sekuliah, sebilik pun kasi kad raya. Sebati dalam diri rasanya kad raya di hari raya. Masa tu mak still dok kat Trg, rajin cari ayat2 best untuk tulis dalam kad raya. Pegi bazar ramadhan, lama leka kat gerai yg jual kad raya. Xpun antara tempat yg mmg aku wajib beli kad raya ialah kat Koperasi UM ngan kedai buku kat KL Sentral.

Seronok jugak bila terima kad raya. Memang bila dah hantar kat orang, harap sangat diorg balas. Rasa macam bilangan kawan yg kita ada bergantung pada bilangan kad raya yang kita dapat. Pastu sibuk gantung kat rumah.. Dindingla, cari ranting pokok masuk dalam pasu pun penah rasanya. Rasanya kad raya tu hiasan raya yg wajib kena ada kat rumah.

Tapi skarang.. Sapa nak kasi kad raya lagi? Stakat signkan kad raya untuk hantar pada customer2 muslim. Tu pun xde la ikhlas pun, bleh kata terpaksa sebab kena jugak sebab kena jugak habiskan suma kad raya yg dah di quotakan untuk aku. Pastu plak, harga stem pun dah makin mahal. Silap2, harga stem lg mahal dr harga kad raya. Kalu x silap 60sen kan.. Dulu 20sen je.. Memangla kos hidup meningkat, POS Malaysia pun meniaga.. Akibatnya, tradisi kad raya yang jadi mangsa.

Apapun, aku akan pastikan kad raya tetap dihantar.. especially untuk tok, pah n maktok. Sebab mereka orang lama.. mereka pastinya akan gembira dapat kad raya yang seperti menggantikan diri aku yg xde dah balik kampung berbuka macam masa kecik2 dulu. Sekarang pun, kalu balik raya, xde la sehari dua sebelum raya dah sampai. Hari raya baru nampak muka.. Hari2 lain sepanjang tahun pun jarang dah boleh balik kampung.

Sesapa kat opis dia ada kad raya extra, mehla anto kat aku. Nanti aku balas guna kad raya opis aku!!!

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone