Wednesday, November 21, 2012

Campur2

Memang lemau giler nak keje lepas balik cuti lama..
Mata pun asyik sembap je sebab rasa mcm tak cukup rehat..
Hari2 pegi keje pakai spek, sb kalu pakai lense, mata pun berair..
Aiman n Amni plak kena selsema, agaknya banyak jalan, spend masa dlm keta, aircond, sejuk..
Semalam pun Amni demam.. selsema Aiman macam nak ok dah tp still ada hingus..
Rumah sangat teruk.. seteruk perasaan yang aku rasa..
Nak kemas rumah sangat2.. nak mop lantai kasi berkilat2..
Nak lipat kain.. supaya xde lagi bakul2 baju xberlipat..
Tapi so far, macam tak cukup masa lagi..
Pastu plak, dari ahad aritu mcm ada luka kat tumit kaki..
Semalam start ada nanah.. dah pi jumpa doctor tp memang xleh nak jalan banyak sebab jalan pun berjengket..
Macam nak cramp dah betis ni sebab berjengket jalan..
Harini pun still xpecah lagi nanahnya.. doc memang mcm x membantu pun..
Can't wait for weekend, nak kemas rumah, nak rehat2.. nak pi Pureen warehouse..
Harap2 kaki pun dah baik masa tu, demam Amni pun ok jugak..
Satu lagi.. aku rasa stress dengan diri sendiri sebab masih lagi xmampu nak potty train Aiman..
Sungguh aku rasa xcukup masa.. cemana ni eh?
Bila nak mula, kesian Aiman dah besar pun pakai pampers lagi, sampaikan aku nak hantar dia pi tadika pun berfikir 2-3 kali.. last2 tunggu tahun lagi satu la..



Aiman skang dah makin bijak.. mcm2 yang difikirnya, banyak betul idea nyer.. tapi kekadang tu kelakar.. macam gambar bendera ni.. bila tanya Aiman, ni apa?
Jawapan Aiman selepas berfikir kejap ialah "Satu Malaysia"..
Hehehe.. bila suma orang gelak n tanya balik, "Apa Aiman, apa nih?"
Dah malu nak cakap... tp kalu tanya lagi skali lama skit, mesti Aiman akan jawab yang sama...
Caya lah Aiman... Ni anak malaysia zaman 1 Malaysia.. kalu zaman aku dulu ialah zaman Malaysia Boleh.. hihihi...

Thursday, November 15, 2012

From SP with love

Owh.. Dah khamis? Cepatnya? Even seminggu allocate untuk duk SP, rasa mcm xcukup bila sedar2 harini dah khamis.. Sesungguhnya memang SP dekat di hati.. Tempat membesar, belajar matrix pun hampir setiap minggu balik rumah mak tok. Maktok yg memang sentiasa manjakan kitorg.. dan masa ni je la nak merehatkan diri dari keje2 kat opis sambil xpayah pk hal2 housework. Hehe.. Dah merata jalan ni, arini pegi kenduri plak.. Nanti kita update gambo banyak2. Banyak cerita x tulis lg.. Kisah kat morib, kat langkawi n skang kat kedah plak. Xpe, slow2 la.. Siap2 nak pi kenduri plak. Bak kata maktok, orang bukak periuk, kita tunggu dah dengan pinggan!

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 14, 2012

Stranger Alert!

Alkisah hari ahd malam lepas, baru balik dari Batu Pahat. Masa tu dah kol 11 malam. Drive bawak si Kuning Aku... sampai rumah, benti depan pagar sebab nak masukkan keta aku dalam garaj, keta en suami kat luar sebab esok pagi en suami ada nak buat keje skit ngan keta aku sblm bawak balik kedah. sebab masa tu hujan renyai2, en suami soh aku duduk dalam kereta dulu sambil en suami panaskan keta dia. Sebab lama jugak tunggu, aku pun turunla angkat skit barang2 masuk rumah. Aiman n Amni dok dalam keta lagi, sambil tgk citer. then bila aku kuar balik, nampak satu keta MPV putih macam nak lalubelakang keta aku. Aku ingatkan jiran depan rumah sebab dia pun ada MPV putih jugak. Aku cepat2 pi kat kereta, nampak plat no keta tu.. nombor Kedah KCL **7*. terpk gak yg jiran depan rumah aku ni, ada jugak yg sedara diorg dari kedah selalu datang.. yg mmg selalu parking depan rumah, plat no keta pun plat kedah. sekali dia benti kat belakang keta aku, masa tu aku baru tutup pintu belakang keta nak alih keta. then orang tu bukak tingkap tanya pasal rumah selang dari rumah aku yg nampak semak samun. katanya nak cari rumah sewa. kol 11 malam cari rumah sewa? bila aku kata sana ada orang duduk..dia tanyala area umah aku sewa berapa, bilik berapa... aku macam dah teragak2 nak jawab betul ke.. tipu ke.. terpk gak orang jahat. orang dalam MPV tu berdua.. pakai kemeja kotak., kemas la. pastu en suami terus datang tegur. dia kasi salam. aku pun cakap je la area ni xde rumah utk sewa. pastu org tu pun terus blah.. en suami cepat2 suruh aku alih keta masuk dalam rumah. lepas dah kunci gate suma, en suami citer la yg dia suspek orang tu jahat. skang kan banyak kes curi keta. dia mungkin dah ikut kitorg dari luar kaw rumah lagi... n kitorg pun mmg sangat penat n xperasan pun ada orang ikut. kebetulan plak masa diorg ikut tu, aku plak dok kat luar kan.. huhuhu... seb baik sangat diorg xkuar parang ke, terus bawak lari keta + anak2 skali dalam keta. huaaaaaa.... nauzubillah... syukur sangat xde menda yang teruk berlaku. maybe orang baik.. tapi banyak kemungkinan orang x baik sebab ada ke orang cari rumah sewa malam2? memang banyak jugak kes orang jahat serang masa kita nak masuk rumah. lagipun en suami cerita, geng curi keta ni selalu pakai keta mewah plat no kedah or penang. plat tu pun pasang pada kereta curi so susah la orang nak detect kan.. bila nak tido tu, aku pun terpk jugak, orang tu sembang ngan aku, xde bunyi2 kedah or loghat utara langsung pun. huhuhu... maktok pesan, jaga2 jugak bila cakap ngan orang xkenal ni. jangan tengok mata diorg, sebab kita boleh kena pukau dari tengok mata n dari suara orang tu. so friends out there, hati2 ye.. aorang jahat ni nama pun orang jahat, sedaya upaya akan menyamar jadi orang sebaik yang mungkin. aku pun sepanjang cakap ngan orang tu, terpk orang ni jahat ke baik.. nak lari or teruskan berbual? kalu lari tapi dia orang baik, kesian pulak. tapi kalubetul dia orang jahat? seb baiken suami datang terus, n orang tu pun nampak terkejut bila en suami datang. cermin belakang keta dia gelap, so ntah2 ada ramai je orang kat belakang tu yg tunggu masa nak serang. moga Allah lindungi kita suma dari orang2 jahat ni. Aminnn..

Tuesday, November 6, 2012

MyDear Warehouse

Memang lama la jugak menunggu MyDear warehouse. Gara2 beg baby Aiman n Amni dah tak elok, zip dah xleh pakai. Patutnya memang ada spare beg, tp beg mydear spare aku tuh hilang masa pi Singapore.. hilang dengan segala barang yang ada di dalamnya.. termasukla perfume baru aku, baju2 Aiman n Amni. Malu jugak ngan pengasuh Aiman sebab hari2 hantar diorg dengan beg yang dah rosak.. hahaha.. tp bertahan jugak nak tunggu myDear warehouse. Beg mydear aku suka sebab besar n tahan lasak. Yela, beg yang rosak tu aku pakai dari Aiman lahir.. memang patut tukar baru pun.. So sebab tak balik raya, maka Hari Raya Haji ke 2 aritu aku n nisah pegi sana. Syok sebab pegi hari sabtu pun xramai orang. Target aku beli beg tu je.. Gatal jugak tengok tent mainan tu la, keta2 besar la... tp seb baik nak pi langkawi, maka xleh nak belanja over2 sangat.. kang abis duit.. Makanya beli beg baby 2, pastu beli jeans utk Amni satu (ni kedai baju yg kat luar), pastu beli mainan..... banyak!!! Hahahaha... xde la banyak, tp total harga tu mahal.. so rasa mcm banyak je.. Sempat amik gambar untuk mainan ni je..
 
Stroller pink!!!! Haritu pegi rumah sapa ntah, anak pompuan dia ada satu. Aiman sukala main tolak2. So aku pun beli 1. RM10 je pun.. bila bukak kat rumah, memang orang lain xde can langsung la nak main. Habis dibawa pusing2 keliling rumah. Ni gambar baru balik, singgah rumah mak dulu, terus bukak main. Bila balik rumah, kekadang tu bila Aiman dah tak main, Amni plak pegang.. serta merta amik balik. fuhhh.. kedekut betul. Lari2 pusing meja makan sambil tolak stroller. Pastu aku letakkan patung. Lama2.. en suami yang jadi stress. Katanya Aiman xsepatutnya main menda2 ni.. lagi Aiman pusing meja.. lagi serabut en suami.. last2 Aiman kena paksa main basikal.. kalu main stroller lagi, ayah buang stroller tu.. hahahaha... tapi tu memula je. Biasala menda baru.. skang ni kalu Amni main pun Aiman xkisah. Kalu datang mood Aiman nak tolak stroller, dia main la kejap. Semalam Amni angkat n tolak stroller ni atas tilam, tersangkut.. dah jatuh atas stroller. Patah skit.. huhuhu.. nak wat camne, barang murah. Aku saletape je.. dah boleh main balik..

Yang ni pun memang dah lama jugak aku dok servey2, tengok2 mana yang best nak beli. Abis suma pinggan mangkuk aku aiman wat main masak. Yang ni pun, skarang bersepah jugak tp seronok tengok Aiman boleh duduk main sama2 ngan Amni. Mainan ni pun patutnya lebih kepada girl kan.. hahaha.. sekali lagi en suami stress. Dah tu, nak wat camne, kalu time en suami repair keta kat luar, anak2 tengok dari dalam rumah je. Nanti kacau.. so diorg dok mengacau ibu je lah... sibuk nak tolong masak la.. lipat kain la... hahaha.. tp pada aku, xde hal pun ni suma. Bukannya akan buatkan anak lelaki jadi lembut pun, sementara tengah berminat ni, kasi je.. nanti dah besar sikit, sure akan nampak lebih banyak lagi mainan / menda2 yang akan ubah minat diorg mcm basikal, motor, computer, kartun...
 
Next is Pureen Warehouse plak... 24 & 25 November 2012. Nak beli pampers... stok barang2 ngan baju.. hmmmmmmm... ni tengokla camne. Banyak sangat dah baju2 budak2 ni.. kalu beli pun lebih kepada nafsu.. bukan keperluan.. huhuhu....