Wednesday, December 25, 2013

Bukan menipu.. cuma x bagitahu je..

Aku nak kongsikan satu kisah benar.. untuk ingatan diri sendiri.. dan moga boleh menjadi panduan pada sesiapa yang tak tahu..

Aku berhenti kerja lebih awal dengan menghabiskan cuti2 yang aku ada. Aku habiskan semua.. sebab nak berhenti awal.. pergi bercuti sehari dua.. kemudian mula keja awal di tempat baru. Aku bayangkan.. cuti aku di company lama adalah cuti berbayar.. yang mana bulan december ni aku akan terima gaji untuk 11 hari lagi kalu berdasarkan date surat resign aku. Bila aku cek dengan company lama.. katanya sudah dibayar dalam gaji terakhir aku yg masuk untuk bulan november. Aku xdpt payslip kerana payslip dihantar ke email office.. so sementara tunggu email pasal payslip.. aku cek balik akaun bank aku. Baru perasan yg gaji masuk nov jauh lebih sikit dari gaji biasa.. cemana diorg kata dah bayar suma skali?

Bila tengok payslip.. rupanya gaji bulan 11 aku hanya dibayar 26 hari.. yg mana last day aku keje ialah 26hb nov. Bila call HR.. katanya diorg offset leave aku ke date yg aku mintak.. dan makanya cuti aku tu xberbayar dan aku dapat berhenti awal. Memang aku tanya byk kali.. kenapa offset xberbayar.. kenapa aku kena guna terms offset.. bukanke cuti tu sepatutnya berbayar? Lepas terang2.. org tu pun ada tanya2 jugak ke senior dia cemana nak terang kan aku bila aku tanya n tanya lg sebab xpuas hati.. katanya mmg kalu offset leave.. cuti yg digunakan utk cepatkan tarikh kita berhenti tidak akan dibayar. Katanya aku sepatutnya apply cuti.. baru diorg akan kira yg last day aku adalah 11 haribulan even 26hb aku dah mula bercuti. Okey... I did not know that.. aku ada mention psl nak mintak cuti ms aku discuss bila aku nak last day aritu tu org HR yang lain (senior dia lah) kata aku xleh apply cuti dah sbb aku dah tender. Bila tender.. sabtu n ahad pun akan ditolak dari cuti tu. Katanya hr akan uruskan n kira semua. Tapi.. ko xcakap ko akan buat offset leave!!! Xde mention langsung.. kenapa xterang secara detail.. and kenapa xkasi pun aku apply cuti lepas tender sedangkan ada je jawan2 yg apply cuti lps diorg tender. Yeah.. apapun.. aku tetap salah sebab surat acxeptance of my resignation ada ckp last day aku 26hb. Even de perkataan offset  leave.. maknanya last day aku ialah 26hb lah kan.. so betulla gaji aku sampai 26hb je.. dah burn lah cuti 14 hari aku tu...

Rezeki dari Allah.. memang aku yg xbetul2 paham pasal ni. Aku cuma paham yg hr akan buat yang terbaik.. akan memberi option yg terbaik utk staff dia.. akan memberi penerangan yg detail agar suma staff paham pilihan n kesan dr pilihan tu. Sapa xnak duit.. nak plak bila duit tu mmg ada cara utk refund. So.. I'm writing this just a reminder to others.. be carefull. Cek betul2 term2 n option yg hr kasi bila berhenti. Memang dalam kes ni salah aku.. xcek.. assume je akan dapat.. excited sangat nak pegi penang bercuti.. xpela.. rezeki dari Allah kan.. moga nanti Allah murahkan lg rezeki aku dan company baruku.. amin... dan sesungguhnya aku betul2 rasa teraniaya...


Sent from Samsung Mobile

Monday, December 23, 2013

Hello Krohne!!

Yeah.. start report ke opis baru di Mentari Sunway, area Sunway Pyramid pada 2 December 2013. Mujurla ramai ex transwater kat sini.. suma pun muda2.. boleh x aku pompuan melayu yang paling tua!! Huhuhu... parking kena bayar.. makanan serius mahal giler!! Dah standard keje kat klcc or pavilion dah ni. makan nasi campur pun mahal.. tak pe la.. slow2 ikut flow diorg ni.. nanti kalu lama2 xleh nak catch up.. kita tapau breakfast berat je la kan.. so ni gambar first day kat opis bersama nurul.. memang really feels at home bila ada kawan yg mengenali n rapat di tempat baru. first day dah dapat pc..so godek2 la apa2 yang ada dalam server.. nak bukak blog? hehe.. tunggu minggu ke 3 baru berani..


 Minggu ke 2.. ada beberapa skid yang dah siap n nak ship out. So boss ajak satu team (kitorg dari team sales) pegi ramai2 tengok kat teluk gong sana. Giler dalam tempat tu.. syok jugak.. sebab dapat tengok banyak barang2 yang sememangnya kitorg buat quote tu.. and final product dari quotation kita. Dapatla tengok barang2 secara live plus tips2 dari orang project especially supaya kitorg tak under cost. Haha..



 
Minggu ke 3... trip to Vietnam!!! Memang mengejut betul.. kebetulan ada meeting kat sana.. bos plak clash ngan another meeting.. so aku pegi. Notis 2 hari sebelum.. pegi 1 hari je.. bertolak pagi dari lcct.. pagi esoknya dah bertolak balik dari HCM. Meeting petang and sangat seronok sebab meeting habis kejap je!! Dalam 2 jam je kot.. sama lama ngan flight duration! Hotel pun best.. rasanya 5 star.. sangat dekat ngan Ben Thant market tu. Kebetulan sangat2.. Director Food and Baverage hotel tu orang malaysia.. katanya diorg memang amik special daging ayam n lembu yg memang ada certificate halal. Lega jugak sebab penat2.. malas nak jalan cari kedai halal kan. Tapi malam tu.. lepas maghrib je (waktu msia kol 7 lebih, waktu sana kol 6 lebih) kitorg dah jalan2 area Ben Thant tu.. makan VIetnam cuisine.. agak tamak order 3 dishes.. tp sedap n memang xhabis.. hihi.. yang paling terbaik ialah kopi vietnam. Makan kat restoran Salima atas sebuah hotel ni.. road yang sama ngan kedai2 kain kat area ni.. pastu pegi ben thant market.. dah nak tutup.. sempat sambar baju aiman n amni n selipar. Then shopping kain baju.. ada satu kedai yg harga sangat murah dari kedai2 lain.. tapi kedai ni belakang sikit.. kain cotton pasang RM23, baju kurung cotton siap jahit RM26, sutera vietnam ada RM35, rm45 and design paling latest RM50. Banyak shopping untuk orang.. then pegi night market plak.. tawar n tawar n membeli macam2.. jaga2.. diorg suka pau duit RM1.. konon seringgit je kan.. ala2 untuk ong la.. aku kasi je kat sorang.. sekali dia mintak habis utk suma pekerja kat gerai tu sampai 3 org. pk2 balik.. mmg kedai lain pun mintak tapi aku kasi kat kedai ni satu je.. kalu diorg mintak kat sumorg malaysia.. mau banyak gak dapat tu.. kalu x kisah.. kasi je la kan.. tapi 1 day trip yang sangat meletihkan... betul2 rasa flat sebab bangun awal giler untuk ke airport.. balik tu pun bangun awal sebab sana subuh habis kol 5 lebih.
 
Penghujung minggu ke 3.. xmas party krohne.. diorg xde annual dinner.. so anjurkan xmas party je.. ada cabutan bertuah and aku dapat deep fryer!! sangat best.. owh dah kol 6.. nak balik.. babai....

Bye bye Transwater..

 My last day in Transwater.. last 2 weeks yang sangat kalut.. asyik balik lambat.. plus mengajar budak sedikit sebanyak hal2 daniel. Handover x banyak sangat.. lately keje xbanyak.. mujur jugak.. last day paling kalut sebab malam tu dah nak gerak pi Penang bercuti sebelum kerja tempat baru yg lg setengah tahun sebelum confirm utk dapat cuti banyak. Tengahari rush pegi Giant beli sedikit souvenir untuk kawan2 yang tinggal.
 Petang tu salam2.. cepat2 turun sebab Muaz dah tunggu. Balik ngan dia sebab jazz hantar pegi cat kat kedai area opis ni.. so kena tinggal keta. Xleh tunggu lama2 sebab sedih.. kalu lagi lama sembang n peluk2.. lagi berderai air mata. Kena cover skit sebab balik ngan muaz. Kalu balik ngan keta sendiri.. konfem berderai air mata dalam keta.. sob... sob..

Ni gambar klise suma orang yang akan meninggalkan transwater. sebenarnya ni lakonan je.. sebab time aku balik betul2 tu dah gelap pun.. bersama banyak lagi barang2 kan.. 
 
Farewell party dari Transwater.. masa ni dah start keje 3 hari kat tempat baru. Seronok bersama rakan2 Transwater yang dah lama susah senang bersama.. serata malaysia berjalan bersama.. suka duka keluarga pun kongsi bersama.. i'm surely will gonna miss u all.. mujur la ada whatsapp yang akan sentiasa menjadi penghubung tapi pastinya jumpa hari2 ngan whatsapp hari2 tu xkan sama.. good luck guys...

Wednesday, November 27, 2013

Tragedi berdarah..



Amni memang sedikit clumsy. Amni jugak extreamly sukakan advanture. Kalu kat rumah tu.. yg panjat2 pelbagai aksi.. memang Amni la yg mulakan dulu. Dia pun jenis x manja sangat macam Aiman. Kalu jatuh sakit ke apa.. kejap je lepas kita pujuk tu.. dah gi panjat lompat2 dh. So alkisahnya.. jazz pancit kat opis so aku balik rumah dulu petangnya.. malam datang semula dgn en suami bawak budak2 ni. Sementara en suami setelkan hal tayar.. amni n aiman seronok2 main kat belah dalam pagar opis. Yg aiman xlari sangat.. sibuk mulut tanya macam2 kat en suami yg tgh buat keje. Amni plak.. berlari sambil gelak2dari hujung pagar.. ke hujung pagar lagi satu. Gambar plak kebetulan diambil sebelum kejadian.. dia tersadung kaki.. jatuh.. kepala terantuk kat bucu lantai simen guard house. Punyala berlari aku angkat amni yg tersembam tu.. angkat je.. ttengok2 abis penuh darah sumaa satu muka!!!!! NAK NANGIS !!! Bila angkat amni.. calm kan dia.. amik tisu sapu bahagian darah yg memenuhi dahi. Tekapkan kat bahagian kepala.. dh tengok darah berhenti.. terus masuk opis cari ais. Mujurla sangat kak milin still kat opis.. 


Sebab dah x nangis..amni sibuk nak Jalan sendiri naik tangga sampai atas. Memang 
ibu xkasi la kan.. dahla tinggi. Huhuhu.. diam sampaila ternampak bear dalam bilik kak milin.. baru bercakap. Fuhhh.. lega rasanya dgr amni cakap. Pastu suruh kira.. okla. Ada bunyi kuar. Hahaha.. bawak turun bawah tunggu en suami siap. Amni macam terkejut sikit tapi okla. Riuh jugak sembang even aiman lagi becok. Pas siap suma.. bawak pegi hospital. Risau jugak sebab gelap n kawasan luka penuh darah. Xtau kot kena jahit ke kan.. amni sempat tido kejap masa otw ke hospital tu so bila kat sana dah jaga balik.. berlari2 sana sini. Siap atas katil sementara tunggu doktor tu.. boleh nak lompat2 lagi!!!! Aduh.. memangla amni ni tau. Alhamdulillah.. ok suma.. xde tanda2 pasif or pening2. Moga jatuh ni buat amni makin pandai la yek... 

Esoknya baru perasan ada luka kat lutut.. sapu minyak gamat. Bawah lutut tu ada satu tahi lalat.. sibuk Amni nak suruh  sapu jugak kat situ. Dia ingat luka agaknya.. skang ni luka kat kaki dah hilang.. tapi bila amni terdengar org cakap psl sakit.. sibukla suruh bubuh minyak kat kaki tu. Suruh sapu kat tahi lalat tu!!! Hahaha.. sampai golek2 nangis nak suruh ibu sapu tp ibu xpaham.. gi sapu kat lutut. Kalu gini.. sampai tua pun x hilang tahi lalat n kena sentiasa sapu minyak!!

Thursday, November 14, 2013

Hijrah..


 
8.5 tahun yang sangat menggembirakan.. sangat gembira bekerja di sini..
Penuh dengan segala suka.. diselitkan duka sekali sekala tapi dengan suka yang terlalu banyak.. dengan cepat dapat menutup duka yang datang dengan cepat sekali..
It's not an easy decision for me.. sangat menyedihkan.. terutama meninggalkan bos yang paling baik.. owh.. mungkin aku xpenah ada banyak bos pun.. tapi boleh dikatakan antara manusia2 baik yang pernah aku kenali. Sentiasa percaya akan kebolehanku.. sentiasa menjadi penyelamat bila aku buat salah.. pendek kata.. kalu hal keje.. sentiasa ada utk membantu dan memberi support dan segala2nya lah..

 
 
Punyala sengal kan.. revise surat sampai 3 kali.. kali ke 4 baru betul suma n sayu plak bila tengok boss sign "accept" kat surat tu. Boss sendiri pun tanya aku cemana ejaan "accept" yang betul. Haha.. yeah.. aku tahu.. sebenarnya susah untuk dia jugak bila aku benti. Nak plak keadaan sekarang yang xde sapa lagi akan gantikan aku.. plus team yang hanya tinggal berdua bila aku dah xde. Tapi nak wat camne.. hidup kena terus kan.. aku sendiri pun dah terpaksa korbankan bonus hasil kerja keras setahun lepas.
 
Aku sentiasa berdoa.. moga hijrah ini akan menjadikan aku lebih baik.. moga kerja aku akan sentiasa dipermudahkan.. mendapat bos yang memahami.. team yang baik jugak.. family and friends... pray for me kay!!!

Monday, November 4, 2013

Kisah Lucu


A. Sekarang aku peminat setia Love U Mr Arrogant.. kalu sempat sampai rumah awal n hal2 rumah setel awal.. aku tengok.. kalu x, aku rakam so pas siap2 solat suma baru tengok. Ada skali balik amik Aiman agak lambat.. time tu dah azan. Aiman masuk keta dulu.. amik Amni then adala sembang skit dengan pengasuh diorg. Aiman jerit dari dalam keta..
Aiman : Ibu.. cepat.. citer ibu dah stat..
Aku : Hah? Tak dengar la... jap jap..
Kalut2 aku masuk keta bawak Amni.. pastu tanya balik..
Aku : Aiman cakap apa?
Aiman : Citer ibu dah stat..
Aku : Hah? Dah stat.. mana Aiman tahu?
Aiman : Tadi kat rumah tok wan.. citer ibu dah stat..
Aku : Ooo.. pastu.. apa jadi?
Aiman : Tak jadi apa2 lagi.. dia azan dulu..
Hahahahahahahahaha... aduh..
Aku : Ok.. jom kita balik cepat2.. hihi..

B. Amni nangis.. golek2 then tetiba cakap sakit kepala, suruh aku tengok. Aku tengok ada benjol kat kepala dia.. Terus call pengasuh tanya dia ada jatuh ke.. pengasuh kata xde plak. Sembang ngan kawan2. diorg soh tanya Amni.. budak2 biasa tak bohong.. hmmm.. amni xde la pandai cakap sangat pun.. tp bolehla kan.. kita try tanya.. aku suruh en suami yg tanya..
Ayah : Kepala Amni sakit?
Amni : Kit (sakit)
Ayah : Ala sian.. meh ayah tengok.. kenapa ni? Amni jatuh?
Amni : Tuh.. (jatuh)
Ayah : Amni jatuh.. Amni jatuh kat mana?
Amni : Na.. (mana)
Ayah : Amni langgar kerusi?
Amni : Si..
Ayah : Sakit lagi?
Amni : Gi..
Hahahaha.. aku dah gelak2.. xyah la tanya ayah.. amni ulang balik suku kata terakhir suma soalan ayah je.. konfem xkan dapat jawapan...\

C. Situasi ayah teman Amni makan nasi..
Ayah : Amni makan apa?
Amni : Ni Kan Si..
Ayah : Ooo.. AmNI maKAN naSI...
Dah bunyi macam orang cakap siam dah amni oi...

D. Kisah seorang sahabat yang sebelah paginya kami sembang pasal ada orang ckp antara tips utk kekalkan rumah tangga ialah kena teman suami makan. Kitorg ni dahla jenis yang xmakan malam.. so malam tu, sahabat ni teman suami dia makan. Dia cerita la kat suaminya.. apa yang dia baca siang tadi. Memang xpenah2 buat.. suaminya makan megi je pun.. dia dok tepi suami makan.. tp resahla sebab ada menda lain nak buat. Cepat2 suruh suami makan.. kasi habis.. supaya dia boleh buat keje lain plak. Kejap2 tengok jap.. kejap2 tengok depan.. Last2.. suaminya sampai terpaksa hirup mangkuk.. cepat skit habis. Dah siap makan.. sahabat ni cepat2 bangun.. then en suami tanya..
"Dah ni.. esok lunch awak datang opis saya la eh teman saya makan? Dah kata isteri kena teman suami makan?" Hahaha.. pandai pulak suaminya buat lawak kan..

Saturday, October 26, 2013

Amni & Susu

Dah dekat seminggu Amni xnak minum susu kat rumah. Balik keje sampai la time tido.. sebelum tido pun xnak minum. Dok sedut air masak bergelen2 sebelum tido.. pastu baring2 golek2 n tertido. Aku dpt kasi dia minum susu waktu pagi.. masa bangun subuh tu. Time tu amni tido so aku suap dia minum. Semalam xhabis.. pagi ni.. xnak langsung! Dalam tido tu bleh cakap.. "xnak!" Selalu bila dia nak susu.. mesti mintak. Balik keje petang tu.. wajib mintak skali. Kira sepanjang masa dari balik rumah sampai ke tido tu.. paling kurang 2 botol.. selalu 3-4 botol. Bukan botol besar pun.. botol 4oz je pun.. aduh.. mmg kusut. Harap2 xlama la.. dahla amni jenis yg xsuka makan sangat..lg sibuk ratah lauk kalu jamu nasi.. 


Sent from Samsung Mobile

Monday, October 21, 2013

Amni bermain..

Suka betul Amni main ngan anak patung skang.. Berangan macam jadi mak gitu. Time ni Aiman tido. so Amni dapatla main dengan aman. Kalu x, baru main beberapa minit.. mesti dah dengar diorg gaduh.. or berebut..
 Kasi stich jalan2 naik motor dia.. boleh plak marah bila stitch tu tergolek jatuh bila dia tolak..
 Ok.. stitch dah penat.. rehat.. Amni kasi dia minum susu.. ada air masak dlm botol tu. abis basah menatang ni..
 Ok.. time untuk bawak stitch jalan-jalan plak.. besar menatang tu.. amni xnampak depan.. jalan pun xbetul..
 Memula xperasan.. rupanya amni tengah babaikan stitch tu.. dia pegang tangan menatang ni.. pastu cakap babai ibu..
Ni turn Amni plak yang babai ibu.. lepas ni.. dah marah2 sebab asyik xnampak depan.. pastu aku pun letakkan stitch tu kat belakang dia tp xbleh jalan jauh.. lama2 stitch tu menggelongsor turun.. hahaha..
 
** amik gambo guna camera 360.. tu yang terang sangat.. saja try option yg colorfull.

Saturday, October 19, 2013

'BUKAN!!!'

BUKAN!!!!
Ni adalah perkataan penuh amni yg terbaru. Amni boleh la cakap.. tp sebut yg belakang2 je.. macam.. 
Ni.. kan.. si.. = amNI maKAN naSi
Semalam masa dinner.. amni dtg kat aku.. katanya tuh (jatuh).. soh aku sapu kakinya.. aku ingat kat jari.. so aku usap2la jari kaki.. pastu dia jerit.. 'BUKAN!!!'.. pastu tunjuk lutut.. hahaha.. sumorg gelak n very surprised perkataan penuh kuar dari amni..

Tadi..dalam kereta... amni sebut.. bu, xxx (ibu.. amenda ntah dia sebut aku xdpt tangkap) sambil tunjuk luar keta. Aku pun iyakan la.. "haah.. tu rumah.. " sekali amni reply.. "Bukan.. ta.." Hahaha.. owh... kereta rupanya.. konfemla pasni lg byk peel bila dah pandai sebut bukan...

Aiman plak.. mana dapat ntah.. skang suka mulakan ayat dengan 'ni ha..' Mcm tetiba nak bercerita.. dia cakap.. 'Ni ha aiman bawak basikal tadi..' Pastu beberapa ayat lepas tu.. kuar lagi 'ni ha'.. macam2.. makin pandai n petah bercakap.. sampaikan time travel balik kampung.. nak caepat2 sampai destinasi sebab suma pun dah penat layan aiman cakap.. hihihi.. biasala budak2 kan.. yang penting.. alhamdulillah sihat sentiasa..



Sent from Samsung Mobile

Wednesday, October 16, 2013

Macam2 la amni..

Skang Amni dah macam2 ragam. Cakap still xboleh sgt lagi.. pandai sebut hujung2 je. Susah betul nak paham especially bila time mengamuk mintak barang. Skang dah pandai mintak susu.. pastu suma step nak buat susu tu nak kena nampak kita buat depan dia. Susu biasa dlm bekas yg dah ada 3 compartment tu.. mesti nak kena ketuk sendiri. Pastu.. dia akan suruh letak air panas dr thermos.. pastu wajib jugak air masak. Kalu dia tak nampak letak air masak ke.. even dah penuh air dalam botol or susu dah siap goncang pun..kena bukak balik sebab amni nak tgk jugak bubuh air. Terpaksa la tipu2 buat letak air. Kalu x..konfem meraung xnak minum susu. Pastu.. nak minum susu.. nak kena ada bantal.. tilam..susun elok2. Xmainla minum susu atas kusyen.. kalu dulu.. relex je asal ada bantal.. landing je atas tikar.  Pastu.. time nak tido pun satu hal lain. 2-3 hari ni pesen nak bantal atas dada. Masa mula2 mintak tu.. lama gak la utk aku figure out apa yg dia nak. Menangis2.. last2 nak letak bantal atas dada rupanya. Siap ada bantal2 tertentu je plak tu. Pastu.. dah letak bantal.. soh aku tepuk area bahu depan dia. Mana ibu nak paham amni nak suruh tepuk!!!! Aduh.. kelakar.. tp bila dah siap suma ikut protokol amni.. kalu abg aiman xkacau.. kejap je pastu nanti tido lah dia. Nak dpt aima  x kacau tu pun payah gak tu sebab aiman  sangatla suka gentel2 n tarik rambut amni utk buatkan dia sendiri tido..  Aduh.. macam2 tau..



Sent from Samsung Mobile

Monday, October 14, 2013

Aiman 4 years old..

Happy birthday Aiman!!! Ibu sayang Aiman.. aiman memang sangat panjang akalnya.. ada saja idea nak buat.. ada saja cerita nak diberitahu..especially bila bangun tido. Ibu sentiasa doakan yang terbaok untuk aiman.. moga aiman menjadi anak yang soleh.. biarlah kenakalan aiman di masa kecil menjadi cabaran yg baik untuk ibu membesarkan aiman agar menjadi khalifah Allah yang terbaik. 

Pagi tadi bila bagitau aiman harini birhday dia.. nanti kita makan kek.. dia cakap 'birhday aiman haritu lah.. aiman dah makan kek spongebob' hahaha.. masa kecik ni bolehla sambut banyak kali.. nanti besar2 xde la kot. Dah kirim kat makteh order kan kek mickey mouse.. excited aiman nak tunggu makan kek. Sebab adilah esok pagi baru sampai.. maka esokla baru makan. Kita pow adilah pizza skali.. hihihi..

So aiman.. dah 4 tahun ni.. kena biasa2 kan diri untuk xpakai pampers ye. Buat masa ni mcm masih menolak lagi xnak guna toilet.. tp slow2 lah kita train. Moga dipermudahkan.. lagipun nak masuk skolah tahun depan. Aku pun xpegi lagi daftar.. dlm pikiram ada 2 tadika tp kena pegi review dulu camni. Nanti esok kita post gambar kek plak ye..


Sent from Samsung Mobile

Friday, October 11, 2013

Mood cuti melanda..

Raya haji!!! memang selalunya aku akan cuba sedaya upaya untuk balik kampung aku plak.. hehe..
Tp selalunya sebab aku suka sangat nak balik lama2.. en suami plak bila akhir2 tahun ni cuti dah tak banyak.. makanya.. aku balik la ngan mak n ayah.. tahun ni pun gitu jugak.. raya hari selasa.. tengah minggu.. en suami dah xde cuti.. so aku balik je la ngan mak.. seminggu!!!! wahhh.. sangat seronok.. bila apply leave and bagitau bos.. bos kata.. 'ok.. tp bawak balik laptop tau..'. Xde la nama cuti sangat bila dah bawak balik laptop tu kan.. tp xpe.. bawak balik laptop, kalu internet xde.. xguna jugak! hahahaha.. kang rumah mak tok mmg xde internet.. maybe kalu nak guna.. kena pegi rumah maktih kot. aku sangatla malas nak buat keje.. jangan kata time cuti next week.. hari ni pun dah malas nak wat keje.. kepala mcm dah xleh nak pikir nak buat apa keje..

Aku arrange small birthday party aiman.. maybe hari raya kot sebab kalu hari isnin tu adilah xsampai lagi.. mak tih orderkan kek mickey mouse.. nanti tengok cemana kek dari sp plak.. aritu kek batu pahat sedap.. skang ni.. aku dilanda demam drama melayu. memang sangatla klise drama2 melayu lately.. iaitu kisah kawin paksa.. pastu adala girlfriend lama.. xpun cinta adik.. kawin abang.. baru perasan.. skang citer Jodoh amenda tu.. bleh plak lupa tajuk time nak tulis ni. Cinta adik.. kawin abang.. sblm ni citer hari jumaat tu.. tizz ngan izzue tu.. cinta abang.. kawin adik.. pastu sebelum tu ada gak.. kat tv3 petang2.. cinta kakak.. kakak lari, kawin adik. arghhh.. suma pun sama.. pastu kisah kawin paksa.. then bercinta lepas kawin. hmm.. bagus jugak.. kan elok bercinta lepas kawin dari kisah bercinta sebelum kawin pastu tergedik2 berlakon kalah orang dah kawin.. memberi contoh yang sangat tak elok. tapi.. xleh ke buat drama yang lain sikit.. kekadang aku suka tengok drama tv9 or tv1.. kisah2 yang lebih normal n sangatla x bergantung pada novel2. cakap macam2.. tapi aku tengok jugak kan.. hihi.. cerita Mr Arrogant.. owh.. sangat aku suka.. rasa mcm lagi suka dari Adam & Hawa.. so far orang jahat xjadi sangat jahat lagi.. lelaki yang cool n berlagak n ego.. tapi sebenarnya sangatla mengambil berat n bertanggungjawab. Dah lama xde perasaan tengok drama yang tak sabar nak tengok episod sebelumnya. rasa mcm sangat lambat cerita ni.. hahaha.. 1 episod = 1 or 2 hari.. dah mcm drama filipina plak..

Next week balik kampung.. syok sebab tak yah kalut2 kerja.. kerja rumah.. kesian en suami kena tinggal seminggu.. semalam dah kuar shopping makanan2 kering untuk en suami.. apapun.. dah en suami izinkan.. balik je la kan.. dah kawin n keje ni, bukan senang nak balik kampung lama2.. patutnya pas balik dari kampung, aku kena pegi bintulu. tapi pagi tadi bos kasi ayat.. 'nanti u arrangela flight n hotel pegi bintulu tu.. kalu u nak pegi lah..'. KALU NAK PEGI??? of coz la aku malas nak pegi kan.. hahahaha... hmmm.. xpe.. tunggu sampai next week pas raya.. kalu rasa malas.. biar je la budak2 service tu pegi sendiri. Bintulu tu satu hal.. tempat aku nak pegi tu plak.. 67 km dari bandar bintulu!!! Fuhh.. jauhnyer rasa kalu lalu kot kebun kelapa sawit.. mcm skang ni dah 75% xmo pegi je.. hahahaha... ok, we'll see how it goes..  sabo je la radio pasang lagu raya.. yey.. maktok pun dah siapkan daun palas untuk raya nanti!!!

Monday, October 7, 2013

Pre-birthday celebration - Aiman 4yrs old

 Birthday Aiman yang ke 4 menjelang tiba!! Birthday Aiman ialah pada 14 October 2013.. tp time tu sehari sebelum raya haji. Aku, Aiman n Amni plannyer akan balik SP ikut mak. En suami xdapat cuti lama so raya sorang2 kat opis. Hihi.. kebetulan plak balik batu pahat weekend baru ni, so aku pun arrange kek untuk makan ramai2 bersama family kat BP. Suma pun ada time tu.. so seronok la skit. Lama gak mencari bakery2 yang sesuai untuk buat ni.. finally dapat sorang ni, ada kenalan en suami yang kasi contact. Dan dari beberapa bakery yang aku search, yang ni jugak yang kasi paling murah.. Tada.... kek rupa sponge bob seperti di atas.. kek chocolate moist.. ada layer blueberry kat tengah2 n gunakan fresh cream.. superb!!! kek pun sedap.. xmanis pun aising fresh cream tu.. kaler pun mcm xbanyak.. mulut.. pipi xde lekat pewarna.. puas hati.. hehehe... owh.. harganya plak RM55!!!
 Aiman n Amni dah tak sabar.. lilin pun dah senget skit.. seb baik tak tumbang.. sibuk nak amik gambo banyak2 plak.. hehehe..
 Family in laws.. seronok suma pun balik..
 Sibuk Amni pun nak potong jugak.. yum..yum..
Hadiah!! Tq very much for makngah & pakngah kasi mainan untuk Aiman n Amni. Memula elok je main sesama kan.. tak lama pastu.. gaduhla berebut.. tu gambar tolak troli tu.. haa.. tengah berebut la tu.. battery kereta yang rechargable.. jimat xyah asyik nak beli battery je. Baju plak.. hadiah dari mak long.. hadiah dari ibu? ngeh.. ngeh.. masih dalam bonet kereta.. nanti la yek.. 

Saturday, October 5, 2013

Jalan2 naik motor

Hihi... petang2 main2 kat luar @ rumah atok di batu pahat. Skali aiman nak ikut ayah naik motor.. amni pun sibuk nak ikut.. tp sapa plak nak pegang amni. Makanya.. ibu pun naikla jugak motor.. berempat merempit.. hahaha.. rempitla sangat naik bukit.. motor semput3 nak bawak kitorg..

Sent from Samsung Mobile

Thursday, October 3, 2013

Nak naik aeroplane..

Aduh..nape ntah Aiman 2-3 hari ni sibuk ajak naik aeroplane. Especially bila nak suruh tido.. aiman akan cakap.. ok..esok nak naik aeroplane ni.. semalam..sebelum tido pun cakap lagi.. bila aku ckp mana ada..tiket pun xde.. dia mcm blur2 xpaham sangat tiket tu apa. Pagi ni bangun.. aku kat bawah.. aiman nampak aku.. dia cakap..
Aiman : ibu.. jom.. siap.. kita nak naik aeroplane dah ni
Ibu : eh..mana ada.. kan kita xde tiket..
Aiman : ibu beli la tiket..
Ibu : aiman.. nak naik aeroplane tu mahal.. kena ada duit banyak..
Aiman : kita amik duit ayah banyak.. boleh beli tiket ( sambil tunjuk kat balang duit syiling en suami)
Ibu : aiman.. kita kena ada 10 balang tau.. penuh.. 10 bekas duit ni.. baru boleh beli tiket. Itupun kalu cukupla..

Aku masuk toilet.. dengar aiman bawak turun bekas tu dari rak.. then dengar dia kira.. 1, 2, 3, ... 9, 10.. 

Aiman : ibu.. dah cukup sepuluh.. dah boleh beli tiket..
Ibu : Arggghhh.... aiman.. x cukup.. nak kena ada 10 la.. lambat lg ni kita boleh naik aeroplane..

Aku terus sambung buat keje.. aiman plaka sambung tgk tv.. aku dah siap.. pakai tudung..aiman ckp lagi.. ok jom.. naik aeroplane.. aduh.. aku ckp balik xde..nak pegi keje.. tiket xde.. kena ada duit byk.. banyak sangat baru boleh beli..

Sampai rumah tokwan.. aiman xmo turun.. katanya nak pegi kedai beli tikat.. hahaha.. sebut tiket pun xbetul.. lama gak pujuk.. masam betul muka.. xpuas hati nak jugak naik aeroplane.. ingat senang ke nak naik aeroplane ni? Rupanya semalam kat rumah tok wan pun dia ckp kat tokwan 'aiman nak naik aeroplane lg 2 hari..' Hahaha.. pandai2 je kan.. orang dulu.. pegi haji baru dapat naik aeroplane.. dah cemana aiman.. dah bgtau pasal kek birthday.. or nak balik rumah nenek esok.. tetap ingat nak naik aeroplane.. kena cari menda lain untuk buat dia lupa.. baru 2x naik aeroplane.. dah asyik teringat2.. bahaya betul.. hihi..


Sent from Samsung Mobile

Lost World Of Tambun - Family Day

Bertuah sungguh en suami kerja ngan company yang tiap2 tahun buat family day kat theme park serata Malaysia. Memula aku bgtau en suami.. aku agak tahun ni pegi Bukit Merah.. rupanya LWOT. Ok je.. dan best jugak sebab kitorg dapat duduk Hotel LWOT instead of ada 2 lagi hotel lain yang lokasi agak jauh dari sini. Gerak hari sabtu pagi.. sampai around kol 1.30 petang. Dah register suma.. tunggu bilik sampai kol 4!!! Muka aku memang dah xleh senyum dah.. mujurla company en suami kan.. kalu company aku, memang aku mintak bilik lain dah. Time kitorg dapat bilik, orang2 lain suma dah turun siap2 untuk aktiviti sukaneka petang tu.
 
 
Amni kejar dari belakang.. ayah jalan menonong lupa anak dah 2..  bilik best.. besar.. lantai mozek so xde la rasa busuk karpet or berhabuk. Budak2 ni nak makan pun senang.. tumpah2 suma aku tolak masuk bawah katil.. hihi..
 
 
Ni time sukaneka.. xde la kitorg nak join kan.. ada loker untuk simpan barang tapi aku pegang je.. kalu tak cemana nak amik gambo. So en suami la yang masuk air main ngan Aiman n Amni. Ni area besar mcm pantai tu.. siap ada pasir lagi untuk budak2 main. Selang 15minit keluar wave.. Aiman beriya berlari2 sana sini..
 
 
Ni area sebelah.. kawasan cetek skit untuk kanak2.. Banyak sangat slide.. kawasan pun agak luas so kalu ramai orang pun xde rasa sangat. Time kitorg mandi ni memang xramai orang pun..
 

LWOT ni skali ngan Banjaran Hot Spring. Kolam air panas ni bukak kol 6ptg sampai 11 malam. So bila area pool dah tutup kol 6, kitorg berendam kat air panas plak. Amni memang dah sejuk2 dah kat kolam.. masuk air panas.. baru nampak reda skit ketar2 badan.. Gambar Aiman sensorang tu kat jakuzi air panas.. buih2 kuar.. memula aku ingat air panas sampai menggelegak.. rupanya suam2 43 degC je.. maybe sebab petang tu cuaca mendung.. baru lepas hujan n malam pun hujan, so air panas rasa mcm mandi air shower je..

 

Ni time dinner.. majlis x start lagi.. Aiman n Amni dah tido.. penat sangat mandi manda.. gabung 2 kusi.. baringkan diorg n kepala Amni atas riba aku. Bila dah siap kitorg makan.. baru diorg bangun.. ingatkan nak tido sampai esok pagi dah. Pastu baru kasi diorg makan. Lecak tanah sebab hujan kejap sebelum tu. Abis kasut berselut suma. Beriya tunggu sampai habis majlis dengan harapan dapat lucky draw. Ada 70 hadiah tapi.. mcm xbiasa pun kan. Kitorg memang jenis xberapa nak bertuah..

 

Esok paginya.. aktiviti free and easy. Boleh plak organizer kasi kurang 1 tiket untuk kami. Memula ingatkan Aiman xyah tiket.. rupanya Aiman pun kena. So 2nd day.. en suami tak masuk. Dia pun syok je bleh bergolek2 tido dalam bilik. So aku bawakla diorg mandi. Xde sangat gambar mandi sebab aku pun mandi skali ngan diorg. Amni tido.. aku tukarkan baju dia.. otw jalan ke pool baru jaga.. sampai habis mandi n badan ketar2 pun asyik menguap lagi.. haha.. marry go round free.. ada lagi beberapa mainan fun fair yang free macam buaian besar utk dewasa n buaian kecik skit utk kanak2.. kapal besar pun ada.. tp kitorg naik yg ni je. Ada gak booth main game tikam dapat bear besar tp kena bayar. Mujur Aiman n Amni tak mintak besar yang bergantung2 tu.. 5x naik marry go round. Memang xde orang pun.. so kitorg tak turun pun.. pusing n pusing lagi....

 

Besar area LWOT ni sebenarnya. Belakang pool ni ada macam mini zoo. Ada binatang2.. n masa feeding time. Dah aku sorang kan.. malas la nak bawak diorg jalan. Ada jugak tempat melombong bijih timah. Nak melombong tipu2 pun boleh.. ipoh kan memang kawasan bijih timah dulu.
 
Berjaya mintak check out kol 1.. so dalam kol 12 gerak balik bilik.. siap2.. check out.. aku n Amni kat lobi tunggu en suami amik kereta ngan Aiman. Bila kereta sampai.. tengok Aiman dalam kereta dah lena! Hahaha.. penat sangat2 la tu.. sampaikan dari kaw parking yg xsampai 200m dari lobi.. dah boleh tido.... kitorg singgah solat kat RnR Simpang Pulai.. then Amni join Aiman tido sampaila kl.
 
Fuhhh.. memang penat.. laundry bertimbun.. nak basuh.. nak sidai.. ngan baju keje langsung x iron lagi.. lepak je malam tu layan Masterchef... owh.. dalam penat2.. berbangga dapat jugak masak nasi lauk telur kicap n ayam pandan (ayam dah perap lama) sebab suma pun malas nak kuar makan. hihi..


Monday, September 30, 2013

Swimming suit


 
Bersempena trip family day Aker ke Lost World of Tambun.. aku mencari baju renang untuk aiman n amni..xpenah terpikir nak beli..sebab rasa mcm jarang pun nak pakai..jarang bwk diorg mandi2.. so bila mandi kolam.. pakai seluar pendek ngan tshirt je. 2 minggu lepas pegi cari barang kat AEON Big Kota, ada kedai Mr D.I.Y. Aku masuk cari barang..ternampak ada jual swimming suit. Sebab kalut2..xsempat plak nak tgk harga. Memang terpikir nak pegi balik beli sebelum ke ipoh. Kebetulan plak masa pegi Mattel Warehouse kat SS2 mall.. ada kedai Mr D.I.Y yang sangat besar.. dalam dah lewat tu kan..sempat jugak masuk nak tengok baju renang kat sini. Harga rm18.50 je!!! Terus je grab untuk Aiman n Amni. Kain baju ni xde la tebal sangat.. barang dari china. Pada aku.. xkisah sangat pun.. pakai sekali sekala kan.. diorg pun kejap je akan besar. Sangat excited nak mandi pool sbb anak2 dah ada baju renang. Aiman n amni pun muat elok je ngan baju tu... next ti.e mcm nak jalan2 kat kedai ni lagi. Ada sgt byk barang keperluan yg murah2 belaka..


Sent from Samsung Mobile

Ibu meroyan mainan..

Lama dah rasanya xbeli mainan untuk Aiman n Amni.. hehe.. ye ke? kebetulan aritu.. cari mainan untuk kasi Nuha n Furqan.. belikan satu set masak2 untuk Amni.. Amni la sangatkan.. Aiman pun sama beriya.. Al kisah asalnya.. kat rumah ada 2 teko.. tapi satu dah hilang sebelah.. makanya ada 1 je teko n sangatla suka berebut diorg ni. So aku janji kat Aiman akan belikan teko baru supaya dia beralah n kasi kat Amni. Aiman ok la skang.. dah boleh pujuk elok2 untuk beralah ngan Amni tapi.. dengan tukar ke benda lain. Tapi.. sebelum bersetuju tu, dalam proses nak nego or sebelum nego tu.. konfem amni dah kena ketuk dulu time berebut tu. So balik tu.. aiman seronok la dapat teko baru.. amni meraung xmo teko lama.. nak teko baru jugak.. huhuhu.. apa2pun.. skang suma kena beli 2.. samada mainan lelaki or pompuan.. tp lama2 tu bolehla main sesama..
 


 Last week khamis - sabtu ada Mattel Warehouse.. Hanisah la ni rajin bagitau.. memang tiap2 tahun aku pegi tp kalu xtahu.. xde la pegi kan. Bila dah tahu tu.. rasa xnak pegi.. lagipun malas nak rush lunch time utk pegi sana. Tapi.. sepanjang pagi kat opis, asyik teringat n teringat je.. bila lunch, cakap kat kak milin.. terus kak milin nak pegi jugak. Serta merta keluar pegi sana. Memang ramai orang.. first day.. lunch time plak tu. Tp xramai pilih barang.. ramai beratur. Dekat sejam lebih gak kitorg beratur.. huhu.. sambil beratur.. tengok lagi nak yang mana.. pastu kejap2 kitorg gilir2 jaga barang n pi pusing lagi tengok mainan apa2 yg berkenan. Memula aku amik banyak.. tp sepanjang masa beratur tu.. dapat berfikir dengan baik n kurangkan mainan2 yg rasanya xperlu la banyak sangat kot. Pastu amik pesanan untuk kawan2 dr group whatsapp.. haha.. seronok shopping utk orang.. dapat kurangkan beli untuk diri sendiri.. so ni yang aku beli untuk aiman n amni. sbb skali ngan track ni dia kasi 1 kereta je.. aku beli kereta kecik ada 3 bijik rm10 yang dijual jugak. Siap beli truck untuk letak keta ni lagi.. but until now.. suma mainan ni still dalam bonet kereta. xleh nak bawak turun suma.. nanti aiman terus nak bukak. macam nak tunggu birthday aiman yang ke 4 ni.. hmm.. lagi 2 minggu je.. betul2 sehari sebelum raya haji..
Track ni RM40 sekotak.. barbie doll kecik ni RM5 satu.. ada suma princess disney.. giler berebut macam piranha.. pekerja tu dia bukak sekotak.. sekotak. so masa dia nak bukak kotak tu suma dah berebut2 bersedia nak grab je patung2 ni.. aku dapat 4 jenis princess yang berbeza. bleh la kasi aqilah.. nuha punya ada tapi tak sempat kasi kat mak untuk kirim ke nisah. Then gambar kanan bawah tu kereta kecik yg rm10 ada 3 kereta. belakang tu truck and train Cars.. ni aku xbeli tp harga samada RM25 or RM35.. lebih kurang la..
 
 Kak milin berposing ngan mainan yang dibeli. Barbie doll murah.. tapi aku xbeli pun untuk Amni. Sebab kalu beli, kang berebut plak ngan Aiman. Xpela.. lagipun Amni dah dapat doll baru dari makteh sempena birthday aritu. Jeles tengok orang yang datang awal borong banyak giler barang2 best yg time aku datang dah xde.. okla kan.. agaknya kalu menda tu ada lagi.. mau aku plak yg berbelanja beratus2.. dia dah tolong aku eliminatekan mainan2 yang tak penting.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. sangat melampau beratur panjang.. kol 3.30 petang baru sampai opis.. benti petronas beli roti je buat lunch..
Mode meroyan beli mainan bersambung bila petang tu pegi tapau nasi ayam yg berdepan ngan kedai serbaguna ni. Besar giler bola dia.. bola kat rumah suma dah kecut.. and aku memang ada janji ngan Aiman nak belikan bola. Kebetulan plak bola ni murah.. RM5.90 je.. apalagi.. dapatla sorang satu..
 
Weekend baru ni pegi Lost World Of Tambun.. lalu kat gift shop dia.. banyak soft toy menarik bentuk2 binatang ni.. tapi melintas kawasan tu dengan lajunya.. bertahan untuk tidak membeli dah.. sebab yang kat bonet keta pun xkuar lagi..

Friday, September 20, 2013

Weaning off bf, Amni Day 3 & 4 (final)

Hari ke 3... aku sampai rumah pun dah lewat. Xsempat nak sembang pun ngan mak.. terus je ajak diorg balik. Ada susu dlm 4oz dalam botol.. aku pun xlarat..kemas2 skit..ready utk sumorg tido. Tengok susu still elok.. aku just tambah air panas then tutup lampu. Amni masih mencuba nasib.. gembira golek2 dengan harapan ibu pun golek2 n bagi susu kat dia. Aku pun cakap lagi.. dah xde.. susu dah habis.. then amni ngamuk2 sikit.. sikit je ye.. pastu golek2.. tengok susu.. amik n minum.. Alhamdulillah.. hati berbunga rasanya.. tengah malam Amni bangun skali.. nangis2.. aku buatkan susu.. pujuk sikit.. minum susu n tido.. yeyyy..

Mencuba nasib.. mana tahu ibu nak kasi kan..
hmmm.. xde harapan.. Amni amik la susu ni..
 

Bismillah... minum je lah.. pasrah..
Day 4 : pagi tu aku siapkan susu kat tepi.. sebab aku nak kuar jap.Amni boleh plak terjaga n nampak aku tgh pakai tudung.. xde la nak ingat ke susu dah.. sibuk nak ikut jalan.. balik dari jalan.. makan nasi sikit..pastu ngamuk2 nak ratah susu. Dia nampak botol isi susu hantar rumah pengasuh tp dalam tu xde isi pun. Bila aku bawak dia kat kusi.. mcm ada bunga2 harapan dia akan dapat susu ibu. Hahaha.. sian amni.. bila ibu cakap susu dah habis.. dia baring.. pusing cari botol.. bila suap.. minum... yeyyy again..

Ibu sangat gembira.. tapi rasanya harapan dari amni still ada.. tengok camne nak handle kenduri nanti plak. Harap2 ok.. tadi mcm dah paham yg dia xkan dapat dah bf.. tp itula.. aku sendiri kalu boleh xnak amni lupa bestnyer bf dengan ibu...

Kenduri.. sebab Amni berebut nak dok tengah ngan Aiman.. maka amni naik keta ngan maktok, dlm keta minum susu sampai tido.. pastu balik dah xnak susu.. sampai petang tu.. dia sibuk main2.. bila balik macam dah penat.. en suami basuh keta.. dia sibuk nak dok luar jugak.. bila angkat masuk.. memang meraung2 nangis.. kasi botol pun xnak.. last2 en suami mengalah.. bawak keluar semula.. amni tunggu dia lap keta.. masuk rumah bila siap.. amni pun dah penat.. en suami suap susu.. minum sampaila tertido.. owh.. ibu sangat lega dan bersyukur.. tengah malam.. bunyi merengek2.. cepat2 buatkan susu.. kasi.. Amni minum n sambung tidur balik..
 

Menjelang hari ke 5.. Amni dah xmintak nak bf.. dah pandai mintak susu.. tapi amni panggil 'miyo'.. hahaha.. cemana susu boleh jadi milo.. kaler pun dah lain.. tp okla.. dia akan mintak.. pastu ikut aku ke dapur.. siap tolong cedokkan susu masuk dlm botol lagi. kalu susu aku dah siap letak dlm bekas susu yg ada 3 compartment tu, amni tolong ketuk bekas kasi susu jatuh suma.. nanti akan cari bantal favourite dia.. satu bantal peluk.. satu lagi bantal tengkuk garfield. ni kalu minum susu kat bawah. kalu kat atas plak bantal kecik n bantal peluk.. kekadang peluk carrot ikea tu.

 
 
Boleh rasa beza stopkan bf untuk anak yang umur 2 tahun ngan setahun lebih. Aiman dulu setahun lebih.. aku siap bubuh asam jawa bagai.. setiap malam berdukung dodoikan Aiman tido sebab Aiman xmo langsung botol. Sampai sekarang.. stop bf.. aiman minum susu dalam cawan ngan straw je.. bagus.. sebab gigi aiman cantik je.. tp kuantiti susu yg diminum xde la banyak macam anak2 orang lain minum susu setiap hari. Amni plak.. xpayah letak asam jawa pun.. hanya berkeras n keep kasi botol bila dia ngamuk2 nak bf. even sibuk nak selak baju pun.. aku akan pegang baju xkasi dia bukak. Tips... hati kena cekal.. apapun.. lain budak.. lain caranya kan.. kita doakan moga Allah permudahkan urusan kita ni.. so skang ni.. bila tido malam.. malas atau xlarat cemana pun.. kena gagahkan jugak siapkan susu sebotol.. bersama air panas, air masak, susu dalam bekas 3 compartment tu.. ngan 1 botol bersih, letak atas almari. selalu je malam2 buat susu sampai tertumpah serbuk2 susu.. memang beza time bf... malam anak nak susu pun just selak je.. dia sendiri pandai cari mana nak isap. hahaha..
 
maka skang.. kena cari timing terbaik utk potty train aiman plak. mcm bukan dalam masa terdekat je.. hihih.. tengokla cemana.. xleh komen lebih2 sebab kena tunggu 'seru' tu datang dulu.. 

Wednesday, September 18, 2013

~offline~

Henponku ada problem charging..
Sebenarnya memang mcm perasan lately.. bila charge tu.. lamanyer la nak penuh full bar..
Kalu kat opis, charging sambil guna phone mcm whatsapp ke.. fb ke.. bukannya bertambah percentage charging.. lagi berkurang ada..
Pelik jugak tp bila jadi gitu.. aku assume mcm sbb banyak sangat application yg running time charging n sebab nak charge cepat.. so aku off phone..
Ahad malam charge dari tengah malam, 4%.. sampai pagi pun remain 4%.. ingatkan mcm cable tak masuk betul sebab tu x naik2 pun..
Isnin malam.. charge lagi.. start dengan 13%.. bangun pagi pun sama jugak..
Pelik ni... then aku guna whatsapp pagi tu.. sambil charge.. taip xsampai 20 msg.. xsampai 10 minit.. dari 13% terus jadi 10%!!!
Xleh jadi ni.. so terusla tengahari tu.. lepas hantar tender kat bangsar.. aku pegi samsung service center kat tepi federal highway row Avon tu.
First time datang sini.. sebelum ni member2 ramai dah hantar repair henpon..
Ila pun penah ada masalah yang sama ngan aku.. katanya ada parts kat tempat connect to charger tu kena ganti..
Tunggu kurang dari 30 minit.. adala dalam 10 orang sebelum aku..
Bila tunjuk phone.. terus dia amik.. tak sempat nak notify sesapa kecuali en suami..
Pagi tu memang dah siap2 amik phone mak.. pinjam sementara hp dibaiki..
Sekali bukak.. aduh.. sim card aku kecik plak.. tak leh masuk!
Even letak sim card kat cip dia pun.. xleh read jugak..
So untuk 3 hari ni.. terpaksa la diam2.. xde sapa la boleh kontek aku..
Pelik jugak hidup di zaman dulu2 balik..
Skang kat suma communication thru fb, whasapp.. so aku sendiri jadi mcm pelik bila nak communicate kena msg.. tekan keypad beberapa kali untuk huruf yg kita nak tu kuar.. hahahaha...
Apapun.. syok jugak.. xde la ralit sangat dengan hp kan.. tp still kekadang tu mcm pelik sebab rasa nak tengok phone..
Harap2 esok dah siap n boleh amik secepat mungkin..
I'm waiting for a super duper urgent call next week..

** weaning off bf mission complete.. gambar dalam phone so dah dapat phone baru bleh post..

Friday, September 13, 2013

Weaning off bf - Amni, Day 2

Huhu.. hari kedua tak sebaik hari pertama.. mungkin sebab dah sehari Amni xdapat bf.. so dia sangat berharap hari kedua akan dapat.. kesian.. masa tengok tv malam dalam kol 9 lebih kot.. dia dah macam mengantuk n serba tak kena.. memang nak susu la tu. aku dah buat.. xnak.. so apa lagi.. golek2 meraung2.. memangla.. ibu degil xmo kasi.. amni pun degil xmo minum susu botol.. owh lupa.. tp masa aku solat maghrib tu.. amni amik sendiri susu minum sambil tengok video.

 Percubaan pertama nak baringkan diri kat riba ibu.. lepas ibu kata xboleh.. susu dah habis.. mula la golekkan diri ke bawah..
 Merengek2 merayu supaya ibu kasi.. dah suruh amik susu.. ditolak ke tepi..
 Atas riba xdapat.. kat kaki xdapat.. Amni try golek2 gak.. of coz xdapat jugak kan.. tengok susu tu.. terbiar sepi kat tepi..
Sebenarnya Amni still merengek kat belakang tu.. sian.. mana nak pegi ntah.. tapi last2 meng'ok'kan diri sendiri.. sambung main. susu xamik pun.. dia biar je.. bila time nak naik atas.. susu sebotol terpaksa dibuang.. sebab dah lama kan.. buat susu baru.. lama jugakla bergelut tak nak botol.. nak ibu jugak.. panggil ibu.. ibu.. last2 ibu buat2 tido.. dia amik gak susu botol minum.. dah siap minum.. hmmm.. melompat2 plak dia main.. aiman nak tido.. dia yg sibuk kacau lompat2 kat abang.. dah tu.. lama sangat lepas tu tak tido2.. aku pun buatkan lagi sebotol. harapan.. dia minum la n aku letak je tepi. pagi tadi dalam kol 5.30.. amni merengek2.. tengok botol.. susu kat dalam xberkurang.. kira amni tido tanpa minum la.. so cepat2 buat susu lain.. nak suap xnak.. dah kena tolak botol ke tepi.. merengek2 nangis golek2 nangis.. last2 aku tepuk2.. kasi susu.. minum jugak sampai habis.. selamat day 2.. tapi boleh rasa la smlm nyer tak lena tido sbb amni merengek2 lagi teruk dari day 1..

Harini aku balik lambat... harini jugak mak yang jaga Aiman n Amni sebab nanny pegi terengganu. Aku balik lambat sbb ada bowling opis kat sunway. Ikut aturcara habis kol 11 malam. Harap2 dah penat kat rumah mak.. so nanti malam lebih senang.. weekend ni cabaran lebih skit kot.. sabtu ahad kenduri.. konfem kena tebalkan muka bila amni nangis meraung2 nak bf.. hmmm.. xpe.. perjuangan kena terus.. dahla Aiman nyer potty train xstat2 lagi.. so kita setelkan amni nyer dulu..