Tuesday, December 1, 2009

Prosperity Burger datang lagi!!

Yum yum.... burger yang ditunggu tiba lagi! Aku memang sangat xcited bila tengok iklan Prosperity Burger kat tv aritu. Rasa mcm awal je kuar.. ye la, burger ni kan sempena raya cina. Tp tak pe.. kuar awal, maknanya bleh makan awal. Kat BP aritu lagi en suami ada sebut nak makan bila tengok iklan kat tv, tp malas nak kuar pi beli. So balik KL 2 hari lepas, terus singgah McD cari burger ni. Hehehe.. mentang2 la dah abis pantang. Tapi burger ni bagus apa, kan orang kata orang baru lepas bersalin bagus makan banyak2 lada hitam. Sempena aku sorang kat umah, takde banyak makanan n aku pun tak sempat nak masak sebab dok layan kan Aiman.. makanya tengahari ni sekali lagi kitorg lunch prosperity burger! Hihihi.. melampau tak? Sebab aku sorang je kat umah, so en suami balik lunch kat umah sesama, tapaukan burger ni. Emmm.. sedappppp.. Teringat memori Prosperity Burger..
Tahun lepas, sementara tunggu Amin pi amik kunci kat Menara Citibank, aku n cik telah menghabiskan prosperity burger sebagai lunch kitorg aritu. Sedapnya makan dalam keta...
Burger ni jugak mengingatkan aku masa zaman kat UM dulu. Aku n Kausar memang suka burger ni. Selalu pi mid valley singgah mcD bila kitorg kuar tengok wayang. Masa tu burger ni best... kuah lada hitam dia banyak, sampai meleleh2 la. Skarang, biasanya kuah tu cun2 je salut burger, takde lebih2. Kalu dapat tetiba kuah tu lebih.. memang nasib baikla.
Baru 2x makan.. tak puas lagi rasanya. Cuma rasa mcm curly fries dia sedikit masin. Banyak jugak kot masinnya.. Maybe mcD kat Kota Damansara nieh stok garam dia banyak kot....

3 comments:

sayahappyslalu said...

Emy pun suka gile prosperity burger.. kalau boleh nak makan hari2.. tapi, tak boleh la slalu makan fast food time pregnant ni.. huhu..

http://sayahappyslalu.blogspot.com/2009/11/dia-datang-lagi-oh-prosperity-burger.html

Muzlifah said...

Yes, yes ingat lagi makan dlm kete... nak lagi...bila ntah!

mira edora said...

Tu la pasal, sebab fast food, tak leh makan selalu. Masa akak pregnant aritu pun..rasanya tak sampai 10x makan fast food. Yang bestnya.. makanan terakhir sblm bersalin akak ialah ayam KFC! Hehehe...