Friday, October 30, 2009

Nenek Aiman

Aiman ada 2 nenek..
Satu nenek Batu Pahat.. satu lagi nenek Sg Petani
Tp nenek Sg Petani ni sbnrnya moyang Aiman
cuma orang Kedah panggil moyang 'nenek'
Kira Aiman ada satu "nek wa" = nenek tua, satu "nek da" = nenek muda
Nek Da Aiman dah datang masa hari ke 3 Aiman lahir
Ni plak Nek Wa Aiman.. baru balik pagi tadi
Mulanya nenek nak datang masa cuti skolah
Tp dah tak tahan nak tengok Aiman.. terus nenek datang dari SP naik bas jumaat lepas
Harini nenek dah balik SP..
Seminggu main2 ngan Aiman, dukung2 Aiman, sembang ngan Aiman
Nanti kita balik SP pulak jumpa nenek
Mekasih ye nenek sb datang tengok Aiman..
;-)

Malam semalam

Aiman dah 16 hari..
Semalam, sejam sekali Aiman bangun minum susu
Aku suspek mcm susu aku dah makin kurang
Huhuhu... servey2 jugak petua2 menambahkan susu badan
Pastu, dalam kol 5 pagi, aku bangun susukan Aiman, then tukar lampin
Dia berak.. n masa aku nak letak pampers yang baru
Dia berak lagi!!!
Siap terpercik kena tangan n kaki aku
Pampers yang baru kena (tak sempat bukak pun lagi), tilam Aiman pun kena
Then aku pun amikla lapik getah
Dalam hati ngomel sendiri "Padan muka, kan mak dah pesan tiap kali nak salin, letak lapik getah ni"
Pastu.. aku letak lapik getah kat sebelah, nak alihkan Aiman
Sekali.. dia kencing pulak!!!
Cantik je dia kencing landing kat lapik getah tu
Adalah terlebih skit kena cadar
Waaa.. aku dah ngantuk
Kemas ala kadar.. lapik towel atas cadar yang kena
Turunkan tilam Aiman yang lain dari playpen dia
Sambung tido balik...
So.. next time ingat ya..
Peraturan salin lampin :
1. Lapik ngan lapik getah
2. Jangan biarkan baby dalam keadaan terdedah
3. Sentiasa letakkan lampin untuk tutup baby terutama masa nak tukar lampin lama and baru
=) =) =)

Wednesday, October 28, 2009

Aiman lagi..

Susu perah yang pertama..

Hari ni saja je test perah susu
Takla dapat banyak.. agaknya sb Aiman pun dah minum banyak
Inilah hasilnya....
Ni perah sebelah je.. then sambung sikit lagi utk belah lagi satu,
Aiman bunyi nak minum susu, so stop dulu lah untuk hari ni
Seronok bila dengar orang boleh kumpul susu sampai satu fridge..
Itu akan menjadi motivasi utk aku pun kumpul susu badan banyak2
untuk Aiman bila aku masuk keje balik nanti
Untuk permulaan.. bolehla banyak ni..

Tuesday, October 27, 2009

Saya suka bila...

Saya suka bila...
1. Tengok Aiman tido nyenyak je.. tp geram jugak nak dia bangun
2. Aiman buat muka comel eg mulut ke depan mcm mencebik (tak sempat nak amik gambo)
3. Aiman baring atas bahu saya and diam je bila sy tepuk belakang dia utk sedawakan dia. Tp dia jarang sangat sedawa
4. Tengok Aiman tido lepas kenyang minum susu
5. Tengok en suami salin Aiman berak or kencing
6. Pegang tangan Aiman masa mak mandikan dia. Kata mak, kena pegang tangan Aiman sebab dia gayat
7. Aiman baik je masa mandi.. mcm pagi tadi. Boleh dia tido nyenyak giler masa mandikan dia!
8. Aiman diam lepas nangis sebab sy lambat kasi susu kat dia
9. Aiman diam bila pakaikan dia baju lepas dia mandi. Jelas sangat Aiman tak suka kalu bukak baju. Pemalu anak ibu nieh..
10. Aiman tak sakit, sihat sentiasa n jadi anak yang baik

Kesimpulannya... SAYA SUKA JADI IBU!!!! Sejuk je rasa bila hari2 tengok n main ngan Aiman...

Monday, October 26, 2009

Kain lampin jadi selimut

Aiman skarang dah tak dibedung
Sempat seminggu je bedung dia
Then pi klinik untuk check kuning, nurse cakap tak yahla bedung sb skarang panas
So aku pun tak bedung dah la
N aiman sudah pastinya sangat suka sb dia bebas bergerak
Bila tido tu, mcm2 la gaya tangan n kaki dia
Semalam.. baru discover sesuatu yang baru
Sebab Aiman kecik, kebanyakan seluar yang ada sangat panjang n kena lipat
Seluar pendek plak, ada dlm 3 helai je
So kekadang tu aku tak pakaikan seluar pun, tp tutup ngan kain lampin kat kaki dia
Semalam, bila dia tido.. selepas satu ketika, dia akan bunyi EK.. EK.. beberapa kali.. pastu diam
Bila aku tengok, rupanya masa dia bunyi tu, dia akan tolak kain yang tutup kaki dia tu sampai bawah!
Bila aku letak balik kain kat kaki dia.. tak lama pas tu dia akan bunyi n tendang balik kain tu
Ada sekali, aku test letak kain tu n selit kat bawah tilam, sampai dia tak leh tolak la
Takde EK..EK.. dah, terus menjerit nangis! Hahaha.. bila aku alih kain tu, terus diam n sambung tido..
Hai la anak ibu yang sorang ni..
Geram je aku rasa nak bedungkan dia balik
Sure meraung punya!

** skarang Aiman ada lagi kuning skit2.. jemur dia pagi2 je lah. Hopefully cepat la baik..

Sunday, October 25, 2009

Saturday, October 24, 2009

Hari ke 11..

Alhamdulillah.. dah 11 hari aku menjadi ibu..
Seronok sangat rasanya.. terharu setiap kali melihat Aiman
So far, aku n en suami dah setuju nak kasi nama our little cute boy sebagai Aiman Mikhail..
Tapi tak daftar lagi kat JPN..

Aku? hehehe.. semakin biasa menjaga baby tp tak penah mandikan lagi Aiman
Setakat tolong pegang tangan dia tak kasi dia gayat je

Haritu Aiman kuning, Isnin pi checkup kat klinik kesihatan, bacaan pertama 172.7
Rabu kena datang wat checkup lagi, turun 169.3. Tp still kena datang lagi untuk follow up hari jumaat
Hari rabu tu sangat panas, lama plak tu menunggu kat klinik
Dalam 2 jam la jugak.. balik rumah malam tu, badan Aiman macam panas
Pagi Khamis, cek suhu Aiman, 38degC..
Awal2 lagi aku n en suami dah kat Pusrawi, jumpa doktor
Katanya, kalu ikut bacaan suhu dalam telinga, 36degC, tak demam tp bacaan ikut kepala pun sama mcm reading aku kat umah, 38degC
Doktor ni bagus la jugak, details.. dia check kuning Aiman, tengok rashes kat tengkuk n kasi tips untuk sedawa baby
Dia tak kasi ubat, tp katanya, kalu malam karang rasa panas lagi.. datang balik
Sepanjang hari, aku tuam Aiman ngan air kasi sejuk badannya
Tapi lewat petang tu, masih rasa panas.. kalu aku peluk Aiman or masa menyusu, bleh rasa la bahagian bawah dia panas even kepala n kaki dia biasa je
So kitorg sekali lagi pi Pusrawi malam tu, risau tengok Aiman tp dia relex je..
Minum cam biasa, tido cam biasa, tak merengek or apa
Pastu jumpa doktor yang sangat hampeh!
Doktor tu hanya cek suhu telinga, pastu dia cakap 'TAK DA DEMAM..' sambil geleng kepala
Aku citer la kat doktor, kat umah check, suhu dia 38degC.. rasa panas jugak badan dia..
Doktor tu ulang balik sekali lagi, 'TAK DA DEMAM..' sabo je lah tengok doktor ni. Muka macam melayu, tp cakap mcm orang Bangla. Dok ulan TAK DA DEMAM je.. yang lain tak cakap..
Kuar je dari bilik doktor, en suami sebut.. 'Macam tak yakin je tengok doktor tu..'
Bukan en suami je, aku pun rasa camtu.. kot ye pun baby kita ni tak demam, tp kasi la explanation yang lebih meyakinkan
Sebab tak puas hati, kitorg pi lagi satu klinik, tp sb ramai sangat.. kitorg pun balik je rumah
Rasanya betul Aiman tak demam, tp biasala, kitorg ni dah la first time ada baby.. demam plak tu, memang risau sangat2 lah
Hari jumaat, pi skali lagi cek untuk kuning, bacaan 147.06. Alhamdulillah, doktor kata tak yah datang check lagi pasni.
Tak sampai hati tengok Aiman bila check kuning ni sebab kena amik darah kat tapak kaki dia
Kalu darah kuar sikit, dia akan tekan utk bagi darah cukup utk test
Nurse cakap lagi, baby kalu demam, satu badan dia akan panas
Mcm kes Aiman, bukan satu badan yang demam.. lega la jugak rasa..

Sekarang.. Aiman dah makin berisi
Kalu awal2 dulu, kulit kaki berlipat2
Skarang dah ada banyak isi
Dia pun dah banyak jaga..
Kalu dulu, orang datang lawat dia, takde nyer dia nak bangun.. bising camne pun, tido je dia
Skarang, banyak jugakla dia jaga
Tapi memang malam dia lagi suka berjagya
Seb baik la tak keje.. camne la agaknya bila dah keje nanti
Pasni nak upload gambar2 Aiman plak..

Tuesday, October 20, 2009

Dari induce ke caeser

Hari ni genap 7 hari aku menjadi ibu. Baru sempat nak online untuk update blog. Inilah kisah n pengalamanku...

14 October 2009... aku ada appointment ngan doktor kat hospital sg buloh. For this appointment, aku kena buat 2nd BSP test hari sebelumnya and result aku oklah.. dalam range yang ok. Aku datang awal skit sb last week doktor kata nak wat pemeriksaan penuh minggu ni. Seperti biasa, datang.. letak kad, panggil nama, kasi nombor, test air kencing then tunggu.. tak lama lepas tu panggil aku untuk test heart beat baby. Syok wat test ni and aku biasa sampai tertido la jugak sb test ni amik masa 20 minit. Then tunggu.. tunggu yang ni lama sb nak jumpa doktor. Seperti biasa, sudoku menjadi peneman setia. Masa jumpa doktor, dia check, baby tak membesar sangat berbanding last week. Then air ketuban aku sedikit kurang, and dari Doppler test (maybe kalu doktor, terms dia lain kot. ni aku main sebut based on apa yang doktor tu bagitau aku), aku nyer bacaan tinggi. So ayat yang mengejutkan aku ialah.. OK, U DATANG ESOK UNTUK INDUCED. Katanya air ketuban pun dah kurang sikit, and aku pun dah minggu ke 39. Baby dah cukup matang untuk keluar. Dari tunggu.. baik terus induced je. Aku terkejut giler.. ESOK??? but then, dia check ngan dewan bersalin, katil full esoknya. Hari tu pun full jugak, tp dari tunggu esok, doktor suruh aku pegi dewan bersalin terus. Masa tu lebih kurang kol 1,dia suruh pegi kol 2. Doktor suruh pi makan dulu. Aku mcm blur2 je.. ye la, sapa tak terkejut, dahla aku datang sorang je. En suami tak ikut, biasala ingatkan checkup biasa je. Aku sempat tanya doktor tu, boleh tak balik sb barang tak kemas lagi. Doktor kasi, tp pesan dia suruh aku hati2 n jangan lupa datang balik. Aku kuar.. kepala memang mcm takleh nak pikir je. Dah kena bersalin? Aku memang tak bersedia langsungla. Terus tepon en suami.. dia pun for sure la terkejut jugak. Jumpa dia kat opis, sempatla aku makan 2 ketul ayam KFC (kebetulan ada jamuan makan kfc orang belanja..). Pastu terus balik umah. Kitorg plan nak pi PUSRAWI dulu, rasa mcm nak bersalin kat PUSRAWI je..

Pegi PUSRAWI.. doktor pulak kasi alasan. Macam tak mo je aku bersalin kat situ. Mula2 dia kasi alasan yang doktor kat gov dah wat mcm2 utk aku.. segala report n lengkap.. so dia cakap, alang2 tu baik bersalin kat hospital je. Dapat jugak jimat few thousand.. and duit tu bleh guna utk baby. Aku ngan en suami keluar n bincang jap. Kitorang rasa mcm nak proceed je kat PUSRAWI sb senang n tak serabut sangat. Then.. jumpa doktor balik, dia kata pulak.. duit tu small matter je, main concern skarang ialah baby. Sebab baby kecik, dia kata tak tau apa akan jadi lepas deliver nanti. Kalu baby ada apa2 problem, dia akan refer ke hospital jugak. Kalu hospital A tak mo terima, dia kena pi hospital B and so on. Cara dia citer tu memang nak suruh aku pi bersalin kat hospital tp cara halus. Dah dia cakap camtu, kitorg pun balik la.. bersiap untuk pi hospital.

Kat hospital, sb katil penuh, aku memang tak leh induce hari tu. Kata nurse, esok tp kena check dulu. Kalu ok, aku mungkin boleh balik. Kalu tak ok, aku kena tunggu je kat hospital, kalu ada katil kosong, bleh terus induce. So aku pun relex je lah, siap sempat pesan kat en suami sblm masuk dlm dewan bersalin tu 'ala, ni checkup je. sure nanti boleh balik punya. kalu tak pun, saya nak mintak jugak balik umah. malas la nak tunggu kat hospital'. Then diorg check heart beat baby. Memula ok, tetiba heart beat baby ada problem. Terus nurse panggil doktor. Bila doktor datang, terus dia ckp baby dah lemas (or nak lemas) tp dlm medical terms panggil fetal distress (rasa mcm betul dah ejanya). Doktor terus tanya apa aku makan sebelum ni. Air gas? Air selusuh? Huhuhu.. memang aku ada minum minyak selusuh pun b4 pi hospital, tak sangka pulak bleh jadi penyebab. Doktor kata sb aku ada diabetis so minyak selusuh ni tak leh minum patutnya. Kena la marah jugak, dengan en suami sekali kena marah sambil diorg sediakan aku untuk wat emergency operation. Terkedu jugakla dengar kena operate. Then diorg terus bawak aku ke OT.

Dalam masa sejam.. selamat la aku bersalin n siap suma. Memang serun giler rasa bila dia bawak aku dari Labour Room kat ting 2 ke OT di tingkat 3. Tapi nurse yang bawak aku tu memang baik la, menenangkan aku, kat suma akan ok, operation ni tak teruk sangat pun, kejap je.. Lega la jugak dengar. Pas tu aku kena bius separuh badan, diorang tutup depan aku supaya aku tak nampak diorg tengah operate aku. Ala.. kalu ikutkan, bukan aku nampak sangat pun, sb aku tak pakai spek pun. Tp nurse n dr bius tu pun baik. Sepanjang operation, diorg la yang sembang ngan aku. Memang sejuk giler. Sakit tak rasa, cuma rasa macam orang tekan tekan perut je. Kol 21.07.. baby kuar dengan berat 2.43 kg.. dia nangis kejap.. pastu selang 2-3 saat dia nangis lagi kuat. Then terus kedengaran suara dia je kat situ. Diorg basuh.. n then kasi kat aku untuk sahkan jantina baby. It's a BOY!! Memang dah jangka pun. Alhamdulillah.. terharu sangat rasa, memang rasa mcm nak nangis pun bila dengar baby nangis.. bila tengok baby dalam keadaan kabur2 sb aku tak nampak sangat. Tapi tak de la sampai kuar air mata. Syukur pada Allah, sumanya selamat. Diorg bawak baby pergi, aku plak diorg sambung jahit balik. Memang tak rasa apalah, rasa mcm orang tekan2 n kacau2 kat bahagian perut.En suami tunggu kat luar OT, tp baby kuar dulu sebab aku diorg tahan dulu kat OT tu, dalam 30-45 minit la jugak kot. Lepas tu terus anto aku ke wad bersalin di tingkat 6. En suami pulak ikut baby turun ke tingkat 2 semula dan azankan baby kat sana. Dia cakap, masa azankan tu, kuat jugakla baby nangis. =) Mak ngan Muaz datang tp tak sempat jumpa aku ataupun baby.
Then en suami datang jumpa aku kat wad, paskan barang2 then dia balik. Memang tak leh tunggu pun. Aku plak, memang tak leh bangun, nurse tak kasi. Katanya kena baring 6 jam.. sejam pastu diorg hantar baby kat tepi aku.. aku pun mcm dah mamai giler.. sempat perasan tak lama pastu nurse amik baby bawak ke bilik baby. Rasanya suma baby dia amik.

Paginya, dalam kol 5, diorg anto baby kat aku. Aku dah boleh bangun, tp aku start muntah2. Kata nurse kesan dari ubat bius. Bleh rasa KFC yang aku makan tengahari day b4. Hahaha... tengok baby.. dia buka mata. Waaa.. ni pun rasa terharu balik. Agaknya first time tengok baby dengan jelasnya. He's so cute... amik gambo terus mms kat en suami. Then aku terus memuntahkan diri sendiri sampaila dalam kol 8 lebih kot. Nurse datang, bawak aku untuk salin baju n bersihkan diri skit. Darah tok sah cakap la, bersepah atas katil tu.

Kat hospital ni, tak leh orang tunggu. So en suami dan mak datang tengah hari nanti waktu melawat. Baby tido je.. aku try la jugak nak kasi susu, tp memang susu badan tak kuar pun. Baby pun asyik tido je, susah nak suruh dia hisap susu. Tp pagi tu nurse dah kasi susu, jadi dia pun tak la lapar. Malamnya, baru baby jaga n aku berjaya buat dia hisap susu. Exited sangat.. susu pun boleh kata banyak la jugak. Malam tu.. aku tengok akak katil depan tengok anak dia.. pastu kesat2 air mata. Dia mcm cover2, tp sebab aku dok berdepan ngan dia, memang bleh nampak ngan jelasla. Aku pun rasa mcm sedih sangat.. and akhirnya ngan aku skali nangis jugak. Tp rasanya akak tu tak nampak kot aku nangis. Hehehe..

Esoknya, Jumaat 16 Oct 09.. pagi tu aku nyer emosi memang tak stabil giler. Rasa nak nangis.. dah tak tahan dok hospital. Tak dapat bayang camne nak habiskan lagi satu hari kat hospital. Aku dengar orang katil sebelah tanya nurse pagi tu, nurse kata sabtu baru boleh balik kalu ikut 3 hari dok hospital. Tapi.. depends pada doktor. Uwaaa... nak balik... Pagi tu, doktor check balutan luka operation. Dia bukak n brief aku pasal merancang keluarga. Dia nasihatkan aku supaya mengandung lagi 2 tahun. Pastu bila doktor pegi, nurse tu cakap ngan aku, "Dah boleh balik kan arini..". Terkejut aku.. Betulke? Nurse tanya balik, "Doktor tak cakap ke tadi? Memang dah boleh balik arini.." SERONOKNYA!!!!! Terus aku pusing mcm nak turun dari katil, sambil cakap, Skarang dah boleh balik la ni? "Eh.. bukan sekarang, tunggu kami update n sediakan report dulu. Maybe dalam tengahari nanti" Hahaha... memang xcited sangat la aku. Call en suami pun, suara ketar2 sb exited n terharu n sedih sb boleh balik. Betulla, bila jadi mak ni, hati macam cepat sangat tersentuh. Aku konfemkan balik, nurse kata, dalam kol 4 bolehla keluar. Yey...

Bersalin bedah ni, tak rasa sakit langsung. Even 2-3 hari pertama pun tak rasa sangat. Kawan2 yang datang melawat pun pelik tengok aku relex je dok mcm2 gaya.. mcm tak sakit je. Tp.. bila balik umah.. ubat bius dah hilang sepenuhnya, dah tak makan ubat tahan sakit... memang SAKIT GILERRRR... aku sampai hanya boleh tido atas kerusi je bila balik rumah. Tido atas katil ke, sofa ke, mana2 lah.. bila bangun tu, nak jalan, memang akan sakit giler2. So aku dok atas kusi je lah, itupun tambah tilam kat tpt duduk, n tambah 2-3 bantal kat belakang utk sandar. Apapun, aku bersyukur suma selamat.. aku selamat, baby selamat.. even operation ni sesuatu yang tak penah terlintas pun difikiran aku.. tak terbayang pun akan terjadi.. memang kita manusia hanya merancang, Allah yang tentukan. Thanks to all family and friends yang datang melawat aku kat hospital n rumah, thanks for all the presents untuk baby n jugak utk aku.. dan yang paling penting.. doa kalian untuk kami.. =)

Minggu2 terakhir

Minggu2 terakhir pregnant memang memenatkan. Balik raya aritu, check kat klinik, berat aku naik mendadak. Doktor suruh wat ujian gula, sb takut aku ada diabetis. Resultnya.. memang tinggi gak la kandungan gula dalam badan aku. Orang normal sepatutnya tak lebih 7.8, and aku nyer result ialah 8.3. Huhuhu.. so aku kena wat ujian BSP plak. Ujian ni, dalam sehari, diorg akan amik darah aku 4x. Kira 4x aku kena pi klinik. Dari test tu, kalu tak teruk, so aku hanya kena diet control je lah. Alhamdulillah.. takde la teruk mcm orang2 lain yang buat test tu sesama ngan aku. Tp tak best la jugak kan.. bila tau kena diabetis masa mengandung ni. Orang kata.. nanti bila tua aku pun akan senang kena diabetis kalu tak jaga dari sekarang. Nak wat camne, bukan aku mintak.. tp memang tok, pah n wan aku pun ada kencing manis nieh..
So, minggu2 akhir pregnant ni, aku banyak kali pi klinik and hospital. Dah pegi hospital, kena pi klinik kesihatan jugak. Aku penah bagitau kat nurse klinik yang aku dah jumpa doktor kat hospital.. kena jugak ke jumpa doktor kat klinik ni? Nurse tu cakap.. patutnya tak yah dah.. tp dia pun tak berani ckp so dia suruh aku pi tanya doktor sendiri. Doktor plak macam salah paham, ingat aku tak mo jumpa dia. Adake dia tanya aku balik.. Awak ada masalah ke kalu jumpa saya? Awak nak kena balik awal ke?
Aku dah serba salah.. kalu ikut hati, memang malas pun nak jumpa doktor, nanti menda yang dia check sama jugak. Dahla nak tunggu pun berjam2. Tapi sebab tak tau nak cakap apa bila dia dah tanya cenggitu, aku cakap je lah : Eh.. takde masalah. Boleh2 jumpa doktor.
Emmm.. payah jugak bila dah dapat doktor yang sangat berdedikasi ni. Ye la, baru hari sblmnya aku jumpa doktor, dah kena check lagi esoknya.
Ujian BSP tu, aku kena wat 2x... so dalam 2-3 minggu lepas raya ni, bleh kata seminggu tu sampai 3 kali aku kuar utk checkup. Dahla menunggu kat sana pun lama.. So far, pusrawi pun suruh aku proceed je ngan checkup ni suma. Dia pakai result klinik n hospital. Orang opis pun suma dah sedia maklum. Asal aku hilang je.. pi klinik la tu. Seb baikla opis ok, memahami. Nak pi klinik pun senang.. =)

Saturday, October 3, 2009

Sahabat..

Aku ada seorang sahabat..
Lama dah kitorg kenal, sejak zaman belajar lagi dulu..
Dan rasanya.. kitorang boleh dikatakan agak rapat..
Tapi.. sejak kebelakangan ni, aku mcm dapat rasa sesuatu yang lain..
Aku rasa mcm sahabat ni dah berubah..
Seakan seboleh bolehnya menjauhi aku..
Kalu aku tanya, jawapannya hambar..
Mungkin sekadar menjaga hati, tak pun berbasi basi denganku..
Kalu aku bercerita.. sahabat ini akan diam sahaja..
Kalu aku berada dalam satu kumpulan bersembang bila sahabat ini juga ada.. sahabat ini akan segera beredar..
Malah, penah satu peristiwa, bila aku datang join sahabat ini bersembang dengan seorang lagi rakan kami.. sahabat ini beredar.. bersembang dengan rakan yang lain..
Kemudian, bila kami yang lain termasuk aku join dengan rakan yang sahabat ini baru bersembang ni plak.. tak lama lepas tu, sahabat ini beredar lagi..
Pernah jugak satu lagi peristiwa, yang mana aku rasa sangat ketara..
Bila aku datang dan duduk di depannya join bersama masa bersembang, dia memalingkan badannya dan bercakap dengan rakan lain di belakangnya..
Aku ada buat salah ke?
Nak tanya.. tak berani.. sebab takut aku yang salah sangka..
Mungkin perasaan aku sahaja..
Mungkin setiap kali aku kerana dengan sahabat ini, dia dalam mood yang tak baik..
Tapi selalu je aku tengok, pada masa yang sama, sahabat ini ok je ngan orang lain..
Sahabat.. di kesempatan ini, aku nak mintak maaf..
Aku betul2 tak tahu or tak sengaja sekiranya ada aku buat sesuatu yang menyakitkan hati sahabat..
Sesungguhnya, tak de terdetik sedikit pun di hati ini untuk berbuat demikian..
Di bulan yang baik dan mulia ini.. aku mohon..
Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya..
Dan juga.. maafkanla andai ada kesalahan yang aku buat menyakitkan hati sahabat..
Yang membuatkan sahabat berubah begini rupa terhadapku..
Dan kita akan kembali seperti biasa.. seperti dulu2.. seperti mana jugak sahabat n rakan2 kita yang lain..
Maaf zahir dan batin.. buat sahabat..

Friday, October 2, 2009

Baby's update

Minggu ni sibuk ulang alik pi klinik. Dari klinik kesihatan sampaila ke hospital. Tadi memula scan, alhamdulillah.. suma ok. Then amik heart beat baby. Tak penah wat test ni.. Dok kat satu bilik, then dia letak ala2 earphone kat perut.. then bleh dengar heart beat baby. Test ni dia buat dalam 15 minit rasanya. Tengah2 buat tu rasa baby gerak. Bila nurse datang balik n tengok result test, dia cakap.. Owh.. tadi ur baby tido ye. Ni baru bangun..
Hehehe.. rasa mcm sangat comel.. kol 11 baru bangun. Agaknya masa dia gerak2 tu, dia baru bangunla. Nurse detect dari heart beat report tu..
** Doktor kata, bila2 masa pun aku boleh bersalin skarang. Baru je siap basuh baju baby. Seksanya rasa.. sb suma kecik2. Tak biasa..