Tuesday, October 30, 2012

Mood cuti sudah mari!!!

Owh… beberapa minit lagi nak balik. Memang dari kol 5 lagi dah malas nak wat keje.. oppss.. bukan dari kol 5, sebenarnya dari semalam sejak confirm book hotel baru tu, dah semangat dah. Risau jugak sebab skang ni asal petang je hujan lebat giler. Harap2 esok kalu nak hujan pun, biarla lepas plane kami berlepas.. xpun biarla esok xhujan.. and harap jugak moga langkawi pun xhujan jugak. Senang skit nak jalan2… sangat seronok n excited. Harap2 semuanya berjalan dengan lancer. InsyaAllah………

Bye bye Kuantan...



Alhamdulillah.... finally dapat berita last week yang ayah ditransfer ke Putrajaya... No more ulang alik every weekend dari Kuantan ke KL. Kekadang drive, kekadang naik bas... pastu mak plak seminggu dalam sebulan tu akan duduk kat Kuantan teman ayah n kemas2 rumah. Seminggu je notis untuk ayah pindah ke Putrajaya. Seronok bagi aku sebab xyahla ayah nak susah payah ulang alik dah.. penat, duit lagi.. mak pun sama jugak ulang alik. Adilah dok rumah mak sorang2 bila time mak balik ke Kuantan. Tapi bila ayah keje Putrajaya, nak ulang alik pun xde la dekat mana. Kos lagi kan.. hmmmm.. apa pun, ni suma Allah yang tentukan. Pasti ini yang terbaik.

Sekali je pegi Kuantan, tu pun masa mula2 ayah pindah. Ayah dapat allocation untuk duduk hotel beberapa hari.. so kitorg pun menumpang sekali. Sejak tu.. xpenah dah datang Kuantan. Hanisah pun xpenah turun. Zaid penah, masa tu maktih pun datang sekali. Xkisahla, yang penting ayah dah pindah balik kl.. duduk rumah sendiri, xyah ulang alik. Kalu nak jalan2 kuantan... kita pergi bercuti je pulak!


Welcome back ayah!! Bye bye kuantan... esok ayah balik KL, barang sampai sabtu nanti..
** suma gambar2 masa trip ke kuantan first time dulu...

Sunday, October 28, 2012

Cuti & cuti & cuti lagi..

Lepas bercuti 11 hari.. Esok nak kena masuk keje balik. Sesungguhnya jadi surirumah adalah pekerjaan yg terbest. Opss.. Surirumah berduit ye.. Hahaha..

So dah cuti lama ni, balik opis 2 hari.. pastu insyaAllah kita cuti lagi. Dah beli tiket awal tahun lg aritu, ke Langkawi. Pun xde la lama, pegi petang rabu, petang jumaat flight balik sini. Family kecilku, plus mak, adilah, nisah with nuha n furqan. Sepatutnya Shamin pun join tp next week dia ada kursus kat Langkawi jugak so minggu trip kitorg tu dia kena siapkan keje2 untuk kursus tu. Xpela, nampaknya en suami je la hero nyer. Pun xde la plan nak jalan beriya pun, rasanya mak pun baru je lagi pegi Langkawi ikut ayah meeting. Mungkin kitorg pegi cable car je, pastu shopping, pastu mandi laut, shopping lagi, mandi laut lagi, shopping n mandi laut. Sebab masa pun xbanyak, n kitorg pun bawak budak2. So relex2 je bercuti sambil mandi laut. Moga dipermudahkan segala urusan.

Balik dari Langkawi, keje seminggu, then balik BP plak weekendnyer. Pastu dah start cuti deepavali n Awal Muharam kalu x silap. Berselang2 cutinya. Maka, aku pun tapau habis 3 hari yg keje tu, kita balik Kedah pulak. Plannyer isnin drive balik with the kids n mak. Stay sampai ahad, sebab sabtu ada kenduri. En suami cutinya dah habis, maka tinggalla jadi org bujang kejap seminggu. Dah kawin ni, susah betul nak rasa mcm masa kecik2 dulu, bleh lepak lama2 kat kampung sendiri. Mesti nak kena bahagi2 jugak, lagipun cuti bukannya boleh panjang2. Ni pun, moga diberi kesihatan, diizinkan Allah untuk balik nanti. Khamis tu nisah n family, ayah n dilah turun dari kl join the crowd di SP. Hehehe.. I like...

Bulan 12 plak, aku check kalender, ada 3 minggu yg hari selasa tu cuti. Dengan cuti ada sikit lagi yg xleh nak carry forward ke tahun depan, mcm bolehla nak merasa 3 minggu dalam sebulan keje 3 hari je seminggu. Hehehe... Tp ni suma susah nak kata, kena tengok workload jugak. Harap2 banyak la orang cuti, factory pun tutup 2 weeks masa christmas n new year. Xde la manusia2 yg gatal2 nak buat tender2 yg sangat terhad closing date campur plak spec yg special2 ni. So bolehla bercuti lebih skit. Tapi kalu cuti pun, bukan nak pi mana pun, en suami keje. Dok rumah, kalu Aiman n Amni ada, jangan harapla rumah boleh sentiasa kemas. Tapi okla, melepak2 je...

Kes kad cimb lupa nak amik masa masukkan duit kat cash deposit, dah kena buat kad baru sebab automatic cimb clicks pun kena block. Boleh pulak aku xjumpa buku cimb aku. Abis dah cari segala tempat yg berkemungkinan. So, mungkin aku terpaksa turun KT sebab kalu buku hilang, kena buat buku balik kat branch asal kita buat buku tu. Aku plan nak tutup je akaun ni, bukak akaun baru kat kl. Senang skit. Alkisahnya, dekat 2k jugakla dalam bank tu. Tu yg xleh biarkan begitu saja. Tapi cost nak turun KT ni, mau rm500 gak campur shopping n flight tiket balik hari. Tapi xpe la kan, sebab hari2 stress bila bayang duit dalam cimb ni. Dahla akaun ni mmg aku guna untuk bayar sewa rumah n duit shopping. Hmm.. tp seronok jugak dapat turun kt. I miss fresh keropok lekor, sotong celup tepung, pasar payang, batu buruk, dah segalanya la. Sampaikan A&W kat batu buruk pun aku rasa mcm nak kena singgah. Hahahaha... Nostalgia tu ngan kengkawan SHAMS.

Apapun, sumanya adalah rancangan. Moga Allah permudahkan segala urusan, supaya suma berjalan seperti yg dirancangkan. Amin..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 23, 2012

@ home

Hari ke 4 berkuarantin kat rumah... xde la dok memempek je, kalu x mau naik 5 kg... rupanya memang sangat seronok menjadi surirumah. cuma beza skit sebab rumah xsemak sebab Aiman n Amni xde untuk buat semak. So lagila menambahkan kerelexan aku. Hari2 keluar beli lauk basah untuk masak dinner. En suami ada kat rumah so hari2 masak breakfast ngan dinner. Siapkan bekal untuk en suami... chewah... kalu hari biasa x dapatla sebab hari biasa kelam kabut masakkan bekal Aiman n Amni. Kalu dapur ada 4, bolehla sekali masak 4 dapur on. Ni 2 je, nak masak lagi, siap pi keje lagi, solat lagi, layankan budak2 lagi.

Esok petang follow up check ngan doktor kat Tropicana. Harap sangat dah xpayah kuarantin n boleh bawak balik Aman n Amni. Biarla rumah tunggang langgang, aku xcukup tido, penat menjerit2 bila Aiman xdengar cakap... suma tu xpe, janji diorg ada dekat ngan aku. Geram sangat rasa nak peluk diorg... 

Sejak menjadi surirumah sementara ni, aku rasa sekarang nak tukar cita2. Aku nak jadi surirumah, aku doa supaya en suami dapat meng'up'kan gaji dia ke tahap yg aku xyah lg keje... pastu dok umah je. Then bolehla join class buat kek n kuih n roti.. so bleh buat bisnes dari rumah. Mula dengan buat simple kuih, hantar kat gerai nasi lemak pagi2, pastu stesen minyak ke... hahaha... berangan.. tapi, kalula ada peluang, aku akan buat seperti cita2 baru aku nieh. Semoga dimakbulkan lah... tapi buat masa ni, ngadap je la dulu keje2 opis. Bos siap dah bbm, tanya bila boleh anto laptop ke rumah. keje banyak, suma orang plak sakit. nak wat camne, team aku kecik je, pusing2 2 org ni je la yg ada (tolak bos ngan wani yg maternity). arghhhhh... aci x kalu nak buat pengakuan sesungguhnya aku sangatla x ikhlas nak buat. mengenangkan bosku yang sangat baik, hai la... terpaksa terima laptop tu. stress terus bila ingatkan kena buat keje time mc. grrrrrrrrrrr....


Monday, October 22, 2012

Dari dapurku..

Aku memang xpandai masak... bila tak pandai masak, campur plak en suami yang tersangat mementingkan kualiti rasa sesuatu makanan, maka kekadang tu aku lg suka beli dari masak. At least kalu xsedap, tu salah makcik tukang jual... hehehe.. tapi, sekarang aku ada azam baru. Aku nak memulakan misi 'road to become a masterchef'. Chewah.... hahahaha... macam xmungkin berjaya tapi tak pe la, kita slow2 praktis. Mana tau suatu hari nanti, bila aku dah jadi nenek baru dapat tittle masterchef. Paling kurang pun dapat pengiktirafan dari en suami....... :D

So, lately aku ada cuba beberapa resipi baru. Yang keluar dari zone keselesaan aku eg masak kicap, masak sambal, goreng... Kita cuba pelbagaikan bahan2 masakan, komplekskan sikit masakan tu. Sebenarnya xde la susah kot, dalam masterchef tu kasi masa masak 45-60 minit. So asalkan aku balik awal, anak2 tak meragam, bolehla siapkan lauk yang luar biasa sikit. Yang pastinya, perancangan kena awal.

Kebetulan pulak berkuarantin kat rumah ni kan, so aku bolehla try resepi2 baru. Arini aku test buat Ayam Pandan. Kalu ikutkan mereka2 yang memang dah biasa ke dapur, masak ayam pandan ni apalah sangat. Pandang sebelah mata je kot. Tapi xpe, aku kan baru nak start. So ni hasil ayam pandan yang dah siap diperap. Nanti petang karang boleh goreng untuk dinner. Lama jugak amik masa nak pilih resepi mana nak ikut. X leh nak reveal lagi resepi sebab xtau sebab ke x rasanya. Harap2 berjaya lah...

More pictures of food will come very soon. Hehehe.. baru berjaya dapatkan cara nak upload gambo dari ipad ni untuk tulis kat blog. :)

Sunday, October 21, 2012

Rindu

Saya rindu kat anak2 saya..
Huhuhu....
Biarpun kekadang stress melayan kerenah Aiman n Amni..
Tapi bila diorang xde.. Sunyi sangat2 rasa..
Tengahari tadi hantar susu rumah mak..
Masa tu Aiman tido, memang sengaja datang masa Aiman tido pun..
Amni je yang jaga and laju je ke pintu..
Memula senyum tapi bila tutup grill lepas kasi barang, terus Amni nangis..
Huhuhu.. Sian Amni, risau jugak aku janganla sampai lepas ni Amni dah xnak bf..
Selalu call je la Aiman, kurangla sikit rindu tu..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 20, 2012

i'm coming home!!!

Alhamdulillah... syukur. lepas 2 hariwarded, arini boleh discharge. Petang semalam suhu naik sikit, cepat2 makan panadol. nurse siap cakap kalu terus panas ni, esok memang xleh balik. seb baikla lepas2 tu bacaan suma below 37degC.

Doc cakap tadi, aku still kena kuarantin n xleh ada close contact ngan busak2, en suami n sesapa la for 2-3 hari. lepas amik tamiflu 48 jam, chance untuk jangkitkan kat orang is low tapi still kena kuarantin. rasanya macam xcukup 48 jam lagi kot. so still ikut plan asal, budak2 kat rumah mak, aku kat rumah sendiri. untuk 2-3 hari ni pun still xleh direct breastdeed. huaaaaa... ni part yg aku xsuka. dah banyak stok abis, pam pun bukan dapat sebanyak yg amni dah minum pun. apapun... terima je la, harap2 stok yg ada tu still cukup untuk cover. dahla skang pun aku pam hari2 xcukup dalam 7 oz untuk tampung demand amni kat pengasuh. ok, cukupla cite psl hasil pam sb ni kisah lain. hahaha... nanti buat tambah stressje. so, dengan ini, kenala start kemas barang tp tangan plak xabis lagi masuk air. mandi pun belum ni.

mungkin untuk harini en suamikena tido rumah lain dulu, sebab kalu ikutkan 48 jam tu cukup malam ni. untuk keselamatan kan... syok jugak sebenarnya dok hospital, sebab ada internet free yang laju. hik...hik...hik... keje aku melayan movie ngan drama yang episod awal xsempat tengok. xde la bayak pun sebab aku banyak tido jugak. nanti balik rumah layan astro je la. semalam cakap nganen suami, 1 malam aiman tido ngan dia...emmmm... xtido sebenarnya aiman tu. biasala, dia skang kan musim tido awal, bangun awal, pastu buat projek. rumah en suami cakap super duper semak. abis mainan tingkat atas dibalingnyake bawah. siap main air pancut luar toilet ngan tumpahkan air tu, biasa la kan. so, aku nak balik rumah ni, memang dah pk the worst la  keadaan skang. en suami... kalu semak sikit2 tu boleh landia kemas, tapi kalu dah tahap super duper..... memang serah kat aku je la katanya....

so, nampaknya nextvweek seminggu kita berhibernasi kat rumah je la. boss dah tanya khabae semalam, katanya banyak enquiry masuk. wani still meternity, hanizah plak site visit pusing 1 msia sampai raya haji. alston plak xbiasa sangat n dengar citer sakit jugak jumaat tu. harap2 esok baikla..so next week dia boleh masuk keje. disebabkan keprihatinan ku pada kerja n komitmentku pada customer yg hantar enquiry, maka aku merelakan laptopku dikirim ke rumah supaya aku boleh buat keje dari rumah. owhhhh... patut aku pesan kat bos, kirim laptop + sebakul buah2an. xmo bunga sebab nanti layu, dah kena buang. buah boleh makan! hehehe...

yey, air dah habis. nurse pulak xdatang2. ada jugak few service kat sini yang kureng. tapi xpela, dah nak balik pun. doc pun very nice. so oklah... at least diorg suma membantu mempercapatkan process sembuhnya aku. yang utama.. syukur kerana dengan kehendak Allah...segalanya ketentuan dariNya...

Thursday, October 18, 2012

Sakit itu penghapus dosa

saya sakit.... ujian Allah untuk diriku.  cuma sakit ini berjangkit... bahaya especially kepada budak2. masa pi klinik pagi tadi pun doc yg cek tu risau takut dia kena. bila buat test untuk konfemkan, sekali +ve la pulak. waaaaaa... memula mmg xterkata. rasa nak nangis punye jugak sb dahla datang sorang, sehelai sepinggang. diorg xkasi balik sebab terus kena kuarantin. luckily aiman n amnisihat2 je, xde simptom2, kalu x, risau gak. lagi susah, mak plak kat kuantan, akan ke kelantan sampai selasa. so malam ni aku stay hospital, aiman ngan en suami... amni tinggal rumah nanny. sebab dtg sehelai sepinggang, pam last pun kol 11 pagi tadi.huhuhu..nak kena kasi stok yang banyak jugak untuk nanny amni.

doc kata sakit aku dikesan awal, so chance nak baik cepat tu insyaAllah besar. doc kata, kalu aku xdemam esok pagi smpai petang, aku dah boleh balik petangya. kalu x, kena monitor another 24 hours. kalu esok xleh kuar wad lg, mak akan balik esok tengahari utk jaga budak2. harap sangat esok dah baik.... xlehla nak kena kuarantin lama2. even ada geng kan... hahaha... org aku aku berjangkit dari tu, kena admit jugak. sebab tu aku bleh jangla aku pun kena. tp xdela kitorg dokbilik sekali kan..

dari kol 1 lebih masuk tadi, sampai skang still kat emergency. sapa kata hospital gomen je kena tunggu lama? hospital swasta pun sama. sumanya subject tu bed availability, nasib la. xpela tunggu lama pun, yang pentimg cepatla sihat. kepala aku pun dah sakit giler, rasanya sebab demam. nurse pun dah silih berganti, xcek pun suhu badan aku, xkasi pun panadol utk demam aku sb dah 6 jam since my last medicine. aku plak yang panggil nurse tanya xmo kasi aku ubat ke? bilik aku dah ada since 4 lebih lgtd... tapi xbersih2 kan lagi. ape punya lama daaaaaa.... sabar... sabar sebab en suami pun xsampai lg nak bawak barang. aku doa supaya xterlepas solat asar sudah....

mogadiriku cepat sembuh, en suami, aiman n amni sihat2 aja, xdijangkiti... amin....

Monday, October 8, 2012

Adam & Hawa plak..

Kebetulan tertengok episod 1, terus rakam series n kalu sempat, tengok live. Kalu x, biasa aku tengok ms pam pagi2 sblm pi keje. Aku xpenah baca pun novel dia, n sebab tengok citer ni, sengaja jugak xnak baca novel atau tanya orang jalan cerita dia. Just follow the flow macam follow drama2 bersiri lain.

Al kisahnya... 2-3 episod kebelakangan ni menceritakan kisah diorg jumpa kat Mekah. Serius membuatkan aku rasa terganggu. Xpe ke buat penggambaran dalam Masjidil Haram? Dahla bukan dokumentari ke, kisah benar kehidupan ke.. ni kisah cinta! Perlu ke? Tempat yang amat suci, tempat kita beribadat.. Aku macam xleh nak bayang camne pelakon2 suma menguruskan emosi diri sendiri untuk menghayati watak lakonan sedangkan kat situ, suma orang pun sibuk beribadat. Adoi.. Cepat2la abis episod kat Mekah tu.

Cuma, bila tengok kaabah, suasana dalam Masjidil Haram, segalanya mengenai mekah n madinah membuatkan hati ni rasa teringin sangat nak ke Mekah... Sayu hati tengok banyaknya manusia yang berpeluang utk beribadat kat mekah. Owh... Teringin nak pegi jugak!!

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 7, 2012

Ibu... Aimam nak mee

ZzzzZzZzzz... Ibu, Aiman nak mee.. Ibu, Aiman nak mee..
tetiba rasa ada orang korek mata. bila bukak mata nampak Amni kasi botol air masak. nak minum la tu. Ibu, Aiman nak mee. Ibu, Aiman nak mee..
Ibu : Aiman, kol brapa ni? nak makan mee kol 6 la.. skarang ibu nak tido..
Aiman : Ibu, Aiman nak mee... Ibu, Aiman nak mee
Amni dok kasi lagi botol air masak yg dah kosong. rupanya aiman cuba suapkan amni air, abis basah tilam sikit ngan seluar sebab air tumpah. turunla kejap isi air balik kasi amni n aiman minum. pastu....
Aiman : ibu, aiman nak mee... ibu, aiman nak mee
ibu : aiman, tunggu la kol 6, ibu ngantuk la. tu la, nape malam tadi sebelum tido xmakan banyak2..
Aiman : ibu, Aiman nak mee.. Ibu, Aiman nak mee..
Ibu : okla... okla.. jom suma turun makan mee...
Kol 4 sayang oiii.. sebab sayang la ibu turun masak mee kol 4 pagi ni ( sebab xtahan aiman dok sebut n sebut n sebut n sebut selagi xdapat pun ye jugak)... aku rasa ni la yg susahnya bila anak xreti isap botol. kalu x, sure nangis je nak susu. dapat susu, tido balik. xdela menggagau ibu nak masak mee la, nasi ngan ikan bilis la..... setakat ni adala 3-4 kali dah permintaan gini. memang aku dah siap prepare nasi just in case aiman mintak tengah2 malam buta. mee ni pun spegetti yg aku dah rebus siap2. kuah spegetti simple yg dah aku frozenkan saiz kiub ais. so panaskan je la...... selera makan pagi2 buta lagi banyak dari makam waktu siang. dengan amni pun tumpang makan. nasib ibu la.... janji korang makan...
ni dah kenyang... mulala punggah mainan.......

Wednesday, October 3, 2012

K.I. @ 2oct

" Kalu rumah kita kemas, x bermakna rumah kita bersih "...

Aduh... Serius terasa ngan kata2 abang ngah Keluarga Iskandar. Rumah aku ngan xkemas pun ye.. xbersih pun ye.. Harapkan cleaner yang datang sebulan sekali tu je buatkan all out cleaning. Aku sendiri, mana yang sempat buat. Setakat vacuum rumah hari2 pun xguna sebab lantai kena mop jugak. Ngan budak2 ni makan bersepah, kesan2 atas lantai...

Huhuhu... Terus tetiba mop lantai kol 3 pagi. Cuci dapur n sink jugak. Penat sangat malam tadi so kol 9 lebih aku dah tertido masa tidokan Amni. Bila Amni bangun kol 12.30, aku pun bangun jugak solat n kasi Aiman makan nasi. Lapar katanya. Ni lagi sorang, awal2 xnak makan, tengah malam/awal pagi sibuk mintak nasi+telur+keropok. Agaknya kenyang lagi dari umah pengasuh, so time dinner tu xrasa lapar lagi. So skang, masih berjaga dengan Amni yg dah melelong jalan sb ngantuk tp still xmo tido. Aiman pun sama.. dok tahan lagi mata tu. Aku dah xlarat, esok nak keje.

Apapun, menanam azam dalam diri utk make sure rumah even xdapat kemas sepenuhnya, at least bersih...


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone