Wednesday, August 25, 2010

Reaching his 10th month

Aiman skarang dah 10 bulan...
Makin ligat.. panjang je akal dia..
Tak boleh jalan lagi.. Aiman malas nak berlatih
Panjat pun dah boleh, dan kalu panjat rocker dia, boleh dah turun sendiri
Kalu Aiman kat tempat tinggi eg katil or atas meja,bila nak turun, mesti ukur dulu bawah ngan tangan dia
Kalu tak sampai.. sibukla nak cari orang sebagai tempat berpaut untuk dia turun
Gigi dah tumbuh skit, baru sebatang kat atas
Dah pandai tepuk amai2.. dah pandai jugak babai bila kena tinggal or nak tinggalkan orang
Aku ajar Aiman doa.. pastu amin..
Salam tak pandai lagi.. bolehla ajar skarang.. praktis nanti raya bleh salam ngan orang
Dah mula keluar perkataan aaa maaa.. maaa.. maaa
Kekadang tu tau aku ada dalam bilik air.. dia panggil la dari luar
Manja.. sangat manja
Kalu main, pastu dia baling barang mainan dia.. terkena tangan sendiri.. or kepala sendiri
Mulala nangis ngada2 dia tuh.. tp kejap je lah
Sangat sukakan gadget seperti handphone ngan xbox punya joystick
Pastu suka jugak pi ketuk2 tv.. alahai sayang.. dahla ayah n ibu awak ni pakai spek..
Janganla suka sangat dekat2 ngan tv, rosak mata...
Satu lagi, dah suka baca buku!!! Bila datang mood dia nak baca buku tu, nanti dia belek la buku dia.. penat belek dalam 5 minit gitu.. dia isap la pulak bukunya!
Bila aku vacuum rumah, Aiman suka sangat ikut vacuum tu..
Dia suka dok belakang vacuum, rasa angin panas vacuum..
Inilah Aiman.. aku tinggal kat umah mak sementara pi kedai
Macam tau2 je aku nak balik.. aku sampai tu nampak dia dah tunggu kat pagar
Muka macam ngantuk.. tp sebenarnya silau cahaya matahari kat luar
Yey.. ibu dah balik!!!

Beli apa untuk Aiman? Cepatla amik Aiman..

Lambat la ibu ni.. amik gambo plak.. macam menarik je besi nieh..
Yummyyyy...

Aiman & Aqilah

Sorang 5 bulan.. sorang 10 bulan..
Sorang lelaki.. sorang perempuan..
Sorang nama Aqilah.. sorang nama Aiman..
11 July 2010.
22 August 2010
Hahaha.. baru perasan, Aiman pakai baju yang sama! Aqilah plak pakai baju kaler hijau jugak!!
Aqilah dah pandai gelak, dah pandai sembang.. tak leh meniarap lagi..
Aiman sangat suka tarik rambut Aqilah yang lebat n beralun2 ditiup angin
Nak sikit lah tu..

Iftar 2010

Acara yang ditunggu2 bagi ramadhan tahun ni
Yeah.. bukak puasa bersama geng2 skolah SMSPP dulu
Kalu tahun2 b4 this.. banyak aktiviti bukak posa
Yang opisnyer, member um, matrix, coursemate n budak skolah
Tapi makin berkeluarga ni, makin terikat skit.. masing2 pun dah makin sibuk
Bukak posa ngan geng budak skolah.. memang acara wajib
Tahun ni wat kat Tropicana Golf Club
Bawak Aiman, tumpang Nurul
Sampai pun dah nak berbuka, sempat amik kuih, tak sempat duduk lagi dah azan
Seb baik aku tak posa.. hehehe..
Punyala banyak makanan, sampaikan tak tahu nak pilih apa
Menda yang mula2 aku amik ialah pisang untuk Aiman
Then amik kuih2, kueytiaw
Sibuk melayan Aiman n sembang2.. nak makan banyak pun tak sempat
Dahla baby chair tak cukup... terpaksa pegang Aiman sambil makan
Bila dapat baby chair, aku letak ais dalam tray.. diamla Aiman dok main ais
Sebab mcm dah rasa kenyang, nasi n lauk2 nyer pun aku tak rasa
Aiman plak memang biasa tido around maghrib.. so pas makan tu, dia dah ngantuk2
Kasi susu.. terus tido
Menumpang stroller Azim.. tq ye Azim n Aunty Zue
Ngantuk sangat Aiman, tak sedar dah orang bising2 or panas masa tu
Keenakan makanan kat sini pada aku average je
Tahun akan datang, tak yah la makan buffet
Membazir je.. sb sibuk melayan anak2
Tahun depan, dah makin besar, sure berlari2 plak diorg kat situ
Tak banyak pun amik gambo.. kamera pun tak canggih kan
Yang penting.. enjoy!!!
Dah penat pegang ngan tangan, dihisap pulak ais tu..
Aiman & Hasif n Ummi Hasif. Hasif tua sebulan dari Aiman tapi dah pandai jalan! Aiman malas praktis.. so merangkak je lah dulu..With Aunty Eyin. Masa ni Aiman dah penat.. ngantuk n nak minum susu. Sementara tunggu pekerja bawakkan air panas nak panaskan susu Aiman, pinjam bb Aunty Eda pasang video kegemaran Aiman... Crazy Frog.. tengok khusyuknyer Aiman tengok video, orang nak amik gambo pun tak pandang.

Sembang2 sambil menghabiskan makanan.. kenyangggggg...

Eda, Nurul, Yus, Zue & Azim, Amie, Aku & Aiman. Syok sungguh Aiman makan itik dia tuh..

Sementara menunggu kereta.. Aiman dah ngantuk n kepenatan..

Aunty Dla kasi hadiah mainan.. balik tu terus main.. hilang rasa ngantuk. Sibuk nak amik bola kecik kat dalam tuh...

Monday, August 23, 2010

Gigi!!

Gigi Aiman dah tumbuh!!!
Pagi sabtu tu nampak skit gigi Aiman keluar
Satu, bahagian atas...
Nak kena beli berus gigi nieh..
Ni praktis asah gusi b4 gigi nak tumbuh agaknya...

Thursday, August 19, 2010

Suatu ketika... berbuka

Zaman SMSPP - zaman ni aku ingat2 lupa. Tp masa ni dok hostel kan, so berbuka posa ramai2 kat dewan makan. Satu citer yang aku tak leh lupa ialah masa majlis buka posa ramai2 ngan cikgu2 skali. Then lauk of course la special skit, antaranya rendang daging. Kalu tak silap, diorg jamu nasi minyak kot masa nieh. Nak dijadikan cerita, rendang tu tak elok sangat. Start tengah malam, budak2 dah mula sakit perut. Aku tak rasa sangat.. biasanya kalu sakit perut sb makan, aku antara yang last akan kena. Lambat skit bertindak balas. Then pagi esoknya, subuh.. sembahyang berjemaah kat surau skolah. Even skolah perempuan, tp yang jadi imam tu ustaz. Then hari tu dia sembahyang agak laju dari biasa. Elok lepas bagi salam je.. terus senyap n aku nampak ustaz tu lari2 anak keluar dari surau. Dia sakit perut jugak... hehehe.... esoknya ramai yang sakit perut n aku pun lupa dah camne orang posa.. ke.. kisah ni masa bulan tak posae eh???

Zaman UM - Haaaaa... zaman ni masih segar diingatan. Sangat best jugak.. even makan makanan dewan makan. Standard la, makanan dewan makan ni, ada hari2 tertentu je yang best. Selalu akan tapau lauk, nasi suma.. then berbuka ramai2 ala2 hidang. Kira tak tapau sorang2 la.. Syok oooo buka posa makan ramai2.. then gilir2 turn tukang basuh pinggan. Takpun, yang tak leh sembahyang la yang kena basuh pinggan mangkuk suma. Ada sekali tu, dah nak dekat raya.. kebetulan pulak hari makanan tak best so aku n the geng plan nak berbuka posa kat gerai kat bawah. Turun bukit kolej aku.. sampai kedai, kedai yang biasa bukak tu dah tutup. Biasala kalu orang kelantan/siam ni.. seminggu nak raya dah tutup kedai, 2 minggu pas raya baru bukak kedai. Sebab tak de pilihan, maka kitorg pun pi la satu lagi gerai makan ni yang sememangnya tak penah terlintas pun akan makan kat situ. Tengok menu yang dia tampal, nasi goreng USA, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng ayam, DLL.
Kitorg pun setiap sorang order nasi yang lain2.. punyala lama giler diorg nak masak, sampai dah waktu berbuka! Dahla tu, air pun tak sampai lagi!! Mintak air kosong pun lama nak dapat. Suma muka memang dah bengang, dah la posa.. rasanya setengah jam pas berbuka baru dapat makanan. Pastu datang pekerja gerai tu.. cakap.. kak, satu nasi tak dapat buat, nasi habis.. Nasi habis???? nasi boleh habis??? Baru bukak kedai nasi dah habis? Dahla tunggu lama, tau2 nasi habis. Yang kesian, Hajar la masa tu sb nasi dia yang tak dapat buat. Last2 kitorg mintak pinggan...... sorang sikit kasi hajar nasi masing2. Jadila nasi hajar Nasi Goreng DLL. hahaha.. patutla kat menu tu dia ada tulis DLL. Tula, kalu masa kat UM dulu, sangat tak suka bila nak dekat2 raya.. sebab suma gerai akan tutup n terpaksa makan makanan dewan makan.

Zaman bekerja - zaman ni lagi senang.. dahla bujang.. masa tu pulak dok menyewa ngan kawan2. Tp rasanya 80% dari hari2 berbuka posa tu, mesti bukak posa kat opis ramai2. Memula dulu, rajin stay kat opis sampai malam. Sambil siapkan keje (agaknya masa tu keje banyak.. skarang dah tak banyak kot). N biasanya jugak, yang bujang2 pun memang ramai yang bukak posa kat opis. Maka memang meriahla. Balik kol 5, terus pi bazar kat SD. Then lepak2 sambil tunggu waktu berbuka. Pastu bila dah pindah kat rumah yang depan opis, waktu berbuka... ramai2 yang pompuan datang rumah aku. Ramai2? Hahaha.. rasanya most of pompuan islam kat opis tu dok serumah ngan aku. Yang tak dok tu adala 2-3 orang (owh.. actually pompuan islam kat opis tu pun tak ramai pun!!) Kekadang adala tukang masak, tp biasanya beli jugak.

Zaman kat rumah - owh... aku sangat suka bila memikirkan waktu berbuka kat umah dulu masa kecik2. Petang2 je dalam kol 4 or lepas asar tu.. dah bau orang tumis bawangla, bau masak sambal la (sekarang dah tak bau sebab waktu petang dok kat opis). Perghhh.. memang nikmatla bau tu. Tu la posa, bau pun bleh rasa nikmat kan. Then mesti hari2 mak akan buat kuih. Lagi best bila dah nak dekat raya, balik berbuka kat kampung. Berkumpul ramai2.. cousin2 aku plak suma lagi muda dari aku.. so budak2 kecik memang akan meriuhkan rumah ngan berlari ke sana sini. Ada skali tu kat SP, aku ni sangat suka giler popia goreng. So buatla kuih popia goreng untuk berbuka. Then bila goreng.. budak2 tak posa ni makan. Goreng lagi.. diorg makan lagi. Sampaikan untuk berbuka.. dah tinggal sikit giler... Kecewa sebab sangat2 nak makan popia goreng dengan banyaknyer (kalu beli, tak leh makan banyak). Hahaha.. tak sedar diri, bila posa, banyak manala sangat boleh makan kan. Maka.. esoknya buat lagi dan aku memang kontrol giler2 suma popia yang dah digoreng. Tak de sapa pun boleh makan sampaila waktu berbuka..... hua hua hua........

Inila.. serba sedikit kisah berbukaku suatu ketika dahulu. Sekarang.. dah tak kisah sangat. Cuma aku harap sangat kalu boleh berbuka lagi ramai2 macam masa dulu2 kat SP n Ipoh. Ngan makcik2 n sepupu2 ramai2. Susah skit skarang.. kalu dulu, kampung ada 2. Skarang kampung ada 4. Hehehe... uih.. citer pasal berbuka.. perut pun dah bunyi2. Kalu dulu kecik2.. selalu kira.. lagi 7 setengah jam lagi nak berbuka.... (skarang pun selalu kira gak!!!!)

Tuesday, August 17, 2010

Pari Peot

Penah dengar tak pasal ikan pari peot?
Peot = period..
First time aku dengar pasal ni, memang nak gelak sebab ikan pun ada period kan
Orang kata, pari ni bila dia peot, ikan tu akan busuk sangat
Isi dia pun macam liat2 gitu
Aku tak penah jumpa lagi sehinggalah semalam.........
Seperti biasa, membeli lauk pauk untuk berbuka
2-3 hari ni asyik beli kat bazar seksyen 7 je.. sampai dah tak tau nak beli apa
So arini saja la nak try ikan bakar
Bila berbuka, aku pun bukala plastik yang balut ikan tu
Mak aihhh.. memang semerbak bau busuk ikan tuh
Kecewa gak la.. sebab kalu ikan tu busuk, nape nak masak n jual jugak kan?
Aku agak2.. ikan pari tu peot.. tu yang busuk..
Tapi aku tak tau la bila pari peot, masa dia mentah, dia bau tak?
Jamahla jugak sikit.. sebab sayang la dah beli kan
Tapi memang tak boleh tahan
Aku yang selsema semalam pun boleh bau
Terus tutup balik ikan dalam plastik
Bleh tak kalu arini pi balik gerai tu cakap semalam dapat ikan busuk?
Agak2... bleh dapat ikan free ganti yang semalam tak?
;-)

Monday, August 16, 2010

Kisah di Bazar Ramadhan

3 Ramadhan 1431 Hijrah
Lokasi : Bazar Ramadhan Seksyen 7, Kota Damansara
Masa : 6.45 pm

Beberapa gerai air.. suma dah abis airnya
Then aku tengok satu kedai air ni, bleh tahan jugakla orang kerumum order air
Nampak menarik, lagipun takde pilihan dah.. so beli je lah

Aku : Ni air apa? (sambil tunjuk kat balang depan aku)
Penjual : Air limau kasturi (sambil cakap, sambil bungkus air n pusing depan belakang amik plastik)
Aku : Apa?
Kakak yang dok depan aku : Air limau kasturi
Aku : Ooooo.. yang ni pulak air apa dik? (aku tunjuk kat balang sebelah)
Penjual : Air kedondong (sama macam tadi jugak, sambil bungkus air n pusing depan belakang)
Aku : Apa?
Kakak yang dok depan aku : Air kedondong
Aku : Oooo.. dik, kasi limau kasturi satu eh..

Sambil menunggu, adala dalam 2-3 bungkus untuk orang lain b4 aku. Kakak yang tolong bagitau aku air apa tu pun dah takde. Then datang sorang kakak lain kat belakang...

Kakak : Dik, ni air apa? (sambil tunjuk kat balang depan aku nieh)
Penjual : Limau kasturi (sambil sibuk membungkus air)
Kakak : Apa?
Aku : Limau kasturi..
Kakak : Oooo.. yang ni air apa? (Sambil tunjuk kat balang sebelah)
Penjual : Air kedondong
Kakak : Apa?
Aku : Kedondong..

Memang rasa nak tergelak dah masa tu. Agaknya pas aku pegi, kakak tu plak kot yang ambil alih bagitau kalu orang tanya dia jual air apa. Rupa air tak biasa dilihat, tulis la skit air apa yang dijual.. Kan dah kena ada orang tengah kena bagitau balik air apa adik jual....

Hehehe.. (tak suka sangat air limau kasturi tuh. masam, pas ni tak beli dah kot...)

Menu Ramadhan 1

Nak dekat seminggu dah berpuasa. Macam post aku aritu, tahun ni memang kelam kabut skit especially waktu berbuka. Masa tu la nak siapkan makanan, masa tu jugakla Aiman ngamuk nak susu (Aiman biasa balik dari umah nanny, main kejap, minum susu then tido). So penah je berbuka sambil susukan Aiman. Penah jugak tengah sahur.. Aiman bunyi nak susu.. berenti kejap pegi baring atas katil susukan Aiman. Ngan tangan penuh nasi.
Makanya.. dengan keadaan yang tak menentu cenggini.. petang hari keje memang aku malas giler nak masak. Rasanya lagi senang beli kat bazar. Tapi bila pi bazar pulak, bosan tak tau nak makan apa. So far aku penah beli nasi kerabu (RM5, sebab aku mintak ayam percik), nasi tomato (RM6, terkejut aku masa dia bgtau harga, mahal giler). Nasi ayam tak penah cuba lagi, tp mungkin boleh cuba nanti2. Posa kan sebulan, ni baru 5x berbuka. Owh.. lagi 3 hari plak, sehari makan nasi tomato kat umah mak, sehari makan sup daging mak kasi (aku masak nasi je) n sehari lagi iaitu semalam....... aku masak!!!!! Hehehe.. semalam berjaya masak untuk berbuka, menunya bawal sweet n sour + telur dadar + sayur campur.
Aku ni tak pandai sangat masak, tu yang jarang masak sebab kalu masak especially bulan posa ni, tak boleh nak rasa.. so tak leh nak ekjas sedap ke tak. Hehehe.. tp semalam punya okla, cukup rasa. Agaknya berkat sebab ikhlas nak masak untuk berbuka kot.. hahaha..
Sahur.. hmmm.. aku memang akan makan nasi sebab pk nak bertahan sampai petang especially bila menyusu nieh. Kekadang tu, balik keje, sambil prepare lauk berbuka yang dibeli, prepare siap2 bahan2 nak masak untuk sahur. Kalu sempat masak terus mcm sayur.. kalu tak.. lepas terawikh baru masak. Masa ni jugak.. selalunya Aiman akan bising2 kat dapur. Memula boleh je main2.. tp lama2, dia dah start ngantuk.. mula la melalak2 menjerit2 panggil orang. Aku rasa jiran2 belakang rumah pun dah biasa agaknya dengar Aiman jerit2. En suami memang ada tolong jaga tp biasala, nama pun budak dah ngantuk, sure nak ibu dia jugak.. minum susu.. bergayut kat ibu dia.. sampaila tido..
Owh.. menu sahur aku so far, eh.. rasanya mcm selalunya masak sayur je kot. Hahahaha.. sayur campur, sayur campur, sayur campur n sekali sayur bayam masak air. Main dish banyak mak yang bekalkan. Sekali tu sup daging, sekali ikan keli sambal, sekali kari daging.. ada sekali beli telur puyuh RM1 dapat 5 biji kat bazar ramadhan, then goreng ikan kerisi. Semalam jugak.. agaknya sebab ahad kan, so semangat nak masak, buat udang goreng kunyit ngan sup telur. Aku ni, kalu sekali maska sayur campur.. sure 2-3-4 hari berikutnya pun akan makan sayur campur. Sebabnya.. sekali beli, seketul kobisnyer, tapi masak, sikit giler. Sayang kalu tak masak, lama2 sayur dah tak elok. Pastu pulak.. kan senang kalu masak sayur campur.. tak yah pk nak letak santan la (kalu masak lemak). Goreng je suma.. telan je la rasa apa pun eh..
Hajat di hati, cuti2 hujung minggu ni nak buatla jugak kuih2. Pastu boleh la kasi jiran sikit kan. Teringat kalu masa kecik2 dulu, hari2 mak buat kuih. Pastu suka pegi anto kuih kat umah jiran. Nanti.. dapat balasan kuih yang jiran masak pulak. Skarang.. muka jiran pun tak sempat nak nampak.. apatah lagi nak kasi kuih. Memang dah tak de semangat kejiranan. Last year ada gak aku buat puding jagung then kasi 2-3 rumah jiran keliling. Masa tu semangat nak kenal jiran sebab baru pindah rumah. Tahun ni, ngan Aiman ni.. nampaknyer takde la nak buat kuih apa2 kot. Tu yang jadi aktiviti wajib pi bazar ramadhan hari2. Even semalam masak pun.. en suami pegi beli kuih ngan air kat bazar.
Inila menu2 aku sepanjang 5 hari kita dah berpuasa.. nanti kita kuarkan entri minggu ke 2 plak eh...

Sunday, August 15, 2010

Bila tak dengar alarm berbunyi..

Semalam Aiman seronok sangat bermain
Sampai kol brapa pun aku tak sedar..
Tutup suma lampu pun.. boleh lagi pusing2 main kat dalam bilik
Bila sedar, bunyi alarm, Aiman tido kat sebelah
Tengok hp.. 5.39am!!! (jam aku cepat 10 minit)
Hwaaaaaaaa... nape tak dengar.. set alarm kol 5 pagi
Seb baikla cepat 10minit, so masihla ada masa sikit
Cepat2 buat air, makan kurma sambil panaskan makanan
Takde nyer nak panaskan satu2 lauk..
Cedok kuah, ayam, nasi.. masukkan satu pinggan dalam mikrowave
Seb baik ada mikrowave, kalu tak makanla nasi sejuk
Alhamdulillah la selamat makan sebelum waktu imsak
Tapi bila makan lauk perangat mikrowave ni.. buatkan aku teringat pasal jangan panaskan susu guna mikrowave
Sebab di luar kita rasa suam, tp bila minum.. hasil pemanasan tu dari dalam sebenarnya
Bila aku makan nasi pagi tadi, pegang suam.. bila gigit nasi, bleh rasa celah2 gigi tu mcm panas
Tapi sebab dah lambat, telan je lah kan..
Tak suka sangat bila terlambat bangun sahur
Seb baik jugakla masa tersedar tu belum imsak lagi
Kalu tak.. mau lembik aku seharian
Seb baik jugak tak keje..
Layankan Aiman jela, especially bila dia tido.. aku pun tido!
Hehehe... cukupla sekali bangun lambat
Pasni nak kena set beberapa alarm.. or maybe aku kena awalkan lagi waktu untuk bangun bersahur
Supaya kalu tersedar tu, masih sempat lagi..
Aiman la ni...

Wednesday, August 11, 2010

5.00pm!!

Menghitung detik demi detik sehingga kol 5
Bulan posa ni kol 5 dah boleh balik
Syoknyer kalu company aku kasi balik kol 4 mcm kebanyakan company lain
Tapi ni company Cina.. kalu kasi balik awal sangat, kang orang bangsa lain jeles plak
Dah siap pam susu.. (sesi mengepam di bulan posa diawalkan sejam)
Dah siap semayang asar
Mmmm.. nak berbuka apa eh?
Pegi bazar je lah, kalu nak masak dah tak berdaya
Kepala pun dah pinar2 dah ni
Masak untuk sahur je, itupun seringkas yang boleh
Kalu boleh pow mak punya lauk pun bagus jugak untuk dibuat sahur
Tadi mak msg, mak wat sup daging
Makanya.. esok sahur kita makan nasi sup daging + ayam goreng drummet
Uihhh.. cakap pasal makan ni.. tak sabar rasanya nak berbuka
Rasanya, dari kol 4 tadi lagi dah tak menumpukan perhatian pada kerja
Siap kemasssss... kita gerak pulang......

Ahlan Ya Ramadhan..

Ramadhan tiba lagi.. 2 tahun lepas puasa bujang.. Tahun lepas puasa berdua.. Sekarang puasa bertiga.. Tapi main concern aku ialah puasa & menyusu. Risau sangat nanti production susu aku susut or takde terus. Macam Aisyah tahun lepas, susu terus tak kuar masa puasa. Aku pulak, tahun lepas tak tinggal posa sebab mengandungkan Aiman. Tak sempat nak praktis langsung camne keadaan diri n susu bila puasa sebab takde nak ganti posa. So dalam kesibukan seminggu dua nieh, dapatla jugak tengok2 web site citer pasal tips2 berpuasa n menyusu. Antara yang dapat aku amik buat panduan adalah seperti berikut :
1. Sahur mesti makan
2. Kurma makan 7 biji bila sahur
3. Minum air lebih n better air tu suam
4. Minum oat, air kacang soya
5. Pas sahur, pam susu dan di office, teruskan pam susu seperti biasa
6. Doa
Hmmm.. banyak sebenarnya tips2 n banyak jugak blog/web yang sambil kasi tips, dimasukkan juga produk2 tambahan yang boleh kasi tenaga n tambah susu bila berpuasa ni. Yang aku tulis kat atas ni, yang aku dah amalkan pagi tadi n plan nak amalkan la. Minum susu, minum oat, makan nasi, makan kurma.. soya tak beli lagi. Fuh.. kalu soya pun minum, then minum air masak lagi.. mau tak kembung perut nak sumbat suma masa sahur.
Jadi skarang.. usaha dah buat.. pam susu.. jap lagi. Maka sama2 la berdoa semoga susu maintain ada, kalu tak bertambah, kasi sama macam biasa pun cukuplah. Diberi kekuatan jugak untuk kekal cergas n bertenaga sampaila petang nanti. Macam ada yang aku baca.. kalu lapar n dahaga.. orang yang puasa tak menyusu pun lapar n dahaga jugak. Kalu tak rasa lapar n dahaga masa puasa.. hilangla antara hikmah puasa tu sendiri. Ingat lagi masa belajar kat sekolah dulu, hikmah2 puasa? Hehehe.. ala, antaranya supaya kita boleh rasa kesusahan orang lain yang tak cukup makanan, miskin etc. Jadi ustazah plak aku di pagi buta nieh..
So buat semua.. sama2 la kita memeriahkan Ramadhan tahun ini dengan amal dan ibadat. InsyaAllah..

Sunday, August 8, 2010

His 28's birthday..


Ni entri lama.. baru sempat post
21 July 2010.. birthday en suami yang ke 28..
Sudah tua ye.. even nampak muda..
Sempat merancang small birthday party
Mak n dilah tolong masak..
Aku tempat cup cakes dari mak chak
Manchaster United theme!!
Aiman sangat baik.. sebab dia lebih sibuk main ngan rambutan n makan rambutan
Buat en suami.. semoga panjang umur.. murah rezeki.. dirahmati n diberkati Allah sentiasa..

Saturday, August 7, 2010

Shopping time!!

Yeah.. sudah lama ku tunggu hari ni
Pureen warehouse sale!!!
First time pegi b4 bersalin, first time borong barang untuk baby
Then missed 2x warehouse sebab balik bp masa tu tp mak and ayah turun belikan stok barang Aiman
Today... yey... aku pegi sendiri!!!
Dapat melepaskan gian membeli barang2 baby
Kalu beli kat shopping complex, mesti tak leh beli puas2 sebab akan rasa mahal n sayang kat duit
Di sini.. even bila beli banyak, jadila abis duit tp tetap rasa berbaloi bershopping terutama baju
Sampai around kol 12.. orang takla ramai sangat
Kira tempat bayar pun tak beratur panjang.. kat bahagian baju pun, even ramai kerumun, tp masih ada tempat untuk aku memilih baju dengan selesanya
Cuma yang tak best, ramai sangat amik baju banyak banyak banyak.. then pilih lama lama lama sampaikan baju2 yang tinggal kat situ yang tak best sangat
Then lepas pilih2 baju Aiman, tengok staff kat situ tengah asingkan baju2 yang orang amik banyak2 tapi tak beli
Tak larat la nak tunggu sampai diorg abis asingkan and load balik baju2 untuk dipilih
Sebab lagi banyak baju.. kang lagi aku rasa mcm nak beli suma
Baju yang aku dapat ni pun.. pelbagai kaler n cantik jugak...
Dapatla dalam 9 pasang!!!
Hahaha.. dalam dok komen baju takde pun boleh beli sampai 9 pasang kan..
Sebenarnya banyak beli seluar untuk Aiman
Maklumla.. sejak Aiman wat part time lap lantai rumah, seluar dia mesti hitam
Kalu basuh, memang hilang tp still ada kesan jugakla
Then cari barang2 yang dipesan.. beli skit stok sabun, baby wipes, rash cream and yang paling penting... pampers!
Masa tengah bayar.. hujan turun dengan lebatnyer!!!
Lebat giler.. suma orang stuck tak leh kuar.. payung pun takde
Bila dah reda skit, aku mintak kotak.. berpayungkan kotak aku pi amik keta
Seb baik datang ngan Naim (kebetulan dia nak balik rumah, so pick up dia.. adala tukang tolong angkat barang)
Dia tunggu barang.. aku amik keta, park betul2 kat pintu masuk
Seb baik masa tu hujan dah reda skit
Syok tengok orang shopping banyak.. syok jugak tengok ibu2 mengandung..
Teringat masa aku pregnant dulu..
Kat sana tak kuasa nak amik gambo.. lebih menumpukan perhatian pada apa yang nak dibeli
So balik rumah.. Aiman.. pose sikit... =)
Baju baru Aiman.. Banyak baju yang sama.. jangan nanti kuar jalan2.. jumpa baby lain pun pakai seluar/baju yang sama.. Aiman awal2 lagi dah rasmi.. bukan rasmi pakai baju.. tp rasmi isap baju, especially tag harga..

Antara sabun2 yang dibeli. Travel pack tu bukan dalam list pun.. tp sebab nampak cute, terbeli la pulak..

Sambil mengemas.. Aiman memanjat rocker dia. Seb baik tak sibuk punggah barang..

Bila aku dah siap kemas semua.. nak kuar bilik dah pun, baru nak main kat kotak isi barang beli tadi.. ni muka mintak izin.. 'ibu.. janganla kuar lagi.. Aiman baru nak mula main.."

"Aiman bukak eh.. bukak eh.." Last skali aku tutup lampu.. tinggal je Aiman.. barula kedek2 merangkat kuar bilik ikut aku...

Thursday, August 5, 2010

and finally...



Akhirnya, tuan rumah bagitau jugak yang dia konfem jual rumah yang kitorg duduk sekarang kat kawan dia..
Selepas beberapa message aku yang tak berbalas..
Aku rasa, dia tak mo bagitau awal2 sebab risau nanti rumah dia takde orang duduk sampaila urusan jual beli selesai
So, dia inform last week.. even aku memang awal2 lagi dah agak memang jadi pun dia jual rumah ni kat kawan dia
Sampaikan jiran depan rumah bagitau aku dulu.. sebelum tn rumah aku bagitau
Maka... bermulalah episod mencari rumah baru
Sewa? Beli?
Sewa rumah kat KD? Hmm.. hampir suma rumah dah sewanya RM1k ke atas
Rumah 1.5 tingkat pun 1k.. rumah townhouse pun bleh mintak sewa RM1.2k
Beli rumah? Hmm.. ni pun satu hal, rumah baru, or rumah lama?
Kalu rumah baru.. area bukit jelutong... puncak alam.. banyakla..
Tapi pandangan aku, area tu macam jauh sangat
Jauh dari umah mak.. hahaha... bleh tak jadikan tu sebagai alasan?
Tapi.. kalu nak dekat ngan umah mak, mana ada dah kawasan baru nak naik kat KD nieh..
Haila.. kalu diikutkan, pening nak pk hal rumah ni
Nak dok selama yang boleh dulu kat umah sekarang..
And we see how it goes from there..
Rumah sewa... rumah baru... rumah mak??? erkkkk...