Tuesday, May 26, 2009

Di petang selasa

Hari ni sangat serabut sb banyak sangat delivery problem yang kena diselesaikan. Of coursela tak dapat selesai pun. Tp petangku tetiba ceria ngan satu panggilan tepon nieh :

Aku : Hello..
Mr Customer : Ms Amirah.. i'm from FA***. We receive your PO but we didn't receive any specification for the stainless steel tag that we need to do. The details on what should we engrave on the tag.
Aku : Owh.. i just sent out an email on the details.
Mr Customer : Yes, i receive. But the attachement only show the drawing..
Aku : Emm.. let me see..
Mr Customer : The attachement title is SSTag.pdf, 93kB rite? Only 1 page..
AKu : Yeah.. (sambil bukak attachement tu) but here, it's 3 pages
Mr Customer : You wait.. i open it..
seketika kemudian..
Mr Customer : Owh.. now it's 3 pages!!!
Aku : Ok, that's good..
Mr Customer : Thank you..

Letak je phone, terus aku gelak besar! Kalu ikut hati, memang nak gelak depan2 customer jugak tadi. Pandai giler cover.. hahahahaha....

Monday, May 25, 2009

Mi skolah..

Ni namanya.. mi telur. Mi goreng biasa je, kosong. Adala sikit taugeh ngan sayur sawi. Tapi sangat sikit. Walaupun dia kosong, tapi.. sedap.. rasa mi ni mengingatkan aku pada mi kantin skolah dulu2. Bila dah besar2 ni, makan mi kosong camni, ntah napa jadi sedap lagi dari mi biasa kat kedai yang rege sampai RM3-4 sepinggan.

Ni plak goreng pisang. Kat Johor ni, suma pisang makan ngan sambal kicap. Tapi kat sini lain sikit dari tempat lain, dia curah terus sambal kicap atas goreng pisang. Pastu tabur kacang tumbuk. Sedap, pisang nyer sedang2 lembik..
Ni.. gambar en suami menikmati mi telurnya. Even ni baru kali kedua aku makan kat sini, tp sangat suka utk datang lagi. Gerainya buruk je, atap zink. Tapi, orang yang datang tersangat la ramai. Sampai tak cukup mejalah. Kata en suami, dari skolah lagi dia memang selalu datang makan kat sini. Kalu dah sedap, murah plak tu, kedai buruk camne pun, org mesti datang makan.
** betulla, banyak betul kedai makanan yang sedap kat BP. Tak dapat rasa lagi beriyani power. Asal pegi, asyik tutup jek..

Sunday, May 24, 2009

Syurga Cinta

Syurga cinta.. best ke citer ni? Asal bukak tv di hari minggu je, mesti tunjuk the making of citer ni. Lepas tunjuk kat Prima, tunjuk balik kat @15. Pastu ada plak kat NTV7, then TV9. Arahan Ahmad Idham, penerbit David Teo. Rasanya citer ni mesti lebih kurang sama je ngan citer2 David Teo yang lain. Tp.. nape tetiba aku bleh wat entri pasal citer ni?
Bagus bila ada citer tentang percintaan ala2 islamic skit. Mcm kelakar sb ada Hazriq yang memeriahkan lagi cerita ni. Hasil dari yang aku tengok dari the making of.. citer ni, mesti akan berakhir ngan Irham menyesal. Itupun selepas dia berjaya dlm pertaruhan ngan kawan2 dia yang dia akan berjaya ngorat si Syuhadah ni.
Sesuatu yang membuatkan aku tersedar, bila aku dengar ada orang cakap.. elleh.. orang macam ni.. kalu dia insaf n sedar mcm mana pun dalam citer ni, mesti nanti lepas habis je citer ni, terus balik kepada kehidupan asalnya..
Emm.. camne kehidupan asal dia eh? Kita pun tak tau.. n samada dia sendiri akan amik iktibar dari cerita ni, hanya dia je yang tahu. Apapun.. kalaula pelakon sendiri pun tak amik iktibar dari cerita ni, semoga ada penonton2 yang amik iktibar.
Samala masa aku tengok filem Maut, memang buat aku insaf. Pelakon citer ni pun cakap, semoga filem ni akan jadi iktibar bagi penonton.. Berbalik pada persoalan asal.. pelakon tu sendiri.. insaf tak????
Hehehe.. tak yah la kita susah2 pikir..

*** tetiba wat entri pasal filem n keinsafan dari filem plak.. hahaha.. lama dah ingat nak tulis, ni baru ada kesempatan.

Kawin.. kawin..

Cuti skolah bakal menjelang.. maknanya.. kenduri kawin pun berderet2. Jangan kata mula cuti skolah, 2-3 minggu sebelum cuti skolah lagi dah ada jemputan. Kebanyakannya kenduri kawan n sedara en suami saya. Bleh kata hampir tiap minggu lah bermula bulan May nieh.

Start jumaat depan, kenduri kat kl, wat kat dewan lagi. Yang kawinnya kawan en suami. Then sabtu kenduri sepupu mak kat SP. Yey.. balik kampung. Ahad ada kenduri member KMPP plak kat Semenyih, tp yang ni, tak dapat nak pegi.

Minggu berikutnya... sangat banyak jemputan n bleh kata suma 6 June 09. Agaknya sb no menarik, kebetulan pulak tengah2 cuti sekolah, ramai org amik date ni. Jemputan yang dapat, suma dari member2 kat 4th kolej. Satu kat Penang, satu kat Klang and satu lagi kat Johor. Aku pi yang mana? Emm... entahla.. tak dapat nak pk lagi pegi yang mana. Suma datang masa wedding aku. 7 June 09, ada satu jemputan kat Ipoh.

Minggu terakhir cuti skolah, jemputan member en suami kat BP. Ni kira antara member yang rapat ngan dia jugak la dari zaman kecik2 dia dulu. So konfem2 akan pegi kenduri nieh. Ada lagi rasanya jemputan utk date ni tp tak ingat dah sapa. Kad dah sampai... tp sb memang dah konfem akan balik BP, so kenduri lain utk minggu ni tak dapat nak pegi.

Aku ada satu jemputan, tp aku sendiri pun tak pasti sapa yang jemput. Hahaha.. penat dah aku pk sapa org yang jemput aku. Siap tulis nama penuh aku lagi, tp namanya memang tak familiar langsung. Alamat pun tak membantu aku mengingat sapa yang jemput aku nieh. Kat Ipoh kendurinya. Tak pegi la kot..

Dulu, aku rajin sangat pegi kenduri kawan2. Serata malaysia aku jalan ngan keta TP 9119 tuh. Kalu kat pantai timur, biasanya awal2 lagi aku dah book flight. Tp skarang.. bila dah kawin nie, susah skit nak hadir suma kenduri kawan2. Jemputan pun kira dah bertambah la, campur ngan jemputan dari kawan2 en suami skali. Apapun, aku tetap akan cuba sedaya upaya utk datang jemputan kawan2. Especially yang kat KL. Cuma bila dah clash sampai 2-3 kenduri satu hari.. paham2 je lah yek. Yang penting.. aku doakan kalian suma bahagia ke akhir hayat..

** teringat pegi satu kenduri cousin en suami, terdengar makcik2 bercerita. Katanya, itu kenduri yang ke-11 utk hari tu. aku kagum ngan makcik tu.. 11 jemputan.. suma pegi. ntah2 pastu ada lagi kenduri yang dia nak pi.. ;-)

Friday, May 22, 2009

J Card Day @ OU

Aku memang menunggu2 JCard Day kat OU. Last time pi JCard yang kat MidValley tp beli barang2 rumah. This time cari baju plak. Siap amik half day lagi smlm. Memula pegi ngan Hanizah, 2 kereta sb dia nak pegi kejap je. Elok masuk area OU, jem skit. Minah ni memang tak tahan, terus pusing balik. Rupanya kat depan skit je ada keta rosak, then lepas tu terus jalan clear. Bila masuk kat parking plak, 4 keta kuar serentak. Rugi2.. tu la, tak sabar.. Bila pegi sensorang, senang nak pilih baju, try baju, nak balik lambat pun tak terikat ngan org. Bleh kata banyak jugak baju n seluar yang aku borong.. tp tak sebanyak org2 lain yang berbakul n troli penuh dengan baju. Tu tak masuk conforter n bantal lagi. Orang memang ramai, aku beratur nak test seluar pun, agaknya kat setengah jam kot beratur. Aku tengok org sebelah aku (dia beratur utk bilik lain), sebakul baju dia!! Kot ye pun beli banyak, tak yah la try sampai sebakul baju, kesian org beratur ramai2 kat luar. Konon je label 3 helai, siap ada jadual lagi staff Jusco yang duty utk jaga bilik persalinan tu, tp takde sapa pun. Suma sibuk sb ramai org. Apapun.. aku berjaya membeli apa yang diplan tanpa over budget.
Bila sebut pasal JCard day.. teringat masa kat UM. Penah skali tu, kebetulan JC dekat ngan MKB. Kitorg borong suma hadiah2 utk MKB, n hadiah paling besar kitorg beli ialah bantal tulang. Dahla besar giler.. beli 2 plak tu. Pastu suruh org Jusco balutkan. Jimat kos pembalut hadiah. Seb baik balik ngan van kolej, kalu naik teksi, alamatnya bantal tulang je yang bleh masuk, kitorg konfem tak muat nak masuk! Seronok masa tu sb dapat shopping. Even bukan utk diri sendiri, n bukan jugak dengan duit sendiri.. tp bleh berebut2 ngan org memilih n membeli barang. Merasai kepuasan bershopping beli barang banyak2 ngan duit yang banyak tanpa risau. Nak shopping sendiri cenggitu.. alamatnya kena jadi kaya dulu ah..
Diana pun penah sesat tak jumpa keta masa pi JCard day ngan aku 2 tahun lepas. Dahla dia nak balik cepat, balik dulu.. masa tu aku tak habis shopping. Dekat 2 jam jugakla dia cari keta dia. Dari aku tgh shopping, dah abis bayar, siap makan lagi. Utk sejam yang pertama, rupa2nya dia cari keta dia kat floor yang salah. Bila dah kat floor yang betul, tak jumpa jugak. Sampai naik motor pak guard pusing kawasan parking cari keta dia. Terus serik dah dia nak pi Mid Valley.. tp tu dulu.. skrang tak dah kot.. =P
B4 balik, singgah beli aiskirm 3 kaler. Bila makan aiskrim malam semalam, teringat masa kecik. Bila ayah beli, mesti kaler coklat akan habis dulu! Last skali tinggal perasa vanilla sb paling kurang diminati. Hihi.. so bulan ni.. dah abis shopping.. gaji pun tak masuk lagi. Maknanya, dok diam2, jangan ngada2 nak pi beli barang. Tengok barang pun tak yah, kang terbeli plak.. Penat shopping, tp puas sebab dah lama menunggu JCard OU utk shopping. Malamnya.. terkebil2 tak leh tido..

Monday, May 18, 2009

16 May..

Hari guru.. aku pun dah lupa. Teringat pun hanya sb dengar radio org buat ucapan hari guru. Teringat cikgu2 kat sekolah. Aku rasa mcm aku ni dah jadi anak murid yang lupakan cikgu dah. Rasanya sekolah yang paling dekat di hati pun hanya skolah aku kat Pasir Putih. Walaupun hanya 2 tahun kat sana, tp tu la yang paling best. Maybe sebab dok hostel kot, so masa memang sepenuhnya disekolah.

Meh kita singkap sikit sebanyak kisah aku n cikgu di skolah aku dulu..

1. Memula skali, rasanya minggu ke brapa ntah masuk skolah, aku buat pasal ngan PK HEM skolah aku. Aku pi tolong budak junior pindah bilik senyap2. Konon wat pakatan gitu. Skali kantoi ngan PK HEM. Ingat lagi masa tu, dia marah aku kat koridor antara hostel ngan surau. Sejak dari hari tu, aku memang menjauhkan diri dari PK HEM. Even memang dia baik... tp sejak kes tu, aku jadi segan nak rapat ngan dia. Apa yang dia cakap bila dia marah aku.. biarla rahsia..

2. Cikgu Cik Aini.. dia guru kelas aku. Dia baikkkk sangat, n sangat mengambil berat. Teringat sekali tu, aku demam, so bila dia masuk kelas, aku baru balik toilet. Muntah kat toilet rasanya so mata aku mcm berair sikit. Dia ingat aku nangis, terus datang peluk aku dari tepi, tanya kenapa. Aku ni, memang sensitif, ye la, mak kan jauh.. so bila org amik berat lebih skit je kat aku.. mesti aku rasa terharu sangat n apa lagi.. dari aku elok2 tak nangis, terus nangis kat situ! Yang kelakarnya, sb aku nangis, memang aku tak dapat ckp apa2 la. Then dia pegi kat tempat Ernie, tanya dia ada gaduh ngan aku ke tak? Hahaha.. aku ngan ernie, kalu dlm kelas BM, suka sangat berdebat. Even pendapat kitorg sama pun, kitorg akan sengaja mencari point supaya bercanggah pendapat. Saja memeriahkan suasana. So bila aku nangis, cikgu syak ernie yang buat aku nangis!!

3. Cikgu Rohani.. dia ngajar matematik. Ada skali, waktu prep, dia masuk kelas kitorg dengan penuh semangatnya. Nak wat kelas tambahan. Tak ingat dah masa tu, dia ckp b4 awal2 nak wat kelas or tak ckp or kitorg lupa. Masa dia masuk tu, biasala.. petang. Orang ramai tido rasanya. Bila dia masuk, suma org mcm blur2.. n tak teringat pun nak bangun greet cikgu. Pastu kitorg tgh dok terpegun tgk cikgu, dia ada ckp (rasanya lah) ala2 merajuk yang kitorg nak nak wat kelas. So dia pun terus je blah. Dia ingat kitorg taknak belajar ngan dia. Aduhla.. rasanya berlari2 jugak kitorg ngan cikgu.. dok kejar dia. Bila ingat balik, memang rasa kelakar sb sorang kejar kot tangga ni, cikgu lari naik tangga lain. Yela, skolah tu sambung 3 blok. Sampai ke petang kot cikgu lari2(elak2) tak nak jumpa kitorg, sampai petang tu, kitorg beli kek (lupa mana datang kek, ada org kuar pi beli kot, tp macam susah je dok hostel nak kuar beli..) tunggu dia kat luar hostel dia masa dinner. Dia kuar pi main basket ball. Nampak je kitorg, lari2 lagi..rasa mcm satu kelas kot ada masa tu. Last2 baru dia terima kitorg mintak maaf, n tak merajuk dah. Aduhla.. bila dah besar ni, ingat2 balik, macam budak2 je lari2 camtu. Agaknya kalu skarang.. aku tak pujuk dah kot.. biar je.. hahaha.. (jahat tak aku..)

4. Cikgu Kamaruddin.. ni antara cikgu yang paling aku suka. Sebab dia ajar Add Math n aku suka sangat subject ni. Cikgu ni rajin, suka wat kelas tambahan utk anak murid dia campur mentee2 dia. Sb ramai, so buat kat dewan makan. Sampai skali tu.. aku jadi malas sangat nak pi kelas dia, so aku ponteng. Kelas tambahan ni biasanya buat hujung minggu. Rasanya beberapa kali aku ponteng kelas tambahan dia.. last2 dia antar sorang budak ke dorm aku utk panggil aku datang kelas. Huhuhu.. malu giler masa tu. Sampai cikgu yang panggil aku utk pi kelas. Masa masuk kelas tu, aku rasa malu n sedih la jugak sb cikgu ingat jugak kat aku. Pastu cikgu datang kat aku, bagi aku set latihan.. dia cakap.. "ni suma latihan yang kita buat masa awak tak datang, kalu awk nak dapatkan jawapan dia, bleh tanya yang lain yek.." masa tu aku memang tunduk je.. malu n sebak giler masa tu.. dahla aku tak pegi kelas dia lama, tp dia masih lagi amik berat n cakap baik2 ngan aku. Langsung tak marah..

5. Cikgu Zakaria @ papaya.. ni cikgu yang sangat cool. Dia ajar sejarah. Rasanya bila dia masuk kelas je.. automatik suma org tido. N dia dengan selambanya akan terus mengajar.. agaknya sebab cara cikgu ngajar sambil kasi kitorg tidola yang menyebabkan aku dapat A sejarah! hahahaha..

6. Cikgu Hashim.. dia ni mentor aku. Kat skolah selalu buat giliran utk mentor makan bersama mentee2 nya. So satu hari ni, kitorg pun tunggula kat dewan makan, meja belakang skali (memang meja khas utk makan mentor mentee). Tunggu punya la tunggu.. sampai org kat dewan makan pun dah kurang, kitorg pun dah lapar giler, cikgu tak sampai2 lagi. Pastu bila kitorg dah start makan, baru cikgu sampai. Rupa2nya, dia lupa.. dah balik umah (tak tau perjalanan sampai mana) then baru teringat makan ngan kitorg.. so dia patah balik. hehehe..

kalu ikutkan, banyak lagi kisah2 aku n kawan2 bersama cikgu kat skolah dulu. Tapi aku pun dah banyak lupa kisah2 lalu.. dah 10 tahun meninggalkan skolah. cikgu pun aku dah tak kontek sangat dah. bukan tak kontek sangat, tak kontek langsung pun. masa teringat pasal hari guru, ada gak google web secret recepi, ingatkan ada delivery kat kelantan. rupanya kat kl je. nak turun kelantan.. tak dapet lah.. jauh sangat rasanya. apa2 pun.. selamat hari guru buat suma cikgu2 di SMSPP dulu.. n jugak member2 ku yang banyak jugak jadi cikgu.. n jugak mak cik2 ku yang hampir 60% semuanya cikgu.. jasamu dikenang..

Friday, May 15, 2009

jumaat

yey.. jumaat tiba lagi.. arini tak buat keje sangat pun kat opis. sepagian dihabiskan masa dengan apa eh.. lupa dah tp yang pastinya bukan hal2 keje. pastu tolong pi anto tender kat Menara Maxis. Buat yang tak tahu, aku ni masa memula masuk opis ni, rasanya 2 tahun yang pertama, memang jadi despact pun selain keje2 biasa yang perlu dibuat. Lama dah tak pi hantar tender, n di kesempatan itu, singgah makan ikan bakar Bellamy!!
Timing baekk punya masa sampai tu. Org tak kuar lunch lagi, n ikan2 pun baru siap dibakar. Banyak giler beli ikan, bleh kata setengah dari manusia kat opis tu order. Ikan pari, kembong, keli, cencaru, terubuk n kerang bakar. Tambah ngan nasi serta sikit sayur. Sampai ofis pun cun2 je waktu lunch. Kenyang sampai sekarang.. harga pun murah tp kali ni, bos yang belanja! Mekasih ye bos (bos aku bukan baca pun blog nieh.. ). hehehe.. tp kira dia murah hatila, total makan tadi pun dah seratus lebih.
Petang, siapkan final doc utk customer. Dah pending 2 minggu. Next week nak kena hantar. Skarang ni.. selalu teringat kat mak. Huhuhu.. tetiba rasa sedih. Nape eh? agaknya sb aku rasa mcm jarang habiskan masa ngan mak macam dulu2. Rumah dekat je tp bila nak drive pi sana tu yang rasa malas. Teruk tolla.. dahla zaid pun jarang balik jugak. At least dia memang sibuk giler n jauh kalu nak balik. Aku nie, dahla dekat, keta pun ada. Tp selalu je takde masa.. actually, bukan takde masa, malas nak kuar rumah sbnrnya. Hari keje, balik opis, bila dah sampai umah, tak de dah nak kuar pi memana. Bila weekend plak, pun rasa malas gak nak jalan2. Actually.. even tak balik kota damansara, aku pun bukan pegi memana pun. Dok melepak n mengemas je kat umah.
Emmm... nanti la.. lepas ni try merajin2 kan diri utk balik visit mak ngan ayah kat kota lebih kerap. Maybe weekdays pas keje bleh drop by sekejap ke kan?
So, inilah nukilan hatiku sementara tunggu waktu balik. Sambil jugak menunggu final documentation aku habis di print.

Monday, May 11, 2009

maleh..

Malehnya.. arini isnin.. monday blues..
petang karang nak pi pasir gudang plak..
esok ada meeting, huhuhu.. tak suka meeting esok
sb meeting nak membincangkan masalah..
seb baik boss yang baik hati pun turun sama
bukan sahaja dia akan menjawab suma customer's punya concern
tp dia jugak akan membawa keretanya utk ditumpang oleh aku n wani..
hehehehe..
nasib baikla pegi tak lama..

Semalam mother's day..
planning mcm2, nak beli kek secret recepi lah, nak cari hadiah la..
last2, aku cuma beli apam balik je bawak pi rumah mak!
tak sempat langsung nak pegi cari hadiah
nanti2lah, ala, hadiah bila2 pun boleh kasi kan.. =) (alasan penyedap hati)
tp semalam, memang dok pk je suma pengorbanan mak padaku
mak baikkkkkk sangat.. n dialah role modelku
nak jadi mak mcm mak..
sabar, penyayang, baik, suma yang aku mintak, selalunya mesti dapat
tp ni permintaan bila dah besar la
dulu aku dok hostel, balik rumah sekali sekala
n tiap kali balik, mesti mak masak suma makanan yang aku suka
dari kecik, sampaila ke besar, mak la yang jadi tailor utk kitorg adik beradik
even sampai skarang, mintak mak jahitkan baju, last minit notis pun baju tu akan siap
mak slalu kasi nasihat.. ingatkan aku mcm2 lah..
kalu aku ada masalah, memang makla tempat yang aku cari
kalu aku nak peksa, mak jugakla tempat aku suruh doa (rasanya mak doa lebih dari apa yang aku doa..)
sedih bila pk, dah kawin ni, dah tak selalu ngan mak macam dulu
memangla try nak balik umah.. kalu bleh, ari2 nak balik jumpa mak
tp.. aku pun bukan rajin sangat, tepon mak pun sekali sekala
agaknya memang dah biasa, dari zaman belajar dulu, aku bukan jenis yang hari2 tepon mak
kalu hari2 tepon, kang tak tau nak cakap apa pulak
tp suka sangat jumpa mak, sb bila cakap ngan mak, tengok muka mak, mesti rasa tenang jek..
kalu cerita pasal mak, memang takkan habis.. kang aku pulak yang menangis sambil tulis entri nih..

selain mak.. mak tok pun bleh kata mcm mak jugak
sayang sangat kat aku..
masa belajar kat kmpp, maktok la tempat aku bermanja
2 minggu skali, mesti balik sp
maktok akan masak nasi lemak..
pastu.. kalu mak tok wat kari pun, mesti ada sambal tumis jugak sb mak tok tau aku memang suka..
ingat lagi, keta mak tok tu, org lain, even mak pun mak tok tak kasi drive.. tp aku, dpt drive keta mak tok
kitorg slalu pi shopping sama2 or kenduri, biasa sgt dengar org kata, mak tok ni mak aku
sb mak tok sangat muda..

lagi sorang.. mak tih.. pun bleh kata mcm mak angkat..
yang menjaga aku sepanjang aku kat um.. masa aku kat kl, maktih la yg paling rapat
kalu aku tak balik kajang, maktih kalu jalan2 kat kl, mesti datang amik aku
sampai sambut aniversary kawin ngan paktih pun, mak tih datang amik aku bwak aku pi makan skali
birthday aku.. mak tih belanja makan, kasi hadiah
mak tih punya sambal tumis udang pun menjadi kegemaran aku.. ngan ayam gorengnya..
bila abis belajar.. sepanjang cari keje, menumpang kat umah maktih, maktih tolong carikan keje kat restoren kawan dia
bila kena buli kat restoren, balik umah nangis2 kat maktih..
kalu balik kampung.. mesti tumpang maktih jugak..

emmm... sayang sangat mak..
sayang mak tok n mak tih jugak..
korang memang the best..
love u all!!!!

Thursday, May 7, 2009

Orang macam ni pun ada ka...?

Lately i'm so upset with my job. Banyak giler problem dari factory yang nak kena setelkan. Okla, nama pun keje aku kan, so aku kena la buat. Tp kisah petang semalam membuatkan aku tersangatla marah. Ada barang yang rosak, kena la anto org pi check barang. Aku inform person incharge of service (dia rasa dia la yg paling besar kat service tu), on behalf of my boss (sb bos aku yang suruh aku inform dia). Malas nak cakap banyak, aku email je and he reply from that email that he will talk to my boss esoknya (semalam ah sb email dihantar hari sblm semalam). Smlm, boss tak masuk opis, ada meeting kat luar and petangnya, boss tanya aku, apa status barang rosak tu.
Me : Nxx said he will discuss with u today in his email to you yesterday.
Boss : Tak ada pun, he didn't call me pun.
Me : Emm.. nanti i nampak dia i tanya dia.
Boss : OK, keep me updated.
Elok tak lama lepas tu, lalula si Nxx kat depan aku. Biasala dia, suka jalan2 keliling opis..
Me : Nxx, boss ask me to follow up with u, how about the TM repair? Who u assign for that job?
Nxx : I have no idea about this, and i also don't have anybody to do this job. Bla.. bla.. (ckp yang org service suma tengah ada job lain)
Me : You? (maksudnya Nxx la yang buat job tu.. dia bukan slalu banyak keje pun)
Nxx : I cannot, i have big order to settle, million one. HM (org singapore) is chasing me for this.
Aku dah bengang giler masa dia ckp ni. Ingat ko sorang ke ada order besar2?
Aku : Emm.. kalu mcm tu, u cakap ngan desmond la. Yesterday u said u want discuss with him.
Nxx : Ya la, but see.. he's not here today (sambil tunjuk bilik bos aku dengan nada berlagak skali)
Aku : Memangla dia takde hari ni, dia kan meeting. U tak call dia ke?
Nxx : No.. i didn't call him. U ask him to call me lah..
BENGANG GILER AKU DENGAR... DIA BOSS KE, BOSS AKU BOSS????
Aku : Ok (menjawab sambil memalingkan muka)
Arggghhhhhhhhh... nape la org camni pun ada. Konon sibuk tender million2, tp pagi2 aku cari dia, assistant dia kata "Kak, kalu nak cari Nxx, akak cari dia lepas kol 12 la. skarang dia tak masuk lagi..". Hello.. masa tu dah kol 10.30 eh.. please la.. kalu ko busy sangat, apsal masuk lambat? Petang.. bila aku balik, tengok dia dah takde pun. Huh.. busy ke tu? Dahla service ni under dia, pastu bila menda ni masalah, buat2 bodoh, taknak handle. Elleh, kalu pi sana pun, bukan amik masa seminggu pun. Pi check menda tu, tak sampai setengah hari pun. Dia.. kalu menda senang, menda yang baru nak mula, rajin je nak pegi. Sampai org lain yang patut pi, yang memang involve dalam keje tu pun tak pegi sb dia konon wat rajin nak pegi. Ni, bila masalah, pandai plak nak ngelak. Ko tu orang paling lama kat service, patutnya dengan penuh konfiden pegi utk setelkan keje2 yang simple ni. Susah2 sangat kalu tak reti wat apa pun, advise je la customer suruh anto balik meter tu ke factory!!
Lepas cakap ngan aku, dia kuar.. then balik bawak goreng pisang n kopok lekor. Tak penah2.. nak cover ke.. apa ke.. aku pun tak tau.. dah panas sangat hati. Last2, aku yang carikan engineer utk tolong wat service tu. Kalu aku yang buat suma keje ko, baik aku je yang amik gaji ko tuh.
Bosan dah tolong wat keje utk orang.. bosan dah keje ngan orang yang sangat berkira ngan apa yang patut dia buat. Bestnya kalu aku pun bleh wat cenggitu. Malangnya, aku hanyala seorang melayu di company yang kebanyakannya Cina kat atas.
Sesapa yang tak paham, buat bodoh je lah. Aku dah bengang sangat dah ni n nie pun bukan first time jadi menda cenggini. Biar kes ni tulis dlm blog.. buat ingatan.. hahaha..

** Cikin msg kata dia baru bersalin 13 hari! Tak bagitau... 9 bulan ngandung, tak cakap kat member!!! hampeh.. sedangkan selalu je kitorg msg2 n tepon b4 that. Apapun, congrats to cikin. Jaga baby boy baik2 yek.. =)

Monday, May 4, 2009

Ayam goreng & sup ayam

Kisah suatu malam di rumahku.. aku masak nasi ngan sup dan ayam goreng. En suami macam sangat berminat nak makan. Tp.. bila rasa masakanku.. katanya aku nyer ayam goreng tak sama mcm ayam goreng ibu. Nanti balik kampung belajar ngan ibu yek..

Sempena cuti hari pekerja, kitorg balik Batu Pahat. Kebetulan ada kenduri cousin dia skali. Emm.. salah satu tengahari, ibu wat ayam goreng. Rasanya macam ayam goreng kunyit n garam je.. ada sedikit perasa tambahan. Masa ibu masak tu, malas nak tanya lagi.. bila tengah kemas2 makanan, aku pun tanyala..

Aku : Ayam goreng tu, ibu buat camne ye? Ada letak menda lain ke selain kunyit ngan garam?
Ibu : Owh.. itu ibu perap ngan rempah soto, kunyit n garam. Ni rempahnya.
Ibu pun tunjuk kat aku rempah soto tu. Ooooo... MEMANGLA AYAM GORENG AKU TAKKAN SAMA NGAN IBU PUNYA!!!! Mana aku tau pakai rempah soto! Cesss.. abis aku kena gelak ngan Kak Elly ngan ibu kat dapur masa tu.

Seb baik ibu mentua yang baik hati tolong belikan rempah soto tu utk aku bawak balik KL. Ibu kata, banyak lagi masakan lain ibu letakkan rempah soto ni utk memberi perisa n menyedapkan rasa. Tunggula ye En Suami, nanti sy balik KL masak, masakan saya dah ada sikit rasa2 masakan ibu.

Emm.. itula susahnya. Aku org utara, dia plak orang selatan. Mana nak sama rasa masakan. Nak plak kat Batu Pahat ni, banyak makanan yang sedap2. Bila balik BP, kenala selalu meneman ibu kat dapur. Tanya camne dia masak, letak bahan apa, bla.. bla.. bla.. So far, hold dulu resepi Laksa Johor, kita slow2 amik ilmu memasak tu. Dari komen2 sedara mara di BP, laksa johor ibu yang paling best in the world. Aku baru sekali makan laksa johor, yg first time ni jugak yang ibu masak so tak reti la nak banding ngan yang lain. Memang diakui, laksa yang ibu buat sedap. Tp, laksa penang tetap menjadi pujaan hatiku.. =)