Kejap je.. dah nak masuk 4 minggu umur Aiman
Seronok n asyik jaga Aiman, tak sedar masa berlalu
Waa.. dah tak lama lagi nak kena keje balik
Aiman skarang dah ada masa jaga n masa tido
Kalu dia bangun tu, kekadang bleh sampai 3 jam
Bergantung pada orang2 yang angkat n pegang dia
Kekadang plak, dia bangun, minum susu, tido mcm tak lena, bangun balik, minum susu, tido balik.. ulang2 sampai 4-6 kali la jugak
Kalu jadi siang, tak pe, tp bila jadi malam
Arggghhh.. memang aku pun tak larat nak tunggu dia
Pastu, bila dia dah penat berjaga, tido balik dalam 6 jam
Pastu bangun balik..
Aiman kalu nangis.. rasanya orang sebelah rumah pun boleh dengar
Kalu pagi tu, Aiman nangis kat atas, mak yang kat dapur pun naik
Ingatkan Aiman nangis, aku tido tak sedar dia nangis
Sebab dia nangis kuat giler!!!
Mak cakap.. tiap2 malam tido, mesti mimpi Aiman
Agaknya sb tiap2 malam bleh dengar Aiman nangis
Hari ni aku belajar mandikan Aiman
Seb baik dia diam je tak meragam
Praktis sb weekend ni nak balik Bt Pahat untuk aqiqah Aiman
Lagipun, atuk n nenek Aiman dah rindukan Aiman
Mesti diorang terkejut tengok Aiman dah besar n tembam
Peha dari sebesar 2 jari, dah macam drummet
Muka pun dah bulat, dagu berlapis
Kerenah pun dah banyak!
Owh..selepas 3 minggu, akhirnya sakit mata Aiman dah baik!!!
Selepas hampir putus asa guna ubat doktor kasi, aku biar je n bubuh ubat bila2 aku rasa nak
Then dengar petua letak susu badan untuk sakit mata
Aku pun try n Alhamdulillah, sehari pastu, sakit mata Aiman pun dah baik
Dah tak comot dah.. =)
No comments:
Post a Comment