Monday, January 31, 2011

Times Square Theme Park

Ari sabtu lepas, tetiba en suami ajak pi Times Square..
Saja nak bawak Aiman jalan2.. memula ingat nak pi Sunway Lagoon tp Aiman plak macam selsema je.. so tukar lokasi ke Theme Park dalam bangunan..
Ni first time aku datang sini, memang jarang pun pi Times Square, n penah datang dulu, stakat tengok dari luar je..
Aku prefer roller coster kat luar berbanding dari dalam bangunan..
Sebab aku akan rasa mcm lebih gayat n macam termampat ke kat dalam..
Tapi this trip, aku tak main pun, temankan Aiman main je
Kat tingkat atas untuk budak2.. tingkat bawah untuk orang besar
Takde la banyak sangat mainan nyer.. n orang pun tak ramai
Kalu aku mcm masa zaman muda2 dulu.. zaman yang 2-3 bulan sekali naik genting main roller coster, mau berpuluh2 kali aku naik setiap game yang ada kat sini
Skarang dah jadi mak orang ni, urat pun dah banyak putus masa bersalin....
So main setakat temankan Aiman je lah..
Aiman cool je, even naik mainan yang tinggi naik pun, dia tak gayat
Pastu sibuk makan biskut..

Tengok apa kat bawah tu??

Penat, rehat jap makan biskut..

Tak nak dok dalam stroller.. nak jalan sendiri.. Pastu berenti tengok kuda2 yang pusing..

Naik Merry Go Round.. risau aku takut Aiman pening tp dia relex je..

Naik keretapi.. syok Aiman especially masuk dalam gua tetiba gelap. Duduk macam orang besar!

Tengah tengok mainan apa ntah yang naik tinggi.. nampak lampu2 yang menarik minat Aiman. Sambil makan ice cream choc mint..

Ni plak Aiman tengah tengok ayah main top gun...


Siannyer anak ibu ni. Ni nak balik dah pun.. aku singgah beli roti jap. Tengok2 dah tertido..

Comeyyyyyy....

Sunday, January 30, 2011

Tgh malam

Xsuka nyer bila dah tengah malam n then rasa lapar giler
Lagi tensen bila Aiman minum susu xmo lepas2
Malam semalam,lebih kurang sejam b4 subuh baru dia lepas
Kalu x,mesti menangis bila aku tarik
Ni pun,skali skala sambil isap Aiman mcm mengamuk nak marah
Aku rasa sb skang susu dah sikit
Plan nak kasi susu xpdt diteruskan sejak 2x Aiman muntah pas minum susu putih
Rasanya esok nak kena beli jenama lain pulak
Aku suka bf Aiman,tp bila pk bab nak bergantung xmo lepas..
Aku akan sentiasa salahkan diri sendiri
Rasanya org lain pun bf jugak, tp xde la jadi mcm ni kot
Mungkin sb aku terlalu nak senang..
Asal Aiman nangis skit je tgh2 malam,sumbat susu
Mungkin patutnya aku biasakan Aiman dengan tepuk2 sampai dia tido balik
Entahla, susah nak cakap..
Kalu aku xde,ngan en suami or orang lain,bolehje dia tido balik hanya dengan tepuk2
Aura aku kat sebelah kuat agaknya sampai dia tau aku ada, kena kasi susu
Xpela, nanti tanya2, servey2 kat orang lain jugak


Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 28, 2011

Aiman's Dinner

Skarang aku macam dah malas nak masak nasi untuk Aiman malam2

Lagipun Aiman skarang dah makin besar, dah mula nak kenalkan dia ngan menda2 pejal

Petang2 bila aku beli dinner, beli extra untuk Aiman jugak

3 hari lepas makan nasi lemak, sebungkus untuk Aiman makan tp aku kasi bahagian nasi putih je la

2 hari lepas makan nasi ambang, banyak gak nasi ngan ayam yang Aiman makan

Semalam, aku makan nasi lemak lagi kat Ani Sup Utara, untuk Aiman aku tapaukan satu set nasi sup daging seperti di bawah..

Ni adalah set sup daging untuk orang dewasa makan. Aku kuarkan daging ngan sikit sup, blendkan sampai lumat..

So aku gaulkan nasi ngan daging membentuk bebola2 kecik nasi..

Aiman suka.. ni gaya Aiman datang menadah nasi..

Suap sebiji.. sambung main, then datang balik cari aku kat meja makan bila dah abis yang dalam mulut..

Punyala banyak Aiman makan.. sampai nasi tu tinggal 1/4 je lagi!

Aku pulak yang risau takut dia muntah sb banyak sangat makan..

Tapi bila dia dah kenyang, aku suap lagi, dia luahkan balik..

Tu tandanya Aiman tak mau dah la..

Keras perut tanda penuh isi.. malam pun tido dengan nyenyaknyer..

Malam ni menu sup daging lagi kot.. ada separuh lagi daging balance semalam punya...

Thursday, January 27, 2011

Tak terkata..

" why u still didn't get the report?
if u cannot get the report via email, then u should not be here now
u should be flying to factory to get the report!!"

Marah benar bunyinya..
Memang marah pun.. sangat2 la marah..
Tp nak wat camne, saya ni orang picisan je..
So dengar je la orang marah sambil jarakkan sikit gagang tepon tu dari telinga
Saya ni bukan tak suka nak pegi factory
Seronok tau pegi sana.. walaupun perjalanannyer sampai 24 jam dalam kapal terbang
Kalu terpaksa kuarkan duit lebih bawak Aiman Mikhail pun saya sanggup
Sebab bila saya pergi sana, bertimbun2 corelle saya boleh beli
Berhelai2 baju branded untuk Aiman saya nak beli
Masalahnya skarang, kalu saya pergi melangut kat meja orang yang buat report tu pun
Kalu report tu tak siap, saya ada kat sana pun tak siap jugak reportnya
Tak pun, kalu saya kena pegi, nak tunggu approval bagai
Silap2 saya kat airport lagi, tak naik plane lagi..
Sampai dah report melalui email
Kan rugi..... hmmmmm.. jadi... saya memang tak leh nak kata apa..
Saya diam je lah.. kasi can kat awak cakap puas puas ye..
Nanti saya usahakan supaya report tu dapat cepat..

'_____'

Bosanla keje.. Rasa macam xmo buat apa2.. Rasa penat jugak, baru sekali turun naik tangga tp penatnya mcm nak kena rehat sampai petang.. Pregnant kali ni memang banyak mengubah diri aku.. Asyik malas n penat je.. Kekadang tu ada jugak rasa sakit2 skit kat perut. Selalu rasa dahaga sangat tp xleh minum banyak air masak. Kekadang tu minum sikit pun dah bleh buatkan aku muntah.


Kulit pun kering giler.. Kat bahagian tepi hidung side kiri ngan ada satu spot kat pipi.. Memula kulit mengelupas, pastu start naik merah2 n gatal giler. Aku rasa sb pregnant yg jadi gini. Bila xtahan sgt gataln pi klinik doc kasi ubat sapu. Alhamdulillah dah makin kurang, kulit pun cam dah ok, cuma yg kat pipi je ada lagi merahnya.

Aiman dah 2 hari selsema, sian, bernafas pun kekadang tu ikut mulut. Tido malam pun bleh nampak dia xselesa.Nisah kata, kat hospital ada surat pekeliling xkasi budak bawah 2 tahun makan ubat selsema n batuk. Sb bleh sebabkan sesak nafas. Hmmm.. Nak kasi, tak nak kasi Aiman makan?

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 26, 2011

Muntahla pulak..

Semalam kasi susu botol sambil Aiman tido..
Dia bangun terus muntah susu..
Pagi ni aku siapkan setengah botol, bila jaga Aiman tak mo minum..
Then pas kasi makan biskut, pisang n sisa2 nasi bekal makan untuk nanny harini..
Aiman mintak air, aku kasi susu yang dah buat tu tp letak dalam gelas n Aiman minum guna straw..
Seronok tengok dia sedut suma susu sampai habis..
Tapi.......
..................
....................
......................
Tak sampai 5 minit pastu, Aiman muntah!!!
Habis keluar suma susu... biskut... pisang.. n nasi...
Huhuhu... sedihnya..
Kesian kat Aiman, makan macam2 last2 free2 je kuar balik suma..
Lepas tu aku kasi minum air masak pun dia tak nak minum..
Agaknya rasa tak sedap tekak kot lepas muntahkan suma..
Adakah susu putih tu yang tak sesuai dengan Aiman?
Aku buat terlalu cair ke?
Susu jenama yang sama, aku beli yang coklat punya, Aiman minum guna straw, tak penah langsung plak sampai muntah..
Kalu minum susu aku kat nanny dia, pakai straw jugak, tapi takde plak sampai muntah..
Kat mana salahnya ye?
Susu putih dumex ke?
Or sebab Aiman tak biasa lagi minum?
Tengok macam senang sangat dia muntah..
Hmmm.. kena cuba lagi..
Kalu muntah lagi sekali, kena pkkan cara lain pulak..

Mula berusaha

Skarang dah kena mula biasakan Aiman minum susu FM. Mula2 skali ialah kena biasakan Aiman minum dalam botol dulu. Skang kat umah nanny memang pakai straw or cawan je. Kalu pk, bagus jugak at least xde la susah nak stopkan Aiman dari dok gonggong botol bila besar nanti. Tapi skarang, nak cerai susu yang jadi masalah especially bila Aiman tak minum botol..

Malam ni first time aku cuba. Aritu b4 tau pregnant penah gak cuba sekali, punyala Aiman menolak sampai abis tumpah susu basahkan baju dia. Since that, aku dah malas nak cuba lagi, plan nak bf sampai umur 2 tahun. Pastu ckp kat Aiman, Aiman dah besar, xleh bf lagi. Hahaha.. Macam senang je kan tp aku baca beberapa review omputih suma jalan ngan cara ni. Rasanya untuk aku.. Xsemudah tu kot. Tapi tak pela, susah camne pun, kena gak biasakan.

Berbalik pada percubaan pertama malam ni, Aiman tdo awal. Lepas aku siap2 suma, buatkan susu sebotol kecik, then aku pun sumbatla skit kat mulut dia. Mula2 Aiman isap hujung2 puting je, maybe dia ingat aku yg bf kan dia. Lama2 bila dia isap, makin byk susu masuk, terus jaga!! Adoila.. N terus tolak botol. Xlama pastu termuntah pulak suma susu yang dia minum.. Xde la byk pun, aku rasa mcm xluak pun dr kuantiti asal. Huhuhu.. Tetap rasa sayang je susu tu.

Skarang, Aiman dah sepenuhnya jaga.. Riuh mulut dok cakap macam2, tangan tunjuk sana sini. N memang xnak pun minum botol. Yeah, first day kan and even it will take a month or more, I will keep continue trying. Aku pasti, banyak susu yang akan terbuang tiap kali percubaan tidak berjaya tp tetap kena teruskan jua. Untuk kebaikan adik Aiman, aku n jugak Aiman. Supaya Aiman dpt nutrien yang cukup n dapat tido lebih lena malam2 sb xlapar minum susu sikit sgt.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ini. Tabahkanla hatiku, kuatkanla semangatku. Hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Amin..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Saturday, January 22, 2011

Jalan2 Di Pagi Sabtu

Tajuk macam jalan jauh je

Sorryla Aiman, skarang ni ibu xlarat lagi nak bawak Aiman jalan2 taman ke,shopping complex ke..

Rasa macam Aiman jr dah absorb suma tenaga ibu..

Aiman pun absorb gak dengan minum susu ibu..

Maka, Aiman jalan2 pusing kereta kat laman depan rumah mak tok je lah ye..

Budak2 tak leh ajar jalan2 selalu2, nanti asyik nak kuar je..

Hehehe.. (alasan..)
Banyaknyer rumput liar.. meh Aiman cabutkan..
Sini pun ada jugak.. tak cantikla pokok kalu ada rumput liar..
Cak!! Main cak2 di balik tiang pulak..
Ibu.. dah puas pusing.. kita keluar la pulak!!
Orang terakhir masuk rumah.. tak puas lagi tu sebenarnya..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 20, 2011

Telatah Aiman

Cuti sempena Thaipusam..

Skarang aku ngan Aiman dok umah mak sb en suami outstation

Pagi2 dah sibuk Aiman nak kuar..

Ni membantu maktok sidai kain ngan sibuk cek pokok mak tok kat belakang rumah..

Orang last skali masuk.. ni pun gaya macam tak mo masuk lagi

Nak ajak mak tok kuar lagi..

Penat dah main, merengek ngantuk pulak..



Nak mandi... tp dengar pulak lagu tema TV3..

Pusing2 sikit....

Baru jumpa bekas air spongebob besar..

Camne tetiba bleh ada kat bawak..

Dok belek straw..

Yeahhhh... skarang Aiman dah besar..

Dah boleh jatuhkan Power Rangers!!

Aiman penat dah main..

Nak tido pulak tp nape bantal ni tinggi sangat?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 17, 2011

Melangkah ke tahun yang ke 3


Alhamdulillah... dah 2 tahun usia perkahwinan aku n en suami
Macam kejap je kan masa berlalu..
Aniversary yang pertama, dah ada Aiman..
Aniversary yang kedua, adik Aiman plak in process
=)

Ingat nak celebrate balik keje nanti
Tetiba en suami plak dapat email kena outstation arini jugak
Huhuhu... tak syok langsung..
Tak pe la, tunda nanti bila dia balik baru celebrate
Ala... bukan nak celebrate ke mana pun, sekadar nak ajak pegi makan kat MFM..
Dulu zaman bercinta, memang selalu kitorg makan cni

So.. doa aku.. semoga perkahwinan ini kekal abadi
Semoga rumah tangga ini aman dan damai.. bahagia selalu..
Semoga kami tabah menghadapi segala ujian dalam kehidupan
Semoga Aiman n Aiman jr dapat kami didik menjadi anak yang soleh n baik

" For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever, i'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And i ask Allah to bless us too..... "

Sunday, January 16, 2011

Menu hari minggu

Hari ni rajin skit.. Pagi2 tadi anto Aiman pi umah mak then aku ke pasar tani. Last week pegi, n first time beli n kasi Aiman makan buah belimbing. Sedap belimbing dia, manis, kuning n yang penting.. Aiman sangat suka!!

Aku tengok2 ikan, yg jual ikan laut suma cam tak menarik perhatian. Kat gerai ikan darat, ikan gelama ada, tp sepinggan RM10, dlm 8ekor. Macam mahal n lagipun aku xpenah makan pun ikan ni. Takut rasa hanyir plak. Last2 beli ikan lampam.. Actually ikan ni lagila xpenah beli tp sb dia besar, so aku beli sekor, plan nak goreng je.

Bila balik umah mak amik Aiman, baru tau yg rupanya ikan ni biasa orang wat pekasam! Ada banyak gak tulang.. Hmmm.. Ni la orang yang buta ikan, nampak rupa menarik, main beli je. Tapi xpela, aku wat goreng kunyit je. Mak soh goreng garing2.

Tada... Ni lah hasilnya, ikan masih atas kuali. Letak asam keping xmo kasi melekat ikan kat kuali. Alhamdulillah.. cantik ikannya bila dah masak. Xde la melekat2, ilang kepala ke apa.. Rasanya?? Xmakan lagi, tunggu sambahyang dulu. Lagipun baru lepas makan roti goreng kongsi ngan Aiman.

Menu lagi satu, tom yam segera. Pakai perencah maggi je, then letak ayam n udang skit. Malam ni dinner tw kat Saujana Hotel, kat area Ara Damansara. Theme dia Hawaii.. Jangan ada org pakai skirt ngan tempurung kelapa sudah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 14, 2011

Setahun tiga bulan

Yey.. Hari ni Aiman setahun 3 bulan. Mak aih.. Ligat dia bukan main. Berat masih maintain.. Last 2 minggu rasanya timbang kat klinik, 7.2kg. Kalu banding ngan anak orang lain, mmg ringan giler la. Tapi xpe, janji sihat n membesar dengan baik. Bila dah besar ni, ragamnyer pun macam2 .


Senang giler nak nangis!!! Menangis sb xdpt menda, tp nangisnya ala2 kena pukul je.. Sure berjurai2 air mata kuar, abis ingus pun kuar, siap merah idung ngan mata lagi. Pastu, bila kasi je menda yang dia nak tu, serta merta elok. Biasanya lebih kepada dia mintak nak makan apa yang aku makanla. Of coursela suma menda xleh nak kasi dia.. Pastu kalu tukar kasi menda lain, mcm kasi bubur dia, tau tu xsama. Mesti tolak n tunjuk jugak kat makanan aku. Semalam kasi mi, sb sibuk sgt nakkan. Sekali dia rasa pedas kot, menangis2 dia tp mintak lg nak makan. Last aku kasi kek ganti.. Hmm.. Dengan happynyer berenti nangis, makan kek sambil jalan kedek2 ke depan. Abis kek dia datangla mintak la..



Pandai jugak cakap. Kalu kita sebut apa2, rajinla ikut. Adala bunyi sikit. Panggil ayah ada bunyi mcm abah, panggil ibu.. Bunyi mcm abah jugak! Aritu, ajar dia sebut ikut gambar, suma dia sebut bunyi yg lebih kurang. Sampai kat 'umbrella', ada ke boleh bunyi dia sebut 'apecah'. Hahaha.. kelakar giler, tanya banyak kali, 3-4 ari tu, itu jugak bunyi yg kuar dari Aiman. Pastu 2 hari lepas kot, bila sebut lg, Aiman dah pandai. X bunyi mcm dulu dah, dah ada bunyi umbrella dah.. Xsempat nak rakam. Kalu xbleh gelakkan dia bila besar nanti! Pastu, kalu aku or en suami kat atas, mesti dia akan diri panjat pagar kat tangga yg halang dia naik atas tu, pastu jerit kuat2.. 'Abahhhhhh..' Bunyi2 yg seerti ngan panggil ayah or ibu dia lah. Pantang ada orang naik, mesti terjerit2 dia, riuh satu rumah dengar..

Aiman ni macam tau je nak bawak keta camne. Hahaha.. sebab apa tau, kalu aku masuk keta, nak drive n masa tu masuk sekali ngan dia. B4 letak dia sebelah la kan.. kita ni dok cari kunci keta ke.. nak tutup pintu ke.. dia cepat2 amik dua2 belah tangan aku letak kat stering. Dia tau dah, kalu nak bawak keta, tangan kena kat stering. Pastu plak, kalu aku kat sebelah penumpang sambil Aiman kat riba.. mesti dia akan amik tangan aku sebelah, letak atas gear! Oh sayang.. keta ayah auto la, bukan manual yang tangan kena sentiasa kat gear. Kekadang tu aku mcm tak perasan, sambil sembang2 ngan en suami, dia amik letak tangan aku kat gear, aku tarik balik. Pastu dia amik balik.. aku tarik balik.. sebab tak perasan yang dia memang nak aku letak tangan kat situ.. Kalu biarkan dia berdiri kat stering, abis di pusing2 kan stering tu, pastu main high beam ngan air cuci cermin depan. Argghhh.. ni memang anak ayah yang suka keta...

Bila dah besar skang ni, dia pun mcm dah paham banyak menda. Senang nak kasi arahan. Macam suruh tunggu kejap ke.. amikkan remote ke.. ikut pegi depan ke.. tp kalu dia nak wat sesuatu n kita cakap jangan.. peduli dia.. hahaha.. contoh macam dia nak masuk bilik air.. jenuh panggil n umpan ngan mcm2.. alkisahnya ibu Aiman ni malas nak bangun pi angkat dia. Relex je dia masuk jugak bilik air nak pi main air or ketuk2 baldi.

Pasni.. insyaAllah Aiman akan dapat adik!!!! Baru je cek awal minggu baru ni. Aku pun dah start muntah2 n pening2. Risau gak sb b4 ni aku operate, sepatutnya 18 bulan baru pregnant balik. Tapi tak pe la, anak ni kan rezeki. My mil pun kasi semangat cakap between en suami n kakak dia pun selang setahun, then bedah gak masa lahir. Kira aku ni dlm setahun lebih baru mengandung balik. Pastu risau jugak pk Aiman yang still bf n aku yang tak tau camne nak stop bf. Tengokla.. nak kena tanya pakar dulu, kot aku boleh proceed ngan bf sambil pregnant, tp cari supplement yang bagus2 skit supaya tak penat. Skarang ni nak pk lebih2 pun rasa penat!

Klah.. for Aiman.. membesar dengan baik ye sayang.. untuk Aiman jr.. pun membesar baik2 kat dalam tu ye.. cukup2 la buat ibu pening n muntah2...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 12, 2011

Persatuan Nasi Lemak Kota Damansara

Pagi ni beli nasi lemak
Dah lama tak beli nasi lemak kat area Kota Damansara
Biasa kalu beli pun, kat Ani Sup Utara
Nasi lemak yang dah siap bungkus, RM1 je satu
Kalu nak nasi lemak wat breakfast kat opis, selalunya beli kat area opis
Ada satu kedai, nasi lemak dia best sebab even harga sedikit mahal, tp kita boleh letak sebanyak mana pun nasi, ikan bilis yang kita nak
Kalu nasi lemak biasa, RM2 dia jual
Berbalik kepada topik asal... pagi ni beli nasi lemak
Kat area umah lama aku dulu, kat seksyen 7 kota damansara
Aku biasa beli ngan abang nieh, dia pun memang kalu aku lalu ngan keta pagi2 even tak singgah, dia angkat tangan
Katanya... 'persatuan nasi lemak kota damansara dah naikkan harga nasi lemak biasa dari RM1.20 ke RM1.50'
Sebab minyak naik................... suma menda nak naik..........................
Geramnyer rasa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dahla naik sampai 30sen... naik seposen tak leh ke????????????????????????
Ni nak salahkan sapa?
Penjual nasi lemak tu pun nak hidup jugak, so mungkin betulla dia wat naikkan harga
Lupa plak tanya harga kuih, agaknya skang pun dah naik jadi 50sen sebiji
Inilah kerajaan yang rakyat didahulukan...
Sebenarnya poket diorg yang didahulukan dulu...
Huh....

Monday, January 10, 2011

se-pen-der

Lunch arini pegi jalan2 OU
Bukan jalan2 pun sebenarnya, sebab pergi ada tujuan
Setel tujuan, tapau lunch kat food court, then balik opis
Tujuan nyer, aku nak cari spender, peah plak nak cari sandal baru
So masuk OU, kitorg berpecah
Aku cari2 spender yang biasa beli tu, tapi takde
Then tanyala sales girl kat situ, kasi description spender yang aku nak
Dia cakap "owh... yang cotton tu eh.. jap ye kak.."
Pas tu kat situ ada jugak sorang makcik ni cari spender..
Masa sales girl lalu kat tepi dia nak pi cari spender yg aku mintak, makcik tu tanya..
'Dik, spender yang macam ni ada tak?'
Mak cik tu selak seluar dia, tunjuk spender dia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hahahahahaha... aku dah nak tergelak tapi cover lagi
Sales girl tu tengok then cakap, "jenis yang ni tak jual dah kak"
'La.. ye ke, kalu tau aritu beli banyak2'
Hehehe.. kelakar la makcik. Dahla ada sorang mamat ni tengah tunggu gf dia pilih spender jugak kat tepi tu
Even takde la dekat sangat, tp ntah2 dia dok perati je..
Rupanya spender yang aku nak tu diorg tak kuarkan lagi stoknyer
Ada bawah meja tp dah siap bungkus n tag harga suma
Teringatkan kata2 makcik tu.. terus amik 3 set terus..
Yeah... setahun lagi baru beli pulak........

Saturday, January 8, 2011

Hey Cousin!!

It's Aiman n Aqilah again!!
Lebih kurang sebulan gakla xjumpa
Aqilah dah pandai diri, panjat2 orang
Tapi still hanya untuk dipandang.. Bukan untuk dipegang
Cak cak ngan dia pun boleh, sure dapat balasan senyuman yang menawan
Tinggi Aiman lebih skit dari Aqilah, tp rasanya berat dah hampir sama
Aiman pantang dekat, asyik nak tarik rambut je
Banyak kali jugakla terlepas n hasilnya Aqilah nangis!
Aqilah pun dekat je ngan Aiman, nak mencakar
Next time jumpa lagi, Aqilah bleh jalan eh
Bleh main lari2 sepahkan umah mak tok ngan Aiman..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 7, 2011

Kadang-kadang

Kadang2 rasa malas sangat nak lipat kain yang menimbun..
Walaupun dah seminggu asyik basuh tp xberlipat lagi..
Tapi malasnyer nak buat lagi..

Kadang2 tengok banyak ramput bersepah2 atas lantai..
Bukan susahpun amikje vacuum, vacuum satu umah..
Tapi malasnyer nak buat lagi..

Kadang2 tengok bilik bersepah..
Asyik tunda2 je nak kemas..
Sedangkan amik je suma masuk dlm almari, dah tak nampak sema..
Tapi malas nak wat lagi..

Kadang2 dok termenung depan pc mcm xtau nak wat apa..
Yang sebenarnya ada banyak keje yang nak kena submit..
Tapi malas nak wat lagi..

Kadang2 kemalasan melanda..
Rasa macam xnak wat apa2..
Nak baring depan tv..
Relexkan tangan kaki xperlu nak gerak pi mana2 kejar Aiman..

Tapi bila kerajinan melanda..
Suma menda yang malas nak buat tu, dalam masa yang singkat pun bleh disiapkan..
Cuma nak tunggu rajin tu datang..
Rasanya banyak lagi masa malas datang dari masa rajin..
Skarang adalah waktu malas nak wat apa2..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 5, 2011

Aiman dulu dulu


Saja je korek2 My Picture kat laptop nieh..
Gambar Aiman masa kecik..

UK NATIONAL LOTTERY AWARDS©

Korang biasa tak dapat email spam cenggini? Kekadang email yahoo.. kekadang email opis pun dia anto..
Apa untungnya diorg anto email ni kat org? Konon kata kita dapat duit loteri, value puluh2 ribu plak tu, siap dalam Pound lagi..
Menyemakkan inbox je.. satu keje je nak mendelete (bukanla susah sangat tp bila dah menyemak tu kan, menda yang senang pun boleh diperbesar2kan)
Tu tak kira msg2 yg dihantar oleh orang2 yang konon kata kita menang something, pastu suruh kita call certain no
Tu memang kes nak telan kredit phone kita
Rasanya aku penah dapat beberapa kali dulu.. then pastu cam geram sangat, aku reply kat no orang yang anto kat aku tu
Aku cakap... "TAK MALU KE GUNA KREDIT ORANG UNTUK DIRI SENDIRI, BAIK TAK YAH PAKAI TEPON KALU TAKDE DUIT!!"
Memang orang tu takkan balas pun kan..
Tapi at least, kalu dia ada hati, mesti terasa gak..
Hua hua hua...

** seronoknyer meeting cancel sebab bos tak balik2 lagi.. terus jadi cam lost tak tau nak wat apa!

Tuesday, January 4, 2011

Testing.. testing..

Hmmm.. saja je testing post entri via email..

Nak tengok kuar apa..

Hehehe…

Sangat malas bekerja tp masih slow2 membuat kerja

Tengah mencari2 info camne nak stop bf

Huhuhu.. mcm sedih je bila baca kisah orang2 yang terpaksa berdepan ngan anak yang menangis2 bila kita takmo kasi bf

Tp.. macam kes aku skarang, Aiman pun dah besar
Pastu plak, tak mo langsung minum susu thru botol

Kalu guna cawan pun, mau 2-3 teguk guna straw je, pastu dah tak mau

Kalu aku tak latih dia dari sekarang, nanti lagi besar, lagi susah nak stop

Bila sembang2 ngan kawan2.. rupanya ada yang buat, even bf, tp bila nak tido tu.. after baby dah lena skit, kasi minum dengan botol pulak

So baby akan biasa memula bf.. pastu minum ngan botol

Aku kena slow2 latih Aiman untuk minum botol

Kalu tak, silap2 sampai besar nak bergantung lagi

Even aku rasa susu aku dah tak banyak, n Aiman sendiri pun selalu gak masa menyusu tu ngamuk2 (aku agak sb susu tak kuar banyak)

Tapi Aiman tetap sabar je bf ngan aku…

Bila pk Aiman yang still sabar bf even susu sikit.. buat aku lagi rasa cam sayangnyer nak stop

Semalam.. punyala tak nak lepas aku bf kan dia.. temankan dia bf sampai tido pun amik masa sampai sejam setengah

Agaknya.. ibu2 lain yang bf sampai baby tido.. ada tak agaknya lama mcm ni

Asal aku tarik je, sure dia akan tersedar n ngamuk2

Aku pk2 balik.. sejam setengah? Huhuhu.. lama tuh.. siap dah boleh kemas rumah

Bak kata dla.. inilah pengorbanan ibu yang bf

Aku gembira bf Aiman.. tp rasanya suma benda akan ada penghujungnya kan

Nak plak yang stok susu aku dah habis, Aiman pulak tak mo minum susu sangat masa ngan nanny..

Susu badan ataupun susu formula, suma dia tak mo minum

Aku kalu boleh takmo la Aiman kekurangan zat2 vitamin n mineral yang ada dalam susu

Rasanya aku dah kena mulakan membiasakan Aiman tido without bf

Even aku akan rasa sedihhhh sangat….

Pk pasal ni pun dah buat aku sedih.. camne nak tengok Aiman nangis without minum susu aku?

Hmmmmmm….. tabahkanlah hati ku……

 

 

Monday, January 3, 2011

Berita terburuk buat susuku.. huhuhu..

Sedih.. bila balik je rumah semalam
Tak de letrik.. bukan sebab satu kawasan takde letrik tp sb trip
Agaknya 2-3 hari lepas ada hujan lebat kot
Yang sedihnya adalah habis suma susu2 Aiman yang disimpan selama ni
Dahla balik kampung since jumaat lagi
Semalam dah ahad.. kalu jadi ari sabtu pun, sure dah xceed 24 hours..
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Semalam sampai takleh tido memikirkan kesedihan susu yang dah cair
Banyak plak tu
So skarang, deep freezer aku pun dah tak berguna lagi
Even skang Aiman tak minum banyak.. tak minum sangat susu..
Aku pun tak pam banyak.. setakat sekali je sehari n hasil pun dapat dalam 2-2.5 oz je..
Arggghhhhh.. sedih.. kusut..
Dah try kasi susu biasa kat Aiman tp dia tak nak
Kasi susu yang coklat pun dia tak nak jugak..
Tak sukanya... tak sukanya...

Sunday, January 2, 2011

Haaaa chuuuummmm

Start ngan Aiman, minggu lepas yang mula kurang nak makan
Apatah lagi makanan yg dilenyak, 3-4 suap je
Kalu yg dikisar, bykla jugak tp tetap sgt sikit banding ngan biasa
Then mula mengalir2 air hingus
Sampaikan bila nak minum susu pun mengamuk2 sb susah nak bernafas
Kasi dia makan ubat selsema masa sakit b4 nieh
Seb baik xdemam
Aku rasa puncanya bilik sejuk, even kipas dah no 1
Letak selimut or tutup kipas, sure Aiman akan tersedar n ngamuk2
Buka balik, okje tidonya
Skarang.. Batuk pulak
Haila susahnya hati nak tido bila dengar si buah hati asyik terbatuk2
Sapu vicks baby skit, kurangla sikit tp masih ada
Xsukanya la bila cuti am berderet2 panjangnya
Klinik kanak2 pun suma tutup
Arini plak half day, xsempat nak sampai kl dr bt pahat b4 kol 1
Akupun, sejak pagi smalam dah start sakit tekak, selsema n bersin setiap 15 saat
Adoila, segan ngan org keliling yg xde cara nak lari dr takut berjangkit ngan aku tp terpaksa gak dok dekat2
Semoga cepat2 la sakit Aiman baik... N sakit aku jugak..
Amin..