Friday, January 27, 2012

Suatu ketika..

Last week berkampung seminggu la jugak kat rumah mak sebab en suami pegi outstation. Mak suruh aku tengok kotak barang2 lama aku yang dulu2 punya.. sort kan apa yang tak nak.. apa yang nak.. apa yang nak buang and apa yang nak kasi orang. Aku memang takut kalu bab kotak2 lama ni.. sebab kalu tak tahu, tak kisah or tak perlu pun barang2 tu (terutamanya baju). Tapi bila dah tengok tu, mulala rasa sayang la, nak pakai la.. pastu bila amik, bukan pakai pun. Tapi sebab kotak ni suma berisi barang2 yang aku simpan dari belajar skolah sampai matrix sampai u.. segala hadiah2 orang kasi, gambar2 yang biasa aku letak kat meja masa kat hostel.. barang2 souvenir.. so terpaksala review kotak and sort apa yang tak nak.. apa yang nak..

Maka terjumpala gambar2 and barang2 seperti di bawah.. owh.. memang mengimbau kenangan..



Sapa je yang lahir sezaman ngan aku takde name kad gini? Kalu tak jadi agen pun.. sure akan jadi pembeli dari kawan2 yang jual. Pastu macam2 gambo ada.. Garfield, Flashman, Ultraman.. banyakla.. yang kat bawah ni pulak name kad aku. Lekat kat depan buku autograph sekolah rendah..



Hihihihi... ish.. rasa macam nak gelak je bila bukak buku autograph lama aku. Siap ada kawan baik tu.. hahahaha... pastu ada 'yang benar'. Cantik jugak sign yang aku reka masa kecik2 dulu..



Ni plak gambar masa kat SMSPP. Geng study bilik haram. Masa tu banyak kelas kosong.. so kitorg pun antara yang menggunakan balik2 kosong utk study. Bilik Haram tak penting.. yang penting Study!


Ni plak kawan2 masa kat KMPP Sem 1. Sebenarnya.. aku dah lost kontek ngan suma diorg ni. Kat FB ke.. friendster ke.. suma xde friend ngan diorg. Tinggal gambo ni je la kenangan. Yang dok kat bawah tu, Bayam. Suma orang kata rupa dia sama ngan aku.. siap penah orang panggil aku Bayam sebab ingat aku tu dia. Last2 kitorg cakap je kat sesapa yang tanya.. kitorg ni kembar. Hahaha.. sebab kitorg antara yang paling lambat sampai ke kuliah.. kitorg juga digelar "Perempuan Melayu Terakhir"! owh.. miss that old days.. and miss them too.. Harap2 suma berjaya n berbahagia dalam hidup..

** masa ni tak bukak braces lagi.. so aku digelar GIBE = Gigi Besi



Ni plak.. geng2 KMPP sem 2 & 3. Sebab diorg letakkan sekali bilik ikut kelas, so kitorg menjadi sangat rapat. Yang ni still in touch.. even takde la selalu call or msg.. tp bolehla ikuti perkembangan thru FB. Kenangan paling best masa ni ialah main RISK sampai suma orang tak pegi kelas. Pastu budak laki call tanya mana kitorg?



Ni gambar roommate masa first year kat UM. K Yat and Ida. Ida ni memang member sekelas kat SHAMS lagi.. Masa daftar kat 4th college, boleh plak terjumpa kat pintu masuk floor. Pastu secara haram Ida pindah masuk bilik aku n K Yat, tukar ngan budak cina. Sebab k yat super duper senior, kitorg pun ditarik bersama ke dunia projek2 kolej yang membolehkan kitorg stay kat 4th sampaila final year..


Ni plak buddies dari SMSPP yang sama2 study kat UM. Ida, Nurul n Zue.. masa ni pi visit Salwa yang baru balik bercuti or nak pergi sambung study kat Ireland. Manala si Salwa ni skarang.. lama tak kontek. Seb baik k milin (officemate) ni sedara Salwa.. at least kalu nak cari tu.. masih boleh kontek la..


Sangat2 merindui kawan2 dulu.. memang bagus jugak ada FB ni. Even tak de la selalu sembang2, tapi dapat jugak la tengok perkembangan kawan2.

Tuesday, January 17, 2012

Fish Aiman

Suka sangat nak tengok fish dalam kolam rumah tok wan. Hari2 sebelum balik, mesti nak kena jengok dalam kolam dulu. Last week ada 2 ekor, tengok minggu ni, tinggal sekor. Kata tok wan, sekor dah mati. Yang tinggal ni plak suka menyorok bawah batu. Mungkin xde kawan nak main kejar2 kot. Sempena pasar malam arini, aku belila 2 ekor ikan kap kecik. Saja pilih kaler oren, nampak jelas sikit. Suruh Aiman pegang plastik ikan, geli geleman jugak dia. Hehe.. Tp excitedla bila dah tengok ikan berenang2 kat dalam kolam. So lepas ni, alasan paling baik nak ajak Aiman pi rumah tokwan pagi2 ialah.. Jom tengok ikan Aiman!

**nama xingat pun nak kasi. Xpe la, bukan boleh cam yg mana satu pun. Nampak sama je 2-2

Happy 3rd Anniversary!!

Kejap je 3 tahun masa berlalu.. 3 tahun yang lalu.. dikala saat ini, dah habis dah kenduri, tengah amik gambo kat taman rasanya. Alhamdulillah... Allah panjangkan usia kami.. usia perkahwinan kami.. Masih aman bahagia rukun dan damai.. Takde la nak kata takde perang2.. kecik hati.. gaduh2.. suma tu asam garam.. memberi kami ruang untuk lebih memahami n mengenali hati budi masing2..

Anak dah 2.. So skarang cabaran yang lebih besar. Pastinya hari2 yang mendatang akan lebih ceria ngan telatah putera puteri comel n bijak nieh.. Doaku.. moga perkahwinan ini akan berkekalan, tak de ribut taufan, mintak dijauhkan perosak2 dan segala perkara buruk. Moga kami akan lebih bahagia, dapat mendidik anak2 menjadi khalifah di muka bumi Allah.. Amin..

Sunday, January 15, 2012

Janganla tiru yg nie.. Huhu..

Sapa boleh teka apa yg Aiman buat dalam gambar nie?
Semalam masa aku tengah tgk tv n Aiman plak dok main + punggah semua mainan dia, tetiba dia datang kat aku, duduk depan aku, pastu selak baju. Then cakap 'Aiman nak pam..'. Pastu Aiman amik 2 building block dia letak kat dada then buat bunyi PHUTTT.. PHUTTT..

Waaaaaaa Aiman.. Kot ye pun awak suka tengok n tiru macam2 benda yg org lain buat, perlu ke tiru ibu pam susu? Huhuhu.. Pastu sibuk kasi block tu kat aku nak soh aku pam pulak. Nak gelak pon ada tapi lebih kepada terkejut la. Then aku explain kata pam susu utk org pompuan je, laki xpayah. Malu... Pastu dia xmain dah, tp xtaula lepas ni buat lg ke x. Hoefully xde dah la. Janganla kot nanti depan2 org dok buat demo cenggini... Hu hu hu..

Tuesday, January 10, 2012

Outstation

En suami outstation ke Miri. 2 hari di darat.. banyak hari di platform.. kemudian di darat semula mungkin sehari dua.. kemudian baru balik kl. Maka kami anak beranak berpindahla balik kampung di seksyen 7 kota damansara.. Pagi semalam, masa en suami nak keluar pi airport (Naim hantar), en suami dah ajar Aiman.. "ayah outstation".. pandai dah Aiman guna perkataan outstation yang disebut 'outtaten'..

Balik keje semalam, sampai rumah mak nampak keta en suami yang parking kat rumah mak. Terus Aiman cakap 'Ayah datang.. ayah tak outstation'. Dia ingat ayah ada.. pastu cari2 dalam rumah.. tukar balik 'Ayah outstaton'.

Dari rumah mak, pusing dulu pergi beli karipap n apam, baru hantar rumah tok wan. Tu pun ada request dari Aiman nak rumah mak tok. Seb baik mood ok, tak nangis dah. Kasi alasan mak tok nak pi jalan.. Aiman pi tengok fish ngan main basikal kat rumah tok wan ye.. so diam je la Aiman. Pada aku.. diam Aiman tanda setuju.. hahahahahaa...

Aiman terpegun.. ala2 dalam hati masih tak setuju rumah tok wan. Pastu nampak basikal.. laju je masuk dalam rumah.


Amni tido.. dah bangun kol 7 tadi minum susu n main2 n praktis meniarap..

Monday, January 9, 2012

Jom pegi mandi..

Sejak pegi family day kat Gambang haritu, almost every weekend, kalu ajak dia mandi n cakap nak keluar, mesti Aiman sebut.. 'nak mandi kolam' tak pun 'nak mandi laut'. Aiman ni jenis yang senang selsema kalu main air lama2.. tp macam kesian la pulak every weekend mintak so bersempena Aqilah balik kampung weekend baru ni, so kitorg pun arrange pi mandi kolam kat rumah nisah. Punya la seronok 2-2..

Kolam renang kanak2 dia besar, and orang pun tak ramai. So seronokla main tak berebut2 and takde la budak2 ni asyik kena percik air dari budak besar yang jenis suka melompat ke dalam kolam.


Pinjam bola Nuha n Furqan. Memula sibuk main nak tenggelamkan bola.. lama2 sibuk pulak nak balik bola ke kolam orang besar sebelah tu..


Aqilah suka main air dengan cara mencurahkan air ke muka sendiri. Sampai merah2 mata ngan hidung..



Perang air!!! Seronok betul.. Aiman punyala suka tepuk2 air sampaikan 3x masuk dalam air. Memang kena ikut je dia.. bila masuk air je, cepat2 angkat naik. Relex je dia main air balik pas tu.. Ish.. memang hantu air betul...


Hihi.. Aqilah ala2 menyerang Aiman dari belakang. Tapi Aiman sebenarnya tengok target satu bola yang dah ke tempat lain. Dalam proses mengejar bola yang terlepas..


Bolehla datang lagi.. nanti bila Nuha n Furqan dah besar n boleh mandi pool, mesti lagi seronok. Tapi Aiman ni takleh la nak bawak everyweek.. mungkin sebulan sekali bolehla. Everytime Aqilah balik kampung.. baru ada geng nak main. Kang asyik selsema je tak baik2..

Family update

Berkumpul ramai2 kat rumah mak masa Zaid balik last month.. Baru 5 orang pun dah payah nak amik gambo suruh suma tengok kamera (mcm diorg paham yg kita nak amik gambo)..
Amni tak leh meniarap apatah lagi menyulur. Tapi.. biar lama2 sure ntah ke mana2 sampainya. Sebelum atas tilam.. selepas....... mujur x sampai atas lantai lagi..



Percubaan untuk meniarap. Masa ni baru nak mula praktis pusing. Skang dah boleh meniarap dah.. pantang tinggal.. pusing balik tengok sure kepala dah naik mcm kura-kura.. hehe..


Tada!!!


Masa tido je boleh dekat2.. kalu masa lain, abisla rambut kena tarik. Ni pun kena jaga2, kadang2 Aiman pun tido pusing2.. silap2 boleh terpenyek Amni..


Hai.. tembamkan pipi saya.. sy suka hisap jari lebih dari minum susu ibu..


Gembiranya la naik moto.. gambar kat Alamanda



Sayaaaaannnngggg Amni...


Aqilah pun sayaaaannnnnggggg Amni..

Jalan2 KLCC with Feyruz, Aiman's 2nd cousin

Ni first visit Feyruz (dua pupu Aiman) ke Malaysia.. Aiman biasala.. memang kedekut pun. Barang sendiri tak mo kongsi, barang orang pun sibuk buat macam barang sendiri. Tapi Feyruz cool.. relex je main2 ngan Aiman n beralah. Sorry la Feyruz eh..


So aku sempat spend 1 day jalan2 ngan Amin, Aisyah, Hamzah with Feyruz ke KLCC. Sementara tunggu diorg, aku masuk opis jap bawak Aiman. Memula malu2.. pastu lama2 relex je lari2 kat opis. Dahla bos besar ada pulak tu.. huhu..


Orang US dok pulun makan KFC sampai puas. 2x pegi beli makanan.. hehehe.. Pegi KLCC takde jalan mana2 pun.. pi makan kat KFC je.. pastu pegi Kinokuniya ngan kedai tudung. Saja diorg nak merasa naik LRT ke klcc.


Kek span dari kedai Durian Durian. Suma makanan kat sini based on durian. Sedap jugak kek span durian. Aiman kata donut...


Gerak balik dalam kol 5, seb baik tak stuck dalam jem. Tak sempat ke mana.. dah tertido dah Aiman. Penat + seronok jalan jalan..