Monday, December 21, 2009

Se-pek

Mata memang penting untuk suma orang.. tp pada aku, bukan mata je yang penting, cermin mata @ spek pun sama penting ngan mata.
Diimbas kembali sejarah masa mula2 aku pakai spek, masa tu aku darjah 4. Aku memang tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam kalu dari tempat duduk aku. Kalu cikgu suruh salin apa2 yang kat papan hitam, mesti aku akan salin dari kawan kat sebelah aku. Ada skali tu, suma orang kena berdiri n boleh duduk bila jawab soalan yang cikgu tulis kat depan. Kira sapa nak jawab angkat tangan, then bila betul, baru boleh duduk. Sebab aku tak nampak, aku sorang je yang berdiri sampai abis kelas sb tak jawab satu soalan pun yang cikgu tulis kat depan. Setahun lebih aku bertahan belajar tak nampak apa cikgu tulis kat depan and bergantung sepenuhnya pada kawan sebelah. Aku pun tak berani nak cakap kat mak or ayah yang aku tak nampak.
Bila aku darjah 5, ada sorang member bagitau yang kalu tak nampak.. lama2 akan jadi buta. Terus balik skolah petang tu, aku nangis2 kat mak bagitau yang aku tak nampak and tak nak jadi buta. Hahaha.. kelakar bila ingat balik. Masa tu aku tak tau pun yang kalu tak nampak, boleh pakai spek. Petangnya, terus ayah bawak aku pi buat spek. Banyak jugak power aku masa tu, 250! Fesyen masa tu, spek besar. Malu bila tengok gambar2 masa kecik dulu.
Aku memang tak suka kalu tak nampak. Sampaikan masa mandi pun aku tak bukak spek. Aku jarang melibatkan diri dengan aktiviti2 fizikal masa skolah dulu macam bola jaring or apa2 sebab aku takut nanti kena spek aku. Penah skali tu, pi kem apa ntah, tetiba spek aku terjatuh n pecah! Huhuhu..terus rasa macam buta. Esoknya.. aku mintak jugak organizer program tu bawak aku pi buat spek baru.
Masa bersalin aritu pun, awal2 lagi dah tau tak leh pakai contact lense bila bersalin so aku pegi hospital pakai spek. Then bila diorg tengah siap2kan aku untuk operation, diorg pun kasi spek aku kat en suami suruh pegang. Pastu.. bleh plak diorg datang kasi document suruh aku sain. Aku pun cakapla.. Saya tak nampak.. Then diorg pun tunjuk la nak sain kat mana. Pastu, diorg tulis nama aku atas tag yang nak letak kat tangan. Diorg tunjuk kat aku mintak aku pastikan diorg tulis information yang betul kat tag tu. Sekali lagi aku cakap.. Saya tak nampak.. Hahaha.. diorg pun tunjukkan tag tu dekat betul ngan muka aku. Pastu.. masa kat operation room, diorg tunjuk document yang aku sain awal2 tadi.. nak suruh aku confirmkan yang tu sign aku.. aku pun apa lagi.. cakapla Saya tak nampak! Macam tadi, diog pun cakap.. owh lupa, awak pakai spek. Terus letak kertas tu dekat ngan mata aku. Adula.. kesian kat diri sendiri. Tapi kemuncaknya... masa dia nak tunjuk jantina Aiman kat aku. Dia suruh sahkan yang Aiman baby boy ke girl tp takla dia letak Aiman dekat betul ngan aku. Untuk kesekian kalinya hari tu.. aku cakap lagi.. Saya tak nampak!!!!!! Hahahahaha... nurse tu bawakla Aiman betul2 dekat aku supaya nampak jelas burungnya. Hahahaha....
Itula antara kisah2 aku ngan spek. Kenapa tetiba entri ni ditulis? CERMIN SPEK AKU PECAH SEMALAM!!!! Tensen giler.. Aku biasa letak spek tepi bantal sb senang kalu malam2 Aiman bangun nak susu, senang aku nak kasi susu n pam. Nampak terang sikit. Pagi tadi, masa pusing nak bangun angkat Aiman, aku terpenyek spek aku n cerminnya retak menegak! Huhuhu... seb baik bingkai tak pecah. Dahla skarang ni BP, spek spare kat umah. Makanya.. sampai malam la aku pakai contact lense............

1 comment:

sayahappyslalu said...

tension bila spek patah.. pandangan kabur dan tak puas.. tapi, syukur masih dapat melihat walaupun rabun.. :)