Friday, July 23, 2010

Sengal

Sengalnyer rasa..
Buhsan giler..
Malas sangat..
Lemau jugak..
Adoila.. dah half day pun arini
Pagi tadi tengok Aiman berhingus
Banyak plak tu..
Terus bawak pi klinik.. kang lambat2 melarat plak ke demamla, batukla..
Pastu melepak kat umah Aiman.. layan dia meronda satu rumah mak tok dia
Skarang.. aku di opis.. ada keje.. tp sangat malas..
Malas giler2 tahap gaban..
Tengah2 tahun ni.. macam tak de apa2 yang dapat memotivasikan diri
Agaknya.. kalu bonus dapat setahun 2x.. syok kot
Hehehe... nak wat camne ni..
Bleh tak tak nak keje?
Emmm.. tak boleh.. sebab nanti takde duit..
So, baik berenti merapu kat blog ni.. dah mula wat keje..
Sengalnyerrrrrrrrrrrr....

Monday, July 19, 2010

Good bye 5oz

Susu semakin susut
Even dari dulu lagi, aku jarang dapat pam banyak pun
Tapi penah dalam sebulan yang lepas
Pam kat opis waktu pagi, boleh dapat sampai 5oz total
Then petang tu.. macam biasala, 3oz, 4oz
Tapi jarangla lebih dari 4oz
Skarang.. dah makin kurang
Kalu nasib baik, baru dapat 4oz
Itu pun.. kalu pagi dapat 4 oz, petang takde nyer akan dapat 4oz jugak
Mesti dapat 3 oz je.. or kekadang tu nasib tak baik, dapat stakat 2 oz je
Hmmm.. nak wat camne..
Kita usahakan je la pam lagi
Sampaila stok kat umah tu dah habis..
Maka, kita pakai pulakla fm yang iklan macam2 kat tv tuh

Sunday, July 18, 2010

Sayangilah anak itu..

Tengok berita kol 8 mlm tadi
Kisah janin baby dibuang di tepi jalan
Usia 4 bulan.. bayi perempuan
Janin yang dipaksa gugurkan
Sedih tengok.. even kat tv gelapkan janin tu
Tapi nampakla polis angkat, sebesar telapak tangan
Sayunyer...
Sampai hati buat camtu
Ingatla.. ramai lagi orang kat luar sana yang nak sangat anak tp belum ada rezeki
Ni.. dapat anak (even bukan cara yang betul).. buang2
Inilah dunia.. masyarakat yang makin jahil
Yang menunjukkan dekatnya kiamat dengan kita
Risau bila memikirkan remaja zaman sekarang
Yang makin rosak akhlaknya.. yang makin lupa agamanya..
Semoga kita suma sentiasa di jalan yang diredhaiNya
Begitu juga anak2 yang akan kita besarkan..
Amin...

Thursday, July 15, 2010

9 bulan..

Kejap je rasanya.. dah 9 bulan..
Tunggang tebalik.. kejar mengejar.. dari baring je.. sampai serata rumah dah dipusingnye..
This is my cute little boy...
Dah pandai merangkak.. memanjat.. duduk pun pandai
Dah pandai datang bila aku panggil..
Dah pandai berenti main n mencari tv bila dengar iklan2 tv yang best..
Dah pandai jugak nak bermanja..
Dipendekkan citer.. kita cerita ikut gambar je lah yek..

Kat kaki meja tu.. ada satu tali mop tersangkut dan Aiman sibuk nak korek tali tue..
Sedapnyer hand bag ibu.. sebenarnya, jangan kata tali handbag.. apa2 saja, suma nak masuk mulut.. Stering, gear knob keta, baju yang kita nak lipat ni.. pun dia isap..

Makan biskut.. yum..yum... tp bahaya, sebab bila dah makin pendek, satu ketul biskut Aiman masukkan dalam mulut. So bila tengok dah kecil ketulan biskutnya.. ibu punya turn plak makan biskut Aiman.. hehehe... masa makan, bolehla duk diam dalam ni. Kalu aku suap.. bila dia dah nak kenyang tu, mulala pusing2 dan akhirnya terkeluar dari bumbo seat.

Owh.. kepenatan Aiman di dalam keta. Last week balik kampung.. sampai angkat tangan. Suka gak tido dalam keta.. pastu bila sampai umah, berjaga sampai lewat malam.. Adussss.. aku jugak yang tersiksa menahan ngantuk..

Kalu ngantuk sangat.. biar apa pun yang melanda, mesti tido nyenyak giler. Ni aku kejutkan dia.. pastu bangun kejap. Pusing.. landing atas kaki ayah dia. Alahai Aiman... tak sakit tengkuk ke? Makin buas Aiman tido skarang.. tak sampai pusing 180 darjah lagi.. agaknya sebab bila sampai 90 darjah, kaki sangkut kat aku. Tapi golek2 kiri n kanan tu.. biasa...

Bila dah pandai merangkak ni.. payah sungguh nak kasi pakai pampers. Mesti Aiman tak nak baring. Kekadang tu sambil dia merangkak.. aku pakaikan. Tapi... Aiman sangat suka kat pampers dia. Aku selalu kasi dia main satu (main = isap / gigit). Ni gambar persediaan nak mandi. Aku letak pampers jap, then pi siapkan air mandi. Dia dah makan pampers sambil merangkak2.
Geram tengok Aiman.. senang je senyum even susah nak gelak. Kena ada menda yang betul2 buat dia geli baru gelak beriya. Kalu tak.. setakat senyum je lah. Inilah yang orang katakan, anak ni penyejuk hati..
Biarla susah nak kena berjaga malam tunggu Aiman.. kelam kabut masakkan bubur untuk Aiman.. pam susu banyak2 kali untuk bekalan Aiman.. tapi tak pe.. sebab suma ni untuk Aiman!!!

Wednesday, July 14, 2010

Pagar baru!

Ni la pagar yang dibeli masa my dear warehouse aritu
Memula plan nak pasang kat atas, pastu bila dah pasang n tengok Aiman main2 kat pagar ni..
Seriau pulak aku nengok..
Seriau = gerun / serun dalam loghat orang utara
Ye la.. even pagar tu kukuh, tp bagi aku yang gayat ni, terbayang je kalu tetiba pagar tu jatuh
Pastu plak, kalu2 orang tersadung masa lalu kot pagar ni, lagi bahaya..
Terus golek n golek n golek jatuh tangga
Makanya.. lepas kasi Aiman try main2 kat pagar ni kejap.. pusing dari bilik ke bilik dengan bebas n gembiranya..
Ambil gambar posing skit..
Pagar dibuka kembali n diletakkan kat tingkat bawah.. sebelum naik tangga
Kira ni untuk elakkan Aiman dari bawah panjat naik tangga ke atas lah
Kat atas.. Aiman tidak dibenarkan melalui laluan yang berdekatan ngan tangga or kawasan searea dengannya


Ni stainless steel ke? Kata Aiman di dalam hati..

Aiman dah berani pegang sebelah tangan.. kita yang nengok yang susah hati..

Sunday, July 11, 2010

Tuan rumahku..

Aku sangat bengang ngan tn rumahku
Kot ye pun nak jual rumah yang aku duduk skarang ni..
BAGITAU LA PENYEWA AWAK NI...
Ni nak main sorok2 pulak
Masa awal bulan aritu, boleh pulak msg mintak sewa.. suruh bank in kan segera
Aku tak kisah pun nak jual rumah ni
Nama pun rumah awak.. awak punya hak la nak jual kan
Tapi... kasi tau la.. supaya aku boleh cari rumah sewa lain
Pastu, boleh lagi kasi harapan kat aku
"kalu kawan i tak nak beli, nanti i jual kat u. apa2 i update nanti"
Update kepala hotak...
Sampaikan jiran depan rumah tu pun boleh tau yang awak nak jual rumah ni ngan rumah sebelah
Aku yang dok menyewa umah ni, tak tau apa2
Aku msg banyak kali.. siap kata nanti i update
Last week aku msg, terus tak reply
Yang aku terkejutnya.. jiran bagitau awak balik m'sia kemaskan rumah sebelah
Memang bleh nampak pun.. rumput suma dah tebang
Aku tahu la tujuan awak, tuan rumah
Awak tahu proses jual rumah lama.. amik masa beberapa bulan
Jadi awak tak nak bagitau lagi supaya aku tak kuar cepat, nanti takde orang nak sewa rumah
Agaknya nanti bila dah setel suma.. baru nak bagitau
Ingat senang ke nak cari umah sewa?
Kalu macam awak tu, kaya.. bolehla..
Rumah kat mana2 pun, sewa brapa2 pun.. anytime boleh dapat rumah..
Huh... bengang giler..
Sabar je aku tengok barang2 tuan rumah kat rumah tu..
Gatal je tangan rasa nak rosakkan
Susah sangat ke nak bagitau???????

Friday, July 9, 2010

La8

Aduh... tensen... tensen...
Aku ni asyik datang lambat je skarang
Actually.. dari dulu lagi aku memang selalu lambat pun
Cuma makin lama.. makin lambat
Kalu dulu dulu dulu.. datang lambat, biasa balik pun lambat
Yela.. bujang.. pastu dok sendiri.. relex je lah nak balik kol brapa pun
Then.. bila dah kawin, datang lambat tp dah balik awal la..
Skarang... bila dah ada anak.. makin lambat jadinya
Sedangkan.. skarang rasanya aku bangun lagi awal dari dulu2
Cuma lately.. Aiman sangat suka tido lewat
Biasa paling awal tido kol 1
Macam semalam.. sampai kol 4 pagi!!!
Aku lelap2 jugak sikit.. tp memang tido2 ayam sebab tak berani nak lepaskan je
Aiman panjat merata.. merayap suma tempat
Menda yang kita tak nampak.. tp dia nampak je
Nanti kutip la.. eg.. semut..
Hai la anak teruna ku sorang ni.. semut yang tengah bergerak pun sibuk nak kutip
Seb baikla rumah aku tak banyak semut (kisah semut ni di rumah orang lain)
Tu yang bila Aiman tido lambat, ngan aku terjebak skali kena tido lambat
Dah tido lambat, makanya lepas semayang subuh, mesti aku kena tido jugak balik sekejap
Bila pagi pulak.. kekadang tu, dah siap nak kuar.. Aiman berak pulak dah..
Ada gak masa2 tertentu angin Aiman nak manja @ mengada2.. nak bergantung je
Bila lepas.. nangis2 beriya..
Even last skali aku biar je dia nangis sebab nak gak siap pi keje.. ni pun antara hal2 yang mendelaykan lagi timing aku pi keje
Itula.. bak iklan kat Hot.fm tu, jangan mencari alasan..
Yang aku tulis ni suma alasan je... bolehje aku try sedaya upaya untuk datang awal.. ye tak?
Seb baik la kat company aku ni tak kisah sangat kalu orang datang lambat
Tapi.. paham2 sendiri la kan.. aku pun naik segan asyik lambat je
Hmmmm.. makanya... azam aku selepas menulis entri ini.. nak try untuk datang awal sikit
At least tak dapat datang b4 8.30.. tp biarla b4 9 am tu dah sampai opis..
N azam tahun depan (ckp tahun depan sb masa tu Aiman dah besar sikit).. nak datang lagi awal.. b4 8.45 dah sampai opis...
We'll see.. samada azam kan menjadi kenyataan atau tidak...
Berusaha!

Tuesday, July 6, 2010

New stuff

Aritu pi My Dear Warehouse
Sangat xcited!! Rasanya dok sehari kat situ pun tak bosan
Even tak banyak pun beli.. tp seronok dok belek macam2 benda
Dan akhirnya.. apa yang plan nak beli.. berjaya dibeli
1. Walker - nanny Aiman kata Aiman takut bila dia letak Aiman kat dalam walker. Tapi, bila siap pasang.. relex je Aiman bergerak2. Seronok dia main mainan yang lekat kat atas tu. Syoknyer bila dah ada walker ni, bila nak wat keje, letak je dia kat dalam ni. Takde la risau Aiman masuk dapur or panjat tangga..

2. Bumbo seat - plan nak beli high chair untuk makan. Tapi.. en suami kata, kitorg pun bukan makan kat meja... makan atas lantai je. So bumbo seat ni sangat sesuai untuk Aiman. Memula tu memang dok diam.. lama2 macam2 cara Aiman cuba untuk mengeluarkan diri. Sebab Aiman kurus.. lama2 berjaya jugak keluar. Takpun sampai senget2 badan dia cuba nak memboloskan diri. Kalu kasi makan, memang Aiman akan behave la dalam ni sambil main mainan.

3. Pagar - ni lupa plak nak ambil gambar. Tak pasang pun lagi.. sebab tak tau lagi nak letak kat mana. Tangga bahagian atas ke.. tangga bahagian bawah ke.. hala ke dapur ke.. pintu bilik air ke.. emmmmm... so skarang... masih di dalam kotak. Aku tak servey pun harga kat tempat lain, tp rasanya murah jugak harga yang aku dapat.
Yang ni... keretapi tu lama dah beli. Saja nak tunjuk yang Aiman dah pandai duduk!!!!
Kalu dia berdiri panjat kerusi pun, dah pandai turun sendiri.. Dah start jugak ajar Aiman jalan sambil pegang.. tp kalu dia wat lembik... maknanya nak merangkak la..

Friday, July 2, 2010

2 hours plus delay..

Ngantuk n sangat penat
Pagi tadi flight ke Singapore untuk meeting kol 10.30 pagi
Around 6.45 pagi kuar rumah ,anto Aiman, amik Wani then terus fly ke Spore via fireflyz
Owh.. harini dah takde muffin, stok abis kot, dia jamu biskut n kacang
Sampai.. meeting.. lunch.. sambung meeting lagi.. then abis meeting around kol 3.30 ptg
Pegi shopping baju raya Aiman.. then balik hotel
Wani stay semalam, aku balik arini jugak sebab esok ada meeting ngan customer yang hanya boleh datang esok je..
So lepak semayang.. then kuar pi Mustaff Centre
Haaa.. syok giler shopping kat sini.. n beli macam2
Sampai penuhla bag.. yang macam2 ni lebih kepada coklat n biskut
Tp untuk aku.. kit kat je.. yang lain suma untuk orang
Mak, MIL and budak opis
Then dari sana.. terus ke airport..
Masa nak pi airport tu, lama gak la kitorg cari2 teksi
Siap ada sorang ni approach.. cakap dia ada keta, bleh hantar.. bayar je
Tak berani nak naik.. n kebetulan tu jugak lalu teksi depan kitorg
Terus je grab naik teksi..
Skali sampai airport.. delay plak
Dari kol 10.35pm.. ke 11.10 pm.. then tengah2 semayang, diorg wat pengumuman plak.. delay lagi ke kol 12.45am..
So disinilah aku.. tengah menaip blogku
Sementara menunggu gate dibuka
Kitorg yang dalam flight ni je yang tinggal.. seb baik ada laptop n ada jugak internet access
Dahla hp abis bateri.. ada je free charging machine kat sini tp jenis sony erikson aku punya charge takde plak..
Hampeh tol.. berkomunikasi ngan en suami melalui FB je..
Seb baik jugakla ada FB.. kalu tak... sorang tunggu kat subang.. sorang lagi tak naik pun plane lagi...
Cuma yang best skit.. fireflyz kasi refreshment, air oren n sandwich
Tapi.. sandwich cheese satu, chicken ham satu..
Dua2 aku tak makan sebab tak sure halal ke tak..
Minum air jelah.. lapar jugak nieh
Dahla tadi rush makan cepat2 kat Mustaffa Centre sb takut tak sempat nak check in
Nasibla.. hopefully dalam flight nanti dia kasi muffin
Sedap gak makan.. tp rasanya aku tido je nanti
Penat sangat dah.. n janganla pulak kat Subang, pakcik n makcik kastam sibuk tahan menanya macam2 bila tengok aku bawak beg
Pegi sehari.. tp shopping sakan
Makanan tak kena tax kan?
Semoga smooth je la perjalanan pulang nanti..
Rindu kat Aiman.. kata en suami... orang lain suma dah penat nak tido
Tp Aiman masih aktif dok main2..
Hmmm.. tunggu ibu dia la tuh... =)