Biasanya akan dapat email orang inform pasal pindah opis.. sekarang, turn TW Damansara Op plak! Dah lama dah pun citer pasal nak pindah opis. Dan dah lama jugak bangunan untuk opis baru kitorg tu disewa (lebih dari setahun). Baru skarang siap renovate sume.. makanya aku akan berpindah opis dari Sri Damansara ke Glenmarie, Shah Alam. Jarak dlm 1km je dari HQ TW. Ni la sebabnya management nak pindahkan kitorg agaknya, senang nak control. Sedangkan kalu tengok2, ramai staff yang dah dok area Sri Damansara. Tapi tak pe la, namapun kuli kan.. apa bos kata, kita ikut je..
So.. aku masuk opis lepas cuti bersalin, mood pindah baru bermula. Kotak2 kosong sampai, bukak kotak, packing barang.. Hari khamis tu kira besar2an la kitorg packing barang. Bleh kata 80% fail2 dah dimasukkan dalam kotak. Ikut jadual, cuti krismas nanti lori angkat barang ke opis baru and 28 Dec 09 secara rasminya kitorg akan mula kerja kat opis baru. Yang kelakarnya.. kitorg suma sama2 tolong kemaskan fail sampaikan current file pun disimpan sama dalam kotak! Pastu.. bila dah abis kemas, nak sambung wat keje balik, tak leh nak wat keje sb tak jumpa file! Hahaha.. dahla kotak2 suma berat, pastu ditindan2 sampai ke siling. Takde maknanya nak cari.. sebab tak tau kotak mana satu. Seperti biasa.. kalu ada aktiviti2 ngemas camni, lunch pizza free! Nyum..nyum.. pas makan pizza baru balik tengok Aiman..
Next week, bekerja dalam bilik conference sebab kontraktor nak bukak suma partisyen (betoi dak eja nieh) n almari2. Ala2 zaman study group masa belajar dulu plak. Bestnyer kalu kasi cuti free... tp jangan harapla akan menjadi kenyataan.
Hopefully, opis baru, tahun baru, bisnes akan bertambah, kitorg punya gaji pun bleh bertambah byk2 kali ganda.. seiring dengan bonus. Moga-moga.........
No comments:
Post a Comment