Wednesday, March 31, 2010

Happy birthday mak!

Happy birthday mak..
Semoga panjang umur, sihat n ceria2 selalu..
Kitorg pi makan kat Ayam Penyet Ojolali kat Kota Damansara..
First time mak ngan ayah makan ayam penyet..
Okla.. tp lagi sedap Waroeng Ayam Penyet yang kat The Curve..
Lepas amik Aiman, terus kitorg pi makan petang tu..
Tengah kitorg makan, Aiman tertido atas Muaz..
Penat sangat la tu..
Mana makanan nieh... Aiman nak makan...
Bosannya.. makanan tak sampai lagi.. ibu asyik nak amik gambo Aiman je..
Okla.. kasi can kat mak tok sebab birthday mak tok arini.. cepat amik gambo sebelum Aiman lebih banyak bergerak..
Suma orang makan.. Aiman tengok je.. Tido la camni..
Walaupun badan paksu tak empuk sangat, rasa tulang je bila sandar.. tp pak su je yang sanggup pegang Aiman sebab orang lain suma dok makan lagi..

Sunday, March 28, 2010

Singapore Lagi..

Baru minggu lepas pi.. tetiba minggu ni kena pegi lagi. Last minit notice plak tu. Arini customer call, cakap ada meeting petang esoknya. Seb baikla sehari je.. tapi tetap kena bermalam kat sana just in case meeting abis lambat. Memang lambat pun habis.. start kol 4 sampai kol 9.30 malam. Sampai kepala pun dah rasa melayang2.. seb baik ada bekalan kek beli kat airport, memang dah agak akan abis lambat pun. Biskut kat pentri company tu pun kitorg makan! Hehehe.. memang diorg offer pun, memula macam malu nak amik tapi sebab lapor.. buat tak malu je lah.
Kali ni hotel murah je.. company dah start cutting cost. Pegi singapore pun naik fireflyz. Tapi aku memang lagi suka sebab airport kat subang je.. check in pun paling lambat 30 minit sebelum. Takde la nak rush sangat. Tapi hotel ni tak best.. tak de pun peti ais, mini bar tak de, peti ais hotel pun tak de. Hotel koboi je.. yang ada bilik2 je. So.. dengan sedihnya.. aku terpaksa buang suma susu2 yang aku pam. Huhuhuhuhu... sedey... tapi nak wat camne. Takde tempat nak simpan. Ais yang aku bawak dari umah pun.. tak de la sampai sehari lebih nak tahan aisnya. Suma dah cair. Pasrah je la, pasni... tak mo dah dok hotel ni. Ada satu lagi hotel budget, tp ada je minibar dalam bilik (bulan lepas pi Singapore dok hotel ni).
Esoknya, flight petang n takde meeting. So aku n Wani jalan2 kat Orchard Road, carikan botol susu Dla n Aisyah pesan. Pastu pi Quensway Road, ada mall warehouse sale. Belikan mak handbag sempena birthday next week, Aiman pun dapat satu seluar askar.. aku pun dapat satu lagi handbag! hehehehe... banyak sungguh shopping kali ni. Sebab rasanya pas ni dah tak pi Singapore untuk satu jangka masa yang lama dah kot. Sebab hasil meeting kitorg tu, tidak membuahkan hasil.. =(
Rindu kat Aiman.. kat airport, aku belikan mainan baru untuk Aiman. Stich!! Last week pegi dah usha2.. 2 kali keluar masuk kedai, dok pk2 nak beli ke tak. Kali ni.. beli!!!!! Sebab compare rege kat m'sia, lagi murah dalam RM50 la jugak. Aku suka sb dia boleh duduk, so bolehla letak tepi Aiman n dia main2 ngan Stich. Okla, Jumbo kat umah mak tok, Tigger kat umah mak ngah, umah sendiri ada Stich.
Aiman dah pandai tegakkan tangan dia bila dia meniarap... pastu menyulur ke belakang... Semalam, aku kat bawah, dia meniarap, pusing balik, pastu meniarap semula.. sangkut kat bawah kusyen! Badan masuk.. kepala tak lepas! Menjerit2 panggil orang tolong. Aku datang, tak nampak Aiman! Hahaha... kepala je kuar... badan suma dah bawah sofa. Pastu.. kalu letak atas rocker dia lama2... bila dia dah bosan main ngan mainan kat rocker tu, mula la memusingkan badan. Last2 berjaya meniarap atas rocker tu.. seb baikla rocker ni jenis yang tak berayun sangat, so dia sangat stabil bila Aiman meniarap atas tu. Kalu tak, mesti boleh terbalik rocker n Aiman..
Weekend ni, dok umah je. Pagi tadi dah kuar breasfast umah mak sambil menghantar Amin balik US semula. Hantar kat pintu pagar je.. thanks to Amin n Aisyah, susah2 tolong belikan breast pump. So far, bertambah la sikit susu yang di pam. All the best jugak untuk Amin n Aisyah yang akan dapat baby very soon.... congrats korang!
Sebab pagi ni pi umah mak, Aiman bangun awal. Masa nak kasi Aiman mandi kat umah mak, dia dah merengek2 nak tido, tapi aku mandikan jugak dia. Sampai umah... minum susu.. terus tido.. dengan tigger, stich dan jugak pet baru yang takde nama lagi..

Saturday, March 20, 2010

Aiman's day out

Aiman dah ready nak jalan-jalan...

Bosan dok umah.. Lama dah tak bawak Aiman jalan2... kebetulan plak ada Parenthood Expo kat Mid Valley.. Ajak Diana, Hanizah n K Milin, Diana je yang free. So kitorg bertiga.. gerak dari umah pun dah lewat, dalam kol 3 lebih. Sampai sana, lunch dulu. Memang nampak ramai yang datang midV sebab nak pi expo tu.. mana2 suma nampak orang bawak stroller dengan baby.. orang yang mengandung pun ramai.. Aku saja je pi, nak tengok plan2 takaful yang bagus untuk Aiman.. tak pun menda2 yang boleh or teknologi baru meransang baby. Hehehe.. saja je nak tengok2.. sebab aku tau mesti mahal punyala..

Masuk exhibition mall.. punyala ramai orang. Laluan kecik je, suma orang plak sibuk bawak stroller (termasuk la aku..). Asyik berlaga ngan orang je. Seb baik ada Diana, diala yang jaga Aiman di hujung lorong or tepi2 gerai sementara aku dok belek barang (belek je.. belinya tidak). Banyak la barang2 untuk baby.. tapi mahai cik oiii.. kita orang biasa.. ikut cara biasa je lah. Masa kecik2 dulu, takpe pun mak guna menda2 ni suma.. jadi gak manusia aku nieh. Antara barang2 nyer.. bebola yang letak dalam mesin masa basuh baju, fungsi xtra membersih. Pastu aku tengok tikar getah.. besar gak.. tapi harganya pun besar jugak! Cantik, memang warna2.. kiranya lebih merangsang otak baby la. Hmmm.. menarik.. tapi tengok.. n berlalu je la.

Then kat Karangkraf punya booth, aku beli buku panduan baby 0-6 tahun. Diana pun beli jugak satu buku, sebab total lebih Rm20, Aiman dapat satu sesi test photo shot untuk cover majalah Pa&Ma. Rasanya.. tak de peluang pun untuk dapat sebab Aiman reti meniarap je. Budak2 lain, penuh gaya. Tapi sajala.. abiskan masa, lagipun takde orang pun. Aku meniarapkan Aiman.. biasanya, kepala dia mesti akan terangkat.. tengok keliling2.. tp kali ni.. boleh pulak dia tunduk.. tengok tikar/tilam.. sambil jari dok korek2 tikar tu. Jenuh kitorg panggil dia suruh tengok depan. Dapatla 3-4 kali dia angkat kepala.. tapi kebanyakan masa.. dia tengok bawah je. Dan.. tikar yang Aiman dok minat sangat tu ialah tikar yang aku tengok mahal tadi tu! Hahaha... Aiman nak suruh beli ke? Emm... terpikir jugak macam nak beli, tapi tak yah la. Tak berbaloi... pakai je toto biasa.. warna warni jugak...

Then jalan2 lagi, kat satu booth tu, dia promote alat bantu minda.. dalam RM2k lebih jugakla. Beriya promoter tu promote, katanya banyak orang yang guna, anak boleh baca di umur 2 tahun.. huhuhu.. terkedu aku dengar. Memang budak skarang.. suma dah advance. 2 tahun dah boleh baca???? Dengar je la dia citer.. aku tak beli pun...

Last2.. lepas pusing2, aku cuma beli mainan baru untuk Aiman. Memang dah lama pun cari mainan yang boleh letak kat stroller n boleh gantung2. So aku belikan monyet berkaki tangan adjustable. Hahaha.. bleh ekjas panjang tangan n kaki... very colorfull, siap bunyi2 lagi...
Mainan baru...
Aiman sangat behave, tak nangis pun.. aku pun, tengok dia tak keruan, terus kasi susu, Diana pun rajin angkat dia skali skala. Balik umah, dah malam... Aiman's day out... =)
Dah penat main, dua2 terlentang...

Thursday, March 18, 2010

3 hari outstation

Sejak bersalin, ni kali kedua aku outstation. Aritu pun pi Singapore jugak tp 2 hari je. Kali ni 3 hari.. waaa.. memang sangat berat hati nak tinggalkan Aiman. Bos aku pun ada tanya.. kotla nak bawak Aiman skali. Tp susah la pulak.. sebab mak tak available untuk ikut. Seb baikla stok susu cukup utk 3 hari..

Outstation hari pertama... tak penah penat n kelam kabut macam ni. Rasanya dulu masa pi US pun tak rush sampai camni skali. Hari tu saja, aku naik sampai 7 teksi dari memula sampai.. then pi hotel, pi meeting.. pi taxi stand ke jb, dari jb ke pasir gudang meeting lagi.. then pasir gudang ke jb balik.. pastu akhirnya balik hotel kat singapore. Seb baik yang last tu naik keta sapu, kalu naik teksi, kena turun hentian teksi n naik teksi lain pulak ke hotel. Malam tu memang tido dengan nyenyaknya.. takde dah bila balik bukak pc cek email. Sebab 2nd day pun meeting lagi..

Hari kedua.. meeting ngan customer lain pulak. Customer ni, memang terkenal ngan meeting yang berejam2.. yang akan meleret2 sampai ke tengah malam. Penah ada sekali tu, rekod paling lama team lain dari company aku jugak, meeting sampai kol 4 pagi!!! Giler ah diorg ni keje.. macam takde life je. Luckily.. kejap je meeting kitorg. Lebih kurang 6 jam je.. hahaha.. dalam kol 4 lebih dah sampai hotel. Pas siap2 semayang, pam susu.. terus kuar jalan2 sampai la ke malam. Cari botol susu, jalan2 tengok barang2 baby... hihihi.. sekarang ni kalu jalan shopping.. asyik tengok barang baby je lah. Tak beli barang sangat pun, beli barang yang orang pesan je. Sian Wani, terpaksa ikut aku jalan2 tengok barang baby. Tak pe la, nanti bila turn Wani, dah tau nak cari kat mana.. =)
Hari ketiga... pagi meeting lagi. Pastu before balik, sempat lagi singgah Lucky Plaza belikan kamera untuk Hanizah. Fuyyo... mak cik ni kayoooo.. beli kamera mahal. Upah tolong beli n bawak... amik gambo Aiman satu album penuh la ye...

Aku suka hotel ni.. sebab ada servis fridge untuk aku simpankan susu. Dalam bilik biasala ada mini bar, tp suhu tak cukup sejuk untuk bekukan susu n ais tempat simpan susu. Setiap pagi n malam, aku akan hantar susu yang dipam kat receptionist untuk diorg bekukan. Bila balik, beg berat sebab susu beku n ais yang berat. Hehehe.. 18kg lebih!!

Sampai rumah.. rindunya kat Aiman!!!! Dah pandai pusing sendiri tak sangkut dah..
Aiman 5 bulan.. 14 March 2010. Sambut ulangtahun bulan sekali ngan mak ngah nyer birthday. Pak ngah belanja makan Kenny Roger's. Aiman syok tengok je lah, balik umah je terus lena.. penat jalan2..
Aiman dah pandai tido meniarap. Ni first time! Memula dia baring2.. pastu bunyi sembang sorang sorang.. pastu meniarap.. then letak kepala sambil bunyi2 lagi.. Beberapa minit pastu... terus tak dengar suara. Tengok2.. dah tido!

Aiman suka sangat isap jari.. so kitorg kasi la teether (betul tak eja menda alah ni) ganti jari dia. Memang dia isap pun teether dia.. tapi... tak lama pas tu, jari dia pun masuk mulut jugak. Dua2 dia isap!

Saturday, March 13, 2010

Separuh petangku pergi..

Susah betul nak online n update blog skarang. Even ekonomi slow.. keje kat opis tetap banyak. Rasa mcm tak sempat je nak berelex relex kat opis. Selasa lepas bawak Aiman pi klinik. Berat Aiman naik 100g je! Huhuhu.. risau gak. Takkan suma yang Aiman makan kuar jadi taik kot. Susu aku dah tak elok ke bila Aiman minum? Hmmm.. tanya nurse, katanya monitor dulu, tengok next month berat dia camne. Tapi memang skarang Aiman tak minum banyak sangat pun. Suka main2. Kalu lapar, dia minum skit.. pastu bila dia rasa mcm tak lapar dah, dia berenti la. Tengok aku.. senyum.. isap jari! Aku tarik jari dia, suruh minum susu.. dia senyum lagi.. Pastu kepala dok pusing keliling.. suma nak tengok.Bosan betul dok kat klinik. Bosan menunggu. Dari daftar memula masa datang tu.. sejam menunggu nak timbang berat Aiman. Lepas tu, sejam lagi menunggu nak jumpa nurse. Huh.. nurse je pun.. bukan doktor. Pastu, aku yang lagi banyak cakap ngan nurse tu. Tanya itu.. tanya ini.. Dia dok sibuk tanya checklist dalam buku Aiman tu. Kalu tanya kita.. then tick kat checklist tu tak pe gak.. ni dia main tick je suma. Taula nak cepat... tp at least.. tanya la 'baby sihat?'. Tapi sapa suruh aku pi klinik kerajaan? Nape tak pi klinik swasta? Kan lagi cepat.. erkkk.. alasan aku ialah.. rugi je aku bayar cukai mahal2.. so gunakanla kemudahan yg diberikan. Kalu cucuk kat klinik swasta.. bayar pulak mahal. Biarla separuh petangku berlalu begitu saja.. at least dapatla jimatkan skit duit (hehe.. ni kira jimat ke kedekut?..)
Next week.. aku kena pi Singapore. Keje.. ada meeting.. n terpaksa pegi 3 hari!! Nasib baik susu stok banyak.. kalu tak terpaksala Aiman minum fm. Ikut hati, nak je bawak Aiman.. hahahahaha... suka ati jek.. tp memang tak leh la kan. Pegi awal2 pagi isnin.. flight balik.. petang rabu. Sangat tak suka sebab leceh nak kesana kemari dengan beg pam susu. Kena pam susu jugak.. tp yang pling penting terpaksa tinggal Aiman. Nanti mak yang akan jaga Aiman.. maybe siang mak anto Aiman kat umah tok wan. Petang baru amik.. kira sama la macam hari2 biasa aku pi keje.
Petang ni hujan.. baru je plan nak pi melepak kat umah mak, skali hujan turun lebat giler.. lama plak tu. Petang2 sikit la baru pegi. Aiman dah pandai meniarap! Lepas baik demam aritu, dia dah berjaya pusing sepenuhnya. Cuma sangkut tangan je. Kekadang lepas jugak tangan dia. Tp kena tengok jugak dia.. sebab ada skali tu, pusing, dok sibuk angkat punggung, tergolek balik. Abis kepala terantuk kat lantai. Meraung la kejap.. huhuhu... dimana aku masa tu? Hehehe.. ibu Aiman tertido kat tepi masa tu... hampeh punya aku... dah tu.. nak wat camne, dah tertido. Terus terjaga bila dengar Aiman nangis..So.. seperti biasa.. beberapa gambar terbaru Aiman..

Wednesday, March 3, 2010

Aiman demam

Tak penah Aiman demam sepanas ini. Even b4 this Aiman kena cucuk, bila balik rumah makan ubat.. ok je dia. Tak sampai demam pun. Tapi semalam, pas amik dia dari umah nanny.. bleh rasa yang badan dia panas. Pada awalnya rasa mcm biasa je.. tp bila maghrib tu, aku pegang dia, aku rasa seluruh badan dia panas. Terus siap2 pi klinik. Skali, klinik kanak2 yang direkemenkan oleh Yana tutup la pulak so aku pi je klinik biasa. Aiman baik... tak nangis pun. Siap dok sembang seorang diri lagi.. dahla klinik tu jenis bergema, satu klinik dengar suara dia. Bila jumpa doktor, doktor cakap2 ngan dia.. boleh lagi dia senyum2 n sembang ngan doktor. Doktor cakap demam Aiman agak panas... so dia kasi ubat yang masuk kot bontot. Alang2 dah jumpa doktor, mcm2 la aku tanya. Yela.. banyak sangat citer2 yang aku dengar pasal baby/budak kecik yang demam panas. Huhuhu... nauzubillah, janganla jadi yang buruk pada Aiman.

Balik rumah... aku lap2kan badan Aiman ngan tuala basah. Apa lagi pun yang boleh buat. Aiman minum susu.. then tido sementara aku... dok sebelah siapkan keje dari opis. almost kol 12 malam la jugak sampai siap keje. Hajat nak try utk berjaga, nak monitor suhu badan dia ngan lap2 badan Aiman... tapi...... ngan aku skali terlena. Tapi adala beberapa kali terjaga n betulkan tuala basah n rasa panas badan. Nila aku bangun around kol 5, aku rasa panas sangat... terus tak jadi tido. Dalam hati.... rasa macam menyesal sangat tido. Kalu apa2 jadi masa aku tido camner? Huhuhu..... Terus x tido samai skarang. Saat ini... Aiman tengah minum susu... dah tido pun. Kepala dia agak panas... tapi pipi, kaki, tangan... xsangat. Plan asal nak amik EL je esok, tp mak ckp, mak bleh jagakan Aiman pagi, aku amik half day leave petang je. Tapi.... nengokkan keadaan Aiman skarang... rasa macam xsampai hati nak tinggalkan dia. Rasa mcm nak tengok dia depan mata... sampaila dia dah baik/xpanas sangat. Tengokla camne nanti...

Sambil2 berjaga ni... sempat jugak aku amik beberapa keping gambar Aiman..

Bersembang dengan diri sendiri sambil main jari.. tengah plan nak masukkan jari dalam mulut la tuh...


Amboi... sempat lagi main kaki tuh... ni aksi kegemaranAiman yang terkini. Tarik jari kaki ngan tangan dia

Memula dah nak pejam mata... tapi bila nak amik gambar je, Aiman jaga balik. Macam tau2 je orang amik gambar dia

Tido dah.... tapi mulut ada lagi bunyi dia sembang2...