Tuesday, May 29, 2012

Amni : 9 bulan (27/5)

Yey.. Dah 9 bulan princess aku ni. Rambut makin toing2.. en suami plak sayang benor nak potong..

Memang anak dara sorang ni manja, makin besar makin manja plak. Pantang nampak aku, nanti datangla nak memanjat kalu ms tu aku duduk. Kalu nampak aku pi dapur, sibuk jugak nak pi geledah dapur tu. Sukeeeee sangat mengutip segala menda kat lantai, masuk mulut. Kalu kita suap makan tu, pandai je tolak makanan ke luar mulut guna lidah. Tapi, menda2 yg dia kutip, reti pulak nak kulum lama2 dalam mulut. Memang suka jugak nak join main ngan Aiman, tp ofkos la kan Aiman mana nak kongsi. Lebih kepada Amni ni pengacau. Tp memang pun.. Dah elok2 susun mainan, amni datang, abis terabur suma. Selalu la jugak jadi mangsa kena ketuk, tolak.. sb kacau Aiman main. Huhuhu.. Dah, 2-2 xmo mengalah..

Alhamdulillah, pandai dah merangkak, tp selalu jugak dok menyulur lagi cuma xde la laju giler merangkak dia. Baru lagi, dalam seminggu dua lepas baru rajin menggunakan skit merangkak. Duduk pun dah elok, comey je tengok Amni duduk main2. Pastu, memang sukala panjat.. Kalu stakat kusyen, meja, suma dia panjat n berdiri.

Dah pandai babai!!! Hehe.. Tp masa mula2 kita babai tu dia slow skit, baru nak pk. So lama skit kita babai, baru angkat tangan babai balik. Mulut xbising sangat tapi suka la cakap. Mungkin nanti besar sikit. Tapi kalu bab kejutkan orang tengah tido, mulut memang bising je bunyi sambil tangan cakae2 muka orang.

So far, still full bf lagi, cuma susu aku je makin kurang. Entahla, aku pun dah habis idea dah camne nak tambah susu. Makan bekal hari2 pun byk, tp susu pun byk jugak. Tapi besarnya idak jugak. Aritu ms Amni sakit punggung, kurang makan, beratnyer naik turun area 6kg je. Next week cek kk, harap adala peningkatan.

Apa lagi cerita Amni? Banyak.. tp xcukup masa nak citer plus nak ingat balik suma. Apa pun, aku doakan Amni membesar dengan baik, sihat, gembira. Ibu suka sangat bau masyam awak, senyum leper awak.. cuma yg ngada2 awak tu je, sila kurangkan ye....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 23, 2012

Anakku Sayang..

Pagi tadi, masa angkat Aiman ke kerata, terjaga plak dia. Pastu nak dok belakang. Amni dah bangun dari kol 4-7 pagi, maka masa angkat masuk keta tu nyenyak je tido xsedar langsung. Tengokla Aiman, projek malam tadi, baju berlapis2, seluar pun sama. Yang nampak dimata, ada 3, tapi mungkin lebih..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 18, 2012

Kita Hanya Merancang

Setiap minggu mesti ada aktiviti. Minggu2 yang xbalik BP la masa untuk kemas rumah, siapkan stok makanan Amni, etc. Aku menunggu weekend esok ni, nak kemas rumah n bilik bawah. Konon nak buat sabtu lepas, tp aku macam hilang ingatan plak apa aku buat. Ahad pegi zoo. Tetiba, rabu lepas aku stat selsema, dapat mc. Khamis stat batuk plak, pegi keje 3/4 hari, then pegi klinik, dapat mc untuk arini. Pagi tadi, dah stat lelah pulak. Xdaya rasanya, bila batuk xlepas2, rasa nak tercabut dada ni. Serba x kena duduk xselesa, baring x selesa, diri lagi x berdaya. Ni dok rehat kat rumah mak, okla sikit. Kalu dok rumah sendiri, asyik nampak segala keje2 yang nak kena buat je. Aku harap, berehat sampai petang ni akan buat aku bertambah sihat, dah xlelah. Batuk macam dah kurang sikit. Cepatla sihat, barula rasa betapa besarnya nikmat sihat tu. Nak kena kemas rumah, uruskan anak2, esok ada jemputan rumah kawan en suami ngan nak sambut birthday Nuha n Furqan. Itula, aku hanya merancang nak buat macam2, tapi Allah yang menentukan. Moga Allah memberiku kesihatan..

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 17, 2012

Burger Bakar Special

Balik dari zoo ahad lepas, ada member sebut pasal burger kaw. Tapi sebab dia bukak malam, xjadi nak pegi makan sana. Isnin, malasnyer nak masak, nak beli pun dah xde idea (ari isnin dah xde idea). So nampak banner BBS kat area depan rumah mak. Rasanya baru 2 minggu kot diorg mula meniaga.

Ada daging, ada ayam. Daging, memang tebar giler burger dia. Ayam pulak mcm ayam chicken chop. Sedap dia merinate ayam n daging. Daging pun dia bakar masak sekata. Lembut and juicy. Aiman pun boleh makan. Cuma burger dilimpahi sos n mayonis yg sangat banyak. Tapi logik jugak sb daging tebal kan, kena la sos pun banyak. Bila sos banyak, konfem makan pun comot2.

Bolehla dibawak ke depan. Harga pun boleh tahan, ayam rm5.80, daging rm7.80. Puasla makan, aku pun kongsi daging ngan Aiman. Sesapa datang kota damansara, bolehla try!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

31 months of joy

Besar dah anak ibu yang comel, manja, bijak, petah, banyak akal dan mengada jugak. Skarang dah big boy, xmainla cium2 pipi. Kalu kita org besar cium dia pun sibuk bwk lari pipi. Kalu nak suruh dia cium pipi kita pun payah. Nak cium a.k.a penyetkan kepala Amni je..

Hadoi, kekadang tu memang mencabar kesabaran bila layan Aiman ni. Mujurla aku manusia biasa, kalu aku ni Hulk ke, mesti rumah dah xde sebab asyik bertukar je sebab xsabar layan Aiman. Kalu time ngada2 dia, suma nak ibu buatkan. Xpun sibuk nak berdukung, xdapat.. nangis. Kalu angin xbaik, suma nak menjerit. Mintak barang pun jerit2. Bila camni, aku ckp balik 'aiman ckp jerit2, ibu xnak ckp ngan aiman..' Terus ubat tone cakap elok2.

Skarang memang malam2, jadi burung hantu sama2 ngan Amni. Amni yg dah tido awal,sebab Aiman bising buat projek, mesti akan terjaga punya. Baru2 ni, Aiman first wall art.. Terbaik, satu dinding dicontengnya. Boleh pulak amik pen dalam tong sampah. Dia nampak agaknya aku buang pen tu sebab dakwat kuar dgn byknya. Selamat dah dinding rumah. Semalam, dok memanjat almari baju, sampai jatuh perfume. Seb baik Amni xde kat bawah tu or perfume pecah. Kalu x,xpasal2 perfume kena kepala Amni. Pesen terbaru jugak ialah memakai baju n seluar berlapis2. Ada skali tu, seluar sampai 7 helai! Baju so far, max 4 helai. Sampai ke esok pagi la dipakai baju berlapis2. Kalu stakat punggah baju tu, memang dah biasa la. Xde guna aku susun baju elok2 dalam almari. Baik longgokkan je (alasan malas nak lipat) sebab sure hari2 akan dipunggah baju keluar. Dengan bakul2 dlm almari tu pun keluar skali. Semalam jugak, dibukaknya zip bantal peluk en suami, dikeluarkan suma span2 dalam bantal. Sarung span tu dah reput pun, memang dah koyak2. Tengah2 malam (masa tu aku n budak2 xtido lg), en suami bangun capai bantal peluk, kosong! Hahaha.. Dengan span2 bersepah kat lantai. Seb baik Amni xnampak sebab letak kat hujung balik.

Aku gembira tengok Aiman membesar dengan baik. Pandai dah ikut orang solat, siap buat mulut bunyi sot set sot set. Mengajuk kita baca. Tapi ikut mood la. Sangatla nak ikut orang pi solat kat surau. Nanti Aiman besar Aiman pegi ngan ayah, atuk n pakcik2 eh.

Xlama lagi nak 3 tahun,yang pasti, potty train xstart2 lg. Owh, rasa xmampu nak buat lagi. Sure bila dah stat, kena bersedia nak cuci satu rumah sb Aiman bukan reti dok diam lepas dia melepas. Kang abis menceceh2 satu rumah. Lagi teruk, ngan Amni pi main pulak. Xdapat bayang kalu jadi gitu. Last2 beli la stok pampers murah bertimbun2. Tunggu dulu, ibu x ready, n rasanya Aiman pun xready lg. Hahahaha..

Akhir post, ibu sayang Aiman! Muaahhh..

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 14, 2012

Zoo Negara trip on 13/5/12

Aktiviti bersama rakan2 sekerja en suami.. suma ada anak yang lebih kurang sebaya. Jalan2 Zoo Negara!! Punyala payah nak kejut Aiman bangun tido pagi tu.. tengok gambar ni, masih mamai2 lagi sebab masuk keta je, tido balik sampaila zoo. Tu pun sempat berdukung kejap sebab xmo bangun lagi. Sebab semangat sangat, x kol 9 lagi dah sampai zoo. Seb baik ada mcD depan skit dari zoo tu, maka breakfast kami pagi itu ialah mcD. Ni seludup masuk makanan dalam zoo.. tumpang makan kat gerai yang ahli rombongan lain beli breakfast.. Amni rambut gerbang2.. mcm tak bersikat je.. huk huk huk..


Dah siap breakfast.. mulakan perjalanan menonton binatang2. Aiman pun dah segar.. seronok sebab Aiman dah kenal binatang kan.. ngan patung2 pun sibuk nak sebut.. mcm lagi excited tengok patung binatang dari binatang betul. Berlari2 terutamanya masa tengok show. Show nyer okla, aku tak teruja sangat tengok pun, Aiman pun sama. Lagi sibuk nak panjat2 pagar ngan lari2 turun naik tangga. Separuh show, en suami dah bawak Aiman kuar tengok ikan. Aku pun kuar jugak.. sebab takde la menarik. Setakat burung pegi amik duit dari orang.. seal lompat masuk gelung..


Haa.. ni anak rusa nani. Hehe.. sibuk Aiman nak hulur tangan, konon nak salam ngan anak rusa.

Unta bukan dari arab sb bonggolnyer satu je. Lupa dah dari mana. Aiman suka sangatla.. masa ni suma orang pun dah tak larat, mencari keretapi untuk balik..


3-3 kawan Aiman menonton unta..

 Macam takleh jumpa kambing kat kampung je. Kat zoo jugak beriya tengok kambing. Tapi kambing ni sangat jinak. Sibuk nak kuar2 kan kepala nak suruh orang gosok2.

Penat sebab zoo sangat besar. Kitorg silap sebab start ngan area monyet2.. patutnya start ngan area gajah, zirafah, singa, harimau. Sebab bila dah penat, Aiman pun dah takde mood nak tengok gajah or zebra beriya. Sibuk nak lari2 je.. masa lalu kat gajah tu pun Aiman dah ngantuk sangat. Dia tengok pun dengan pandangan otak tak berfikir. Hahaha... Seb baik cuaca ok, tak hujan. Amni pun tak meragam. Banyak tido je bila tolak dalam stroller. Bila nak balik tu, dia pun dah panas dok dalam stroller, barula nak berdukung. Lebih kurang kol 2.30 petang kitorg gerak balik, tak habis cover suma pun. Nantila, tunggu Amni dah besar macam Aiman skarang, kita datang lagi zoo. Elok kuar pagar zoo je, Aiman dah tertido kat kerusi dia. Hehehe.. lagi 2 minggu.. mungkin ke aquaria pulak ye....

Tuesday, May 8, 2012

Ipoh trip

Lama giler dah x balik Ipoh. Xingat dah pun bila last. Kebetulan mak n ayah balik weekend lepas, aku pun ajak en suami balik skali. Sebab rumah tok xmuat, so aku carila hotel. Bila Lost World of Tambun (LWOT) hotel ada surcharge sebab sabtu hari wesak, aku book kat Impiana. Tapi bila tgk2 balik gambar2 kat internet, mcm menarik la pulak. Dengan 3 kolam mandi yang besar dan cantik, aku pun proceed dgn stay kat LWOT.

Ini mungkin kali pertama ngan terakhir aku dok sana. Dan aku xkan rekemen kat sesapa pun. Hotel yang langsung tak berbaloi. Harga mahal giler.. tp hotel mcm hotel budget. Dahla memang bangunan hotel sendiri bangunan shop lot 2 tingkat je. Bilik kecik, mini fridge langsung x ada, bantal mcm x tukar sarung or basuh x bersabun. Pool xde (ms aku call hotel, dia kata psl pool air panas tp xckp pun ni bukan part of hotel). Memang rasa tertipu giler sebab tujuan aku pilih hotel tu sebab pool. Sebab menginap kat situ, dia kasi tiket masuk ke hot spring yg ada 3 pool cantik2 yg gambar kat internet tu. Hot spring nyer kena jalan kaki.. Dalam 200m++ la jugak. Tensen je.

Bila sampai sana.. Memang cantik, ada kolam besar, tapi.... air nya panas!!!! Paling kurang panas ialah 38degC. Ada yg 39, 40 dan paling panas 43 kot. Hadoi.. Memang berangin rasa tapi simpan dalam hati je la sebab dah salah diri sendiri kan. Sampaikan aku biar je Aiman mandi pakai pampers. En suami yg jaga Aiman mandi, tetiba dia panggil kata nape Aiman nampak mcm berat je. Hahahaha.. Seb baik pampers baru. Nama pun kolam air panas, ramaila orang tua2. Ye la, kan banyak khasiat.
Aiman xkisah, air panas x heran pun. Sampai kecut la. Aku plak yg risau sb kat situ cakap nak mandi paling lama 15min dalam air, 5 minit keluar. Boleh jadi pitam, dehydrated. Pengalaman aku dulu masa celup kaki je pun kat hot spring kat bandung, sampai cirit birit ngan muntah. Kata org sebab buang toksik. Janganla Aiman pun kena gitu jugak. Tapi Aiman mmg hepi la, sibuk jugak kacau atuk2 n nenek2.. Haha..

Then.. Sebab hotel tu shoplot je, cafe utk breakfast pun xde dekat hotel. Ada ke untuk breakfast, kena menapak sampai ke entrance lost world. Kurang 50m dari entrance ke hot spring tu. Memang xde la kitorg pegi makan kat situ. Bangun pun dah kol 9, nak siap lg, nak menapak lagi..

Aktiviti yg ada kat LWOT memangla menarik. Ada water park, amusement park, petting zoo.. Ingatkan boleh pilih, rupanya sekali bayar rm45 untuk semua. Mana sempat ahad tu, nak pegi rumah tok lagi, nak balik kl lagi. Kalu nak, kena spend 1 hari, baru berbaloi try suma ngan apa yg kita bayar. So itula.. Kalu ada sesapa orang luar yg nak pi LWOT, aku cadangkan dok hotel lain lagi baik. Lagi best and value for money.
Alhamdulillah, dapat berpot luck bersama mak2 sedara kat rumah tok. Lama x jumpa, cousin2 yg dulu kecik2 pun suma dah besar. Siap makan, dalam kol 4 gerak balik kl. Aiman sibuk nak naik ngan maktok. Maklumla dah 2 minggu maktok dok kuantan sebelum ni. So apa lagi Amni, abisla kaw belakang kereta Amni yang punya!!

Monday, May 7, 2012

Sedihla camnie..

Hasil susu makin berkurang..
Kalu pam tengahari, dapat 4oz total dah nasib baik sangat..
No more 5 oz.. Skang ni pun, dapat 3oz je..
Sedeyyyy.. Alfalfa dah makan, mungkin xsempat berkesan kot, kena tunggu lama sikit baru pam..
Tapi memang sangat stress skang, tido x cukup, rumah semak + kelam kabut, keje kat opis xbanyak, sedang2 n x stress pun
So apakah sebabnya??? Adakah mmg betul susu dah makin sikit..
Huhuhu.. Camne ni, ada lg 4 bulan untuk Amni setahun..
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku, bagila banyak susu.. Amin...

Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

KLIBF 2012

Kuala Lumpur International Book Fair 2012.. Pesta buku ni dah mcm wajib tiap2 tahun pegi. Semangat nak cari buku2 untuk Aiman n Amni. Tahun ni, siap amik cuti lagi sebab dah pegi masa weekdays, tak sesak, pastu nak amik masa lama, tenang2 cari buku.. tp, kebetulan pulak last minit pagi tu customer panggil meeting, so angkutla Nisah skali pegi KLCC meeting kejap. Seb baik kejap je, kol 11 tu dah siap suma.. pam kejap, then terus gerak ke PWTC. Alhamdulillah jugak, cepat je dapat parking even memula tu pusing2 jugakla kat car park Terminal Putra. Sangat exited!!

Masuk dalam, syoknyerrrr.. banyaknyer kedai dengan buku2 yang aku memang target nak cari. Sorry ye, saya ni memang jenis yang sangat sukakan pada barang murah.. so buku2 yang aku beli pun murah2 saja..


 Buku ni RM2 satu. Hard cover tau..

Buku kisah2 nabi ni memang dah lama dok servey2. Saja tunggu pesta buku sebab aku harap kat sini lagi banyakla murahnya. Okla kot.. dari RM50++ aku dapat RM29 je. Pastu jumpa plak set Bedtime Storybook kisah Al-Quran ngan kisah Nabi Muhammad (atas kanan). Yang ni utk 2 buah buku set bedtime ni, RM50. Yang English version dia hard cover, tp yang Malay version kulit dia lembut skit. Buku siri teladan ni, ada banyak kisah dalam dia. 5 buah RM 10. Saja beli untuk bacaan diri sendiri. Boring2 pam susu kat opis, boleh baca buku.

 Ni je la yang aku beli untuk diri sendiri. Masaknyer tak tau bila.. tapi at least ada resepi, ye tak? hehehe..

Ni plak.. suma jenis 'big book'. Kali ni dah tak cari poster sebab takleh nak lekat kat dinding. Aiman asyik nak tarik je. Kang kalu lekat kuat2, dikoyakkan pulak. Yang 3 atas tu dia jual RM10 satu, yang 3 kat bawah ni jual RM10 untuk 3 buah. Yeah.. terbaik..

Ni la hasil barang2 yang dibeli. Giler berat sebab boleh kat separuh dari yang aku beli tu, suma hard cover.

Ada lagi beberapa buku yang aku beli tapi tak amik gambo. Nisah banyak beli poster, dan poster tahun ni pun murah lagi dari tahun lepas. Beli 4 for RM20, dapat free 1. Buku kecik yang hardcover utk budak2 baca tu pun, sama, 4 for RM20, free 1. Pastu.. kebetulan masa aku lalu kat Telaga Biru, diorg buat lelong buku novel RM5. Buku baru, tapi diorg saja lelong. Aku pun beli.. tapi skarang memang aku tak baca novel pun. Hahaha.. tinggal je la kat rumah mak untuk sesapa yang rajin nak baca.. Beli jugak buku ngan CD. Boleh pasang dalam kereta sambil hantar/amik Aiman dari rumah pengasuh. Sambil drive, boleh jugak ajar Aiman. Tapi dah ada banyak CD belajar ni, aku plan nak set up tv kat atas, siap dvd player skali. Kalu Aiman boring2 tengah malam tak mo tido, dari dia punggah baju2 dalam almari aku, baik dia tengok dvd. Tapi.. tak tau la bila nak stat set up. Baju2 dalam bilik2 lain kat rumah tu pun tak sempat2 lagi nak kemas.

Sebab banyak sangat buku untuk Aiman aku beli, simpan separuh. Kuarkan sikit2. Sangat gatal tangan nak beli buku mewarna.. tapi bukan Aiman reti pun.. Masa hall yang kat bawah tu, karangkraf dan banyak lagi.. tak larat dah nak masuk sb beg dah berat sangat. Masuk karangkaf sebab nak tengok buku2 resepi murah2. Parkingkat beg kat tepi rak.. hall sebelah2 tu suma tak masuk dah. Ok la jugak, kang masuk, sure nak beli lagi kan... hehehehe...

Aiman, sila rajin belajar ye.. Dah banyak ibu beli buku nieh..