Sapa 3 beranak ni? Hehehe.. mestila aku, en suami n Aiman. Segalanya bermula bila en suami mula sakit tekak n selsema. Pastu dia demam. Then, bila aku kemas opis, seperti biasa aku akan mula bersin2 & selsema. Khamis malam jumaat lepas, badan Aiman start panas. risau gak aku.. terus letak cool fever. Esoknya, panas macam dah kurang tp Aiman mula menunjukkan tanda2 batuk n bersin. Aku pun, memang selsema teruk hari tu. Hri tu jugak kitorg gerak balik ke BP. Sampai BP, singgah farmasi cari ubat selsema. Bila Aiman tido, aku pun tido skali. Ubat tu memang wat aku ngantuk giler. Malamnya.. Aiman tak tido... aku yang tidonya. Aku memang tak leh nak buka mata pun. Kasi je Aiman kat my SIL then aku tido atas tilam Aiman! Bila dah lelap kejap, barula rasa segar balik.
Sabtu, batuk and selsema Aiman makin teruk. Sampaikan bila batuk, kuar air mata. Hingus pun meleleh kuar sama. Kekadang tu, batuk sampai kuar balik susu yang dia minum. Sian tengok dia. Tak jadi pi kenduri kawin Zaid (bdk opis) kat Muar. En suami je pi sorang. Seb baik jugakla xpi, sebab hujan lebat kat sana. Malamnya, risau tengok Aiman yang xsihat n merap je so kitorg pun bawak dia pi check doktor. Kat sana doktor amik gak berat Aiman. Skarang Aiman dah almost 5 kg!!! Patutla lengoh dukung lama2, dah nak sama berat ngan beras paket kecik dah. Doktor kata, Aiman dah tak demam, cuma selsema n batuk je. Ubat tak de sebab ni virus je. Kalu sakit lagi teruk, baru datang balik. Skarang aku cuma sapu Vicks je kat hidung n dada depan n belakang Aiman.
Hari ni.. selsema Aiman macam dah kurang sikit. Semalam lagi meleleh-leleh hingusnya. Batuk Aiman je yang nampak teruk. Aku plak, dah tak selsema, tapi ada sakit2 tekak skit. Hmmm... seb baikla cuti lama sampai hari selasa, so hopefully masa tu, Aiman dah sihat... kitorg suma dah sihat... =)
No comments:
Post a Comment