Tuesday, March 24, 2009

@ 5.21 pm

Huhuhu.. tertekan nyer keje arini. Penat melayan kerenah org.. (tp yang dulu lagi terukla..) nila nasib keje kat bidang sales. Baru inside sales, tak buat sales betul2 yang jumpa org lagi. Teruk rasa sb org sales akan kejar sale utk meet target diorg. Kita plak, takleh nak confirm the sales lagi sb tak habis comply ngan customer requirement. Ada org sale peduli? Tak de nyer.. yang dia peduli.. enter order dulu. Nanti lain2 pk kemudian. Agaknya, dia ada persentage komisyen kot.. emm.. nasib baikla jauh.. kalu dia kat msia, hari2 tengok.. mau aku yang sakit nak wat keje nanti.. Mengira detik nak balik.. terkejut tgk ada meja yang dah kosong (orgnya dah balik). I wish i can do that, tp ari2 masuk lambat, suka ati je nak balik awal. Hihihi.. bestnyer kalu dapat cuti lama2.. bestnya kalu dapat makan satay.. bestnya kalu dapat pi mandi sungai.. =P

Friday, March 20, 2009

Kausar nikah @ 13 March 09

Congrats to Kausar.. . Sebab aku kena pi kenduri my cousin in law di Penang hari kenduri Kausar, aku hanya bleh attend nikah kausar je. Tu pun, plan asal nak pi b4 zohor ke rumah Kausar, manage utk sampai lepas Jumaat je, terus ke hotel. Sian Nanin, awal2 lagi dah tunggu aku, skali terpaksa balik sb Maryam dah tak senang duduk. Sorry Nanin. So aku amik Azr kat Subang, terus ke Concord tgk kausar bersiap. Dalam 5.30, gerak ke masjid. Kausar memang nampak berdebar giler.. senyum pun nampak keras jek. Hahahaha...


Alhamdulillah.. selamat dah jadi Pn Kausar..

Hantaran with black and white theme.. nice..

Ida pun datang!!! Dari Terengganu lagi, bersama baby Alia (betul tak eja nieh) yang baru berumur 42 hari. Lena sungguh dia tido. Lepas kitorg jumpa kausar, lepak kejap kat luar sembang2. Bila lagi nak jumpa Ida pas nieh. Kena turun KT la pulak ye.. =)

For Kausar, selamat menempuh hidup baru, semoga berbahagia, berkekalan dan diberkati sentiasa. =)

Monday, March 9, 2009

JB & overheat

It's meeting @ JB again and i'm too lazy to go. So i asked Wani to go with me and we start the journey as early as 5.30am. Hujan sepanjang jalan dari Seremban sampaila ke Pasir Gudang n sampai ke petang. Sebab hujan, meeting pun delay sejam but luckily everything goes very smooth. Pastu bermalam kat Dorsett Hotel. Saja pilih hotel ni sb malas nak masuk JB. Malamnya, amik Marlia kat rumah dia then kitorg pegi makan seafood kat Kg Senibong. Pergghhh.. tak penah sangkat ada seafood yang best kat area nieh. Banyak pilihan ikan segar n sedap n murah. Next time bleh pi makan lagi.
Esoknya, lepas breakfast, opis plak call. Ada few emails yang kena check so siapkan keje dulu b4 gerak balik kl. Sempat jugak singgah Plaza Pelangi beli cd. Wani yang banyak memborong. Then terus gerak balik kl, tp tak mcm smalam, hari tu panas giler. Reaching hentian Yong Peng, perasan yang temperature naik lebih dari separuh. Stop kejap, dia turun balik.. so teruskan je jalan sb plan nak berenti kat Pagoh lama skit, check air. Tp.. baru jalan tak sampai sekilometer, temperature naik cepat giler. Keta pun dah tak berani nak bawak. Tekan minyak je.. temperature naik. So aku biar je keta gerak sendiri (seb baik bawak keta auto). Masukla aku kat laluan kecemasan ngan lampu kecemasan bukan dengan kelajuan 20km sejam! Buat muka toye je la drive. Hahahah.. pastu.. ada pulak bukit.. kena gak tekan minyak so temperature pun sampai merah. Maka, aku pun berenti la... call plus line. Melepakla tepi longkang, lori lalu suma hon kat kitorg. Dengan panas yang amat sangatnyer..
Plus datang, check tengok air kering habis. Dia isikan air, pastu temperature pun dah turun. Kalu drive, sampai kl pun ok tp Izwan suruh kuar exit Pagoh then ke Batu Pahat to my PIL house. Nannti diorg anto keta kat pomen. Kat Pagoh, sempat singgah makan mi bandung yang sedap. yum.. yum..
Izwan datang dari KL amik kitorg.. ala2 merescue kitorg gitu. Balik kl malam tu jugak sb esoknya ada keje yang nak kena siapkan. Reach kl kol 3 pagi.. huhuhu.. penat n ngantuknyer lah..

** bukan aku tak check air tau.. sb 2 hari sblm tu dah anto pomen service radiator. Tak sangka plak air bleh kosong abis.

Finally.. it's ready

Lama dah tunggu.. akhirnya siap gak rumah baru kitorg kat Kota Damansara. Even selang beberapa jalan jek, tp kena pindah pakai lori gak. Tetiba org yang janji nak tolong angkat barang tak dapat datang so yang tinggalnya... kitorg yang pompuan plus anak pah chu, Imran & Zuhri. Izwan ada kena nak kena siapkan pagi, so petang baru datang. Penat.. tp exited tengok rumah baru yang sangat cantik!!! Tinggal cabinet dapur je tak siap lagi masa tu.. Skarang ni, my kampung dah jadi di Kota Damansara! Dekat skit.. best best..

Barang2 yang dah di turunkan, tengah tunggu lori datang angkut.

Sambil menunggu lori datang angkat barang. Gambar kecil : rumah yang dah kosong.
Ni gambar di rumah baru. Tak sempat nak susun barang lagi.

Saturday, March 7, 2009

Dari Pulau Tiga ke KK

Lepas 3 hari di Pulau Tiga, kitorg stay di KK 2 hari. Hotel best.. baru kat Plaza Warisan. Rasa berbaloi giler bayar duit hotel ngan servis n condition bilik kat sini. Di KK tak pegi mana sangat pun, selain kuar utk makan, kitorg sempat pegi ke Sunday Market di Gaya Street. Memang segala jenis benda ada kat sini, tp kalu imbas kembali, rasanya pasar minggu kat Kuching lagi best, besar n banyak barang kot. Lama gak aku kat sini, asyik memilih rantai and brooch pearl. Pastu beli kek lapis Sarawak. Kat sini, binatang pun banyak dijual. Orang main alat muzik pun ada. Seperti gambar di bawah..
Petangnya.. aku ke Pasar Filipino. Sebab dah banyak beli kat Sunday Market, takde la beli sangat pun. Jalan2 je.. tp, yang menariknya adalah gerai2 makanan kat luar nieh. Ada sederet kedai jual ikan bakar yang aku bleh kata murah n sedap. Cuma air asam takde, kena wat sendiri gunakan bahan2 yang dia kasi kat situ spt kicap, bawang, cili api, belacan, limau nipis dll.
Pastu teringat last trip ke KK, beli murtabak yang digoreng. Ni suma atas dasar nafsu.. hihihi.. balik hotel, abiskan ikan, sotong.. dah kenyang nak makan murtabak. Jamah sikit je..
Esoknya, lepas check out, kitorg ke Pasar Ikan Masin, sebelah Pasar Filipino. Kat sini plak.. segala jenis ikan masin yang glemer kat sabah dijual. Pening nak pilih kedai mana nak singgah. Dapatla ole2 ikan masin, sotong kering n terubuk masin buat family terdekat. OTW balik, jumpa buah salak!!! Ni pesanan dari ayah..
Dah penat shopping n jugak berehat, kitorg pun berlepas balik ke KL. OTW balik, dalam flight.. ternampak satu kapal terbang yang saing ngan kitorg! Mcm tak caya plak tp sbg bukti.. ni ha kitorg amik gambo...

*** pas ni nak naik Gunung Kinabalu plak.. bila agaknya tuh..

BBQ Chicken @ Giant Kota Damansara



Yum yum.. lepas membeli hadiah kawin peah (yang patutnya dah berkurun beli..), aku n Hanizah singgah makan kat BBQ Chicken. First time makan di sini ialah kat Tesco Plentong, masa pi meeting ngan my boss di Pasir Gudang. Saja la promote kat Hanizah sb sedap gak dia masak ayam kat sini. Dia marinate kan ayam tu, pastu grill. Harganya pun.. tak mahal sangat. Sama la standard McD n KFC cuma air je yang mahal skit. Even aku dah kenyang.. tp makan jugak skit. Hanizah belanja ;-). Nanti bolehla pegi makan lagi, dah dekat dah restorennya, kat Giant Kota je..

Sunday, March 1, 2009

My wedding - part 1

Lama dah nak wat entri pasal my wedding. Asyik dok tunggu gambar dari my photographer, sampai sekarang tak dapat2 lagi. Janjinya bulan 3.. harap2 by this week dapatla. It almost 2 month since my wedding.. it's a very sweet memory that i'll never forget. For Part 1, let's recap all the preparation few days b4 the wedding..
Of course, Cik yang dari awal lagi datang dari US banyak tolong wat sikit2. Cik n Adilah start ngan menjahit langsir, baju2 utk kenduri.. then Cik balik SP kejap, datang seminggu sblm kenduri ngan mak tok. Baru semangat nak wat preparation.. sehari dua lepas mak tok n cik sampai, kawan2 Adilah pun datang. Diorg memang sangat2 membantu, boleh dikatakan diorg cover almost everything preparation utk kenduri..
Then Hanisah & Shamin sampai dari NZ, diikuti ngan Zaid & Aisyah dan Naim. Biar penuh rumah, suma org tido bersepah, tp kemeriahan kenduri, tido berasak2 tu yang best. =)
Fadwa & Dalila & Maryam datang tolong a day before kenduri. Siapkan suma beg2 utk special guest. Ni memang sengaja wat lambat sb beg2 ni memang memerlukan space yang besar utk disimpan.
Aisyah & Zaid mengikat riben pada bunga. Ceritanya, masa mula2 beli bunga telur kat SP, plan ngan Adilah nak ikat riben, xla nampak kosong sangat bunga telurnya. Dah sibuk mcm2 prepare, tak ingat langsung nak wat. Bila nak isi dlm beg kertas, baru perasan bunga mcm togel je.. hehehe.. sb ada banyak sangat, ikat riben utk bunga telur org marhaban je lah.. yang lain.. tak pe lah. Telurnya yang boleh dimakan pun.. kan? hehehe..

Teringatkan persiapan barang hantaran masa tunang yang berjaga sampai 2-3 pagi dok gubah barang, utk kawin prepare awal2. Dahla aku ni bukan pandai sangat, so lebih kurang sama je design dia ngan hantaran tunang! Hehehe... bakul, net, letak barang & ikat.. Cik & Adilah yang memang banyak habiskan masa utk siapkan hantaran n kasi idea kat aku.

Haa.. ni checklist yang dilekat kat dinding. Pembahagian tugas n ketua yang incharge. Sapa yang dah siapkan keje, dengan bangganya boleh potong kat kertas. Yang paling beriya menunjukkan keje dah siap.. sapa lagi, ayah la!!!
Thanks again to everybody.. yang banyak tolong especially dalam persiapan b4 kenduri. K Sam pun banyak membantu, sampai lewat malam hari sebelum kenduri. Pusing satu rumah ngan aku cari kasut pengantin. Dahla masa tu lewat malam dah, penat, nak tido.. memang tertekan. Rasa nak nangis sangat2 dah.. Till next update (kena tunggu gambo photographer dulu).. thanks guys.. love u all!!!