Monday, November 30, 2009

Sendiri Lagi..

Sendiri lagi..
Suma orang balik kampung sempena raya haji. Hari khamis, mak, ayah, muaz n naim gerak balik ipoh. Yang lagi tak bestnyer, diorg bawak balik kad astro sebab nak tengok bola, kat umah mak tok takde sports channel. Pastu, bawak balik jugak P1Wi Max nyer modem yang mana selalunya aku bukak internet thru wireless dari sini. Huaaaaa... nak nangis jugakla dok sensorang. Aiman plak sangat baik.. tak meragam, n tido je. Lepas mandikan Aiman, aku bosan sangat, nak tengok tv takleh, nak bukak internet pun takleh. So aku mula menalipon kawan2.. sembang ngan mak tih, mak tok, SIL and Azr. Hihihi.. habis 2 jam gak la.. Sementara tunggu en suami siap suma keje untuk gerak balik ke BP, aku bacala buku skit.. And finally en suami sampai kol 3 and terus bertolak balik BP.

Raya haji kat BP biasa je.. sama macam balik weekend biasa. Rendang pun takde! Huhuhu.. ada ketupat nasi ngan lodeh (yang aku tak leh makan) n ayam masak kicap. Ni boleh kata hidangan special jugakla sb kalu raya posa pun, ni suma hidangan wajib. Cuma takde rendang je. So aktiviti biasa, melayan Aiman, tengok tv n tengok tv n tengok tv lagi.. Balik KL semalam.. and terus singgah rumah amik kad astro and broadband.

Arini... n esok.. berdua je lah aku ngan Aiman kat umah. Arini basuh baju Aiman yang sangat banyak, tapi cuaca mendung. Jangan hujan sudah. Lunch sup tulang daging korban bekalan MIL semalam. Esok suma orang balik, so dah tak sunyi lagi!
=)

No comments: