Wednesday, November 25, 2009

Raya Haji & Kek Coklat

Sedar tak sedar.. dah nak raya haji. Memang tak terasa sangat pun, sebab aku dok terperuk je kat umah. Tapi rasanya, kalu aku keje pun tak terasa jugak sb raya haji je..

Teringat dulu masa kat Terengganu, kalu raya haji jatuh tengah minggu, takde la balik kampung (Ipoh or SP). So dok kat umah je, view yang paling aku ingat ialah ayah membaca surat khabar, then kuar pi amik daging. Kitorg adik beradik, happy sebab tak kena pi skolah, n tengok tv je sepanjang hari. Tapi tak selalu pun raya raji tak balik kampung, sebab ayah keje gomen, banyak dapat cuti.

Sejak kerja, Alhamdulillah, tiap2 tahun aku buat qurban thru Mak Yang. Dia kirim ngan orang kat opis dia wat qurban kat negara2 miskin. Tapi tahun ni Mak Yang pi mekah, aku pun tak ingat langung nak tanya. Plan awal, nak wat qurban bersama family in law kat Batu Pahat. Tapi sebab sibuk ngan aqiqah, terus tak ingat nak wat qurban (duit qurban pun dah ke aqiqah..). Hanya my fil & mil je yang wat qurban. Ayah.. emmm.. lupa plak nak tanya, buat kot.

Mak, ayah n yang lain akan balik beraya kat Ipoh pastu pi SP. Aku plak, beraya kat BP. Tapi mengikut cerita en suami, kat Johor tak meriah pun raya haji nieh. Macam hari2 biasa je.. kalu ada pun, ketupat segera (ketupat org johor=nasi impit org kedah). Tak pe lah, aku main2 ngan Aiman je puas2 sb pasni nak keje dah.

Owh.. sempena raya haji nieh.. aku suruh mak amik saki baki kuih raya kat umah aku. Ada 4 balang penuh kuih, n 2 balang penuh kacang! Ye la, kat umah aku tu, kalu orang tak datang, takde sapa la makan. Orang yang datang pun tak makan banyak mana. Then aku n mak wat kek coklat kukus! Skarang masih diatas api.. tengokla camne hasilnya.. nanti boleh bawak balik kampung skali ngan baki kuih raya posa aku. Walaupun aku tak balik kampung... ku kirimkan kek n kuih raya sebagai pengganti diri..
Sob...sob...........

No comments: