Thursday, December 29, 2011
Good morning from bed 508-1
Cek2.. Rupanya tulang hidung kiri aku bengkok (ni sebab dari lahir ye). So ruang dalam hidung sempit skit n senang kumpul bendalir. Patutla dari kecik aku selalu selsema pagi2.. Sebab ni jugak effect sampai ke tekak aku x baik2. Seb baik aku xmakan antibiotik sb doc kata sakit aku xperlukan antibiotik pun. So doc kata nak wat small procedure (rupanya aku buat sendiri sorg2). Semalam buat skali, pagi ni buat skali.
Alhamdulillah jugak diorg kasi bawak Amni. Merasala Amni tido hospital even xsakit. Aiman mak jaga. Amni pun behave xde nangis2 cuma suka sembang2 n smlm bgn sembang kol 2.40 ngan 5 pagi. Dahla kongsi wad 4 org, arap2 xde la orang marah.
InsyaAllah arini dah boleh balik. Aku ni lebih kepada sakit tekak xde selera nak makan ngan seram sejuk nak demam je. Demam xde pun. Tapi doc ENT kat sini sangat best, baik n they claim.. Among the best too!
Wednesday, December 28, 2011
Sakit tekak lagi..
Macam biasa, pas jumpa doc aku cek balik ubat2 suma ngan nisah. Rupanya antibiotik yg doc kasi jenis yg masuk dalam susu n boleh effect joint development baby. Huhuhu.. Seb baik xmakan lagi ubatnya. After few discussion.. aku akan proceed jugak makan ubat tu tp dalam masa 3 hari ni aku mmg xleh bf Amni. Yela, dah sampai 2x tukar antbiotik n sakit dtg lg, better pakai antibiotik kuat utk bunuh suma. Janganla sampai Amni dah xmo bf pasni.
Apapun friends.. Just be careful bila makan ubat while breastfeeding ni. Ada certain ubat batuk n selsema yang boleh stopkan susu. Normally even dah remind kat doc yg aku bf, balik rumah sure akan cek balik kat internet tgk nama ubat tu sesuai x ngan bf. Ada website yg listkan either ubat tu sesuai ke x tp aku dah lupa website apa. Bolehla google cari.. So stat harini, harap2 Amni okla.. Xmo stop bf lagi!!!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, December 21, 2011
Aiman enjoy!!
Aiman pun xberapa sihat. Selsema, sampaikan muka asyik comot ngan hingus kering je. Batuk pun ada jugak n makin teruk bila dia nangis mengada2 yg amik masa untuk berenti. 3-4 hari ni Aiman memang tido awal sebab makan ubat. Sendiri landing n terus tido sampai pagi. Cuma ada hari kol 4 dah bangun, xpun kol 7. Tp okla, sebab aku pun xpi opis jadi relex2 je la. Aiman pun x meraung nak ikut en suami pi opis.
Semalam selsema macam dah ok skit, batuk pun dah kurang. Aku pun malas nak kasi ubat dah. Akibatnya, sampai kol 3 pagi lebih pun xtido2 lg!! Penuh bertenaga.. Huhu.. Aku pun lupa nak tanya tokwan kol brapa Aiman tido siang. Aku terlelap kejap, dah melayang2 debu bedak kat katil, muka Aiman.. ngan Amni yang tido pun abis disapunya bedak. Dah aku sorok bedak, sambung lelap balik, sedar2.. abis dikuarkan suma baju dia dari laci.. campur ngan ubat gigi abis kat lantai. (Sila rujuk gambar).. Huhuhu.. pastu senyum2 buat muka gembira.
X abis lagi, main rambut aku pulak. Tau je la kan rambut orang lepas bersalin ni, sekali sapu ngan tangan je, melekat rambut luruh. So Aiman dok sapu n kutip rambut aku yg lekat kat tangan dia.. n sapu lagi, kutip rambut lagi.. Lama2 dari sapu dah jadi tarik.. Pas kena marah 3-4x.. main mainan Amni yang kena tarik tali.. kuar bunyi muzik. Nak kena tarik kuat, tapi sebab Aiman larat tarik pendek je, dah marah2 sambil nangis.. Adoi.. Kena main jugak ke mainan Amni tu???
Last skali, lepas ntah beribu kali dah suruh tido, jumpa plak biskut dalam balang yang aku sorokkan. Nak makan biskut. Sian la pulak.. dah tu, memangla lapar, org lain tido, awak berjaga. Aku suapla sebiji demi sebiji, biskut huruf ABC yang boleh satu huruf sekali suap. Abis je biskut berjaya la Aiman tido. Aku tengok jam.. 3.30 pagi!!!!! Huhuhu.. Amni pulak bunyi2.. pas kasi susu suma, kol 4 baru tido..
Arini keje!!!!!! :(
Tuesday, December 13, 2011
Terbaekkkkk
Monday, December 12, 2011
Balik kampung @ Kota D'sara
Pagi ahad makin teruk, memang rasa mcm sebiji batu kat tekak. Nak telan air liur pun sakit, selera nak makan langsung xde. Last2 decide pegi klinik jugak. Mulanya malas sb kalu boleh nak tahan je sakit utk elak makan ubat sb bf. Kat klinik, doc kata demam aku 39deg! Huhuhu.. Patutnya dah xtahan sgt, kalu budak2 dah kena tahan wad ni. Then kena skolah soh minum air banyak (hari2 biasa) sb dia tgk mmg aku kurang air sgt. Tekak pun sangat merah n bengkak. Sampai malam semalam, demam cam dah kebah sikit, and alhamdulillah pagi ni demam dah ok. Tinggal sakit kepala n sakit tekak je. Tp rasanya sakit tekak pun dah kurang sikit. Aku risau jangkit kat budak2 ni je. Aiman smlm ada panas sikit, Amni so far ok lagi. Suma kena dok jauh2 n Amni hanya dekat ngan aku ms bf je. Esok dah stat keje.. Lusa ingat nak amik cuti. Moga harini sembuhla seperti sediakala. Syok jugak dapat balik kampung..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, December 4, 2011
Hmmmm
Makin lama makin bersepah, hasil keje Aiman sorang je
Dari pagi bangun, sampai skarang xtido n masih bertenaga mencari apa lagi projek2 terbaru
Manala xkeding anak oiii... tenaga kuar terlebih banyak dari tenaga masuk..
Aku rasa, hujung minggu memang kena keluar
Pagi2 kemas rumah, mop kasi wangi, then menjelang tengahari tu keluar
Pastu nak malam balik, anak dah penat jalan2 jadi akan buat sepah sikit2 je
Untuk xbuat sepah langsung tu mustahil.. so adala sikit sepah even penat kuar berjalan
Then tido...
Agaknya sebab ni la kot aku selalu tgk post orang kat fb kuar jalan2 every weekend
Aku sekarang pun xtau nak stat kat mana nak kemas
Kang kemas, Aiman nampak, nak main balik apa yg aku kemas
Makanya, biarkanla bersepah sampai Aiman tido
Kalu larat lg, kemas sebelum tido
Kalu x.. esok je lah..
Friday, December 2, 2011
Busy
Pam susu pun terburu2.. Banyak jugak skip masa.. Hasil pun xbanyak..
:(
Moga segalanya berbaloi dengan masuknya order tender2 ni suma..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, November 29, 2011
Aiman kelakar..
Aku tgh kasi Amni minum susu then Aiman jumpa botol susu yg biasa aku guna untuk pam. Then beriya2 soh aku pam. Bila aku buat2 letak pam kat breast, then Aiman pun cakap 'ibu pam. Nanti bunyi phoot phoot..' Hahaha.. Phoot2 tu memang sebijik sama ngan bunyi pam aku..
#2
Aiman suka tarik rambut Amni ngan gigit kuku sendiri. Selalu kitorg tegurla cakap jangan gigit kuku.. jangan tarik rambut. Seminggu dua ni Amni dah stat masukkan tangan dalam mulut. Kekadang tu isap lengan baju. Bila Aiman tengok, terus tarik tangan Amni keluar dr mulut sambil cakap jangan gigit. Biasa pulak, Amni ni sebelah masak mulut sambil sebelah lagi garu kepala. Dah 2-2 tangan kena tarik letak bawah oleh Aiman sambil cakap jugak jangan tarik rambut.. jangan gigit.. Adoila, aku sendiri xtau nak cakap sb kalu kata xpe kat Aiman, nanti dia ingat dia pun boeh buat yg sama jugak.
#3
Aiman masih lg belajar bercakap. Pelat memang konfem ada. Susunan ayat pun tunggang langgang. Macam :
- nak dukung ibu.. Pttnya nak ibu dukung. Terbalik disebutnya
- satu lg ni aku xingat dah exact ayat tp contoh perkataan macam 'buatkan'.. Aiman akan cakap 'kan buat'.. Tp xsuma, kadang2 je akan kuar ayat istimewa ni.
#4
Bila ajuk orang solat kan, mesti bila time duduk or baca doa, dia buat mulut macam kumat kamit. Sebab tak tau nak baca apa, janji mulut gerak2.. jadila..
#5
Bila buat kesalahan terutamanya yg melibatkan Amni, mesti Aiman akan berdiri tegak, mata xpandang kita or Amni yg tengah nangis, pastu buat muka pandangan xtahu apa2. Eiiii.. Kita ni dahla geram sebab dia buat adik, tp bila buat muka comel xtahu apa2 tu, terus xjadi marah.
Makin besar ni, makin macam2 akal fikiran. Okla.. Janji berkembang. Jangan berkembang ke arah yg salah sudah. Moga Allah jauhkan segala yg buruk n x elok..
** today will be a hard day. First time handle FAT, xstat lagi pun dah rasa macam tunggang langgang byk menda xsetel. Nak kena masuk opis super duper awal utk print doc sb lupa nak buat. Then rush pegi kelang plak, sb stat kol 9. Seb baik malam tadi budak2 ni suma beri kerjasama tido awal n xbanyak kerenah. Skang tengah pam, n xtaula mana aku nak pam nanti kat area fabrication yard tu.... Moga Allah permudahkan suma..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, November 23, 2011
Sayang Muka Buku
Sayang sampai buku keras Aiman diketuk kat kepala Amni
Meraung Amni, tambah plak masa tu dia tengah tido
Lama jugak nak tenangkan Amni
Maybe campur sakit jugak sb everytime Amni macam dah slow sikit nangis.. aku tuam kepala Amni
Dah meraung balik.. ada sikit darah, agaknya luka kena hujung buku kot
Aiman relex buat muka xbersalah
En suami marah.. terus nangis
Dah nak aku dukung plak.. ngan Amni yg ada saki baki sedu
Hmmmm.. Camne eh? Aku ni dok pk2 jugak.. camne nak elak Aiman dari buat Amni
Mungkin dia sayang.. Mungkin dia geram.. Mungkin dia jeles..
Bila marah Aiman.. Nanti pastu aku plak yang rasa kesian, rasa bersalah
Tapi kalu xmarah, cukup ke dengan biarkan or cakap mulut?
Kang Aiman buat lagi (tp biasa marah pun, Aiman buat je lagi.. huhu..)
Aku banyakkan doa, xde la jadi lagi.. n xde la efek apa2 yg xelok kat Amni
So far, xde dah merah or lebam
Bekas darah smlm tu pun aku xjumpa punca dia
Inilah kisah Sayang Muka Buku Aiman n Amni
Amni dapat buku kat muka dari kasih sayang Aiman..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, November 20, 2011
Takut!
Alkisahnya.. Kitorg balik kampung BP weekend ni. Aiman memang suka main2 lari2 pusing rumah. Malam smlm, aku tgh susukan Amni dalam bilik n Aiman main2 kat depan dengan atuknya. Sekali sekali dia datangla lari2 jenguk aku kat dalam bilik. Sekali tu, tetiba dia dok diam kat meja makan yg kat luar bilik aku. Adala dalam 5min jugak kot sampai atoknya pelik Aiman mana n cari. Diam je Aiman xckp apa2 n berpeluh2 dia. Bila atuknya tanya, memula Aiman xckp, pastu atuknya assume Aiman berak. Memang dia suka dok diam pun kalu berak tp jarang dia menyorok utk berak. Bila aku pi amik dia, kata Aiman takut kipas/lipas. Aku pun xsure yang mana satu tp mmg ada satu kipas berdiri kat situ yg dah xguna. Bila aku tarik dia bawak masuk toilet (ingatkan dia berak), dia dok ulang lagi takut kipas. Aku just kata xde la, lipas dah xde. Dalam hati dok terpikir gak kot Aiman nampak menda lain.
Dah siap cebok n Aiman xberak pun, just kencing je. Aku pimpin dia dari toilet masuk bilik n of couse lalu kat area meja makan + kipas tu.. Aiman pandang dinding je sepanjang jalan. Ok...... Aku perasan itu n seb baikla aku xrasa meremang bulu roma. Huhuhuhuhuhuhu.. Terus masuk bilik n baca ayat kursi, 3 Qul ulang2 sambil siapkan Aiman. Masa Aiman baring atas katil aku pakaikan pampers pun ada sekali sekala Aiman pandang bucu katil yg dekat pintu. Pandang lama.. mcm nampak sesuatu. Serius aku yang takooootttt!!! Kuat2 n slow2 aku baca, utk make sure tajwid betul suma. Sambil tu alihkan jugak perhatian Aiman kat aku. 2-3x jugakla dia pandang bucu katil tu. Aku baca bila nak abis 3x tu, Aiman cam dah ok, ckp2 n xsabar nak kuar. Mungkin dah xde kot, n aku pun soh Aiman main2 diam2 je kat depan. Xyah pusing2 satu rumah.
Malamnya en suami balik, aku citer n en suami pun ada sebut yg Aiman akan ckp takut kalu dia nampak sesuatu yg menakutkan dia je. Owh.. Seb baikla aku xrasa meremang or apa.. kalu x sure aku lari bwk Aiman tp aku tetap rasa takut tgk Aiman punya reaksi. Memang kaw rumah mil aku ni keras sikit sb betul2 belakangnya hutan bukit. Banyak kisah org bunian mil aku cakap. Alhamdulillah Aiman ok, xde menangis tgh malam or apa. Amni pun ok. Owh lupa, kejadian dlm kol 10-11 gitu rasanya. Seb baik jugak arini dah balik kl!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, November 19, 2011
4 x RM5 = RM15
Orang ramai la jugak tapi bolehla jalan2 n tengok barang.. siap bawak stroller lagi..
Alkisahnya, aku tengah beratur nak bayar beli barang kat kedai apa ntah.. one of kedai yang support bf ni la..
Penjualnye tulis kat resit every single barang yang kita beli, so sementara tunggu turn aku, aku tengokla penjual ni tulis kat resit barang yang orang sebelum aku beli
Quantity : 4
Unit price : RM5
Total price : RM15
Aku cam pelik.. eh, budak ni salah kira ke? Orang yang beli barang tu pun relex je tengok resit tu. Aku dok pk dalam hati.. nak tegur ke.. nak biar.. nak tegur ke.. nak biar.. sampaila masa akak yang beli tu kasi duit kat penjual tu, aku pun tegur la...
"Eh.. yang ni, 4 x RM5 bukan RM20 ke?"
Penjual tu cakap.. yang ni beli 3 percuma 1 kak.....
Huhu.. malunyer.. rasa nak lari terus. Mesti akak yang beli tu pun bengang je ngan aku.. Agaknya dia ingat aku tak puas ati sebab penjual tu salah kira..
Cover balik lah...
"Ooo.. free satu. Sarung kaki ada? (yang akak tu beli sarung tangan) "
Penjual.. ada, sarung kaki pun beli 3 percuma 1 jugak.. harga sama..
"Kat sana eh.. emmm.. bayar yang ni dulu lah, nanti pegi tengok.."
Hua hua hua... konfem la akak yang beli tu tak percaya n tahu aku cover je
Malunyerrrrrrrr... pas bayar, terus blah, takde nyer nak tengok sarung kaki....
~ ok la jugak bawak Aiman, takde merengek.. even aku sibuk jalan2, dia pun takde mintak nak apa2. Ikut je.. terkejut kot tengok ramai sangat orang. Pastu makan banyak giler kat Nandos ngan dalam keta, terus tido sampai ke maghrib... penat sangat la tu..
Tuesday, November 15, 2011
Morning 15 Nov 11
Monday, November 14, 2011
He's 25 months old!!
Kalu Amni menangis, kadang2 aku zikir Lailahaillallah.. dia pun sibuk jugak tolong berzikir sambil tepuk Amni..
Friday, November 4, 2011
Aiman's 2nd Birtday Cake
Ni sambutan birthday separa besar2an.. disambut oleh adik beradik n pakcik makcik sepupu sebelah aku. Aku belikan kek Angry Bird. Memang nampak real, bukak kotak je, terus Aiman cam dan sebut "Angry Bird!". Pastu terus excited nak calit tangan kat aising.. tp mulut sibuk cakap 'tajam.. tajam..'. Suma sibuk amik gambo kek ngan dia.. dia sibuk jilat aising bahagian belakang kepala.
Wednesday, November 2, 2011
Day 1 n 2
Working day 2 : Lupa password laptop! Smlm tukar password sb dah expired, arini lupa password baru. Last2 call IT soh reset balik.
Lupa bawak susu Amni! Terpaksa mintak tolong mak hantarkan.
Betulla pas beranak cepat lupa!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, November 1, 2011
Baru
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 31, 2011
My heart hearts!
Jumaat aritu Aiman tertepis n pam terpelanting jatuh katil
Lepas tu kadar sedutan dah x ok
Memula ingat problem tube, sebab mcm ada bunyi angin kuar
Tapi bila test ngan tube lain, bunyi jugak
Bila test plak tube aku kat pam lain, elok je, xde bunyi
Nampaknya mmg pam la yang rosak
Lusa dah nak stat keje
Memang sedih + susah hatinyer rasa
Nasib baik esok cuti lg, boleh pegi anto repair
Aku dah call service centre n diorg akan amik masa 2-3 minggu utk repair
Owh..... Xtau dah nak kata apa
Nak tido pun xlena.. nak makan pun xlalu..
Kalah orang bercinta..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 28, 2011
Risau
Ish.. Mintak2 la xde gangguan letrik.. biarla susu2 Amni selamat.. Xsabar rasanya nak balik.
** ada tinggal kunci kat rumah mak tp lupa kasi kunci pintu kayu. so kunci with mak only kunci pagar n grill jer!
*** dahla pam ada problem skit plak skarang! Arghhhh.. tensen.. tensen..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, October 27, 2011
Hadiah special..
Makanya, sabtu lepas en suami jumpa mesin potong rambut kat Giant, balik rumah terus operasa potong rambut. Licin.. Licin.. Aiman pun behave cuma geli ngan rambut yg jatuh kat badan dia. Bila aku dah sapu buang, dia dudukla diam2 balik. Kira lagi okla dari perangai Aiman bila gunting rambut kat kedai. Mula2 diam.. pastu kepala senget2 ikut kat masa pisau potong rambut Aiman, last2 meraung sebab xmo dah tp still kena potong jugak sb xhabis potong lg. Nampaknya, lepas ni sampaila satu jangka masa yang panjang (maybe skolah rendah kot), Aiman potong rambut kat rumah je la. Tp next time xdela potong no 1, maybe no 4 ke.. Sebab rambut Aiman halus giler, potong no 1 je pun, dah nampak kulit kepala Aiman je..
This weekend turn Amni plak. Rambut Amni xcukur lagi since lahir haritu. Kebetulan ms hari ke 7 tu, mak balik ipoh, family in laws datang visit. Jadi kelam kabut sampai terlupa nak cukur. Weekend ni cukur skali rambut sempena aqiqah Amni kat BP. Skarang pun, nak mandikan Amni lama giler kat part rambut sb nak make sure suma kena air.
Nanti akan ada.. dua budak botak : Aiman & Amni!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 24, 2011
Little Amni
Awalnyer bangun arini..
Nak lepak ngan ibu dulu eh..
Sebab arini Amni dah kena hantar dok ngan tokwan (pengasuh sama ngan Aiman)
Huhu.. Ibu pulak yang rasa sayu..
Ni dok mengeliat2 n mengerang2 dari tadi.. sakit perut eh?
Amni sayang jangan nakal2 kat rumah tokwan ye.. Jadi good girl tau..
Pasti ibu akan rindukan Amni n Aiman
Hmmm.. Nanti petang ibu amik awal ye.. janganla hujan..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 23, 2011
Bermalasan
Bersusah2 hari sabtu.. bermalas2 hari ahad..
Yeah.. Semalam bersusah payah basuh kain, kemas rumah sikit2, iron baju en suami utk seminggu.. supaya hari ni boleh relex2 skit. Apa gunanya hari minggu kalu bukan untuk berehat? Tp.. Rasanya ni xberapa applicable utk ibu2 atau pun surirumah yg xde bibik. Bila2 pun sure ada je keje. Actually, even dah bersusah2 semalam, harini pasti ada jugak keje nak kena buat. Sama je.. So, pagi ini aku berkeras untuk memalaskan diri (hanya sehingga Aiman n Amni bangun tido ye..). Makanya, cuba utk tido kembali. Dari pas subuh around kol 6 td tp xberjaya lagi, perut pun dah lapar. Nak bermalasan punya pasal, hold jugak dulu lapar tu. Last2 tulis blog. Okla, dah ngantuk balik..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 21, 2011
Smile!!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Hujan
Cuma yang xsyok ialah waktu nak amik Aiman. Awal minggu aritu hujan awal n by kol 6 dah berenti. So bolehla amik lewat sikit. Hari rabu hujan lebat sampai malam. En suami balik lambat (dia pun kehujanan naik motor). Aku plak camne nak mengangkut Amni dalam hujan lebat. Last2 terpaksa minta tlg nurul amik n hantarkan Aiman. Seb baikla ada member yg hantar anak kat pengasuh yg sama.
Semalam hujan jugak, seb baik dalam 6.30petang dah berenti. Kalu x, kena tunggu en suami la amik Aiman, yg mana maybe dekat or pas maghrib.
Hari ni.. plan aku amik Aiman sebelum hujan! Hehehe.. maybe kol 4 kuar kalu harini hujan xturun awal dari biasa. Nak singgah Ani Sup Utara, dinner sup daging lah. Barang basah dah abis stok. Semalam pun masak sardin ngan telur je.
Next week minggu last aku cuti. Banyak nak kena setelkan next week ni. Amni nak hantar rumah pengasuh. Test seminggu. Sayang jugak nak kasi Amni supaya pengasuh jaga tapi tu la, mmg gitula lumrah ibu bekerja.
Things to do next week :
- amik MyKid Amni
- jumpa dentist
- pi IKEA cari barang skit (kalu sempat)
- pi OU cuci gambar
- pi My Dear warehouse
- pi checkup Amni n Aiman kat kk
- potong rambut
Mak aih.. silap2 satu pun xjadi, aku melepak kat rumah sensorang. Rumah sendiri pun xabis kemas lg ni. Asyik plan je, execute nyer xbuat2 jugak..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, October 18, 2011
Time for Allah
Baguskan macam ni. Aku yang dok kat dalam opis, siap ada surau lg, kekadang tu nak dekat Asar baru kelam kabut nak solat Zohor. Adoila.. mcm xleh tinggal keje tu kejap. Suka melengah-lengahkan solat.
** ok, xsolat Zohor lagi.. Amni baru tido, so.. Time For Allah! Sebelum Amni bgn balik n nangis masa aku solat..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Penat + Ngantuk = Malas
Bangun awalllll giler, terus buat segala yng patut
Xtido sepanjang haru
Then tido lambattttt sangat
Sampaikan 2-3 hari ni sambil kasi Amni susu kol 11 gitu dah boleh terlelap
Bahaya tol, sb kang terlelap, terlepas Amni macam kes Aiman jatuh katil dulu
Dan skarang jugak, sangatla malas nak pam susu sebelum tido n bangun tengah malam
Sebab aku ngantuk sangat
Adoila.. Kena kuatkan semangat
Aku ada sampai minggu depan je untuk kumpul stok sblm keje
Biar sikit pun dapat, tapi dari sikit tu... lama2 totalnya akan menjadi banyak
Tapi... aku sangat penat.. aku sangat mengantuk..
ZzzzzzZzzZzZZZzzzz..
Semangat.. tolong datang..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 17, 2011
Sampai ketemu..
Semalam jemput geng member2 4th UM dulu datang rumah potluck.
Yuna, Marlia, Hajar, Azr, Kausar, Aza , Suzen
Riuh rendah rumah, dengan gelak kuat giler, budak2 main + bergaduh
Makanan pun banyak sampai suma kena paksa tapau ngan aku
Hehehe.. kalu x, sayang je terbuang
Konon sempena birthday Aiman, birthday Marlia n birthday anak Azr, Yaya n Ariq
Punyala sibuk sembang n makan, lupa plak wat upacara potong kek
Amik gambo pun 2 keping je
Budak2 sebab aktif sangat, xsempat nak masuk dalam gambar
Suma dah berkeluarga ni, dah makin jarang nak boleh jumpa kawan2
Rasanya thru fb n blog jela yg mengupdatekan kita pasal latest aktiviti kawan2 (aku xmain twitter)
Nak jumpa kat luar, konfem xsempat sembang sebab sibuk mengejar anak2
Sampai jumpa lg di next potluck..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, October 15, 2011
Mencair
Aku xkisah ayam2 utk lauk next week
Aku xkisah daging2 yang baru beli semalam
Aku xkisah makanan2 segera sebagai breakfastku next week
Tapi yang aku kisah stok2 susu Amni suma dah mencair
Kecewa and luluh rasa hati
Stok yang aku kumpul sepanjang minggu ni
Seb baikla ada jugak sikit kat rumah mak
Entahla, samada freezer mmg rosak or byk sgt barang aku simpan
Tp memang pintu freezer tertutup rapat
Nila satu menda yg aku takutkan bila wat stok susu
Freezer rosak, blackout yg lama ataupun main suis trip ms balik kampung
Suma yg xleh jangka
Aku berdoa mintak jauhla dari suma ni
Semoga segala usaha utk exclusive bf Amni dipermudahkan Allah
Next week kena rajin2 pam utk tambah stok
Nampaknya harini Amni kena minum susu guna botolla
Masih ada 1 hari utk habiskan, tp rasanya xhabis kot sb ada dlm 40oz la jugak
Nisah.. nak kasi Nuha, Amni, Furqan n Aiman adik beradik sesusu x? Mehla tlg abiskan susu ni..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 14, 2011
Bangun minum
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Happy Birthday Aiman!!
Saja xmo tido lagi eh, nak soh ibu amik gambo birthday boy.
Ingat lagi tahun lepas Aiman masuk hospital sebab demam on his birthday, cancel plan buat party even dah siap suma bahan n tempah kek.
Alhamdulillah tahun ni Aiman sihat sejahtera.. dan insyaAllah akan sihat sentiasa
Ibu doakan :
Aiman jadi hamba Allah yang soleh ..
Aiman jadi anak yang sentiasa mendengar kata dan berbakti pada ayah dan ibu
Aiman jadi abang yang sentiasa menjaga Amni dan adik lain nanti2..
Aiman jadi budak yang bijak dan baik hati
Sumala yang baik2... Hehehe..
Happy birthday Aiman sayang..
Love u soooooo much..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, October 13, 2011
Pagi yang haru lagi biru..
- Aiman bangun awal dari sepatutnya. Nampak pulak en suami nak pi keje. Dah meraung2 nangis nak ikut dan lagi kuat meraung bila kena tinggal n dengar bunyi motor.
- Amni pun bangun jugak. Nak susu.. Seb baik Aiman dah diam bila kasi hp tgk video ABC. So dapatla Amni minum susu dengan tenang.
- Mandi macam kambing, cepat2 sambil pasang telinga kot Amni nangis.
- Tengah goreng ikan bekal Aiman, Aiman kencing pulak kat tangga. Bawak masuk mandi, aku turun bawah tgk ikan. Sekali boleh pulak Aiman kuar balik n landing atas katil. Abis cadar n toto kena kencing kat seluar Aiman. Huhuhu..
- Mandikan Aiman + tgkkan ikan goreng + mop lantai + basuh toto.. dan tambah lagi, Amni nangis pulak. Terpaksa korbankan Amni, kesian kena nangis lama sikit.
- Dah siap masuk keta suma, dah kunci pagar, handbag pulak tertinggal dalam rumah. Seb baik hp ada dalam poket. X larat dah nak masuk rumah amik, lagipun xberani nak tinggal Aiman n Amni dalam keta, luar pagar rumah plak tu.
- Sampai kat simpang nak ke rumah tokwan, Aiman dah meraung xnak pegi rumah tokwan. Skang dah tahu jalan, siap suruh masuk simpang yg menjauhi rumah tokwan lagi. Kalu masuk simpang lain, makin kuatla nangisnyer.
- Seb baikla Amni nyenyak je tido kat belakang. Kalu macam semalam, Aiman nangis xnak turun, Amni pun nangis jugak nak suruh pegang. Riuh rendah dalam keta dua-dua nangis.
Hmmm.. Memang skarang kalu nak buat apa2, ada masa lapang je terus kena buat. Xleh tangguh2.. Kalu dapat hari yang smooth je, kira tu rahmatla, tapi hari smooth ni hanyalah kebetulan. Kenyataannya, macam kat atas ni la. Apapun, ada 2 anak ni adalah rahmat yang terbesar and I'm enjoying this 'haru lagi biru' moment.. =)
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 9, 2011
X senang..
Sebenarnya aku macam takut nak balik rumah. Takut terkejar2 nak siapkan suma menda. Takut xsempat nak cover Aiman n Amni pada satu masa. Owh.. kena tambah sorang lagi, en suami juga. Boleh ke nak masak nanti? Sebelum ni pun aku memang beli je lauk2 suma. Tu pun alasan xsempat ngan Aiman. Skarang tambah Amni plak. Tapi skarang tengah semangat nak masak, sebab susah nak kuar n dah beli macam2 bahan + buku resepi lg. Harap2 adala masa tu. Mungkin skarang kena ubah timing sikit, bangun pagi2.. sebelum Aiman n Amni bangun, then siapkan sebanyak kerja rumah + masak skali. I wish I have a maid....
Ni gambar Amni pakai baju xde lengan. Kat tempat cucuk BCG bernanah sikit tp dah kering. Tadi masa Aiman sibuk nak cium2 Amni, tertepis pulak. Agaknya xsakit sebab Amni xnangis tp terkopek sikit. Aiman sangatla suka tarik rambut Amni. Aku memang nak cukur, tp en suami cakap, kang masa majlis aqiqah + cukur jambul akhir bulan nanti, nak cukur apa? So kena jaga2 je la bila Aiman dekat ngan Amni. Xkasi dekat, kesian plak kat Aiman nak sayang Amni. Xpela Aiman, masa kecik buli Amni, nanti besar Aiman jaga Amni pulak ye...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 7, 2011
Tak suka tapi tengok jugak..
Sebelum ni selain menyampah tengok ustaz ni, menyampah jugak tengok orang2 lain yang konon kena patuh giler kat ustaz ni.. pastu macam sumai[ orang sangat lemah.. tak mampu nak melawan..
Tapi episod 1-2 minggu kebelakangan ni macam menarik. Aku menunggu citer ni setiap minggu. Sebabnya.. ada si Suraya ni. Even dia memang pengacau or boleh kata budak jahat la jugak.. tp aku suka sebab dia je yang berani ngan ustaz ni. Aku macam menyokong plak dia ajak ustaz ni buat jahat.. or segala godaan n pujuk rayu dia kat ustaz. Hik.. hik.. hik.. sebab, dengan cara ni jugakla dapat membuka pekung di dada ustaz.
Satu2nya sebab yang buatkan aku masih menonton citer ni ialah keinginan yang sangat tinggi nak tengok apa kesudahan yang jadi kat ustaz ni.. ngan orang2 yang taksub sangat kat dia..
Aku dengar, tak lama dah nak abis citer ni. Harap2 sempatla abis sebelum aku tamat tempoh jadi surirumah.... hehehe...
Tamat sudah..
Next week, dan lagi 2 minggu lepas tu, aku jadi surirumah sepenuh masa. Bestnyer.. tak yah pi keje, gaji masuk. Hehehe.. tp terbatas sikitla nak kuar, dah ada 2 orang ni. Plan akan hantar jugak Aiman kat umah nanny.. sebab takut lama tak hantar, dia dah terbiasa, nanti bila nak hantar dia tak nak pulak. Sekarang pun kalu usik2 cakap nak hantar rumah tok wan, menjerit kata tak nak. Tapi masih bergantung pada aku la.. ikut hati, malas je nak kuar semata nak hantar Aiman.. tengokla camne..
So itula.. moga segala urusan kat rumah nanti dipermudahkan. Aiman pun xde la buat perangai sangat.. Amni pun behave. Petang nanti nak pi Giant.. shopping barang2 rumah.. mesti rambang je mata nak beli macam2 makanan.. maklumla, bertahan dah lama..........
Thursday, October 6, 2011
Monday, October 3, 2011
Ragam Amni
Kalu ikut ati, xkisah je nak pegang Amni lama2, tapi risau jugak nanti Amni asyik nak orang pegang je. So skarang, aku banyak letak Aiman kat dalam rocker plak. At least kalu xnyenyak tido, bolehla goyang2. Tapi biasala bila ada abang ni, letak Amni dalam rocker akan menambahkan hazard pada Amni! Hahaha.. Aiman sayang sangat, suka nak peluk cium sampai penyet2 Amni.
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, September 29, 2011
Soal jawab bersama Aiman
A = jawapan Aiman
Q : Ayah mana?
A : Ayah keje..
Q : Petang nanti ayah datang ye..
A : Ayah bawak Aiman jalan-jalan......
~ terus msg ayah supaya petang nanti balik awal sikit bawak Aiman jalan
Q : Ayah pegi keje naik apa?
A : Naik moto..
Q : Moto sapa?
A : Moto Aiman...
Q : Aiman nak pegi umah tokwan (pengasuh)?
A : Tak nak..
Q : Aiman nak naik basikal? (kat rumah tokwan ada basikal yg Aiman suka)
A : Tak nak..
Q : Aiman nak aiskrim?
A : Nak..
Q : Ok, kita beli aiskrim, makan kat rumah tok wan ye
A : Aiman nak aiskrim..
~ aiskrim je nak.. rumah tok wan tetap xnak..
Q : Amni buat apa? (sambil pangku Amni)
A : Amni tido..
Q : Haah.. Amni tido
A : Amni bukak mata.. (sambil tarik kelopak mata Amni nak suruh bukak mata)
Suma nak ibu..
Aiman skarang... super duper manja. Suma menda nak ibu buatkan. Kalu tak, meraung2 menangis.
Jom mandi.. ibu kena mandikan. Berak.. ibu kena basuhkan.. kalu tak tak nak masuk toilet.
Nak basuh tangan.. ibu kena pimpin tangan ke dapur. Sebab ibu xleh dukung utk Aiman basuh tangan kat sinki.. maka celup tangan dalam mangkuk je la.
Kalu tengah makan, then pedas.. ibu jugak kena kasi air. Kalu maktok bawakkan air dari dapur, Aiman xnak minum, xnak amik pun cawan maktok hulur. Maktok kena kasi ibu dulu. Biarla pedas giler pun Aiman masa tu. Ada masa, air mmg dah ada atas meja, Aiman amik gelas, kasi ibu dulu.. ibu pegangkan gelas, baru Aiman minum.
Kalu jatuh ke, sakit sikit ke.. ibu jugak kena gosok n peluk Aiman. Mesti cari ibu, kalu masa tu Amni tengah minum susu, xpe.. kongsi peluk ibu ngan Amni, Amni side lain, Aiman side lagi satu. Tapi kalu Aiman kena marah ngan ibu, still datang peluk ibu jugak! Hehehe... yang ni best..
Kalu nak makan biskut ke.. nasi ke.. cucukkan straw utk air ke.. mesti ibu jugak. Kekadang tu, sambil susukan Amni, suapkan Aiman makan nasi. Nak wat camne, nak i bu jugak.
Tapi.. kalu ayah ada pulak, jangan harapla nak lepaskan ayah skarang. Apa je yang Aiman buat, ayah mesti ada dalam range pandangan Aiman. Eg.. ayah kat ruang tamu, Aiman saja jengok mak tok kat dapur.. kejap2 datang depan check ayah ada ke tak. Telinga memang alert giler dengar kunci grill and apatah lagi alarm keta ayah. Takut sangat ayah tinggalkan dia.. sebab Aiman nak ikot!! Sampaikan mandi.. ayah yang kena bawak ke toilet, duduk tepi toilet masa ibu mandikan dia. Risau kena tinggal. Tapi kalu ayah takde.. ibula semua..
Kalu masa mula2 dulu, boleh lagi maktok mandikan, kasi makan.. sekarang takde dah.. suma ibu. Tapi xde la nampak macam Aiman jeles kat Amni. Relex je dia kalu tgk Amni bf or aku salinkan Amni or apa2 jela yang aku buat ngan Amni. Siap datang nak sayang Amni banyak kali. Nak suruh dia cakap 'sayang ibu'.. xde la. Asyik cakap sayang Amni je..
Wednesday, September 28, 2011
Kepit Kuku
Seb baikla jumpa penyepit ni, kalu x, Aiman suka sangat gigit kuku. Sampaikan luka la kuku ibu jari sebab sibuk nak gigit. Semalam lagi teruk, gigit kuku ibu jari kaki!! Ish.. Takkan nak adik lagi? Ibu xabis lagi fobia bersalin Amni aritu..
Petang ni pegi kk. Amni cucuk sebulan.. Aiman plak nurse nak follow up pasal berat dia. Susahla nak suruh Aiman makan nasi skarang. Ikut mood dia je.. kekadang tu sampai bawak kuar periuk la sebab Aiman mcm excited makan dlm periuk dari dalam pinggan. Tu pun xbanyak mana. Nak kena cari supplement yang boleh tambah selera makan Aiman. Abis pantang nanti, bolehla bawak Aiman pi klinik. Kalu klinik kasi supplement, boleh amik resit and claim! Hehehe..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, September 27, 2011
Monday, September 26, 2011
Citer melayu.. ginila
1. Banyaknyerla muka Aeron Aziz skarang. Aku biasa je, minat giler2 x.. x minat pun x. Layan jek. Aku rasa sejak citer apa tuh.. ala, xingat pulak tajuknya, xhenti2 drama2 dia kat tv. Murah rezeki dia.
2. Kisah manusia yang xberharta tapi xsedar diri nak harta orang. Jahatkan orang2 cenggini, sampai sanggup bunuhla, tipula, bomoh2 la. Xpaham aku, kalu dah xde harta, usahala sendiri. Benci betul tengok manusia2 yg nak kaya dengan senang atas kekayaan orang lain.
3. Kisah laki @ suami @ ayah2 yang gila seks ni. Asyik nak merogol je kejenya. Memang banyak pun dalam masyarakat. Tapi bila tgk citer2 ni, memang wat aku rasa nak pi sepak2 je pelakon ni. Hahaha.. Memang pelakon2 ni sgt pandai berlakon.
4. Ustaz Shauki.. Adoi.. Geram tol.. Gaya bersahaja guna dalil2 konon dia je betul. Akhir citer ni, kalu boleh aku nak ustaz Shauki tu mati, kena bunuh ngan Seri or bini dia yang lain yang jadi sakit jiwa sebab dpt laki macam ustaz Shauki! Baru puas ati aku tgk citer ni..
5. Orang2 baik yang lemah n xreti nak melawan bila ditindas. Ikut je telunjuk orang2 jahat. Memang buat aku geram + menyampah. Sebab tu aku awal2 lagi xfollow citer indon.
6. Kalu telemovie.. Asyik2 ending dia orang baik mati. Mungkin sebab skarang musim raya kot, so banyak citer2 sedih yang memberi kesedaran. Tapi, xleh ke buat citer yang happy ending? Penat dah penonton sedih sepanjang citer, at least kasila ending orang baik tu selamat..
Melampau tol aku punya kadar menonton tv skarang.. sampai boleh wat entri la pasal citer2 Melayu.. Banyak lagi sebenarnya tp dah malas nak ingat. Selalu memang terpk especially masa tgh tgk citer2 ni. Saja mengisi masa lapang sementara tunggu Aiman balik dari umah pengasuh.. Chow!!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, September 24, 2011
Confinement : Day 29
Aku rasa.. menda yang paling best sekarang ialah menonton dan menonton dan terus menonton.. Segala jenis drama bersiri aku ikut. Dari channel2 kat astro, sampaila channel rtm. Raya haritu.. aku rasa segala drama raya aku tengok. Skarang.. tapi citer Indon tak minat. Citer2 yang mcm menyakitkan hati pun.. kalu menyampah sangat, tak tengokla. Citer2 pertandingan berunsurkan masakan pun aku follow.. Masterchef US, Hell's Kitchen, Iron Chef, Top Chef, Cake Boss.. hahaha.. sampaikan sekali tu ayah tegur, tak abis2 lagi ke citer masakan nyer.. Mana taknya, suma citer2 ni boleh pulak tayang berturut2.. aku yang satu2 manusia kat rumah ni yang mengadap tv.. layan je la kan.. Ala, nanti dah balik rumah, sure tak sempat nyer nak tengok. Kalu sempat pun, kena berebut ngan en suami jugak. Dia bukan minat citer2 gini..
Tak sabar nak tunggu habis pantang.. tapi sebenarnya lebih kepada tak sabar nak tunggu baik sepenuhnya. Takde sakit sekali sekala, takde rasa tak selesa kat bawah.. tak sabar nak kuar jalan2 ngan makan.. tapi, takmo jugak cepat2 sebab tak suka nak kena masuk keje balik!!!!!
Tuesday, September 20, 2011
Abang Aiman
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, September 17, 2011
Nak Balik!!
** mmg sedih n kesian jugak tgk Aiman, tapi bila Aiman terus tido.. seronok jugak. Senang tidokan Aiman malam ni!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 16, 2011
Aiman sayang Amni!
Sayangnyer la Aiman kat Amni. Bangun je pagi, terus nak pi sayang Amni. Kalu aku ke, mak ke.. sesapala pangku Amni, mesti Aiman sibuk je datang nak sayang Amni. Sayang kat kepala, sayang kat perut, sayang kat kaki.
Selalu tengok orang lain angkat Amni, Aiman pun ada hati nak angkat Amni jugak. Seb baik Aiman punya percubaan depan orang, jadi sempatla dihalang. Aiman try nak angkat kepala la, angkat badan la..
Aiman kan abang, kenala jaga Amni baik2.. Jangan buli adik tau.. Sayaaaaang Amni..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, September 15, 2011
Cintakan Teknologi?
Baguskan sekarang.. dengan suma jenis application ni, budak2 boleh mengasah minda diorg. Lagi banyak boleh belajar, mcm nombor, nama2 benda, binatang, ABC, kenderaan n banyak lg. Kekadang aku risau gak takut Aiman akan terlalu tertumpu pada game2 dlm tepon sampai xnak berenti. Tp so far, sampai satu masa, agaknya dah bosan kot, Aiman berenti la. Samada pulangkan balik hp kat en suami, ataupun dia tinggal je tepon tu kat mana dia main. Pastu pegi cari mainan lain jugak. Selalunya, masa Aiman main jugakla aku akan suapkan nasi. Sebab asyik main, dia nganga n telan je. Dapatla abis semangkuk nasi tanpa perlu aku kejar dia yg dok main beskal ke, lari2 satu rumah ke..
Tapi dengan game2 indoor macam ni jugak, budak2 dah xterdedah ngan mainan2 aku masa kecik2 dulu. Main paritla, panjat pokok, main beskal keliling taman. Mungkin skarang Aiman kecik lg, tapi rasanya bila besar nanti pun dia xkan rasa pengalaman yg sama. Bila pk balik, sanggup ke aku lepaskan Aiman main suma tu sendiri kat luar? Even ada kawan pun, sure aku xkan kasi gak kot. Kalu nak main, mesti kat dalam kaw rumah je (yg sekangkang kera je besarnya) ngan mesti jugak ada orang tengokkan. Ish.. Zaman sekarang terlalu bahaya untuk biarkan anak2 kecil bermain diluar. Yang xskolah bahaya kena culik, yang skolah rendah pun bahaya jugak, bila skolah menengah risau kena kacau or rogol ke, culik pun boleh, terjebak ngan budak2 jahat pun boleh. Huhuhu.. Nauzubillah..
Budak2 ni masih boleh didedahkan ngan aktiviti luar, cuma mak ayah kena terlibat skali la. Bawak pi taman, ronda2 main beskal sama2.. Panjat pokok?? Emm.. Xkan nak panjat pokok kat taman kan, nak tanam pokok sendiri xmuat tanah plak, balik kampung la.. Mcm aku plak, kampung dah semacam dalam taman perumahan.. Maka.. Hehehe.. Nanti ibu bawak korang pi memanjat batu2 buatan kat xtreme park je lah. Tu pun kalu korang berminat..
Betapanya arus kemodenan telah meluputkan segala rutin n kebiasaan yang pernah kita buat masa kecil dulu sampaikan anak2 kita xdapat nak rasa suma tu. Nak buat camne, dunia makin berubah.. kita pun nak maju ke depan. Aku harap aku masih boleh lagi dedahkan sebanyak yg boleh segala pengalaman yang aku penah rasa dulu. Tapi.. Even dulu masa kecik aku biasa main longkang, aku xkasi kot anak2 aku main longkang sekarang!! Hahahaha...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, September 6, 2011
Amni Day 11
Aku still lagi sakit kat bawah. Huhu.. 2 hari lepas perasan macam ada bengkak skit. Zaid kata, biasa kalu bengkak lepas jahit. Hopefully xde la infection or apa2 yang tak elok. Sampai harini bengkak xsurut lagi. Harini aku baru try makan ubat tahan sakit n kurang bengkak. Mintak2 cepatla eloknya.
Amni suka tido mengiring. Xkisah, blah kanan ke.. kiri ke.. Yang pasti mengiring. Kalu kitorg letak bantal kat tepi muka nak kasi tido muka tegak ke depan, sure tido ada bunyi2. Ala2 marah gitu kitorg letakkan bantal. Tapi xleh letak lama2 bantal, berpeluh2 Amni. Ni first percubaan kasi Amni tido meniarap. Tp macam kena jugak bahagian tepi.. Haishhhh..
Pagi tadi Aiman bangun tido, sibuk tepuk2 Amni yang tengah tido. Yang paling best, dengar Aiman cakap.. 'Ni Amni, bukan Furqan!'. Hahahaha.. Hari2 suma orang cakap kat Aiman camtu, sebab asyik panggil Amni, Furqan. Finally dah berjaya kenal Amni!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Saturday, September 3, 2011
Salam Aidilfitri 1432H
Kejap je dah nak habis cuti raya..
Baca post2 kat FB, suma dah nak stat keje balik
Yey.. Aku masih bercuti kat rumah!
Masih ada lg 7 minggu untuk bercuti..
Tapi still xbest sb masih sakit n xdpt nak bergerak bebas
Jangan kata bergerak bebas, dok baring or duduk pun tetap terasa sakitnya
Hmmm.. Moga2 Allah ampunkan dosaku dengan derita ini..
By the way, even aku hanya marathon menonton segala citer2 raya di tv, Aiman sempat jugak beraya ikut mak ngan ayah
Keluarga mertua pun ada datang visit kitorg semalam
Aku makan je kuih2 raya kat rumah ni, lemang n ketupat xmakan la
So xde la rasa ralat sgt mcm xberaya kan
Buat kawan2 n keluarga suma, jemputla datang ke rumah mak aku kat Kota Damansara ye..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 2, 2011
Nak cepat baik
Tali pusat dah jatuh masa mandi pagi tadi
Aiman pun jatuh tali pusat masa umur 7 hari
Aku? Masih lagi sakit, berdenyut2..
Entahla, agaknya xcukup baring kot..
Tp kalu baring pun, sakit jugak
Aiman ni pun, macam2 la akal dia
Bila jerit lebih2 pun, mesti pastu berdenyut2 balik
Stat semalam, aku sembelit pulak.. Sampai arini xbaik2 lagi
Cepatla baik, aku xkisah pun xmakan mcm2 makanan, makan menda org berpantang je
Cuma biarla sakit2 bawah ni baik secepat mungkin
Kekadang tu kesian kat Aiman, nak bermanja lebih2 pun xleh
Kesian jugak kat orang lain nak kena tengokkan Aiman
Hmmm.. Cepatla baik..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, September 1, 2011
Kulit mengelupas
Abang Aiman.. Okje.. Dah berani usap2 kepala.. pastu tarik rambut!! Adoi, kesian Amni. Seb baik nangis kejap je. Arini aku n Amni berdua je kat rumah, suma org pegi beraya, Aiman pun ikut skali. Marathon tengok tv la aku raya ni.
** owh, sakit jahit masih berdenyut2. Bila nak dah xrasa sakit.. Xsabar nak tunggu..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, August 29, 2011
Amni Day 3
Masih suka tido n tido.. even rumah bising abang Aiman main2..
Aiman plak macam blur dia ada adik..
Masih lagi main perut aku kata adik dalam perut
Amni plak dia kata Furqan! Marah betul Aiman bila suma orang cakap baby Amni, bukan Furqan..
Slow2 nak terima sorang lagi baby dalam family..
Tapi suka sangat nak tolong tepuk Amni n sayang Amni
Seb baik bila sayang tu dia akan sayang kat perut or kaki.. Jadi xdela penyet muka Amni kena cium..
Esok raya.. Aiman ada baju raya.. Amni punya baju raya, lampin baru je lah ye sayang
Nanti raya haji kita beraya sakan ye
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, August 28, 2011
Sakitnyer bersalin itu
- kalu kuar stain or bleeding tu + lendir, tu suma tanda2 body nak prepare utk beranak. Dipanggil Mucus Plug. Bila kuar, boleh jadi berjam, hari or berminggu lagi untuk bersalin. Kes aku, stain coklat kuar 6 hari sblm, darah stat kuar 5 hari sblm. Lagi dekat bersalin, makin kerap n banyak kuar. Tapi jangan risau, selagi darah xkuar banyak mcm masa period, xde hal. Darah ni xkan effect pada baby. Darah yg kuar pun kaler sangat light n cair..
- Sakit contraction? Sakitnya bahagian ari2 tu menegang.. perut keras.. N bila ari2 menegang, dia mcm bersambung ke bahagian lubang dubur. Bahagian tu pun rasa sakit. Bila dah betul2 nak bersalin, sakit tu akan makin kerap, sampaila every 2mins, pastu mmg rasa nak terberak. Bila sakit tu, yg lagi membuatkan sakit ialah menahan utk xmeneran sb bukaan xcukup besar lg. Bila sakit, buatla apa pun, xde apa yang boleh kurangkan sakit. Duduk je, baring ke, diri ke, mengerengkotkan badan ke.. Sama je sakitnya..
- Pushhhh.. Mak aih.. Push hanyala bila kita rasa sakit. Push tu sebenarnya meneran macam kita berak. Cuma bila bersalin, meneran mcm berak tapi lama. Teran n teran n teran sampai kepala baby kuar. Kalu boleh dalam satu nafas sb kalu tgh2 teran tarik nafis lebih2, baby masuk balik. Kalu nak tarik nafas, kena curi2 nafas tp aku xpandai sgt.. Tu yg lama meneran aku tu. Then, bila xrasa sakit, berenti la kejap sblm rasa sakit balik n pusssshhhhhh semula sampaila baby lahir. Bila push tu, memang mcm2 la kuar, kencing, berak, darah, segala jenis cecair aku boleh rasa. Bila bb dah kuar, kena teran lagi sikit utk kuarkan uri plak.
- Sakit masa jahit. Ni pun sakit jugak!! Maybe sebab luka aku dalam n masa diorg jahit tu bius mcm xde je. Boleh rasa kulit kena jarum, diorg tarik benang.. Aku pakai gas n sedut je banyak2 kali pun. Pastu jerit2 je macam orang giler dalam mask gas tu. Lantakla org nak kata apa, aku yg sakit..
- Sakit selepas bersalin - haaa.. Yg ni paling lama sakitnya. Doc kata boleh sakit sampai ke 2 minggu. Kena jaga betul2 luka tu. Skarang, nak gerak sikit pun, sakit giler. Batuk apatah lg. Rahim pun masih sakit kadang2 tp bila bb bf, mmg konfem sakit. Segala posisi skarang ni xdpt ilangkan sakit. Duduk ke, jalan ke, baring ke, nak bangun pun sama. Nak kencing pun.. Berak belum lg tp mmg sangat menggerunkan bila aku pk camnela aku nak berak nanti..
Sakit2 ni suma.. Bergantung pada orang. Dapat dah aku merasa sakit bersalin normal n bedah. And I still prefer bedah even risiko dia lebih tinggi. Next baby, en suami, kita bersalin kat swasta pulak eh.. :-)
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Perihal beranak
25 Aug 2011 (khamis): Stat kol 1 sampai tido balik lepas sahur, sakit dalam 10-15min sekali. Memang xleh tido. Tp bila bangun pagi.. dah jarang2 gap sakitnya. Last check up kat hospital. Bukaan baru 1cm, sama cam hari selasa b4. Doctor lupa scan sb masa tu dah lambat n kelam kabut. Tapi, ikut scan ari selasa, berat baby dah 2.8kg
26 Aug 2011 (jumaat) : Dari kol 12 lebih sampai pagi, sakit jugak tp setiap 10min. Doc cakap, kalu sakit sangat n dalam 5min skali baru pi hospital. Siangnya.. Sakit jugak tp xde la kerap n sakit sangat. Siap kuar pi jalan kat OU ngan nisah n twins, dilah n aiman lagi. Dari tghari sampai petang berjalan. Harap2 bolehla cepatkan bersalin. Xmo kena induced ari ahad nanti..
Lepas bukak posa, sakit makin kerap, n setiap kali sakit tu.. lama. Aku bertahan lg tp nak tido tu rasa mcm nak kena pi jugak hospital. Sembang2 ngan Dalila, citer camne sakit suma.. Dalila kata tu mmg sakit nak bersalin, baik pi hospital.
27 Aug 2011 (sabtu) : Bila sakit pun dah almost every 5min, masa ni dalam kol 1, aku ajak en suami pi hospital. Aiman tgh tido, anto rumah mak. Actually masa tu aku pun still ragu2, dah sakit nak bersalin ke? Kang kena marah pulak sb bukaan kecik je or sama je mcm sblm ni. Tapi gamble je la.
Sampai hospital, daftar2 suma.. Wat CTG (cek jantung baby).. Dalam kol 3 doc check, bukaan 3cm. Tp CTG result mcm xcun sangat so diorg masukkan aku ke labour room. Supaya boleh monitor details n if ada problem, mungkin senang nak terus bersalin. lama jugak nurse ulang n ulang CTG, kejap ok, kejap baby tido la. Kejap pusing kanan, kejap kiri. Masa tu jugak sakit aku makin kerap. Bila CTG dah constant ok, dalam 5lebih, doctor cek, bukaan dah 6cm. Doctor pecahkan air ketuban dalam 5.30pagi.. Lepas tu, makin kerap n makin sakit. Bleh kata mengerang2 gak la aku tiap kalu sakit. Kol 6 lebih makin kerap, aku tgk jam, every 2min. Sakit makin kuat sebab ada masa2 nak terberak sangat. Nurse suruh tahan, katanya bukak baru 6cm. Jangan teran. Ada masa tu mmg xtahan sgt.. Last2 bila dah xtahan, aku sound je nurse tu sebab mmg sakit sangat. Then nurse tengok.. Terus kuar n aku dengar dia suruh panggil en suami. Aku ingatkan ada problem ke apa nak bincang. Bila dia masuk balik, dia cakap, kalu awak sakit lagi, teran je. Jalan dah bukak 10cm. Hah!! Terkejut giler aku.. Masa tu dalam 6.20. Teran banyak kali.. Sempat minum air 3kali sb dahaga giler, lutut menggeletar sebab sejuk tp berpeluh2 aku meneran. Nurse ckp aku teran xcukup panjang. Adoila.. Kalula nurse tu tahu betapa sekuat hatinyer aku teran. Kalu x, xde nyer aku nak mintak minum air. Sampaikan aku pujuk baby soh kuar. Alhamdulillah, finally kol 6.52am, baby pun keluar. Arghhh.. Memang mcm dah berkabur2 pandangan. Masa push tu, aku mmg dah terbayang nak soh nurse bedah je aku. Xdaya dah rasanya.
Bila baby dah keluar, nak jahit pulak. Memula mcm jr nurse, bila dia tengok, dia cakap dalam sangat.. dia xberani. Then sr nurse plak tengok, pun xberani jugak. Katanya nurse yg conduct aku bersalin tu potong dalam sangat. Siap ada lubang xtra lagi, muat masuk jari lubang tu! Bila dah cenggitu, ramaila nurse2 yg nak volunteer tolong jahit tp bila tengok, suma xberani. Doc yg ada, houseman, dia pun xberani. Katanya nanti dia call senior doc yg on-call. Aku pun ckp direct je ngan dia, panggilla orang yg berpengalaman. Xpe, aku sanggup tunggu. Almost 2jam la jugak, xde la diorg tinggalkan aku, sebab ramai yg datang tgk keadaan aku. Last2 datang sorg houseman yg baru masuk keje kot. Doc ni ala2 berlagak skit, ms aku datang sb bleeding tu, dia yg attend aku. Aku ckp lg, xpela, sy tunggu je la doc yg senior. Doc tu kata, bukan susah pun. Cuma kena tau mcm mana nak jahit je. Tengah dia siap2 nak jahit, doc sr datang n take over. Lega aku. Tapi malangnya, aku xtaula diorg dah bius ke x. Bila aku ckp sakit, diorg kata nurse dah bius. Tapi kalu 2jam lepas nurse bius, berapa banyak sgtla ubat yg tinggal. Memang sakit giler!! Seb baik ada gas apa ntah, keje aku menghisap gas tu je sambil jerit2 mcm org giler dlm mask tu. Seb baik doc sr yg jahit, cepat skit even sambil dia jahit, dia ajar doktor pelatih tu. Kalu doktor pelatih yg jahit, mau lagi lama n sakit.
Bila dah siap jahit, baru diorg bawak en suami n bb masuk. Tgk en suami je, terus aku nangis.. Huhuhu.. Sedihnyer rasa sakit bersalin. Masa tu kol 8.30 pagi dah.
Sebab katil kat wad penuh, diorang letakkan aku kat bilik standby kat labour room. Masa ni mula rasa sakit jahit plak. Nak gerak pun sakit. Sampai kol 4lebih baru aku naik wad.
Penat, sakit, sedih.. suma ada. Tp rasa gembira n bersyukur yg lebih banyak menutup suma rasa tu. Seb baik bb sangat baik, xbanyak kerenah. Xdela kerap nangis, asyik tido je. Minum susu pun 2x je kot sepanjang kitorg kat bawah. Aku try kasi pun dia syok tido gak.
Skarang, okla. Cuma xbest nak gerak. Jangan kata gerak besar mcm jalan ke, duduk ke.. Ni baru angkat punggung dah sakit sb luka n jahit.doc kata 2 minggu jugak.
Harini dah boleh balik.. Xsure kol brapa. Tapi okla, penat dok hospital ni. To Amni Malaikha.. Welcome to the world, to the family. Nanti kita balik jumpa abang Aiman. Jadi anak yg solehah ya.. InsyaAllah..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, August 25, 2011
O&G @ HSB
Sebenarnya setiap kali datang cni,mesti akan nampak menda yang sama
Arini orang xtra ramai dari biasa
Aku xkisah kalu suami2 nak teman wife diorg
Tapi aku cukup pantang bila tgk suami2 ni relex je duduk, dah ramai perempuan2 mengandung lain terpaksa berdiri sebab xcukup tempat
Nak jugak dok menempek sebelah wife diorang tu..
Aku xjeles pun tengok sebab aku tau kalu en suami aku teman aku, aku jugak yg mati kutu tengok dia xtau nak buat apa
Baik aku datang sorang je.. Tp itula.. Memang sakit mata tengok suami2 yg xde kesedaran sivik terhadap orang lain
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, August 24, 2011
Gimik lagi
Doktor kata, kalu darah yang keluar tp xsakit, xyah datang hospital lg. Aku pun tanya banyak gak, antara info yang aku dapat, kalu darah turun, insyaAllah xkan efek baby. Darah turun adalah preparation rahim utk bersalin nanti. Tp kalu darah banyak mcm masa period tu, kena la pi hospital.
Esok last checkup kat hospital. Boleh pulak kad biru hospital hilang.. konfem esok kena marah. Perasaan skarang macam2.. sebab dok tunggu bilala nak bersalin n yang lagi dok pk, camnela aku bersalin nanti. Normal ke.. Bedah ke.. Induced dulu ke.. Btw, sampai skarang pun stain tu masih kuar, tp mmg xbanyakla. Sakit pun datang kadang2 je.. bleh kata at least sejam, mesti ada skali. Tapi kurang skit risau la sb dah tau darah tu xbahaya.. tunggu betul2 sakit je.
Hopefully selamatla suma. Janganla pi hospital n kena balik semula sb xbetul2 nak bersalin lagi. En suami dah xsabar nak cuti raya awal. Hahaha.. Sb pi hospital tadi.. Aku dapat mc 3 hari!! Sampai weekend ni.. Okla, cuti raya awal bagi orang yang akan berpantang di hari raya nanti..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone