Start pas check up kat kk isnin lepas, ada kuar stain skit kaler coklat. Sakit skali skala je, xkuat sangat pun. Tetiba pagi tadi ms nak bangun sahur, boleh pulak kuar darah! Banyak sikit dr stain yg kuar b4 this. Aku ni nama je anak kedua, tp nila baru nak rasa camne bersalin normal, tunggu tanda2 bersalin suma.. Cuak jugak sb darah kan so cepat2 kejut en suami, dia sahur, aku siap.. Dlm kol 6 anto Aiman kat rumah mak, kitorg pi hospital. Cek2.. Baru bukak 1cm..
Doktor kata, kalu darah yang keluar tp xsakit, xyah datang hospital lg. Aku pun tanya banyak gak, antara info yang aku dapat, kalu darah turun, insyaAllah xkan efek baby. Darah turun adalah preparation rahim utk bersalin nanti. Tp kalu darah banyak mcm masa period tu, kena la pi hospital.
Esok last checkup kat hospital. Boleh pulak kad biru hospital hilang.. konfem esok kena marah. Perasaan skarang macam2.. sebab dok tunggu bilala nak bersalin n yang lagi dok pk, camnela aku bersalin nanti. Normal ke.. Bedah ke.. Induced dulu ke.. Btw, sampai skarang pun stain tu masih kuar, tp mmg xbanyakla. Sakit pun datang kadang2 je.. bleh kata at least sejam, mesti ada skali. Tapi kurang skit risau la sb dah tau darah tu xbahaya.. tunggu betul2 sakit je.
Hopefully selamatla suma. Janganla pi hospital n kena balik semula sb xbetul2 nak bersalin lagi. En suami dah xsabar nak cuti raya awal. Hahaha.. Sb pi hospital tadi.. Aku dapat mc 3 hari!! Sampai weekend ni.. Okla, cuti raya awal bagi orang yang akan berpantang di hari raya nanti..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
Aku pon kuar darah sket gak. Sama la ngan ko. cuak gla. pegi gak hospital check dan siap wat ctg lagi. ye la risau kan baby kat dlm perut. papepon cam doc ckp la kuar darah besekali ngan contraction tu baru btol tanda nak bersalin.
Post a Comment