Sukanyerla Aiman ngan Amni. Bangun pagi je dah jenguk Amni nak sayang. Tapi selalunya kalu Aiman sayang, dia sayang melalui pipi. Kira Aiman rapatkan pipi kat rambut Amni la, muka Amni la, kaki Amni la. Pastu, bila nak tepuk Amni, mesti Aiman cakap 'alalala Amni..'. Belajar dari dengar kitorg cakap bila Amni nangis n angkat dia.. sebutla 'alalala Amni..'. Ayat nak pujuk kan, Aiman dengar terus ajak n sebut setiap kali dia tepuk Amni. Kekadang risau gak tengok, dia punya sayang tu sampai nak terpenyet2 adiknya. Seb baik xjeles bila tgk Amni minum susu. Sibuk je cakap 'malu.. malu..' bila nampak baju aku terselak sebab nak kasi susu. Siap tolong tutupkan lagi. Yang pasti, memang xlehla tinggal Aiman berdua ngan Amni.. apa yang mungkin Aiman buat memang xdapat dijangka..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
bagus laaaa...dah belajar nak jadi abg, tolong ajar aku guna software ape kalau nak blogging guna blacberry...
hehe.. aku pakai email je. anto kot email. tp xbest sgt sb gambo akan kuar dulu. kira gambo sbg attachment je.. so xleh la nak wat komen kat gambo kalu kita nak letak banyak gambo.
aku pun buta it gak... hehe.. pakai yg mana ada je
Post a Comment