Thursday, September 15, 2011

Cintakan Teknologi?

Ni gambar Aiman dengan Ammar semalam. Bukan main kusyuk diorg main game dari tepon ayah masing2. Dua2 jenis tepon yang touch screen and ada banyak game2 n application yang membina utk budak2 ni. Aiman & Ammar pun cekap je tekan sana.. tekan sini.. Masing2 tau game apa yang diorg nak bukak, n kalu termasuk kat application yang tak berkenaan, pandai je kuar ke main page semula. Xgaduh pun sebab ada sorang satu, masa tu 2-2 main game yang sama, Angry Birds. Siap boleh bandingkan sesama sendiri lagi tu.. Hehehe..

Baguskan sekarang.. dengan suma jenis application ni, budak2 boleh mengasah minda diorg. Lagi banyak boleh belajar, mcm nombor, nama2 benda, binatang, ABC, kenderaan n banyak lg. Kekadang aku risau gak takut Aiman akan terlalu tertumpu pada game2 dlm tepon sampai xnak berenti. Tp so far, sampai satu masa, agaknya dah bosan kot, Aiman berenti la. Samada pulangkan balik hp kat en suami, ataupun dia tinggal je tepon tu kat mana dia main. Pastu pegi cari mainan lain jugak. Selalunya, masa Aiman main jugakla aku akan suapkan nasi. Sebab asyik main, dia nganga n telan je. Dapatla abis semangkuk nasi tanpa perlu aku kejar dia yg dok main beskal ke, lari2 satu rumah ke..

Tapi dengan game2 indoor macam ni jugak, budak2 dah xterdedah ngan mainan2 aku masa kecik2 dulu. Main paritla, panjat pokok, main beskal keliling taman. Mungkin skarang Aiman kecik lg, tapi rasanya bila besar nanti pun dia xkan rasa pengalaman yg sama. Bila pk balik, sanggup ke aku lepaskan Aiman main suma tu sendiri kat luar? Even ada kawan pun, sure aku xkan kasi gak kot. Kalu nak main, mesti kat dalam kaw rumah je (yg sekangkang kera je besarnya) ngan mesti jugak ada orang tengokkan. Ish.. Zaman sekarang terlalu bahaya untuk biarkan anak2 kecil bermain diluar. Yang xskolah bahaya kena culik, yang skolah rendah pun bahaya jugak, bila skolah menengah risau kena kacau or rogol ke, culik pun boleh, terjebak ngan budak2 jahat pun boleh. Huhuhu.. Nauzubillah..

Budak2 ni masih boleh didedahkan ngan aktiviti luar, cuma mak ayah kena terlibat skali la. Bawak pi taman, ronda2 main beskal sama2.. Panjat pokok?? Emm.. Xkan nak panjat pokok kat taman kan, nak tanam pokok sendiri xmuat tanah plak, balik kampung la.. Mcm aku plak, kampung dah semacam dalam taman perumahan.. Maka.. Hehehe.. Nanti ibu bawak korang pi memanjat batu2 buatan kat xtreme park je lah. Tu pun kalu korang berminat..

Betapanya arus kemodenan telah meluputkan segala rutin n kebiasaan yang pernah kita buat masa kecil dulu sampaikan anak2 kita xdapat nak rasa suma tu. Nak buat camne, dunia makin berubah.. kita pun nak maju ke depan. Aku harap aku masih boleh lagi dedahkan sebanyak yg boleh segala pengalaman yang aku penah rasa dulu. Tapi.. Even dulu masa kecik aku biasa main longkang, aku xkasi kot anak2 aku main longkang sekarang!! Hahahaha...
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone

No comments: