A = jawapan Aiman
Q : Ayah mana?
A : Ayah keje..
Q : Petang nanti ayah datang ye..
A : Ayah bawak Aiman jalan-jalan......
~ terus msg ayah supaya petang nanti balik awal sikit bawak Aiman jalan
Q : Ayah pegi keje naik apa?
A : Naik moto..
Q : Moto sapa?
A : Moto Aiman...
Q : Aiman nak pegi umah tokwan (pengasuh)?
A : Tak nak..
Q : Aiman nak naik basikal? (kat rumah tokwan ada basikal yg Aiman suka)
A : Tak nak..
Q : Aiman nak aiskrim?
A : Nak..
Q : Ok, kita beli aiskrim, makan kat rumah tok wan ye
A : Aiman nak aiskrim..
~ aiskrim je nak.. rumah tok wan tetap xnak..
Q : Amni buat apa? (sambil pangku Amni)
A : Amni tido..
Q : Haah.. Amni tido
A : Amni bukak mata.. (sambil tarik kelopak mata Amni nak suruh bukak mata)
Sejak pandai cakap ni.. macam2 la cakapnya. Kekadang tu sampai tak terpaham apa yang Aiman cakap. Dan.. suma orang di sekeliling pun kena hati2 dalam bercakap. Tak leh cakap apa2 yang tak sepatutnya or tak sopan, nanti senang je Aiman ikut. Ada sekali tu aku cakap kat Aiman 'ish budak ni..', dan memang Aiman ikut pun.. sibuk je cakap 'ish budak ni..'. Seb baik pastu tak sebut dah, so takde la tersemat di ingatan Aiman. Samala jugak, kekadang aku panggil Adilah, or Muaz or mak.. dia pun sibuk gak panggil diorg ikut nama yang aku panggil..
Petang tadi tengok WHI, tetamu yang datang tu berjaya didik 11 orang anak menjadi orang yang keje bagus2 sumanya. Kata tetamu tu (lebih kurang la), kalu kita marahkan anak kita, jangan guna perkataan yang tak elok2. Dia selalu guna perkataan 'budak bertuah..'. Kalu marah ke, apa ke.. cakap je 'budak bertuah ni'. InsyaAllah.. nanti anak kita jadi 'budak bertuah'.. =)
No comments:
Post a Comment