25 Aug 2011 (khamis): Stat kol 1 sampai tido balik lepas sahur, sakit dalam 10-15min sekali. Memang xleh tido. Tp bila bangun pagi.. dah jarang2 gap sakitnya. Last check up kat hospital. Bukaan baru 1cm, sama cam hari selasa b4. Doctor lupa scan sb masa tu dah lambat n kelam kabut. Tapi, ikut scan ari selasa, berat baby dah 2.8kg
26 Aug 2011 (jumaat) : Dari kol 12 lebih sampai pagi, sakit jugak tp setiap 10min. Doc cakap, kalu sakit sangat n dalam 5min skali baru pi hospital. Siangnya.. Sakit jugak tp xde la kerap n sakit sangat. Siap kuar pi jalan kat OU ngan nisah n twins, dilah n aiman lagi. Dari tghari sampai petang berjalan. Harap2 bolehla cepatkan bersalin. Xmo kena induced ari ahad nanti..
Lepas bukak posa, sakit makin kerap, n setiap kali sakit tu.. lama. Aku bertahan lg tp nak tido tu rasa mcm nak kena pi jugak hospital. Sembang2 ngan Dalila, citer camne sakit suma.. Dalila kata tu mmg sakit nak bersalin, baik pi hospital.
27 Aug 2011 (sabtu) : Bila sakit pun dah almost every 5min, masa ni dalam kol 1, aku ajak en suami pi hospital. Aiman tgh tido, anto rumah mak. Actually masa tu aku pun still ragu2, dah sakit nak bersalin ke? Kang kena marah pulak sb bukaan kecik je or sama je mcm sblm ni. Tapi gamble je la.
Sampai hospital, daftar2 suma.. Wat CTG (cek jantung baby).. Dalam kol 3 doc check, bukaan 3cm. Tp CTG result mcm xcun sangat so diorg masukkan aku ke labour room. Supaya boleh monitor details n if ada problem, mungkin senang nak terus bersalin. lama jugak nurse ulang n ulang CTG, kejap ok, kejap baby tido la. Kejap pusing kanan, kejap kiri. Masa tu jugak sakit aku makin kerap. Bila CTG dah constant ok, dalam 5lebih, doctor cek, bukaan dah 6cm. Doctor pecahkan air ketuban dalam 5.30pagi.. Lepas tu, makin kerap n makin sakit. Bleh kata mengerang2 gak la aku tiap kalu sakit. Kol 6 lebih makin kerap, aku tgk jam, every 2min. Sakit makin kuat sebab ada masa2 nak terberak sangat. Nurse suruh tahan, katanya bukak baru 6cm. Jangan teran. Ada masa tu mmg xtahan sgt.. Last2 bila dah xtahan, aku sound je nurse tu sebab mmg sakit sangat. Then nurse tengok.. Terus kuar n aku dengar dia suruh panggil en suami. Aku ingatkan ada problem ke apa nak bincang. Bila dia masuk balik, dia cakap, kalu awak sakit lagi, teran je. Jalan dah bukak 10cm. Hah!! Terkejut giler aku.. Masa tu dalam 6.20. Teran banyak kali.. Sempat minum air 3kali sb dahaga giler, lutut menggeletar sebab sejuk tp berpeluh2 aku meneran. Nurse ckp aku teran xcukup panjang. Adoila.. Kalula nurse tu tahu betapa sekuat hatinyer aku teran. Kalu x, xde nyer aku nak mintak minum air. Sampaikan aku pujuk baby soh kuar. Alhamdulillah, finally kol 6.52am, baby pun keluar. Arghhh.. Memang mcm dah berkabur2 pandangan. Masa push tu, aku mmg dah terbayang nak soh nurse bedah je aku. Xdaya dah rasanya.
Bila baby dah keluar, nak jahit pulak. Memula mcm jr nurse, bila dia tengok, dia cakap dalam sangat.. dia xberani. Then sr nurse plak tengok, pun xberani jugak. Katanya nurse yg conduct aku bersalin tu potong dalam sangat. Siap ada lubang xtra lagi, muat masuk jari lubang tu! Bila dah cenggitu, ramaila nurse2 yg nak volunteer tolong jahit tp bila tengok, suma xberani. Doc yg ada, houseman, dia pun xberani. Katanya nanti dia call senior doc yg on-call. Aku pun ckp direct je ngan dia, panggilla orang yg berpengalaman. Xpe, aku sanggup tunggu. Almost 2jam la jugak, xde la diorg tinggalkan aku, sebab ramai yg datang tgk keadaan aku. Last2 datang sorg houseman yg baru masuk keje kot. Doc ni ala2 berlagak skit, ms aku datang sb bleeding tu, dia yg attend aku. Aku ckp lg, xpela, sy tunggu je la doc yg senior. Doc tu kata, bukan susah pun. Cuma kena tau mcm mana nak jahit je. Tengah dia siap2 nak jahit, doc sr datang n take over. Lega aku. Tapi malangnya, aku xtaula diorg dah bius ke x. Bila aku ckp sakit, diorg kata nurse dah bius. Tapi kalu 2jam lepas nurse bius, berapa banyak sgtla ubat yg tinggal. Memang sakit giler!! Seb baik ada gas apa ntah, keje aku menghisap gas tu je sambil jerit2 mcm org giler dlm mask tu. Seb baik doc sr yg jahit, cepat skit even sambil dia jahit, dia ajar doktor pelatih tu. Kalu doktor pelatih yg jahit, mau lagi lama n sakit.
Bila dah siap jahit, baru diorg bawak en suami n bb masuk. Tgk en suami je, terus aku nangis.. Huhuhu.. Sedihnyer rasa sakit bersalin. Masa tu kol 8.30 pagi dah.
Sebab katil kat wad penuh, diorang letakkan aku kat bilik standby kat labour room. Masa ni mula rasa sakit jahit plak. Nak gerak pun sakit. Sampai kol 4lebih baru aku naik wad.
Penat, sakit, sedih.. suma ada. Tp rasa gembira n bersyukur yg lebih banyak menutup suma rasa tu. Seb baik bb sangat baik, xbanyak kerenah. Xdela kerap nangis, asyik tido je. Minum susu pun 2x je kot sepanjang kitorg kat bawah. Aku try kasi pun dia syok tido gak.
Skarang, okla. Cuma xbest nak gerak. Jangan kata gerak besar mcm jalan ke, duduk ke.. Ni baru angkat punggung dah sakit sb luka n jahit.doc kata 2 minggu jugak.
Harini dah boleh balik.. Xsure kol brapa. Tapi okla, penat dok hospital ni. To Amni Malaikha.. Welcome to the world, to the family. Nanti kita balik jumpa abang Aiman. Jadi anak yg solehah ya.. InsyaAllah..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
congrats mirah! fes time bersalin normal besanya jahitan byk sbb tak pandai teran.cam aku dulu gak la. tp bila yg seterusnya dah reti nk bajet teran.jd jahit pon x bnyk. jgn serik utk bersalin normal sbb bnyk kebaikan normal berbanding bedah. ye la kalu x de pape simptom cuba bersalin normal gak.pape pon kuasa Tuhan gak kn.
to bb Amni, semoga menjadi anak yg solehah dan jd bb baik ms berpntang ye.tak moh berjaga mlm k.
Assalam...
Mirah congrate ye, siannya awak dpt pengalaman camni. Tapi xpe nannti kalai ada rezeki lagi insyaallah lebih mudah kot. Btw amni malaikha sangat la comel...
Post a Comment