Sempena birthday Aiman, Aiman dapat new hair cut! Actually bukanla 'cut' pun, lebih kepada 'shave'. Haha.. Terus botak no 1. Xtahan dah dengan rambut Aiman yg makin panjang, makin nak mengkerintingkan diri sendiri. Pastu plak, kesan rambut kena lip balm aku lebih kurang 2 bulan lepas pun still ada. Rambut Aiman yang dah xberapa lembut + kejung la sikit bahagian depan sb lip balm tu even hari2 dah syampu rambut paling kurang 2x sehari. Tambah lagi aku yang tertekan tengok rambut Aiman hari2 balik dari rumah pengasuh with different hair style. Hahaha.. Seronok diorg meng'style'kan rambut Aiman sb rambut dia dah panjang.
Makanya, sabtu lepas en suami jumpa mesin potong rambut kat Giant, balik rumah terus operasa potong rambut. Licin.. Licin.. Aiman pun behave cuma geli ngan rambut yg jatuh kat badan dia. Bila aku dah sapu buang, dia dudukla diam2 balik. Kira lagi okla dari perangai Aiman bila gunting rambut kat kedai. Mula2 diam.. pastu kepala senget2 ikut kat masa pisau potong rambut Aiman, last2 meraung sebab xmo dah tp still kena potong jugak sb xhabis potong lg. Nampaknya, lepas ni sampaila satu jangka masa yang panjang (maybe skolah rendah kot), Aiman potong rambut kat rumah je la. Tp next time xdela potong no 1, maybe no 4 ke.. Sebab rambut Aiman halus giler, potong no 1 je pun, dah nampak kulit kepala Aiman je..
This weekend turn Amni plak. Rambut Amni xcukur lagi since lahir haritu. Kebetulan ms hari ke 7 tu, mak balik ipoh, family in laws datang visit. Jadi kelam kabut sampai terlupa nak cukur. Weekend ni cukur skali rambut sempena aqiqah Amni kat BP. Skarang pun, nak mandikan Amni lama giler kat part rambut sb nak make sure suma kena air.
Nanti akan ada.. dua budak botak : Aiman & Amni!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment