Semalam pegi wat ujian minum air gula kat kk Memula amik darah.. then minum air gula Pastu kena tunggu 2 jam sebelum amik darah balik Sementara tunggu tu, diorg soh masuk kelas penyusuan susu ibu Aku masuk lambat skit sb lama giler tunggu turn amik darah Ada few info yang aku mcm baru tahu n saja nak kongsi kat blog ni
- Jangan bf breast gilir2.. eg memula kanan, then kiri, then kanan. Abiskan kanan.. then baru kiri. Tp contoh nurse tu kasi, bf kanan, then baby tido.. pas yang belah kiri. Kena kosongkan 2-2 breast baru susu baru akan diproducekan dengan lebih banyak. Kalu kita bf kanan, then tukar kiri pulak, then lepas tu stop sb baby tido, mungkin susu kat 2-2 breast tak betul2 habis or breast tak kosong. So ni boleh menyebabkan penghasilan susu yang tak cukup banyak.
- Untuk kasi baby minum susu yang tak direct bf, mungkin masa kita dah start keje tu, jangan kasi ngan botol. Sebab ni boleh menyebabkan baby keliru and mungkin akan lebih suka puting dari botol. Akibatnya, baby dah tak suka nak bf ngan kita. Jadi, bila nak kasi baby minum susu, guna cawan kecil yang mcm selalu ada atas botol ubat tu. Patutla masa aku beli cooler beg, dia kasi 3 bekas cawan kecil ni!!! Hehehe.. boleh tak baru tau kegunaan dia. Aku ingat untuk sukat apa2. Tapi yang ni.. bolehla nak try.. tp tak sure la akan aku praktikkan sentiasa. Katanya.. kalu boleh biar up to six month jugakla..
- Jangan bf sambil baring, at least sampai baby 3 bulan or dah pandai larikan kepala sendiri. Biasanya baby yang masih kecik ni, tak pandai nak pusing kepala sendiri so kalu kita bf sambil baring.. then katala tertido, mungkin baby terlemas ke sebab dihimpit badan kita or breast.
- Masa pantang, orang tua selalu catu makanan ngan minuman. Kalu kita bf, tak yahla kurangkan makan and minum terutamanya. Sebab ni suma boleh membantu memperbanyakkan susu. Kata orang tua, kalu minum air banyak boleh kembang.. Tak perlu risau sb air dalam badan kalu kita minum banyak, kita pun akan kencing banyak, or air kuar ikut peluh n susu. Lagipun everytime after kita bf, kita akan rasa dahaga..
- Mengurut boleh banyakkan susu. Actually lebih kepada melancarkan aliran susu tu. Biasa tukang urut pandaila urut, tp kita pun boleh suruh en suami tolong urutkan bagi melancarkan susu ni. Cara dia, urut dari bawah/tengah2 tulang belakang, buat ala2 tolak tangan tu ke atas, menghala ke tengkuk belakang. Then dari situ ke tepi kiri n kanan sampai bawah ketiak. Susu bukan semata datang dari breast je, tp still effect urat2 kat belakang sampaila kat area bawah ketiak. ** mungkin cara aku ni tak berapa betul/clear. bolehla tanya nurse or google utk lebih details
- Pam susu manually pun akan mengeluarkan banyak susu asalkan kena caranya. Yang nurse tu tunjuk, letak ibu jari n jari telunjuk bila selari kat bahagian atas n bawah breast. Letak kat area bulatan gelap then picit. Picit sampai jari kita bertemu. Pastu bolehla pusing jari kita ke sudut lain pulak cuma make sure ibu jari ngan jari telunjuk selari.
- Susu takkan keluar or kalu keluar pun mungkin sikit je kalu baby hanya hisap bahagian puting. Kena jugak mulut baby dibuka luas sampai menutup kawasan gelap luar puting tu. Kalu kawasan gelap kita besar... hehehe.. cukupla kawasan sebesar mana yang mulut baby tu boleh cover. Nak tengok betul ke tak, tengok pipi baby. Kalu pipi baby kembung.. haa.. betulla tu. Tapi kalu pipi baby kempis n ala2 mcm ada lesung pipit tu.. haa.. salah la cara baby hisap tu. Hasilnya mungkin akan akibatkan kita menghabiskan masa yang lama kasi baby minum.. tp baby tak kenyang2.
- Kasi baby minum susu ikut permintaan. Tp kalu la breast kita pun dah keras.. bolehla kasi jugak baby minum or pam. Kata nurse, mcm kalu kita kat opis, sampai satu masa.. breast akan mula rasa berat n susu macam dah penuh.. haaaa.. tu maknanya anak kita kat rumah dah nak susu. Sampai masa nak kasi baby minum. Tapi sebab kita kat opis, pam je lah...
- Bila nak bf baby, make sure mulut dia bukak then baru kita masukkan breast kita untuk baby minum. Jangan pulak baby tutup mulut, n kita sumbat je sebab nak kasi baby minum. Try kuis2 mulut baby kasi dia bukak dulu mulut takpun, picitkan sikit breast kasi susu keluar ke mulut/tepi2 mulut baby. Baby ni memang sangat peka pada apa2 je kat mulut dia, n biasanya baby akan bukak mulut untuk dapatkan susu or apa2 yang kena kat area mulut dia. ** terbayang je mulut baby yang comel n kecil n merah...
- Ada banyak makanan yang boleh menambahkan susu badan. Tapi suma ni pun bergantung pada orang. Ada yang kata jantung pisang bagus.. tp ada jugak yang cakap jantung pisang tak elok sebab sejuk. Bukanla jantung pisang xbleh kasi banyak susu, tp sebab kita dalam pantang, kalu makan jantung pisang untuk tambah susu, tp jantung pisang sendiri boleh akibatkan dalaman kita sejuk. Maka.. hehehe.. ni bergantung pada individu la camne cara nak pantang. Kena rajin mencuba n mencari makanan yang sesuai ngan kita untuk tambahkan susu.
- Breast kecik or besar tak membawa effect pada banyak or sikitnya susu. Lebih kepada mind kita. Maka, untuk banyakkan susu.. kena sentiasa set in mind yang kita memang boleh producekan banyak susu. ** tak taula berkesan x yang ni ngan aku..
- Kalu boleh, jamu start makan selepas 15 hari. Jamu ni panas, so bila baby bf, ada jugak yang akan masuk ke badan baby. Sangat tak bagus especially kalu baby kena demam kuning. Jamu ni tak salah pun kalu nak makan lambat2.. even dah habis pantang, still nak teruskan makan jamu pun boleh. Cuma elakkan masa 2 minggu yang first or biar baby betul2 recover dari kuning (kalu ada..)
- Bila nak kasi bf kat baby, bawak baby mendekati kita. Maknanya mulut baby ke breast kita. Jangan plak kita yang membongkokkan badan untuk dekatkan breast ke baby. Nanti... nurse kata, hari ke 3 dah kasi baby minum botol sebab kita sakit belakang..
- Tak salah pun nak bf bila mengandung. Ada orang.. sampaikan hari nak bersalin pun boleh lagi bfkan anak yang sebelum tu. Tapi... ni bergantung pada individu. Kena hati2 n alert jugak sebab bf boleh mengakibatkan contraction. Jadi, kalu masa bf rasa contraction, kena stop dulu. Tak ingat dah stop bf terus or sambung balik bf lepas contraction tu tak de.
Banyak jugak point2 yang aku senaraikan. Info2 yang lain ada lagi tp standard info je, boleh jugak cari kat internet or buku or dari orang2 yang berpengalaman. Eg cara penyimpanan susu. Yang aku tulis kat sini ialah yang aku rasa special skit dari biasa.. yang aku pun mcm tak tahu or tak penah baca kat mana2. Tapi, ni suma apa yang nurse tu kata. Mungkin ada sedikit percanggahan or huraian yang lebih details n lebih betul dari apa yang aku tulis. So bolehla perbetulkan balik ye.. Hopefully info2 ni dapatla memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. Nanti akan ada satu lagi sesi bf kena dengar, dekat2 dengan nak bersalin. Kalu ada lagi additional info.. akan ku kongsikan lagi..
No comments:
Post a Comment