Ni pun still kat area playground budak2 jugak. Ada kawasan lapang untuk berendam. Air pun tak dalam. So lepas je Aiman main kat sini. Atas ni pulak ada jalan untuk game orang besar, so ada banyak tempat teduh. Aiman belasah je tempat teduh ke.. panas ke.. Suka ati je jalan2 dengan penuh seronoknya. Sampai dah ketar2 sejuk pun.. sibuk nak main air lagi. Pastu.. pandai pulak Aiman sengaja celupkan muka sendiri dalam air. Sebab nak minum air!!! Ni memang bahaya la.. lepas marah 2-3x.. tak buat dah..
Yang ni sangat kelakar! En suami bawak Aiman main area ni, boleh pulak Aiman menganga kat air pancut tu!! Tengok, en suami pun tergelak tengokkan aksi Aiman. Berapa gelen air dah Aiman telan..
Aku tak mandi sangat.. sibuk amik gambo je. Tak best locker yang ada kat sini untuk sekali simpan je. Maknanya, bila dah simpan barang, then bila bukak nak amik barang, dah kena beli balik token RM2 untuk kunci locker balik. So suma barang2 berharga memang simpan kat dalam locker. Aku je kuarkan hp aku untuk amik gambo. Tu yang tak mandi sangat.. ikut je mana Aiman pegi untuk amik gambo. En suami la yang rajin melayan Aiman.
Then aku tinggalkan en suami ngan Aiman sambung main. Aku pi toilet jap. Balik tu, Aiman datang ngan en suami. Baru lepas main gelongsor yang besar la jugak (bukan yg dalam gambar tadi tu). Ni gelongsor yang pusing2 lagi.. Aku amik Aiman, dia pun dah sejuk2. Lama skit, sandar kat aku, terus tertido! Penat sangat2 la tu.. lagipun pagi tadi awal jugak Aiman bangun. Bila Aiman tido, gilir2 ngan my sil jaga Aiman, sempat jugakla aku main boat ketika ombak. Ala2 naik bot berdua ngan en suami gitu.. dipukul ombak. Hahahaha...
Sempat la jugak Aiman tido dalam sejam. Bila bangun tu.. dah tengahari sangat, dalam kol 1, memang dah panas pun. Then ada skali tu mendung.. so aku bawak Aiman main air kejap then dah siap2 makan lunch. Aiman pun makan banyak.. lapar agaknya sebab main air. Pastu mandi2.. itu pun sibuk tunjuk2 kat air. Cuma seb baikla Aiman tak meraung2 menangis nak main air. Kalu tak satu keje plak layankan Aiman takleh nak balik nanti. Lagipun memang cuaca dah panas sangat masa tu, kang kalu bawak mandi.. demam pulak nanti. Ni pun dah burn muka..
Ada satu game ni.. yang paling menyerlah skali kat sini. Panjang giler route dia.. tp hanya bukak kol 2. Pastu sama nak main, kena beratur, masa beratur plak dia bukak 15 minit je. Pastu hanya orang yang beratur je boleh main. Kitorg suma tak larat la nak tunggu, memang sure ramai orang punya. Suma pun dah siap2 mandi nak balik. Kawasan ni besarla jugak.. so even ramai orang, takde pun rasa mcm sesak or rasa tak best je mandi dekat2 ngan orang. Hehehe.. biasa kalu pi mandi kat pantai selalu je serabut orang mandi dekat2 ngan kita kan. Nak kata hari tu tak ramai orang.. tak jugak sebab ada 4 company wat family day kat situ. Campur lagi ngan orang luar yang masuk situ. Makanan tak leh bawak.. kena beli kat dalam. Aku seludup jugak air n biskut. Bilik mandi pun banyak.. n bersih. Maybe aku pun balik awal, so tak ramai lagi yang nak mandi kan. Owh.. entrance fee dia RM20 untuk dewasa, and RM14 untuk kanak2. Kalu bawah 2.5 feet tinggi, free. Hari rabu tutup.. so kalu datang ari khamis, merasala mandi air yang lebih bersih dari biasa. Tapi takde la sampai nak cuti semata nak datang mandi kan. Hehehe..
Keseluruhannya.. seronokla. Thanks to my SIL sebab belanja kitorg datang sini. Best sangat.. Aiman pun seronok. Aku rasa bolehla nak datang lagi.. sebab takde la semahal Sunway Lagoon kan. Lastly.. gambar sekeluarga berlatar belakangkan tempat mandi kanak2 tu. Yang belakang tu besar n tinggi skali tu, ride yang bukak kol 2 je tuh..
No comments:
Post a Comment