Wednesday, April 27, 2011

Nasi lemak, murid skolah n obisiti

Rancak betul lately kisah nasi lemak dijual di kantin skolah n antara punca yang menyebabkan murid2 obesiti. Aku takde la ikut pun suma berita2 pasal ni, baca surat khabar pun gitu2 je.. tapi pagi tadi kat radio ckp.. masih lagi dalam perbincangan either pengurangan penjualan nasi lemak kepada 2 hari seminggu akan dilaksanakan or tidak.


Relevan ke hadkan penjualan nasi lemak? Betul ke nasi lemak tu punca budak2 obes? Aku rasa kekadang, orang yang timbulkan isu ni takde keje agaknya. Timbulkan isu yang ntah apa2.. yang macam tak logik ke. Ni meh aku tolong listkan aku nyer pendapat..



  • Kesian tau kalu orang2 yang kurang berkemampuan.. pagi2 kat rumah takde breakfast, duit yang diberi oleh ibu bapa.. nak kena beli makanan yang mengenyangkan. Dan pilihan yang terbaik mestila nasi lemak. Sebab nasi lemak sejenis nasi, so mengenyangkan.. n sedap plak tu. Mana kita tahu.. tengahari budak ni balik rumah, mak nyer masih keje, so petang baru makan. Sebab tu budak ni makan nasi lemak.. supaya tempoh kenyang dia tu lama..

  • Budak2 skolah skarang.. sbnrnya bukan nasi lemak tu yang buat diorg obes. Makanan2 segera yang lain yang menjadi puncanya. Contoh paling biasa ialah McD sbg lunch. Tak caya??? Cer pegi McD waktu lepas skolah.. or betul2 lepas abis waktu skolah. Jangan la pegi McD yang jauh dari skolah.. mcm aku kat Sri Damansara dulu.. kalu waktu lunch.. McD tu penuh ngan budak skolah je. Bukan hari jumaat saja.. or certain hari saja.. ni HARI-HARI.. kekadang tu apa yang diorg makan, lagi banyak dari apa yang kita orang keje ni makan. Ni kes budak2 kaya la.. tp kan.. harga McD lunch pun bukan mahal mana pun skarang..

  • Parents sebenarnya paling berpengaruh dalam membuatkan anak obesiti nieh. Selain menggalakkan anak makan makanan segera.. parents yang pada awalnya menentukan corak pemakanan sesebuah keluarga. Budaya skarang.. jajan tu mcm benda biasa je budak2 ni makan. Kalu aku dulu la kan.. sebulan skali nak makan pun susah. Megi pun.. satu bungkus tu kongsi adik beradik beberapa orang.. sebab tak elok makan banyak2. Skarang.. budak2 ni balik rumah, parents masih keje lagi. Makanan apa yang ada.. makanan apa yang sedap? Hmmmm.. mestila makanan yang ringkas, segera n sedap dan pastinya suma akan menjadi faktor kepada obesiti.

  • Kalu hadkan penjualan nasi lemak kat kantin, boleh jamin ke budak2 ni takkan beli nasi lemak kat luar skolah dan bawak bekal untuk makan masa rehat? Kalu aku la kan.. skolah tak de nasi lemak, nak anak kenyang makan.. sure aku sendiri akan support anak, singgah dulu gerai2 tepi jalan sebelum hantar anak ke sekolah. ** ni hanya applicable kalu anak tak termasuk dalam katagori obes lah..

  • Nasi lemak skarang ni.. banyak sangat ke lemaknyer? Kalu nak makan nasi lemak yang betul2 mcm nasi lemak, buat sendiri kat rumah baru dapat rasanya. Kalu stakat nasi lemak yang dijual kat kantin skolah or tepi2 jalan ni.. agaknya seperiuk diorg masak nasi, tak sampai sebiji kelapa pun diorg pakai. Nak harap nasi bau wangi daun pandan je. So... apa sangatla nasi lemak ni mendatangkan kesan obisiti kepada budak2 kalu kata sebab nasi lemak ada santan bagai..

  • Kalu nasi lemak nak hadkan.. patutnya jenis2 nasi lain pun kena la hadkan jugak. Macam aku skolah kat trg dulu.. kat kantin bukan saja jual nasi lemak. Nasi dagang pun bersantan jugak.. siap beras dia pulut lagi..


Tetiba rasa macam ala2 point untuk wat karangan perbahasan plak kat sekolah. Apapun.. aku adalah orang yang sangat tak setuju hadkan penjualan nasi lemak kat skolah. Dulu.. nasi lemak je la jadi makanan favourite aku kat sekolah. Sambal nasi lemak tu jugak la yang menjadi penambah perisa kepada makanan yang biasa2 je rasanya dijual kat kantin. Even takde sedap mana pun sambalnyer.. tp sebab sambal tu pedas kan.. jadi sedap la jugak nasi nya. Itula pentingnyer food education kepada budak2.. supaya diorg boleh bezakan makanan yang elok n tak elok.. makanan yang boleh buatkan kepada obesiti n tidak.. Jangan kerana ibu bapa malas nak take over tanggung jawab jaga pemakanan anak2.. abis suma budak2 yang tak obes pun kena tempias takleh makan nasi lemak hari2... hua.. hua.. hua..



Akulah pejuang nasi lemak sebab aku sangat suka nasi lemak...


No comments: