Thursday, April 14, 2011

Aiman dah 18 bulan!!

Memang muka baru bangun tido.. biasa kalu tido lambat, memang akan bangun lambat. Tapi harini, awal pulak bangunnyer. Agaknya sempena 18 month birthday..


Alhamdulillah... 18 bulan dah Aiman hari ini. Rasa sangat bersyukur dengan kehadiran Aiman. Even penat, ngantuk, suma perasaan ada nak melayan Aiman.. tp tak pe.. suma tu jugakla yang menggembirakan hati ku ini. So dah 18 bulan ni.. apa eh pencapaian Aiman..



  • Banyak dah cakap. suma main mintak.. kekadang aku pun tak paham apa yang dia nak. suka2 je cakap ok.. ok.. tp sb tak kasi apa yang dia nak, ulang lagi apa yang dia sebut tu sampaila aku kasi.. kelakar jugak kekadang tu..


  • Biasala.. kalu berak or kencing.. mesti cakap 'yak.. yak..'. Kalu dia terkentut ke.. dengar aku kentut ke.. (hahaha..) mesti buat muka terkejut... then cakap 'hu...hu.. yak..yak.. eeee'.. biasa kalu kencing dia pegang pampers bahagian depan. Kekadang tu sebab penuh sangat pampers ngan kencing, sibuk jugak cakap 'yak.. yak..' sampaila salin pampers tu..


  • Berminat sangat ngan seluar. Sibuk nak pakai kalu jumpa seluar sedangkan masa tu memang dia dah pakai seluar pun. Seluar aku n en suami pun sibuk je nak pakai jugak. Pastu sebut.. 'seluar..' Tapi.. kalu lepas salin dia, kekadang tu berkejar jugak nak pakaikan seluar.. sampai nangis pun selalu je.. betapa la tak mo pakai seluar.


  • Berjaya dah aku stopkan bf untuk Aiman. Masih tak leh nak makan susu plain, so skarang aku kasi Aiman minum susu perasa madu n coklat. Coklat ni waktu siang kat umah nanny je.. n tak suka jugak minum pakai botol. So suma susu minum pakai straw ngan cawan je. Okla, tak yah susah pk camne nak stopkan pakai botol pulak nanti.


  • Binatang2 yang Aiman dah kenal.. cat, bird.. kalu tengok gambar, dah boleh sebut cat or miaw.. kalu nampak kat tepi jalan or dari dalam keta pun boleh sebut jugak.


  • Sangat suka ngan lagu Old Macdonald. Kalu nampak phone, mesti cakap 'e a e a o'. Maknanya nak soh pasang la tu lagu Old Macdonald. Selalu jugak cakap 'Allah' tp pelat dia la. Maknanya nak dengar lagu Sifat 20. Kekadang aku pasang jugak lagu Asmaul Husna. Dulu minat lagu Maher Zain, InsyaAllah tu tapi lately aku jarang dah pasangkan. Sebab video klip dia gambo perang2 kan..


  • Asal aku lepas semayang je, sibuk la soh aku pi amik Quran. Siap tunjuk lagi kat Quran yang dalam almari. Kat tingkat bawah pun ada satu aku letak kat ruang tamu.. tu pun kekadang dia suruh amik baca. Sebutla Quran (Aiman's language ye..). Skarang ni takleh sangat nak baca Quran depan Aiman, sebab sibuk nak belek2 mukasurat jugak. Kekadang tu sampai menangis la berebut ngan aku. Seb baikla tak sampai koyak lagi.. Pastu, kan biasa lepas kita ngaji, kita cium Quran kan. Aiman baca buku pun sibuk cium jugak, sb tiru aku cium Quran lepas mengaji. Doa pun pandai sebut tp ni ikut mood la.. kekadang tu nak join aku.. kekadang tu panggil je dah lari kedek2 ke tempat lain.


  • Masih lagi kurus n ringan. Bebaru ni tak sihat, pi check kat doktor.. berat pun tak meningkat. Risau gak aku.. tp makan banyak.. berak pun banyak.. tengokla next kk visit, mungkin boleh highlightkan this issue kat nurse.


  • Tengok gambar baby.. terus je sebut 'baby'. Smalam pusing2 kat area pampers kat kedai pun, bising je mulut dia dok sebut 'baby'. Kalu bukak buku yang Wardina tulis tu, tengok gamba anak Wardina yang pompuan 2 orang yg dah besar pun panggil baby jugak. Semalam nak tido malam, boleh pulak landing kepala atas perut aku. Agaknya berkomunikasi ngan adik dia kot..

Macam2 lagila Aiman punya peel skarang.. aku pun tak leh nak recap suma sekali gus. Tapi memang kekadang tu idea dari Aiman tu tak disangka2. Kelakar pun ada. Kalu bab terlebih manja n mengada tu.. selalu jugak. Tapi biasala kan... budak2. Kita pun seronok jugak melayan tapi menjadi seronok di saat kita ni free n tengah berehat2 la. Kalu tengah dok masak ke.. mengemas ke.. nak pulak kena time dia mengada2 nak dukungla.. merengek la.. memang hangin jugak.. hehehee.... apapun Aiman, be a good boy ye.. let's learn and explore more!!



Tak perasan pun biskut kat mulut Aiman.. sibuk sangat nak amik gambo ngan Aiman. Tapi bila tengok.. memang teringat iklan Corntos! hehehehe... agaknya kalu diorg wat pertandingan makan corntos, boleh kot aku anto gambo ni even sebenarnya Aiman tengah makan biskut..


** tp sebenarnya.. aku perasan la kan, xbanyak gambo aku berdua ngan Aiman. Gambo Aiman sorang beraksi je banyak!

No comments: