Aiman yang masih tido bila aku dah nak angkat ke rumah nanny.. ni dah hari ke 3 jugakla tido bila hantar ke rumah nanny. Senang jugak aku nak siap2 n masak pagi2..
Misi untuk stop BF bermula. Memang betul kata Yana, once kita decide nak buat tu, memang kena buat betul2. Memang akan siksa jugak untuk beberapa hari mula2 (aku dah seminggu lebih tersiksa tak cukup tido..). Tapi itula stage budak2 ni.. sampai masa.. betapa kita suka pun nak kasi bf.. terpaksa jugak aku stopkan. Kasi can kat adik Aiman pulak. So here, aku kongsikan kisah sakit belakang n mengantuk nak stop bf n tido kan Aiman malam2 hasil dari tak dapat nak bf kan Aiman dah untuk kasi dia tido. Keep in mind that once i start this.. i need to finish it.. jangan kesian.. jangan putus asa.. jangan terlalu emosi.. teruskan bersabar.. banyakkan doa.. semoga dipermudahkan oleh Allah..
So mungkin kisah hari2ku spt di bawah ni agak membosankan.. tapi ini adalah bukti and panduan untuk aku di masa hadapan. Hehehe.. boleh bandingkan antara Aiman n adik Aiman plak nanti camne..
2nd Day :
Malam ni Aiman tido awal.. tido sendiri depan tv. Tapi sebelum tu ada jugak dia mintak nak 'tutu' tp bila aku tunjuk, dia kata 'eeee... xnak..'. hehehe.. bagus.. bagus.. sebab tido kat bawah, aku tak berani nak angkat selagi dia tak bunyi2 or bangun. Around kol 1.30 en suami angkat Aiman naik.. memula elok je tido, bila letak atas tilam, terus jaga n nangis2. Kalu aku kasi nenen, sure tak sampai setengah jam dah tido balik. Makanya, bermulala episod aku tak tido lagi malam tadi... sampai kol 4 pagi! Huhuhu.. ada masa dia ok, main2, makan ada masa ngamuk2 sb ngantuk tp dia tau xmo nenen. Dukung n dukung.. bila datang angin dia, meraung marah2 sambil menggelepar. Ada jugakla time aku dah tak tahan tu, menjerit jugak aku kat Aiman soh tido. Then lagi kuat dia nangis, sampai teresak2.. pastu penat, tertido atas bahu. Then tersedar balik, nangis balik. Adoila.. budak2 ni, tak sakit kepala ke nangis lama2.. siap mengamuk2 lagi.. Dah tertido dalam kol 4 tu.. terbangun pulak kol 6 lebih kurang. Dodoi.. dukung, menangis meraung suma lengkap.. last2 tido balik dalam kol 7.15 pagi. Sampai hantar kat pengasuh pun masih tido lagi.. penat sangat la tu tak cukup tido campur nangis. Tapi dalam pujuk2 dia suruh tido semalam, sempat lagi aku cakap 'napela malam2 mengamuk n berjaga camni.. nanti siang Aiman tido je.. rugi je ibu bayar kat pengasuh!' Hehehehe.. sampai ke situ aku pk punyala penat nak tidokan Aiman. Yg bangun subuh tu, Aiman sebut jugak nak 'tutu' then dengan konfidennyer aku kasi dia rasa. Tapi sebab ngantuk sangat kot.. main belasah je masam2 pun. Maka cepat2 la aku tarik balik.. tu yang sambung meraung tu.. Haihhhh.. tengok malam ni camne pulak..
3rd Day :
Aiman tido lepas kenyang makan semalam. Even lepas makan tu, tak sempat minum air lagi dah merengek2. Aku kasi minum air, mata pun dah tutup sikit. Then terus letak kepala atas bahu, then tertido. Ni around kol 10.45. Dalam 11.30 merengek balik.. aku angkat, dodoi2 n bawak naik atas bila tido balik. Seb baik senang je kali ni. Then kol 2.. Aiman bangun nangis2.. aku bawak turun, sempat jugak dia makan pisang sepotong ngan air.. then tido balik lepas didodoi. Dalam setengah jam jugak la. Next bangun pulak kol 4.30 sampai 5.30.Kali ni takmo makan or minum, nak nangis je.. 3 kali naik turun bawah.. sampai atas, letak, terjaga balik, makan turun bawah semula. Semalam cam kurang skit aku marah2.. hehehe... agaknya sb Aiman pun tak meraung melampau2 cam hari sebelumnya. Last skali, kol 7.10 tadi.. kalu aku kasi nenen, mesti tido balik. Tapi aku pun malas dah nak dodoi2.. terus je bangunkan Aiman, kasi biskut. Sampaila hantar ke nanny.. berjaga.. dah masuk hari ke3 ni, pagi2 dah mula rasa sakit kepala. Berapa hari lagi agaknya.. tp takpe la.. kena berusaha jugak!
4th day :
Petang sampai malam, Aiman happy giler. Main n makan tak berenti2. Ingatkan senangla nak tido malam macam hari2 sblm. Rupanya lagi susah.. punyala merengek n menangis macam bangun tengah malam. Aku pun dok dudung n dodoi sampaila tertido. Tak nak minum susu or air.. n dah tak mintak 'tutu'.. risau gak aku sb kalu tak minum air or susu, sure dahaga, kang lagi mengamuk bila bangun malam2. Last2 tido jugak around 12.15am and bangun kejap kol 1. Tapi ni dalam 15 minit je.. aku dukung pusing balik, dah tido balik. Bangun semula kol 3.30.. dahaga agaknya, minum la jugak 2oz susu.. then dlm 4.15 dah tido balik lepas dukung+dodoi. Alhamdulillah.. sampai pagi tido.. kalu bunyi pun sekejap je n tak bangun n nangis2 melampau mcm hari sblmnya. Dekat kol 6.45.. bangun nangis, aku dukung dodoi, kejap je dah tido balik. Dapatla solat subuh dengan tenang.. pastu sempat masak sikit, dengar Aiman nangis lagi dalam kol 7.15. Dukung balik.. tertido semula.. aku terus baringkan dia kat ruang tamu sambil aku siapkan masak makanan Aiman. Okla.. sampai nak pegi keje baru dia bangun tp still mamai2 lagi. Agaknya kalu aku tak masukkan dalam keta n terus je dukung n dodoi, mesti sambung tido balik. Nampaknya mcm ada kemajuan dari hari ke hari. Hopefully cepatla dapat train Aiman ni. Aku still mengantuk lagi pegi keje harini.. sb tetap jugak bangun berjaga beberapa kali n sakit belakang sebab dukung Aiman..
5th day:
Birthday mak.. so balik keje, kitorg ramai2 pegi makan kat Giant. Balik Giant, sampai rumah dalam kol 8, Aiman pun tertido. Lepas aku siap solat, mandi.. join gak dia tido sampaila kol 10.30. Dah tau sure Aiman akan tido lambat sebab dah tido.. memang pun.. huhuhu.. almost kol 4 pagi baru Aiman tido. Memula tu ok lagi seronok2.. bila dah kol 2, mulala meragam ni. Nak main macam2 tapi suma nak aku pegang dia or dukung. Mula2 boleh la.. lama2 aku pun dah penat. Aiman pun dah penat tp tak mo tido jugak. Menangis merengek lama jugak sb aku dah malas nak ikut apa dia nak. Ada masa2 tu.. saja je aku biar dia nangis, sebab dah tak larat.. n bila dia berenti nangis dia akan penat. B4 tido tu, sempat lagi makan nasi dalam 10 sudu kecil. Then tunjuk tilam. Bila aku baringkan dia, boleh pulak dia tepuk tepi dia.. suruh aku pun baring. So sweet... terus rasa mcm terharu n bersalah sebab biarkan dia nangis tadi. Then tepuk2.. last2 kitorg 2-2 tertido. Dalam 4 lebih aku terjaga, angkat Aiman masuk bilik. Pastu around kol 5 Aiman jaga skali lagi, aku yang memang dah tak larat, just angkat Aiman suruh baring atas badan aku sambil aku tepuk dia. Dia pun tak lama nangis, tido balik. Sampai la pagi.. dalam kol 7.30 baru nangis semula, mintak susu. Aku bawak dia turun, buat susu dalam cawan, Aiman minum separuh then sambung tido balik. Owh.. senangnyer.. cuma semalam je la seksa nak boleh ke tido tu.. Even hantar kat nanny pun still lagi tak bangun. Aku je yang sangat mengantuk hari ni. Tak rasa pun yg akan bekerja dengan baik harini, sb since balik keje semalam lagi kepala aku ni rasa dah mcm melayang2..
Apapun.. rasanya semakin hari semakin ada kemajuan. Aiman dah pandai mintak susu sambil tunjuk ke dapur or meja bila dia nak susu. Dah boleh paham bila nak 'tutu'.. aku cakap 'eee.. tak yah la.. kita minum susu dalam cawan eh', dia pun tak merengek2 mintak susu. Cuma skarang, nak latih Aiman cara tido la pulak. Cayyuk...
6th day :
Ari jumaat.. family in laws datang tido kat rumah sb esoknya nak ke taiping kenduri. Aiman seronok main2 n tak lama sangat pun dukung dia nak kasi tido. Then bangun gak tengah malam tp sebab aku sangat penat, aku tarik je Aiman baring atas aku sambil aku tepuk. Mula2 merengek tp agaknya sb dia pun penat jugak main, so dia pun tido balik. Ada dalam kol 5 baru bangun yg aku kena dodoi sambil dukung.
7th day :
Trip ke Taiping, balik hari. Aiman banyak tido dalam keta. Sampai rumah malam, tak tido dah.. so dalam kol 1 baru merengek2 nak tido. Kasi air tak nak, kasi susu tak nak.. tp sibuk nak mintak something kat dapur. Aku buat susu untuk diri sendiri, minum, then kasi cawan susu dia pulak, minumla sikit. Sibuk nak letak jari kat handle mug tu. Last skali, pas dia minum, di tepisnya mug n pecah! Huhuhu.. tensennyer kol 1.30 pagi mengutip kaca kat rumah. Kena marah, tak nangis pulak, tp elok je lah duduk kat tangga tengok aku kutip kaca. Then sempatla turun bawah semula 2x untuk sesi mendodoi.. then baru tido. Malam tu, setiap sejam bangun.. 3x. Tapi tak lama la untuk dodoi cuma belakangku sakit jugak.....
8th day :
Malam ni.. penat.. so kol 8 lebih tido sampai la kol 11. Lepas smayang isya', aku pun join Aiman tido jugak, persediaan diri sendiri berjaga bersama2. Then kol 11 Aiman bangun, sempatla kasi makan, main ngan nasi, then main menda lain jugak. Sb takut Aiman tido lambat, so aku pun masakla sup untuk esoknya siap2.. pun sibuk jugak main kat dapur. Seb baikla tak lama sangat berjaganyer.. sampai kol 2 tu, aku bawak naik atas, aku dah mamai2 tp around kol 3 baru Aiman tido. Nak tido pun datang menempek.. aku pasang video.. dia pun tido. Penat sendiri la tu.. n yang bestnyer.... sampai pagi Aiman tido. Alhamdulillah.. so kita tengokla malam ni camne pulak perkembangannyer. Hopefully by this week, sumanya dah boleh kembali seperti biasa.. tak perlula aku asyik dalam mode sleepy je...
9th day :
Nampaknya.. semalam je la hari yang Aiman tido dengan lena tanpa bangun. Hari ke-9.. dari balik rumah petang tak tido.. so kol 11 aku siap2 la nak kasi dia tido. Pasang lagu sudah.. bawak turun naik 3x.. sampai kol 1 jugakla. Sampaikan aku sendiri dah siap tertido n tinggal video kat hp terpasang.. pastu dengar suara mak tih! Aiman dah dail no orang.. Sebelum tido sempat lagi makan roti 1/4 keping n minum susu abis satu gelas. Dah tido kol 1, bangun pulak kol 2.30.. ni pun kena bangun jugak dodoi2 kan.. then kol 4 lagi skali.. yg kol 4 ni panjang skit ragamnya.. mata ngantuk tp tunjuk pintu suruh turun. Dah turun, dodoi2.. kejap je diam, then ngamuk balik. Aku buatkan susu.. minum jugakla tinggal sikit baki dalam gelas n sempat jugak makan roti sikit. Aku dukung sambil jalan2.. Aiman pun tutup mata sambil suap jugak roti kat mulut. Hehehe.. last2 bila dah tido, aku bawak naik, roti terlepas dari tangan kat depan pintu bilik. Alhamdulillah.. selamat tido sampai kat tangan nanny pun masih tido..
Rasanya.. dah boleh kata berjaya misi aku nak stop bf. Since aku start buat keputusan nak stop tu.. memang dah stop pun. Cuma first 2-3 hari, Aiman masih mintak n bila balik keje je aku akan letak asam jawa kat nipple. Siap sedia awal2 kalu Aiman mintak, terus tunjuk je 'eeeee'. Hehehe.. skarang ni cuma cabaran nak tidokan dia je la. Memang Aiman dah paham jugak, kalu dia ngantuk n rasa nak didodoi, dia akan mintak dukung. Kalu mood dia ok, dia pegi baring sendiri depan tv. Cabaran jugak nak dodoikan Aiman bila dia terjaga tengah2 malam. Tapi itu, hmmm.. slow2 la. Try kasi Aiman makan kenyang2 dulu sblm tido, supaya tak kerap sangat jaga malam.
Aku rasa sangat beruntung jugak keje kat company aku skarang. Bila malam2 asyik berjaga.. memang aku rasa kualiti kerja merudum jatuh. Pagi2 lagi dah rasa sakit kepala melayang2 sebab mcm nak tido. Bila lepas lunch tu, memang dah tak dapat nak tahan lagi.. masuk semayang je, kekedang tu boleh tertido sampai sejam dalam surau. Tido yang memang tak sedar apa langsung. Luckily jugak.. minggu lepas bos2 suma takde. Minggu ni adala.. tp kehilangan aku takde la dirasai sangat. Segan jugak rasa.. tp memang dah tak leh tahan ngantuk.. dari terbongkang tido kat workstation sendiri.. baik tido kat surau. ye tak? Ke tak betul? Bagi aku ok kot.. sebab workstation aku betul2 tepi pintu orang kuar masuk, bukan ada cubical pun.. so memang orang akan nampak kalu aku letakkan kepala atas meja. Then dengan nanti lengoh belakang n pinggang.. baik aku menghilangkan diri ke dalam surau sekejap. Budak2 opis pun suma dah paham.. siap tolong backup lagi! =
So... kesimpulannya, aku sangat rekemenla guna cara asam jawa nieh. Sangat berkesan bagi Aiman.. Alhamdulillah.. minum botol pun tak, menetek pun dah berenti.. cuma nak train kasi Aiman banyak minum susu pulak..
Tak senang nak bf.. banyak cabaran yang perlu dilalui. Banyak sangat pengorbanan yang terpaksa dihadapi. Nak plak aku ni memang jenis yang susu sikit. Kata2 perangsang dari kawan2.. kata2 yang suruh stop dari kawan2 pun ada.. tp aku jadikan itu semua sebagai kata2 semangat. Alhamdulillah.. sepanjang perjalanan bf Aiman, aku dapat jugak bertahan. Kisah pam dalam stor, surau, toilet pun penah sb masa tu outstation. Buang susu sb hotel takde freezer, buang susu jugak sb blackout.. (actually, masih ada banyak susu Aiman yang aku tak sampai hati nak buang akibat last blackout tu.. sayang.. tp memang takleh minum dah pun). Dan bila nak stop bf, cabaran pun besar n banyak. Mungkin untuk adik Aiman, aku dah tak sekuat sekarang, mungkin cara bf pun dah tak sama.. mungkin dengan adik Aiman nanti.. lebih kepada cabaran nak stopkan minum botol. Tapi itu.. nanti dululah.. kita tengok camne. Hopefully.. even aku dah stop bf, Aiman still akan sentiasa attached ngan aku. Biarla penat aku dukung n dodoi dia sampai tido.. asalkan Aiman sentiasa peluk aku.. even bukan untuk bf.