Thursday, October 3, 2013

Lost World Of Tambun - Family Day

Bertuah sungguh en suami kerja ngan company yang tiap2 tahun buat family day kat theme park serata Malaysia. Memula aku bgtau en suami.. aku agak tahun ni pegi Bukit Merah.. rupanya LWOT. Ok je.. dan best jugak sebab kitorg dapat duduk Hotel LWOT instead of ada 2 lagi hotel lain yang lokasi agak jauh dari sini. Gerak hari sabtu pagi.. sampai around kol 1.30 petang. Dah register suma.. tunggu bilik sampai kol 4!!! Muka aku memang dah xleh senyum dah.. mujurla company en suami kan.. kalu company aku, memang aku mintak bilik lain dah. Time kitorg dapat bilik, orang2 lain suma dah turun siap2 untuk aktiviti sukaneka petang tu.
 
 
Amni kejar dari belakang.. ayah jalan menonong lupa anak dah 2..  bilik best.. besar.. lantai mozek so xde la rasa busuk karpet or berhabuk. Budak2 ni nak makan pun senang.. tumpah2 suma aku tolak masuk bawah katil.. hihi..
 
 
Ni time sukaneka.. xde la kitorg nak join kan.. ada loker untuk simpan barang tapi aku pegang je.. kalu tak cemana nak amik gambo. So en suami la yang masuk air main ngan Aiman n Amni. Ni area besar mcm pantai tu.. siap ada pasir lagi untuk budak2 main. Selang 15minit keluar wave.. Aiman beriya berlari2 sana sini..
 
 
Ni area sebelah.. kawasan cetek skit untuk kanak2.. Banyak sangat slide.. kawasan pun agak luas so kalu ramai orang pun xde rasa sangat. Time kitorg mandi ni memang xramai orang pun..
 

LWOT ni skali ngan Banjaran Hot Spring. Kolam air panas ni bukak kol 6ptg sampai 11 malam. So bila area pool dah tutup kol 6, kitorg berendam kat air panas plak. Amni memang dah sejuk2 dah kat kolam.. masuk air panas.. baru nampak reda skit ketar2 badan.. Gambar Aiman sensorang tu kat jakuzi air panas.. buih2 kuar.. memula aku ingat air panas sampai menggelegak.. rupanya suam2 43 degC je.. maybe sebab petang tu cuaca mendung.. baru lepas hujan n malam pun hujan, so air panas rasa mcm mandi air shower je..

 

Ni time dinner.. majlis x start lagi.. Aiman n Amni dah tido.. penat sangat mandi manda.. gabung 2 kusi.. baringkan diorg n kepala Amni atas riba aku. Bila dah siap kitorg makan.. baru diorg bangun.. ingatkan nak tido sampai esok pagi dah. Pastu baru kasi diorg makan. Lecak tanah sebab hujan kejap sebelum tu. Abis kasut berselut suma. Beriya tunggu sampai habis majlis dengan harapan dapat lucky draw. Ada 70 hadiah tapi.. mcm xbiasa pun kan. Kitorg memang jenis xberapa nak bertuah..

 

Esok paginya.. aktiviti free and easy. Boleh plak organizer kasi kurang 1 tiket untuk kami. Memula ingatkan Aiman xyah tiket.. rupanya Aiman pun kena. So 2nd day.. en suami tak masuk. Dia pun syok je bleh bergolek2 tido dalam bilik. So aku bawakla diorg mandi. Xde sangat gambar mandi sebab aku pun mandi skali ngan diorg. Amni tido.. aku tukarkan baju dia.. otw jalan ke pool baru jaga.. sampai habis mandi n badan ketar2 pun asyik menguap lagi.. haha.. marry go round free.. ada lagi beberapa mainan fun fair yang free macam buaian besar utk dewasa n buaian kecik skit utk kanak2.. kapal besar pun ada.. tp kitorg naik yg ni je. Ada gak booth main game tikam dapat bear besar tp kena bayar. Mujur Aiman n Amni tak mintak besar yang bergantung2 tu.. 5x naik marry go round. Memang xde orang pun.. so kitorg tak turun pun.. pusing n pusing lagi....

 

Besar area LWOT ni sebenarnya. Belakang pool ni ada macam mini zoo. Ada binatang2.. n masa feeding time. Dah aku sorang kan.. malas la nak bawak diorg jalan. Ada jugak tempat melombong bijih timah. Nak melombong tipu2 pun boleh.. ipoh kan memang kawasan bijih timah dulu.
 
Berjaya mintak check out kol 1.. so dalam kol 12 gerak balik bilik.. siap2.. check out.. aku n Amni kat lobi tunggu en suami amik kereta ngan Aiman. Bila kereta sampai.. tengok Aiman dalam kereta dah lena! Hahaha.. penat sangat2 la tu.. sampaikan dari kaw parking yg xsampai 200m dari lobi.. dah boleh tido.... kitorg singgah solat kat RnR Simpang Pulai.. then Amni join Aiman tido sampaila kl.
 
Fuhhh.. memang penat.. laundry bertimbun.. nak basuh.. nak sidai.. ngan baju keje langsung x iron lagi.. lepak je malam tu layan Masterchef... owh.. dalam penat2.. berbangga dapat jugak masak nasi lauk telur kicap n ayam pandan (ayam dah perap lama) sebab suma pun malas nak kuar makan. hihi..


No comments: