Wednesday, December 25, 2013

Bukan menipu.. cuma x bagitahu je..

Aku nak kongsikan satu kisah benar.. untuk ingatan diri sendiri.. dan moga boleh menjadi panduan pada sesiapa yang tak tahu..

Aku berhenti kerja lebih awal dengan menghabiskan cuti2 yang aku ada. Aku habiskan semua.. sebab nak berhenti awal.. pergi bercuti sehari dua.. kemudian mula keja awal di tempat baru. Aku bayangkan.. cuti aku di company lama adalah cuti berbayar.. yang mana bulan december ni aku akan terima gaji untuk 11 hari lagi kalu berdasarkan date surat resign aku. Bila aku cek dengan company lama.. katanya sudah dibayar dalam gaji terakhir aku yg masuk untuk bulan november. Aku xdpt payslip kerana payslip dihantar ke email office.. so sementara tunggu email pasal payslip.. aku cek balik akaun bank aku. Baru perasan yg gaji masuk nov jauh lebih sikit dari gaji biasa.. cemana diorg kata dah bayar suma skali?

Bila tengok payslip.. rupanya gaji bulan 11 aku hanya dibayar 26 hari.. yg mana last day aku keje ialah 26hb nov. Bila call HR.. katanya diorg offset leave aku ke date yg aku mintak.. dan makanya cuti aku tu xberbayar dan aku dapat berhenti awal. Memang aku tanya byk kali.. kenapa offset xberbayar.. kenapa aku kena guna terms offset.. bukanke cuti tu sepatutnya berbayar? Lepas terang2.. org tu pun ada tanya2 jugak ke senior dia cemana nak terang kan aku bila aku tanya n tanya lg sebab xpuas hati.. katanya mmg kalu offset leave.. cuti yg digunakan utk cepatkan tarikh kita berhenti tidak akan dibayar. Katanya aku sepatutnya apply cuti.. baru diorg akan kira yg last day aku adalah 11 haribulan even 26hb aku dah mula bercuti. Okey... I did not know that.. aku ada mention psl nak mintak cuti ms aku discuss bila aku nak last day aritu tu org HR yang lain (senior dia lah) kata aku xleh apply cuti dah sbb aku dah tender. Bila tender.. sabtu n ahad pun akan ditolak dari cuti tu. Katanya hr akan uruskan n kira semua. Tapi.. ko xcakap ko akan buat offset leave!!! Xde mention langsung.. kenapa xterang secara detail.. and kenapa xkasi pun aku apply cuti lepas tender sedangkan ada je jawan2 yg apply cuti lps diorg tender. Yeah.. apapun.. aku tetap salah sebab surat acxeptance of my resignation ada ckp last day aku 26hb. Even de perkataan offset  leave.. maknanya last day aku ialah 26hb lah kan.. so betulla gaji aku sampai 26hb je.. dah burn lah cuti 14 hari aku tu...

Rezeki dari Allah.. memang aku yg xbetul2 paham pasal ni. Aku cuma paham yg hr akan buat yang terbaik.. akan memberi option yg terbaik utk staff dia.. akan memberi penerangan yg detail agar suma staff paham pilihan n kesan dr pilihan tu. Sapa xnak duit.. nak plak bila duit tu mmg ada cara utk refund. So.. I'm writing this just a reminder to others.. be carefull. Cek betul2 term2 n option yg hr kasi bila berhenti. Memang dalam kes ni salah aku.. xcek.. assume je akan dapat.. excited sangat nak pegi penang bercuti.. xpela.. rezeki dari Allah kan.. moga nanti Allah murahkan lg rezeki aku dan company baruku.. amin... dan sesungguhnya aku betul2 rasa teraniaya...


Sent from Samsung Mobile

No comments: