Sebab 3 hari cuti merdeka.. aku merancang nak masak macam2. Ni perancangan je.. and yang jadi adalah...
1. Nasi ayam & air bandung.. lama dah tak masak. Ntah nape balik dari servey barang kat The Curve, rasa mcm nak masak nasi ayam. Terus ke Tesco, beli barang2 yang takde, then kol 5 lebih sampai rumah terus masak. Memang dah lambat pun, n kelam kabut la jugak tp berjaya siapkan suma menjelang waktu berbuka. Sedap!!! Ni dari apa yang aku makan la. Yela, dah la posa, garam suma pun main taruk je.. Plan asal nak wat kuih cara jugak.. tp itu memang cita2 yg tak dapat jadi kenyataan sb masa yang sangat singkat.. Kuih plak, sempat order je dari Naim, sb dia pi bazaar ramadhan. Ni yang best umah dekat ngan umah mak. Tp sayang, tepung pelita hancur sb bekas dia senget masa bawak..
2. Kuih Cara.. hari ahad, mak msg ajak berbuka kat umah mak. Mak buat nasi arab! Yum..yum... memang nasi arab mak menjadi favourite kitorang sekeluarga n lama dah mak tak masak. So sebab aku melepak je kat umah seharian, aku pun buat kuih cara. First batch, hancur kuihnya. So utk second batch yang dimasak, aku tambah tepung lagi. Yeah.. menjadi! Cukup gula, cukup lembut.. cuma yang bosan buat kuih cara ni sebab amik masa yang lama, lubang ada 7 je.. dapatla aku siapkan dalam 32 bijik.
3. Spegetti.. sb dah bebuka kat umah mak, n malas nak tapau, so aku masak spegetti je untuk sahur. Bahan yang ada pun hanyalah daging cincang. Cendawan butang dalam peti ais dah lama.. tak berani nak pakai lagi. Stok pun takde. Takpelah.. cukupla dengan daging. Wat bersahur je pun. Sahur ala western...
4. Puding jagung.. haaa.. ni dah lama teringin nak buat. Jagung dalam tin pun dah lama beli. Pagi isnin bangun, terus surf cari resepi. Kebanyakan resepi pakai susu isian and berita buruknya, susu isian aku tinggal 1/4 tin je sb dah guna utk buat air bandung aritu. Nak kuar.. malas, so aku pun tepon la mak. Hehehe.. kebetulan plak naim bleh tolong antokan. Yey.. dapatla susu tin and berusahala aku memasak puding jagung. Cara macam senang tp dari resepi internet yang aku dapat, banyak komen orang kata puding dia buat lembik n cara tak nak kasi lembik, memang kena masak sampai betul2 likat n berkilat. Tak mo lembik punya pasal.. sampai lembik la tangan ni mengacau puding sampai betul2 likat. Ingatkan hasilnya banyak, tapi dapat satu loyang je. Bolehla kot kasi kat mak n jiran2 sorang sikit.. Hopefully tak lembik la pudingnya sb skarang ni masih dalam peti ais.. tak tengok pun lagi hasilnya..
So.. inilah menu2 ku sempena merdeka ni. Next week balik batu pahat, amik kerepek sekali. So rasa makanan johor la pulak..
2 comments:
amboi rajinnyer ko masak...aku ni malas la..camner nak wat ek?huhuhu
hahaha.. rajin? takde la rajin sangat, sekali sekala datang mood tu, rajin la.Ko ada baby, tu yang malas. Tengokla bila aku dah ada baby, silap2 dapur berasap sb masak air utk susu baby jek..
Post a Comment