Sampai ke jeti, sementara menunggu boat, kitorg pun mencari sarapan kat gerai2 area tu. Dah lama tak makan nasi dagang.. sedap. Sementara tunggu boat, sempatla jugak jalan2 kat gerai yang jual mcm souvenir, tp tak beli pun.
Perjalanan ke pulau takla lama sangat, around 40 minit. Luckily boat besar, bleh panggil feri. Tak bergegar langsung. Slow giler jalan. Siap bleh tido dalam boat. Sampai ke pulau, diorg kasi short briefing mengenai pulau n suma aktiviti sepanjang di pulau.
Lepas briefing, gerak ke lobi hotel. Tp sebab kitorg sampai awal sangat, tak boleh nak check in kat bilik lagi. Suma orang berlegar2 kat lobi je. Sempatla ambil gambar sekitar kawasan pantai then lunch dulu.. masa tu sangat penat n memang lapar giler. Dengan tak mandi, ngantuk, penat..
Petangnya, snorkling kat laut dalam. Aku memang pantang kalu jumpa air. Rasanya aku la antara yang paling lama kat dalam laut tu. Tp awal2 tu, menumpang pelampung orang.. so takla penat sangat nak berenang. Ada jugak diorg wat perkhidmatan amik gambar dalam air, tp nampak mcm ramai orang je.. so aku tangkap gambar kasi ingat dalam otak je lah. Bila naik bot, aku tergelincir. Seb baik masa turun tangga tu, Hanizah n Josephine pegang aku. Dapatla berpaut pada diorg n takla aku jatuh terduduk atas lantai. Kecoh la jugak kejap. Aku pun sedikit cuak, even tak jatuh, takut jugakla kot jadi apa2 kat baby. Tapi lepas2 tu, baby gerak je.. hopefully suma ok. Malam tu baru berani nak bagitau en suami. N for sure.. kena marah la.. dan sy berjanji.. tidak akan pegi snorkling kat taman laut esoknya..
Esok pagi, sebab hampir tergelincir semalam, aku tak join yang lain pi snorkling kat taman laut. Yela, rasa smalam hampir jatuh tu pun adalah peringatan untuk aku. Jangan nak seronok2 sangat sampai lupa nak jaga diri. Mungkin jugak sb aku menderhaka, tak dengar pesan en suami yang memang kureng skit aku aku snorkling. Aku mengisi masa lapang pagi tu tengok citer Night At Museum 2. Ada satu channel khas yang disiarkan kat tv utk tayang movie ni and diorg siar citer dari cd cetak rompak. Memang nampak sangat based on quality gambar n masa tu, citer ni masih lagi ditayangkan kat pawagam! Lepas abis citer ni, aku sambung plak tengok citer Hong Kong yang penggambaran dibuat kat tapak hotel ni dulu. Penggambarannye sebelum hotel ni dibina, n skarang, kedai souvenir More More Tea Inn dibina semula sama macam dalam citer ni. Then aku jalan2 n lepak kat tepi pantai sensorang tp sebab dah panas, kejap je la aku kat luar. then balik bilik... buat sudoku.
Petangnya aktiviti telematch. Aku sebagai ibu mengandung, sekadar pemerhati je lah. Tp seronok jadi pemerhati ni, sebab akula gelak yang paling banyak skali. Tengok sorang staff yang meluru ke laut sb mata dia diikat. Jenuh orang tarik dia. Game terompah gergasi plak, memang mengingatkan aku pada kenangan sukaneka skolah rendah. Ada satu team tu, team lain suma dah habiskan satu pusingan, dah habis game dah, tp diorg baru dapat gerak 3-4 langkah! Hahaha... memang kelakar bila tengok.
Petangnya, aku n k milin pegi snorkling kat tepi pantai tu je. Dipandu oleh 2 orang staff resort kitorg jugak. Kat sini memang orang ramai snorkling utk tengok baby shark. Aku pun dapat tengok 2 ekor baby shark dan jugak banyak jenis ikan serta sotong. Sotong warnanya kat dalam air ialah lutsinar. Nampak tak nampak je.. tp orang yang bawak kitorg la yg tunjuk. Rasanya kalu pi sendiri, mesti tak nampak. Then lepas tu, aku n k milin habiskan masa petang mandi pantai untuk kali terakhir. Esok pagi dah tak sempat nak mandi. Lagipun, beg nanti berat sb bawak balik baju basah. Amik jugak gambar berposing di air yang jernih..
Malamnya, lepas dinner, kitorg pi jalan tepi pantai utk cari blue sand. Ingatkan blue sand ni pasir, rupanya ia sejenis binatang kecik. Ada kat pantai ni je. Kena kuis2 pasir, then akan muncul warna biru kecil2 ala2 glow in the dark. Tak sempat pun nak ambil gambar, dah hilang warna biru tu. Then hujan turun dengan lebatnya..
Esok paginya before breakfast, sempat jalan2 tepi pantai ambil angin n gambar. Ingatkan bleh tengok sun rise, tp rasanya matahari tak terbit kat pantai kitorg. Tunggu punya tunggu.. hari makin cerah. Tapi matahari tak nampak pun.
Lepas breakfast, kemas barang then siap2 utk check out. Sebab boat kol 12, n check out plak awal, so melepak je la kat lobi. Sempat pegi membeli fridge magnet n keychain buat cenderahati. Harga okla, memang mahal skit dari darat tp tshirt kat situ agak murah n elok kualiti kainnya. Cuma pattern je tak banyak pilihan sangat.
Sampai kat darat, kitorang diberi masa dlm setengah jam utk shopping. Aku setakat membeli sehelai tshirt utk en suami. Blinda n Ms Ho, sempat lagi membeli n makan durian kat tepi jalan. Sempat pelawa aku n k milin, tp sebab kitorg dok mencari barang lagi, tak joinla diorg makan durian. N mengenangkan jugak nanti tangan bau bila kat dalam bas. Hehehehe.. Pastu otw balik, bas singgah kat Keropok Lekor Sukaramai. Berenti je bas, aku n k milin orang pertama meluru turun. Cepat2 beli sb tak mo berebut ngan orang lain. Agaknya terkejut la jugak pekerja kedai tu sebab tetiba je 3 buah bas datang serentak beli keropok. Yang bagusnya, memang diorg banyak masak, so suma orang dapat beli tanpa tunggu diorg nak kena masak baru.
Sampai kl dalam kol 11 malam. Memang penat giler... ye la, dok dalam bas je dah 8-9 jam. Tapi seronok la journey ni.. lagipun free! Ni plak gambar2 pemandangan kat Pulau Redang. Sebab kamera aku murah je, cilok la gambar budak2 ni yang ada kamera yang harganya riban2.. Nanti blehla datang redang lagi, bila baby dah besar skit..
No comments:
Post a Comment