Tahun ni..puasa berdua. Berdua setengah la.. campur baby dalam perut! Kebetulan ada tender nak kena anto kat Segamat hari jumaat, so aku n en suami terus balik kampung en suami kat Batu Pahat. Lagipun rasanya sebulan lebihla jugak tak balik sejak keta satria siap dibaiki. Hari jumaat petang, aku n K Elly pegi pasar kerepek. Beli kerepek kiriman budak2 opis n cari supplier utk aku jadi peniaga kerepek sempena bulan posa ni. Dah beli few samples, nanti aku update kan senarai kerepek n harga, untuk sapa2 yang berminat nak pesan.
Tengah malam semalam, tiba2 alarm rumah ni bunyi around 1.30 pagi. Beberapa minggu lepas, rumah sebelah rumah my PIL kena masuk pencuri. Orang indon, berempat. Diorg pecahkan pagar n pintu bilik. Habis barang kemas dekat 20k la jugak. Lepas kejadian tu, terus my PIL pasang alarm kat rumah. Yela, diorg dok berdua je, rumah plak kat lorong yang ada 5 buah rumah je kat kawasan ni. Lepas tutup alarm yang berbunyi, dah tak leh tido. Risau jugak sb rumah2 lain pun diorg pecah masuk hari jumaat malam sabtu. Memula tu tak leh tido, en suami keluar masuk bilik dok tengok kawasan luar. Yela, takut pencuri memang nak masuk rumah. Tp alhamdulillah, sampai pagi takde apa2.
Sahurnya, aku memang ngantuk giler. Yela, tengah malam semalam tak leh tido risaukan pencuri. Rasa mcm sambil makan tu nak tutup mata. My MIL takde la masak berat2 pun, sekadar nasi goreng, ayam goreng & tomyam. Bolehla nak buka selera aku di pagi buta yang mengantuk giler. Pas semayang, terus tido balik. Kat luar plak hujan lebat... sedar2 je dah kol 11.30 pagi! Hehehehe..
Aktiviti siang hari, aku menyalin resipi2 masakan my MIL. Yela, en suami kan orang Johor, aku plak orang utara. Memang masakan tak sama langsung. So hopefully ngan suma resipi yang diambil ni, bleh la menaikkan selera en suami utk bersahur nanti.
Petang pegi bazaar ramadhan. Aku sekadar membeli nasi ambang ngan air tebu. Ni first time aku tengok rupa nasi ambang. Seb baik pi ngan my SIL, dia la yang tunjuk yang mana satu nasi ambang. Sebab ramai sangat orang n tak jumpa parking, en suami tunggu dalam keta je. Then satu lagi juadah ialah Air Katirah (betul tak aku eja nieh). Rasa mcm air bandung, tp kalernya hijau. Ada selasih dalam air. Ramai orang kat bazar, aku pun lupa bawak mask. Sekadar tutup hidung dengan tudung je lah. Hopefully takde menda.
Balik dari bazar, aku memang penat giler. Perut pun rasa mcm dah keras dah. Baby lapar la tu. Kalu kat umah sendiri or rumah mak, memang aku dah terlentang atas kusyen dah. Mengenangkan dok umah orang je, aku bersopan skit n cover skit penat n tak larat aku.
Esok.. lepas berbuka baru gerak balik kl. Esok en suami jela pegi sorang ke bazar. Naik motor lagi senang dari naik keta. Aku pun dah tengok suma makanan yang ada tadi.. maybe balik lagi sekali kot.. kalu jadila perniagaan kerepekku. Hehehe...
** bengang kejap ngan broadband ni tadi. penat aku siapkan satu entri pasal trip ke redang, sekali kuar Page Cannot Be Displayed! Huhuhu... terus takde mood nak buat balik.
** dikesempatan ini aku memohon maaf kepada keluarga, rakan2 n sahabat handai atas segala kesalahan sengaja atau tak sengaja sepanjang hidup ini. Semoga ramadhan ini member seribu erti pada kita semua..
No comments:
Post a Comment