Sunday, August 16, 2009

Pindah

Since few months ago, kitorg mencari2 rumah atas tanah untuk disewa. Actually, mak lagi banyak memberi info pasal rumah2 kosong area Kota Damansara. Yela, mak skarang dah banyak geng, ada je kenalan sana sini. Aritu ada satu rumah ni, sangat murah, rumah setingkat setengah. Halaman rumah lagi besar dari saiz rumah.. tp.. bilik air satu. Ade ke rumah 1-1/2 tingkat, bilik air satu. Apartment umah kitorg pun ada 2 bilik air. So tak dapat diterima. Then lama jugak lepas tu, mak cakap ada jiran kawan mak nak sewakan rumah. Ownernya kena transfer ke Jakarta.. so sewakan rumah sekali ngan perabut. Aku terus xcited nak tengok rumah. Bila dah tengok.. memang lengkap la segala jenis perabut, aku plak yang kena pk mana nak letak perabut yang sedia ada. Tapi takpe, kita chop dulu rumah ni. Rasa sangat berbaloi bila dapat sewa rumah ni, dahla 2 tingkat, atas tanah, fully furnish, sewa pun bolehla. Alhamdulillah.. kata orang, rezeki anak.. ;-)
So, lepas bersetuju ngan tuan rumah, kebetulan pulak owner balik M'sia utk meeting early August, jumpa la dia. Dia pun kemaskan rumah, barang2 dia, potong rumput suma.. terus kasi kunci. Katanya pasni, nak masuk bila2 pun boleh. Best ah dapat tuan rumah sporting..
Sebabkan en suami lama berkampung kat Kerteh akhir bulan 7 aritu, dalam 3 minggu la jugak.. then takut nak kena pegi lagi 3 week of August, kitorg pun amik keputusan nak pindah minggu ke 2 bulan 8. Packing kejap je, start pack ari khamis, sabtu tu dah pindah. Tp mak pun datang tolong jugak.
Alkisahnya.. lori yang angkat barang kitorg. Aku called few numbers yang ditampal kat tepi jalan. Kebanyakannya India, tp aku tak kisah pun sb rege diorg ni lebih kurang. Tp di saat akhir, aku dapat satu no tepon lori yang driver dia orang Melayu. Bila call, tanya details, harga dia pun lebih kurang (sbnrnya ada satu lori India tu lagi murah, RM350 with 4 worker). Tp sb aku pk, emm... ni Melayu, apa salahnya tolong orang melayu sendiri kan.. so aku pun setuju la amik dia.
Janji kol 10, tunggu sampai 10.30 takde khabar berita. Aku called, dia cakap "Jap ye dik.. abang lambat dlm setengah jam. Ni tengah anto barang catering". Emmm.. ni la kalu suma nak wat part time. Pastu dah clash janji orang tu, orang ni. Takpela.. aku tunggu je lah.
Tunggu punya tunggu.. sampai kat kol 11.30 pagi. Tak sampai lagi.. aku call lagi. "Mintak maaf dik.. abang tak jumpa orang tukang angkat. Ni nak pi cari. Sekejap ye..". Aku sempat tanya dia kat mana masa tu, katanya di KL. Mak ngan ayah dah tak larat nak tunggu, diorang balik dulu. Tunggu kat Kota je lah..
12.30 ptg, tak sampai jugak lagi.. aku tepon sekali lagi. "Owh.. dah jumpa tukang angkat. Jap lagi sampai. Sri Damansara yang kat masjid tu kan". Beriya aku kasi direction, ingatkan dah dekat.. akhirnya, kat kol 2 baru sampai.Fuhhh.. seb baik sampai. Aku memang dah pk nak call je lori lain. Dah bengang sangat dah menunggu. Bila dah sampai, kena pulak tahan ngan guard. Diorg tak kasi masuk sb takde surat. Aku pun tak ingat langsung pasal ni. Tp aku berkeras jugak ngan guard mintak kasi masuk lori. Guard ni.. BM pun tak pandai sangat..konon nak ikut peraturan, tapi bila penghuni gertak skit, diorg pun kasila masuk... Camne nak jaga apartment orang..
Sampai lori, naikla 2 orang tukang angkat. Sorang melayu, sorang india. Tapi dua2 orang M'sia la. Nampak macam dah umur 40 lebih.. sian aku nengok diorg angkat barang. Tokey lori (yang aku deal ngan dia tu..) tak nampak batang hidung. Kata en suami (yang turut membantu angkat barang sb nak siap cepat n kesian tengok 2 orang pakcik tu angkat barang), tokey lori tu dok dalam lori. Dah hampir 3/4 barang diangkat, tetiba tokey lori tu buat pasal. Sibuk nak wat 2 trip. Dia cakap ngan en suami.. tp en suami memang dah sangat bengang pun ngan dia.. wat bodo je. Yela, dahla datang lambat, pastu bukan nak angkat barang sama.. pastu.. sibuk nak wat 2 trip. Agaknya nak charge lebih kot. Pastu sibuk cakap hari nak hujan. Takut nanti barang2 basah. Masa tu ya Allah.. panas giler. Jangan kata nak hujan, langit gelap pun tak nampak. Ntah apa2 je alasan. Pastu sibuk cakap dia tak bawak canvas tutup lori. Kalu hujan susah. Sapa suruh tak bawak? Bila dah en suami tak layan, dia pun naik atas. Jumpa aku, pusing2 rumah, kata nak buat 2 kali. Aku cakap, tak yah la.. bukan banyak pun lagi barang tinggal. Muat je lori tu.. Pakcik 2 orang tukang angkat barang tu pun menyokong aku. Katanya muat suma ni.. boleh sekali je.. Apala.. kalu buat 2 kalu, jangan kata kos, buang masa sama. Pastu ada sekali tu, almari bilik tido kitorg, quite big. Masa beli dulu, diorg pasang almari tu kat rumah. Tp sb kitorg pun tak sempat nak bukak almari tu, so cadang nak angkat je lah. Tokey lori ni sibuk kata takleh angkat ke bawah. Tp pakcik 2 orang tu kata boleh, tp kena angkat berempat la. Aku kata, angkat jela. Kalu ada rosak almari tu sepanjang perjalanan, kita halal la.. Memang besar pun almari tu. Kesian aku tengok diorg angkat turun 3 tingkat. Tp sepanjang angkat almari tu.. yang aku tak putus2 dengar dari tokey lori tu.. "tak boleh ni.. tak boleh.. ". Tapi pakcik india tu yang kasi arahan, camne nak pusing, angkat tinggi skit la, sumala.. Dari gaya, memang nampak macam dia dah biasa angkat barang. Tapi aku yang tengok dari atas, rasa mcm nak sepak je tokey lori tu.. sb dia sorang je dari tingkat atas sampai bawah dok asyik cakap tak boleh.. tak boleh..
Bila sampai rumah Kota, dropkan separuh perabut aku kat umah mak. Hehehe.. kebetulan umah mak kekurangan perabut.. so aku pun tumpangkan la barang aku. At least boleh jugak dipakai. Abis siap angkat barang dalam kol 4.30 lebih la jugak. Aku bayar je cukup2 kat tokey lori tu. Malas nak cakap banyak2 ngan dia. Tp kat pakcik 2 orang tu, kitorg memang ucapkan time kasih beriya la. Kesian tengok diorg angkat teruk2, dapat upah pun tak seberapa je. Next time, kalu ada nak guna lori, biarla aku amik betul2 dari orang yang memang full time wat keje ni. At least, takde la banyak alasan. Biarla orang tu bukan melayu pun. Sibuk nak tolong melayu.. tp ada orang melayu ni kalu meniaga.. tak buat betul2.
Petangnya, mak datang tolong kemas kat dapur. Esoknya, ahad, Muaz & Solihin serta maksu n pahcu n Maryam datang visit. Dapatla suruh the boys angkatkan hadiah2 kawin masuk dalam stor, susun cantik2 supaya senang bila nak guna nanti. Maka bermulala kitorg duduk di rumah baru..
Minggu ni, selesaikan mengangkat beberapa barang yang tinggal minggu lepas. Nampak mcm sikit, tapi dalam 2 keta la jugak barang2 yang ditinggalkan. Then sapu2 sampah skit, tak nak la nampak rumah lama tu teruk sangat ditinggalkan. Emm.. lama dah dok rumah tu. Rasanya dekat 3 tahun la jugak. Dari bujang dok berdua ngan Hanizah, then jadi bertiga, then berempat, then berdua balik (kawin), then berdua setengah (ngan baby dalam perut). Sayang rumah tu, rumah elok, kawasan pun dekat je ngan opis. Tapi rumah atas tanah lagi senang kot.. keta pun depan mata.
So, biarla lama2 skit tn rumah baru ni kena keje kat Jakarta. Hopefully sampai aku dapat beli rumah baru.. bila nak wat house warming ni. Nanti lepas raya kot.. takpun jamuan aqiqah baby nanti.. Even tak wat house warming lagi, all family and friends dialu alukan la datang pada bila2 masa sahaja ye... =)

No comments: