Monday, August 16, 2010

Menu Ramadhan 1

Nak dekat seminggu dah berpuasa. Macam post aku aritu, tahun ni memang kelam kabut skit especially waktu berbuka. Masa tu la nak siapkan makanan, masa tu jugakla Aiman ngamuk nak susu (Aiman biasa balik dari umah nanny, main kejap, minum susu then tido). So penah je berbuka sambil susukan Aiman. Penah jugak tengah sahur.. Aiman bunyi nak susu.. berenti kejap pegi baring atas katil susukan Aiman. Ngan tangan penuh nasi.
Makanya.. dengan keadaan yang tak menentu cenggini.. petang hari keje memang aku malas giler nak masak. Rasanya lagi senang beli kat bazar. Tapi bila pi bazar pulak, bosan tak tau nak makan apa. So far aku penah beli nasi kerabu (RM5, sebab aku mintak ayam percik), nasi tomato (RM6, terkejut aku masa dia bgtau harga, mahal giler). Nasi ayam tak penah cuba lagi, tp mungkin boleh cuba nanti2. Posa kan sebulan, ni baru 5x berbuka. Owh.. lagi 3 hari plak, sehari makan nasi tomato kat umah mak, sehari makan sup daging mak kasi (aku masak nasi je) n sehari lagi iaitu semalam....... aku masak!!!!! Hehehe.. semalam berjaya masak untuk berbuka, menunya bawal sweet n sour + telur dadar + sayur campur.
Aku ni tak pandai sangat masak, tu yang jarang masak sebab kalu masak especially bulan posa ni, tak boleh nak rasa.. so tak leh nak ekjas sedap ke tak. Hehehe.. tp semalam punya okla, cukup rasa. Agaknya berkat sebab ikhlas nak masak untuk berbuka kot.. hahaha..
Sahur.. hmmm.. aku memang akan makan nasi sebab pk nak bertahan sampai petang especially bila menyusu nieh. Kekadang tu, balik keje, sambil prepare lauk berbuka yang dibeli, prepare siap2 bahan2 nak masak untuk sahur. Kalu sempat masak terus mcm sayur.. kalu tak.. lepas terawikh baru masak. Masa ni jugak.. selalunya Aiman akan bising2 kat dapur. Memula boleh je main2.. tp lama2, dia dah start ngantuk.. mula la melalak2 menjerit2 panggil orang. Aku rasa jiran2 belakang rumah pun dah biasa agaknya dengar Aiman jerit2. En suami memang ada tolong jaga tp biasala, nama pun budak dah ngantuk, sure nak ibu dia jugak.. minum susu.. bergayut kat ibu dia.. sampaila tido..
Owh.. menu sahur aku so far, eh.. rasanya mcm selalunya masak sayur je kot. Hahahaha.. sayur campur, sayur campur, sayur campur n sekali sayur bayam masak air. Main dish banyak mak yang bekalkan. Sekali tu sup daging, sekali ikan keli sambal, sekali kari daging.. ada sekali beli telur puyuh RM1 dapat 5 biji kat bazar ramadhan, then goreng ikan kerisi. Semalam jugak.. agaknya sebab ahad kan, so semangat nak masak, buat udang goreng kunyit ngan sup telur. Aku ni, kalu sekali maska sayur campur.. sure 2-3-4 hari berikutnya pun akan makan sayur campur. Sebabnya.. sekali beli, seketul kobisnyer, tapi masak, sikit giler. Sayang kalu tak masak, lama2 sayur dah tak elok. Pastu pulak.. kan senang kalu masak sayur campur.. tak yah pk nak letak santan la (kalu masak lemak). Goreng je suma.. telan je la rasa apa pun eh..
Hajat di hati, cuti2 hujung minggu ni nak buatla jugak kuih2. Pastu boleh la kasi jiran sikit kan. Teringat kalu masa kecik2 dulu, hari2 mak buat kuih. Pastu suka pegi anto kuih kat umah jiran. Nanti.. dapat balasan kuih yang jiran masak pulak. Skarang.. muka jiran pun tak sempat nak nampak.. apatah lagi nak kasi kuih. Memang dah tak de semangat kejiranan. Last year ada gak aku buat puding jagung then kasi 2-3 rumah jiran keliling. Masa tu semangat nak kenal jiran sebab baru pindah rumah. Tahun ni, ngan Aiman ni.. nampaknyer takde la nak buat kuih apa2 kot. Tu yang jadi aktiviti wajib pi bazar ramadhan hari2. Even semalam masak pun.. en suami pegi beli kuih ngan air kat bazar.
Inila menu2 aku sepanjang 5 hari kita dah berpuasa.. nanti kita kuarkan entri minggu ke 2 plak eh...

1 comment:

KELI OH KELI said...

jom tgk blog ikan keli....