Sunday, November 1, 2009

Tido vs Sedawa

Skarang Aiman banyak tido.. biasala baby
Biasanya, dia akan bunyi untuk minum susu
Lepas aku susukan, dia tido balik
Aku jarang amalkan tepuk2 dia untuk sedawa
Kalu aku buat pun sblm ni, jarang sangat dia nak sedawa
Tp sebab dia pun takde muak selalu, so aku pun mcm tak kisah pun tak sedawakan dia
Baru2 ni.. kerap pulak dia muak
So aku pun rajinla tepuk belakang dia selepas kasi dia minum susu
Masalahnya pulak, bila dia minum susu, dia akan tido
Bila aku tepuk dia, mesti dia akan bukak mata or tido2 ayam
Kira tak berapa lena sebab aku tepuk dia
Tepuk lama2, jarang jugak Aiman sedawa
Bleh kata dalam skala 3:10 la potensi Aiman akan sedawa
Nak kata cara aku buat tu salah (ni pun kemungkinan besar jugak), tp bila mak tepuk dia pun, jarang gak dia sedawa
Sekarang, aku tepuk sikit2 je.. n memang dia akan jaga lepas aku tepuk2 dia
Kekadang tu, aku siap kena susukan dia semula untuk buat dia tido
Biasanya, kalu dia tak sedawa, aku akan baringkan dia mengiring
Kekadang tu.. dia pusing balik..
Risau jugak kot2 dia muak masa tido, aku tak perasan
Takut dia tercekik je
Aku terpikir jugak, kalu asyik tepuk dia, nanti jadi kebiasaan plak bila dia nak tido je kena tepuk
Hopefully, lepas2 ni pun, senang je lah dia tido
Takde la kena ada cara special untuk buatkan dia tido eg tepuk, dodoi, buai
Hahaha.. berangan supaya Aiman sampai besar, aku letak je atas katil.. bleh tido sendiri
Amin...
Gambar eksklusif Aiman tido lepas penat mak tok dia tepuk belakang dia melalui kaedah meniarap. Tapi.. tak sedawa pun...

No comments: