Semalam aku n Aiman kuar!
Dan tempat yang dituju adalah opis aku!!!
Hahaha... ngeri tak bunyinya?
Cuti bersalin, pantang x abis lagi, boleh pulak pegi opis..
Tidakkkk... itula yang aku pk sebelum pegi
Dah siap pakai baju, tapi boleh terasa tak jadi nak pegi
Pikir dekat sejam la jugak.. baru ubah keputusan untuk pegi jugak
Tujuan kitorg pi opis aku sempena Farewell Party Ainul
Aiman xtido dari kol 10.. so masuk je dalam keta terus dia tido bila aku susukan dia
Sampai opis.... jangan kata Aiman.. suara dia pun aku xdengar!
Dibawa lari oleh budak2 opis
Aku plak... wat apa lagi, makan sambil bersembang + melepak
Lama xjumpa diorang.. tapi topiknya bukan hal keje lah
Memula Aiman tido, pastu dia jaga
Diotang kasi Aiman kat aku untuk bagi minum susu kejap, pastu Aiman hilang lagi
Then datang balik.. kata Aiman berak!!!
Hahaha... sapa cucikan? Ayah Aiman lah... sambil dibantu oleh Aunty Aisyah
Aku plak, xperasan pun diorang salin Aiman sebab ingat nak salin kat umah je
Memang nak balik dah pun masa tu
Lepas salin.. Aiman nak bunyi skit2 sebab nak susu
Mak pun dah sampai amik kitorang balik
Merasa la Aiman melawat opis ayah n ibu dia
Seb baik opis kecik je n Aiman tak nangis
Kalu lagi lama Aiman kat situ.. ramaila tak wat keje sebab asyik melayan Aiman
and pasti ada jugak yang akan rasa terganggu
Apapun... trip to office seronok sebab aku dapat bersembang n melepak
Gambar ada, tapi nanti la baru upload, sb tumpang kamera K Milin
To Ain.. semoga sentiasa berjaya ditempat baru
Ingat.. jangan lari.. sebab kat sana mesti takde orang nak kejar!!!!
=) =)