Monday, August 31, 2009

Menu Merdeka

Sebab 3 hari cuti merdeka.. aku merancang nak masak macam2. Ni perancangan je.. and yang jadi adalah...
1. Nasi ayam & air bandung.. lama dah tak masak. Ntah nape balik dari servey barang kat The Curve, rasa mcm nak masak nasi ayam. Terus ke Tesco, beli barang2 yang takde, then kol 5 lebih sampai rumah terus masak. Memang dah lambat pun, n kelam kabut la jugak tp berjaya siapkan suma menjelang waktu berbuka. Sedap!!! Ni dari apa yang aku makan la. Yela, dah la posa, garam suma pun main taruk je.. Plan asal nak wat kuih cara jugak.. tp itu memang cita2 yg tak dapat jadi kenyataan sb masa yang sangat singkat.. Kuih plak, sempat order je dari Naim, sb dia pi bazaar ramadhan. Ni yang best umah dekat ngan umah mak. Tp sayang, tepung pelita hancur sb bekas dia senget masa bawak..
2. Kuih Cara.. hari ahad, mak msg ajak berbuka kat umah mak. Mak buat nasi arab! Yum..yum... memang nasi arab mak menjadi favourite kitorang sekeluarga n lama dah mak tak masak. So sebab aku melepak je kat umah seharian, aku pun buat kuih cara. First batch, hancur kuihnya. So utk second batch yang dimasak, aku tambah tepung lagi. Yeah.. menjadi! Cukup gula, cukup lembut.. cuma yang bosan buat kuih cara ni sebab amik masa yang lama, lubang ada 7 je.. dapatla aku siapkan dalam 32 bijik.
3. Spegetti.. sb dah bebuka kat umah mak, n malas nak tapau, so aku masak spegetti je untuk sahur. Bahan yang ada pun hanyalah daging cincang. Cendawan butang dalam peti ais dah lama.. tak berani nak pakai lagi. Stok pun takde. Takpelah.. cukupla dengan daging. Wat bersahur je pun. Sahur ala western...
4. Puding jagung.. haaa.. ni dah lama teringin nak buat. Jagung dalam tin pun dah lama beli. Pagi isnin bangun, terus surf cari resepi. Kebanyakan resepi pakai susu isian and berita buruknya, susu isian aku tinggal 1/4 tin je sb dah guna utk buat air bandung aritu. Nak kuar.. malas, so aku pun tepon la mak. Hehehe.. kebetulan plak naim bleh tolong antokan. Yey.. dapatla susu tin and berusahala aku memasak puding jagung. Cara macam senang tp dari resepi internet yang aku dapat, banyak komen orang kata puding dia buat lembik n cara tak nak kasi lembik, memang kena masak sampai betul2 likat n berkilat. Tak mo lembik punya pasal.. sampai lembik la tangan ni mengacau puding sampai betul2 likat. Ingatkan hasilnya banyak, tapi dapat satu loyang je. Bolehla kot kasi kat mak n jiran2 sorang sikit.. Hopefully tak lembik la pudingnya sb skarang ni masih dalam peti ais.. tak tengok pun lagi hasilnya..
So.. inilah menu2 ku sempena merdeka ni. Next week balik batu pahat, amik kerepek sekali. So rasa makanan johor la pulak..

Baby shopping

Bestnyer cuti 3 hari.. kejap je dah ari isnin and esok kena keje balik. Sempena cuti 3 hari ni, macam2 dalam pikiran nak masak. Since last week lagi dok sembang2 ngan budak opis. Ari sabtu, en suami keluar untuk baiki kereta. Ada problem ngan timing belt. So aku pun kuar jugak tp pi Fabulous Mom butik kat TTDI. Beli few things utk baby n myself. Then ke The Curve. Servey playpen yang ada.. ingat nak ajak en suami tp b4 datang ngan dia, n alang2 aku free, pi jalan sana dulu tgk kedai2 yang ada n barang yang ada (sb plan asalnya nak ajak en suami tgk kat OU). Then memula masuk butik Mothercare. Huhuhu.. memang tak tahan.. kalu la mengenangkan yang aku dah borong banyak baju masa Pureen warehouse aritu, memang aku borang sakan giler kat sini. Takla kata murah, tapi baju dia memang cute2. Banyak jual sepeket, ada 7 helai baju. Then masuk butik 9 month. Sajala nak tengok baju untuk aku buat baju raya tp sayangnya.. harga dia suma lebih seratus. Tak mau la, dah la nak pakai pun lagi beberapa bulan je. Alasan biasa bila nak meninggalkan kedai, nantila, kena tanya pendapat suami dulu.. Hehehehe.. then ke butik Anakku. Kat sini memang banyak jenis playpen utk dipilih. Yela, selama ni dok servey2 kat internet, asyik tengok jenama Bumblebee je. Kebetulan sale sampai hari ahad, so esok datang balikla bersama en suami..
Hari ahad, lepas berbuka, terus ke The Curve untuk beli playpen. Sebab aku dah tengok hari sblmnya, aku biarkan jela en suami memilih yang mana nak. Akhirnya kitorg beli playpen Disney Baby yang rasanya menggabungkan suma ciri2 yang aku cari b4 this. Ada tempat salin baby, kelambu, poket dan features yang paling aku suka ialah playpen ni boleh goyang2. Sangat berpuas hati. Then amik few things barang baby yang masih tak beli. So.. weekend ni berakhir ngan membeli barang2 baby. Barang raya aku? Emm.. tak kot, maybe sehelai lagi seluar jeans sb seluar slack mengandung aku mcm makin mengetat. Tak tau lagi nak beli bila. Tengokla nanti..

Thursday, August 27, 2009

6 Ramadhan, Klinik Kesihatan Sg Buloh

Harini, pegi wat checkup kat KK Sg Buloh. Mcm biasa, appointment kol 8 tp aku sampai dalam kol 8.20 pagi. Ramai la jugak, aku no 3051. Tunggu amik kad then proceed ke tempat amik darah. Memang menduga kesabaran sb nurse tu panggil nama ikut kad yang kat atas dalam bakul. Biasanya dia akan call ikut yang paling bawah dulu sb yang bawah sampai dulu. Tapi takpe la, aku tunggu jelah, dlm 3-4 orang je depan aku n takla lama sangat pun dia amik darah. Bila timbang berat.. berat aku naik sikit je.. huhuhu.. ntahla, rasa mcm dah makan banyak giler.. siap bulan posa ni, lepas makan sahur, tido. Lepas makan late supper, tido lagi..
Then amik darah, nurse tu cucuk, darah aku kuar sikit je. Dia pusing jarum arah lain, kuar sikit jugak.. pusing lagi jarum, n aku dah tak sanggup nak tengok tangan sendiri. Sakit la sikit.. aku selawat je la dalam hati. Lama la jugak.. kuar darah sikit je. Bila nurse tu kuarkan jarum.. tetiba darah kuar banyak. Siap meleleh sampai kena handbag aku kat kerusi. Dia sedut darah aku yang kuar tu sikit.. tp hasil darah aku yang berjaya diambil, tak banyak mana pun. Yang banyak suma kena handbag dan jugak meleleh kat tangan aku. Huhuhu..
Bila tunggu result plak.. lamanyer.. then orang makmal tu panggil. Katanya darah aku sikit, so susah skit nak dapat result. Dia akan wat test skali lagi.. suruh aku tunggu. Bila test ke2 dah siap, dia panggil aku n tanya aku demam ke? Aku kata rasa mcm tak, kenapa? Katanya, platlet aku rendah. Maybe aku kena amik balik darah, tp jumpa nurse utk checkup dulu. Kalu diorg suruh buat semula test darah, baru buat balik.
Emm... aku risau dah kalu aku demam. Tapi tak pelah, jumpa nurse dulu. Maybe sebab darah tadi sikit je kot, tu yang ada error skit dalam test result aku. Tunggu masuk bilik nurse untuk checkup.. takla lama sangat. Tapi ramai la orang. Habis daya dah aku cari tempat yang kurang orang. Then jumpa nurse pulak, terpaksa amik darah semula. Hmmm.. lama la aku kat klinik arini. Result dia, alhamdulillah ok, tak demam, platlet count pun ok. Then nurse check, katanya baby aku kecik. Dia tak scan pun, ukur guna pita ukur je. Tapi heart beat baby ok. So dia refer aku untuk jumpa doktor. Argghhh.. mcm2 la harini..
Bila jumpa doktor, dia scan. Ukur kepala, badan, kaki...mcm2 la. Alhamdulillah jugak, katanya baby ok. Berat pun okla, even takla berat sangat, cuma takla kurang sangat berat baby tu. Tp sb nurse dah highlight hal baby kecik, doktor refer jugak aku kat O&G kat Hospital Sg Buluh. Huhuhu... maka lepas jumpa doktor, aku pun pi ke hospital pulak untuk amik appointment. Emm.. amik appointment je, jumpa doktornyer next week. Well, biasala kan, kerajaan ni kena queue. Rasanya appointment aku ni untuk wat ultrasound. En suami dah malas dah. Dia suruh aku pegi wat ultrasound kat Pusrawi je. Takyah pegi appointment next week tu. Cepat skit. Yela, dari awal lagi dia lagi prefer wat kat private. Aku yang konon rajin nak menunggu lama, tu yang pi KK. Lagipun, kitorg still tak decide nak bersalin kat mana. Tu yang proceed checkup kat KK dulu.
Itulah kisah aku harini.. penat menunggu kat KK. Tapi adala beberapa kisah masyarakat yang aku perati kat klinik tadi :
1. Sementara tunggu result darah, aku diri kat dinding yang menghadap pintu belakang klinik tu. Memang pintu tu buka n orang kuar masuk pun. Then masuk sorang ibu ngan anak (lebih kurang 5 tahun kot) mcm tergesa2. Mak dia jalan cepat la jugak, pegang tangan anak dia. Aku tengok je, bila lalu depan aku, nampak anak dia tak pakai kasut. Pelik gak.. mak dia tak perasan ke? Anak dia pun baik je ikut. Then aku tengok kat pintu masuk tu, nampak sepasang kasut budak kat pintu!!! Hahaha.. aku rasa budak tu ingat masuk klinik mcm masuk rumah kot, dia bukak kasut! Maknya plak, sb nak cepat tak perasan. Nak panggil, dah tak sempat. Lagipun, takkan nak jerit kat situ kan. Tak lama pastu, datang balik mak ni sambil dukung anak dia. Dia ckp, kat mana? Tunjuk.. pastu bila nampak pintu tu.. mak dia pun berenti, turunkan anak dia suruh pakai balik kasut. Tersipu2 jugakla mak dia. Tengok aku, aku pun senyum balik. Hehehehe...
2. Seorang ibu ni (bukan melayu) menunggu giliran utk nurse check anak dia, dok kerusi depan aku. Asal anak dia bunyi skit je, dia pukul anak dia sambil marah. Bunyi skit lagi, pukul lagi. Takla pukul kuat, slow2 je.. tp pukulla, sambil marah. Bleh kata hampir setiap 3-4 minit dia akan marah anak dia ni. Anak dia ni takla buas pun, cuma aku rasa dia gerak nak turun main kat tepi tu. Tapi takla menggelupurpun. Cuma gerak n bunyi skit je. Sian pulak aku tengok.. tp anak orang kan, tengok je lah..
3. Masa tunggu result darah jugak (yela, arini 2x amik darah, lama la skit tengok gelagat orang) datang sorang amoi n aunty nieh. Rasanya aunty ni mak kepada amoi ni. Amoi ni jalan tarik je aunty ni. Bila submit darah, aunty ni tanyala something kat anak dia dpn kaunter submit darah tu. Amoi tu bleh marah, cakap kuat giler, jerit2 kat mak dia. Of course.. aku tak paham apa yang dia kata. Then dia tarik mak dia, ke kerusi. Aunty ni dahla tua, melelong2 la jugak. Then kat kerusi, dia raba2 kerusi, then anak dia jerit lagi cakap apa ntah. Bila aunty ni duduk, dia pegang orang sebelah dia. Orang sebelah ni melayu, pastu aunty tu tanya apa, aku tak dengar. Tapi yang aku dengar, aunty ni kata dia tak nampak. Then bila amoi ni nampak aunty ni pegang orang sblh ni (sedangkan akak ni tak kisah pun sb dia pun layan je aunty ni cakap), kalu tak silap aku amoi ni tarik tangan mak dia. Pastu marah2 lagi. Huhuhu.. sedih sangat aku tengok. Dahla aunty tu tak nampak, dah tua, jalan pun bongkok skit, kena marah depan orang ramai. Mujur cakap bahasa dia, n ramai je melayu kat situ so surela tak paham. Tapi masih marah kuat2.. n orang tengok.. Huhuhuhu...

Hopefully my baby, even tak besar mcm baby orang lain, tp dia sihat n membesar seperti yang sepatutnya.. exited je nak upload gambar baby.. tp tinggal pulak buku merah dalam keta.

Tuesday, August 25, 2009

Kerepek Sempena Raya (alamak.. posa baru 4 hari!!)

Kejap rasa nak buat.. kejap rasa tak nak buat. Tapi alang2 dah balik Johor bulan posa ni, so aku amik jela order. To all family and friends.. sesiapa yang berminat nak order, bolehla pesan ya. Rasa insyaAllah dijamin sb aku dah rasa dulu sebelum finalize kan kerepek2 untuk dijual ni. Yang paling sedap aku makan ialah Rempeyak Mini Kacang Hijau. Ni sangat sangat sedap.. ;-)

Ada tambahan, lupa nak letak dalam list. Kacang berempah, satu paket (rasanya 1/2 kg) = RM 7.

Ramadhan ke 4

Hari ni dah masuk 4 Ramadhan.. n hari ke dua berpuasa dan bekerja. Bila nak cakap pasal puasa n kerja.. memang aku tak tahan. Penat tu, biasala kan, tp yang paling tak tahannya ialah nak bangun pagi!!!
Nak bangun sahur, memangla ada delay skit.. so aku memang dah letak buffer bila mengunci jam. Hehehe.. kira sempatla nak hangatkan makanan.. siap2 kan lauk suma. Tapi so far aku cuma goreng telur n ikan je. Main dish dah ada, cuma perangat guna microwave je. Lepas smayang subuh.. of course.. tido balik.
Masalah aku ialah nak bangun utk pegi keje. Huhuhu.. dah dua hari.. semalam, bangun kol 8 hanya untuk ajak en suami half day. Then bagitau office yang aku masuk petang. Pastu tido tak sedar diri sampai kol 11 pagi. Harini.. takkan nak half day lagi kan? Dari kol 7.40.. aku asyik snooze je alarm.. sampai entah kali ke berapa aku dah tak dengar pun alarm tu bunyi. Sedar2 kol 8.30!! Itupun, takleh nak serta merta bangun. Mau jugak 10 minit berusaha untuk membuka mata n membangunkan diri. Last2, kol 9.30 jugakla aku sampai opis. Dahla bulan posa ni balik awal! Tapi takpe, cover balik masa lunch nanti. =)
Itulah.. aku pun tak paham apa yang payah sangat nak bangun pegi keje bulan posa ni. Memang totally tak daya nak bangun langsung lah. Takkan hari2 nak amik half day leave. Even penat posa n keje seharian pun, aku rasa tak sesusah nak bangun tido di bulan posa............ zzzzzzzzzzzzz...........

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan

Tahun ni..puasa berdua. Berdua setengah la.. campur baby dalam perut! Kebetulan ada tender nak kena anto kat Segamat hari jumaat, so aku n en suami terus balik kampung en suami kat Batu Pahat. Lagipun rasanya sebulan lebihla jugak tak balik sejak keta satria siap dibaiki. Hari jumaat petang, aku n K Elly pegi pasar kerepek. Beli kerepek kiriman budak2 opis n cari supplier utk aku jadi peniaga kerepek sempena bulan posa ni. Dah beli few samples, nanti aku update kan senarai kerepek n harga, untuk sapa2 yang berminat nak pesan.
Tengah malam semalam, tiba2 alarm rumah ni bunyi around 1.30 pagi. Beberapa minggu lepas, rumah sebelah rumah my PIL kena masuk pencuri. Orang indon, berempat. Diorg pecahkan pagar n pintu bilik. Habis barang kemas dekat 20k la jugak. Lepas kejadian tu, terus my PIL pasang alarm kat rumah. Yela, diorg dok berdua je, rumah plak kat lorong yang ada 5 buah rumah je kat kawasan ni. Lepas tutup alarm yang berbunyi, dah tak leh tido. Risau jugak sb rumah2 lain pun diorg pecah masuk hari jumaat malam sabtu. Memula tu tak leh tido, en suami keluar masuk bilik dok tengok kawasan luar. Yela, takut pencuri memang nak masuk rumah. Tp alhamdulillah, sampai pagi takde apa2.
Sahurnya, aku memang ngantuk giler. Yela, tengah malam semalam tak leh tido risaukan pencuri. Rasa mcm sambil makan tu nak tutup mata. My MIL takde la masak berat2 pun, sekadar nasi goreng, ayam goreng & tomyam. Bolehla nak buka selera aku di pagi buta yang mengantuk giler. Pas semayang, terus tido balik. Kat luar plak hujan lebat... sedar2 je dah kol 11.30 pagi! Hehehehe..
Aktiviti siang hari, aku menyalin resipi2 masakan my MIL. Yela, en suami kan orang Johor, aku plak orang utara. Memang masakan tak sama langsung. So hopefully ngan suma resipi yang diambil ni, bleh la menaikkan selera en suami utk bersahur nanti.
Petang pegi bazaar ramadhan. Aku sekadar membeli nasi ambang ngan air tebu. Ni first time aku tengok rupa nasi ambang. Seb baik pi ngan my SIL, dia la yang tunjuk yang mana satu nasi ambang. Sebab ramai sangat orang n tak jumpa parking, en suami tunggu dalam keta je. Then satu lagi juadah ialah Air Katirah (betul tak aku eja nieh). Rasa mcm air bandung, tp kalernya hijau. Ada selasih dalam air. Ramai orang kat bazar, aku pun lupa bawak mask. Sekadar tutup hidung dengan tudung je lah. Hopefully takde menda.
Balik dari bazar, aku memang penat giler. Perut pun rasa mcm dah keras dah. Baby lapar la tu. Kalu kat umah sendiri or rumah mak, memang aku dah terlentang atas kusyen dah. Mengenangkan dok umah orang je, aku bersopan skit n cover skit penat n tak larat aku.
Esok.. lepas berbuka baru gerak balik kl. Esok en suami jela pegi sorang ke bazar. Naik motor lagi senang dari naik keta. Aku pun dah tengok suma makanan yang ada tadi.. maybe balik lagi sekali kot.. kalu jadila perniagaan kerepekku. Hehehe...

** bengang kejap ngan broadband ni tadi. penat aku siapkan satu entri pasal trip ke redang, sekali kuar Page Cannot Be Displayed! Huhuhu... terus takde mood nak buat balik.
** dikesempatan ini aku memohon maaf kepada keluarga, rakan2 n sahabat handai atas segala kesalahan sengaja atau tak sengaja sepanjang hidup ini. Semoga ramadhan ini member seribu erti pada kita semua..

Company trip 09 - Pulau Redang

Lama dah citer nie.. dah basi dah pun. Pada awalnya, kitorg diberi pilihan either nak ke Cherating or Redang. Of coursela Redang menjadi pilihan.. Sebab citer pun dah lama, ingat tak ingat dah citernya, so tengok gambar je lah yek..
Sampai ke jeti, sementara menunggu boat, kitorg pun mencari sarapan kat gerai2 area tu. Dah lama tak makan nasi dagang.. sedap. Sementara tunggu boat, sempatla jugak jalan2 kat gerai yang jual mcm souvenir, tp tak beli pun.

Perjalanan ke pulau takla lama sangat, around 40 minit. Luckily boat besar, bleh panggil feri. Tak bergegar langsung. Slow giler jalan. Siap bleh tido dalam boat. Sampai ke pulau, diorg kasi short briefing mengenai pulau n suma aktiviti sepanjang di pulau.
Lepas briefing, gerak ke lobi hotel. Tp sebab kitorg sampai awal sangat, tak boleh nak check in kat bilik lagi. Suma orang berlegar2 kat lobi je. Sempatla ambil gambar sekitar kawasan pantai then lunch dulu.. masa tu sangat penat n memang lapar giler. Dengan tak mandi, ngantuk, penat..
Petangnya, snorkling kat laut dalam. Aku memang pantang kalu jumpa air. Rasanya aku la antara yang paling lama kat dalam laut tu. Tp awal2 tu, menumpang pelampung orang.. so takla penat sangat nak berenang. Ada jugak diorg wat perkhidmatan amik gambar dalam air, tp nampak mcm ramai orang je.. so aku tangkap gambar kasi ingat dalam otak je lah. Bila naik bot, aku tergelincir. Seb baik masa turun tangga tu, Hanizah n Josephine pegang aku. Dapatla berpaut pada diorg n takla aku jatuh terduduk atas lantai. Kecoh la jugak kejap. Aku pun sedikit cuak, even tak jatuh, takut jugakla kot jadi apa2 kat baby. Tapi lepas2 tu, baby gerak je.. hopefully suma ok. Malam tu baru berani nak bagitau en suami. N for sure.. kena marah la.. dan sy berjanji.. tidak akan pegi snorkling kat taman laut esoknya..
Esok pagi, sebab hampir tergelincir semalam, aku tak join yang lain pi snorkling kat taman laut. Yela, rasa smalam hampir jatuh tu pun adalah peringatan untuk aku. Jangan nak seronok2 sangat sampai lupa nak jaga diri. Mungkin jugak sb aku menderhaka, tak dengar pesan en suami yang memang kureng skit aku aku snorkling. Aku mengisi masa lapang pagi tu tengok citer Night At Museum 2. Ada satu channel khas yang disiarkan kat tv utk tayang movie ni and diorg siar citer dari cd cetak rompak. Memang nampak sangat based on quality gambar n masa tu, citer ni masih lagi ditayangkan kat pawagam! Lepas abis citer ni, aku sambung plak tengok citer Hong Kong yang penggambaran dibuat kat tapak hotel ni dulu. Penggambarannye sebelum hotel ni dibina, n skarang, kedai souvenir More More Tea Inn dibina semula sama macam dalam citer ni. Then aku jalan2 n lepak kat tepi pantai sensorang tp sebab dah panas, kejap je la aku kat luar. then balik bilik... buat sudoku.

Petangnya aktiviti telematch. Aku sebagai ibu mengandung, sekadar pemerhati je lah. Tp seronok jadi pemerhati ni, sebab akula gelak yang paling banyak skali. Tengok sorang staff yang meluru ke laut sb mata dia diikat. Jenuh orang tarik dia. Game terompah gergasi plak, memang mengingatkan aku pada kenangan sukaneka skolah rendah. Ada satu team tu, team lain suma dah habiskan satu pusingan, dah habis game dah, tp diorg baru dapat gerak 3-4 langkah! Hahaha... memang kelakar bila tengok.
Petangnya, aku n k milin pegi snorkling kat tepi pantai tu je. Dipandu oleh 2 orang staff resort kitorg jugak. Kat sini memang orang ramai snorkling utk tengok baby shark. Aku pun dapat tengok 2 ekor baby shark dan jugak banyak jenis ikan serta sotong. Sotong warnanya kat dalam air ialah lutsinar. Nampak tak nampak je.. tp orang yang bawak kitorg la yg tunjuk. Rasanya kalu pi sendiri, mesti tak nampak. Then lepas tu, aku n k milin habiskan masa petang mandi pantai untuk kali terakhir. Esok pagi dah tak sempat nak mandi. Lagipun, beg nanti berat sb bawak balik baju basah. Amik jugak gambar berposing di air yang jernih..
Malamnya, lepas dinner, kitorg pi jalan tepi pantai utk cari blue sand. Ingatkan blue sand ni pasir, rupanya ia sejenis binatang kecik. Ada kat pantai ni je. Kena kuis2 pasir, then akan muncul warna biru kecil2 ala2 glow in the dark. Tak sempat pun nak ambil gambar, dah hilang warna biru tu. Then hujan turun dengan lebatnya..

Esok paginya before breakfast, sempat jalan2 tepi pantai ambil angin n gambar. Ingatkan bleh tengok sun rise, tp rasanya matahari tak terbit kat pantai kitorg. Tunggu punya tunggu.. hari makin cerah. Tapi matahari tak nampak pun.
Lepas breakfast, kemas barang then siap2 utk check out. Sebab boat kol 12, n check out plak awal, so melepak je la kat lobi. Sempat pegi membeli fridge magnet n keychain buat cenderahati. Harga okla, memang mahal skit dari darat tp tshirt kat situ agak murah n elok kualiti kainnya. Cuma pattern je tak banyak pilihan sangat.
Sampai kat darat, kitorang diberi masa dlm setengah jam utk shopping. Aku setakat membeli sehelai tshirt utk en suami. Blinda n Ms Ho, sempat lagi membeli n makan durian kat tepi jalan. Sempat pelawa aku n k milin, tp sebab kitorg dok mencari barang lagi, tak joinla diorg makan durian. N mengenangkan jugak nanti tangan bau bila kat dalam bas. Hehehehe.. Pastu otw balik, bas singgah kat Keropok Lekor Sukaramai. Berenti je bas, aku n k milin orang pertama meluru turun. Cepat2 beli sb tak mo berebut ngan orang lain. Agaknya terkejut la jugak pekerja kedai tu sebab tetiba je 3 buah bas datang serentak beli keropok. Yang bagusnya, memang diorg banyak masak, so suma orang dapat beli tanpa tunggu diorg nak kena masak baru.
Sampai kl dalam kol 11 malam. Memang penat giler... ye la, dok dalam bas je dah 8-9 jam. Tapi seronok la journey ni.. lagipun free! Ni plak gambar2 pemandangan kat Pulau Redang. Sebab kamera aku murah je, cilok la gambar budak2 ni yang ada kamera yang harganya riban2.. Nanti blehla datang redang lagi, bila baby dah besar skit..

Sunday, August 16, 2009

Pindah

Since few months ago, kitorg mencari2 rumah atas tanah untuk disewa. Actually, mak lagi banyak memberi info pasal rumah2 kosong area Kota Damansara. Yela, mak skarang dah banyak geng, ada je kenalan sana sini. Aritu ada satu rumah ni, sangat murah, rumah setingkat setengah. Halaman rumah lagi besar dari saiz rumah.. tp.. bilik air satu. Ade ke rumah 1-1/2 tingkat, bilik air satu. Apartment umah kitorg pun ada 2 bilik air. So tak dapat diterima. Then lama jugak lepas tu, mak cakap ada jiran kawan mak nak sewakan rumah. Ownernya kena transfer ke Jakarta.. so sewakan rumah sekali ngan perabut. Aku terus xcited nak tengok rumah. Bila dah tengok.. memang lengkap la segala jenis perabut, aku plak yang kena pk mana nak letak perabut yang sedia ada. Tapi takpe, kita chop dulu rumah ni. Rasa sangat berbaloi bila dapat sewa rumah ni, dahla 2 tingkat, atas tanah, fully furnish, sewa pun bolehla. Alhamdulillah.. kata orang, rezeki anak.. ;-)
So, lepas bersetuju ngan tuan rumah, kebetulan pulak owner balik M'sia utk meeting early August, jumpa la dia. Dia pun kemaskan rumah, barang2 dia, potong rumput suma.. terus kasi kunci. Katanya pasni, nak masuk bila2 pun boleh. Best ah dapat tuan rumah sporting..
Sebabkan en suami lama berkampung kat Kerteh akhir bulan 7 aritu, dalam 3 minggu la jugak.. then takut nak kena pegi lagi 3 week of August, kitorg pun amik keputusan nak pindah minggu ke 2 bulan 8. Packing kejap je, start pack ari khamis, sabtu tu dah pindah. Tp mak pun datang tolong jugak.
Alkisahnya.. lori yang angkat barang kitorg. Aku called few numbers yang ditampal kat tepi jalan. Kebanyakannya India, tp aku tak kisah pun sb rege diorg ni lebih kurang. Tp di saat akhir, aku dapat satu no tepon lori yang driver dia orang Melayu. Bila call, tanya details, harga dia pun lebih kurang (sbnrnya ada satu lori India tu lagi murah, RM350 with 4 worker). Tp sb aku pk, emm... ni Melayu, apa salahnya tolong orang melayu sendiri kan.. so aku pun setuju la amik dia.
Janji kol 10, tunggu sampai 10.30 takde khabar berita. Aku called, dia cakap "Jap ye dik.. abang lambat dlm setengah jam. Ni tengah anto barang catering". Emmm.. ni la kalu suma nak wat part time. Pastu dah clash janji orang tu, orang ni. Takpela.. aku tunggu je lah.
Tunggu punya tunggu.. sampai kat kol 11.30 pagi. Tak sampai lagi.. aku call lagi. "Mintak maaf dik.. abang tak jumpa orang tukang angkat. Ni nak pi cari. Sekejap ye..". Aku sempat tanya dia kat mana masa tu, katanya di KL. Mak ngan ayah dah tak larat nak tunggu, diorang balik dulu. Tunggu kat Kota je lah..
12.30 ptg, tak sampai jugak lagi.. aku tepon sekali lagi. "Owh.. dah jumpa tukang angkat. Jap lagi sampai. Sri Damansara yang kat masjid tu kan". Beriya aku kasi direction, ingatkan dah dekat.. akhirnya, kat kol 2 baru sampai.Fuhhh.. seb baik sampai. Aku memang dah pk nak call je lori lain. Dah bengang sangat dah menunggu. Bila dah sampai, kena pulak tahan ngan guard. Diorg tak kasi masuk sb takde surat. Aku pun tak ingat langsung pasal ni. Tp aku berkeras jugak ngan guard mintak kasi masuk lori. Guard ni.. BM pun tak pandai sangat..konon nak ikut peraturan, tapi bila penghuni gertak skit, diorg pun kasila masuk... Camne nak jaga apartment orang..
Sampai lori, naikla 2 orang tukang angkat. Sorang melayu, sorang india. Tapi dua2 orang M'sia la. Nampak macam dah umur 40 lebih.. sian aku nengok diorg angkat barang. Tokey lori (yang aku deal ngan dia tu..) tak nampak batang hidung. Kata en suami (yang turut membantu angkat barang sb nak siap cepat n kesian tengok 2 orang pakcik tu angkat barang), tokey lori tu dok dalam lori. Dah hampir 3/4 barang diangkat, tetiba tokey lori tu buat pasal. Sibuk nak wat 2 trip. Dia cakap ngan en suami.. tp en suami memang dah sangat bengang pun ngan dia.. wat bodo je. Yela, dahla datang lambat, pastu bukan nak angkat barang sama.. pastu.. sibuk nak wat 2 trip. Agaknya nak charge lebih kot. Pastu sibuk cakap hari nak hujan. Takut nanti barang2 basah. Masa tu ya Allah.. panas giler. Jangan kata nak hujan, langit gelap pun tak nampak. Ntah apa2 je alasan. Pastu sibuk cakap dia tak bawak canvas tutup lori. Kalu hujan susah. Sapa suruh tak bawak? Bila dah en suami tak layan, dia pun naik atas. Jumpa aku, pusing2 rumah, kata nak buat 2 kali. Aku cakap, tak yah la.. bukan banyak pun lagi barang tinggal. Muat je lori tu.. Pakcik 2 orang tukang angkat barang tu pun menyokong aku. Katanya muat suma ni.. boleh sekali je.. Apala.. kalu buat 2 kalu, jangan kata kos, buang masa sama. Pastu ada sekali tu, almari bilik tido kitorg, quite big. Masa beli dulu, diorg pasang almari tu kat rumah. Tp sb kitorg pun tak sempat nak bukak almari tu, so cadang nak angkat je lah. Tokey lori ni sibuk kata takleh angkat ke bawah. Tp pakcik 2 orang tu kata boleh, tp kena angkat berempat la. Aku kata, angkat jela. Kalu ada rosak almari tu sepanjang perjalanan, kita halal la.. Memang besar pun almari tu. Kesian aku tengok diorg angkat turun 3 tingkat. Tp sepanjang angkat almari tu.. yang aku tak putus2 dengar dari tokey lori tu.. "tak boleh ni.. tak boleh.. ". Tapi pakcik india tu yang kasi arahan, camne nak pusing, angkat tinggi skit la, sumala.. Dari gaya, memang nampak macam dia dah biasa angkat barang. Tapi aku yang tengok dari atas, rasa mcm nak sepak je tokey lori tu.. sb dia sorang je dari tingkat atas sampai bawah dok asyik cakap tak boleh.. tak boleh..
Bila sampai rumah Kota, dropkan separuh perabut aku kat umah mak. Hehehe.. kebetulan umah mak kekurangan perabut.. so aku pun tumpangkan la barang aku. At least boleh jugak dipakai. Abis siap angkat barang dalam kol 4.30 lebih la jugak. Aku bayar je cukup2 kat tokey lori tu. Malas nak cakap banyak2 ngan dia. Tp kat pakcik 2 orang tu, kitorg memang ucapkan time kasih beriya la. Kesian tengok diorg angkat teruk2, dapat upah pun tak seberapa je. Next time, kalu ada nak guna lori, biarla aku amik betul2 dari orang yang memang full time wat keje ni. At least, takde la banyak alasan. Biarla orang tu bukan melayu pun. Sibuk nak tolong melayu.. tp ada orang melayu ni kalu meniaga.. tak buat betul2.
Petangnya, mak datang tolong kemas kat dapur. Esoknya, ahad, Muaz & Solihin serta maksu n pahcu n Maryam datang visit. Dapatla suruh the boys angkatkan hadiah2 kawin masuk dalam stor, susun cantik2 supaya senang bila nak guna nanti. Maka bermulala kitorg duduk di rumah baru..
Minggu ni, selesaikan mengangkat beberapa barang yang tinggal minggu lepas. Nampak mcm sikit, tapi dalam 2 keta la jugak barang2 yang ditinggalkan. Then sapu2 sampah skit, tak nak la nampak rumah lama tu teruk sangat ditinggalkan. Emm.. lama dah dok rumah tu. Rasanya dekat 3 tahun la jugak. Dari bujang dok berdua ngan Hanizah, then jadi bertiga, then berempat, then berdua balik (kawin), then berdua setengah (ngan baby dalam perut). Sayang rumah tu, rumah elok, kawasan pun dekat je ngan opis. Tapi rumah atas tanah lagi senang kot.. keta pun depan mata.
So, biarla lama2 skit tn rumah baru ni kena keje kat Jakarta. Hopefully sampai aku dapat beli rumah baru.. bila nak wat house warming ni. Nanti lepas raya kot.. takpun jamuan aqiqah baby nanti.. Even tak wat house warming lagi, all family and friends dialu alukan la datang pada bila2 masa sahaja ye... =)

Monday, August 10, 2009

Rasa macam takla besar sangat.. tapi..

Ramai orang tegur yang perut aku ni kecik je.. comey katanya..

Nurse : Alahai.. comelnya perut awak.. kecik je..
Orang HQ : Tengok tu, dah 7 bulan, tp kecil saja.. kalu i, ni sama mcm i masa 3 bulan

Dan lain2 orang.. seronok mendengar komen orang.. aku pun tak kisah perut kecik asalkan baby sihat. Tp.. bila tengok sendiri kat cermin, rasa macam besar jugak.. ada masa2 buat benda2 tertentu, bila rasa tersangkut kat perut.. baru terasa mcm perut tu dah besar. Semalam sempat jugak cakap kat en suami masa masuk keta " camnela orang yang perut dia lagi besar dari saya eh.. mesti penat kan. Saya yang perut besar ni pun... dah mengah. "
Tapi.. cerita yang nak dikongsi ialah pasal last week. Aku gosok gigi, and biasanya kalu gosok gigi, jarang pun tunduk beriya mengadap sink tu. Aku lagi suka tengok muka aku kat cermin depan sink. Abis gosok gigi, baru perasan ada buih2 ubat gigi (yang biasanya kat keliling mulut kita je) kat perut aku! Hahaha.. tak penah pun jatuh sampai kena perut. Biasanya mesti jatuh terus ke sink. Nampak sangat perut aku dah besar ke depan......