Cuti skolah bakal menjelang.. maknanya.. kenduri kawin pun berderet2. Jangan kata mula cuti skolah, 2-3 minggu sebelum cuti skolah lagi dah ada jemputan. Kebanyakannya kenduri kawan n sedara en suami saya. Bleh kata hampir tiap minggu lah bermula bulan May nieh.
Start jumaat depan, kenduri kat kl, wat kat dewan lagi. Yang kawinnya kawan en suami. Then sabtu kenduri sepupu mak kat SP. Yey.. balik kampung. Ahad ada kenduri member KMPP plak kat Semenyih, tp yang ni, tak dapat nak pegi.
Minggu berikutnya... sangat banyak jemputan n bleh kata suma 6 June 09. Agaknya sb no menarik, kebetulan pulak tengah2 cuti sekolah, ramai org amik date ni. Jemputan yang dapat, suma dari member2 kat 4th kolej. Satu kat Penang, satu kat Klang and satu lagi kat Johor. Aku pi yang mana? Emm... entahla.. tak dapat nak pk lagi pegi yang mana. Suma datang masa wedding aku. 7 June 09, ada satu jemputan kat Ipoh.
Minggu terakhir cuti skolah, jemputan member en suami kat BP. Ni kira antara member yang rapat ngan dia jugak la dari zaman kecik2 dia dulu. So konfem2 akan pegi kenduri nieh. Ada lagi rasanya jemputan utk date ni tp tak ingat dah sapa. Kad dah sampai... tp sb memang dah konfem akan balik BP, so kenduri lain utk minggu ni tak dapat nak pegi.
Aku ada satu jemputan, tp aku sendiri pun tak pasti sapa yang jemput. Hahaha.. penat dah aku pk sapa org yang jemput aku. Siap tulis nama penuh aku lagi, tp namanya memang tak familiar langsung. Alamat pun tak membantu aku mengingat sapa yang jemput aku nieh. Kat Ipoh kendurinya. Tak pegi la kot..
Dulu, aku rajin sangat pegi kenduri kawan2. Serata malaysia aku jalan ngan keta TP 9119 tuh. Kalu kat pantai timur, biasanya awal2 lagi aku dah book flight. Tp skarang.. bila dah kawin nie, susah skit nak hadir suma kenduri kawan2. Jemputan pun kira dah bertambah la, campur ngan jemputan dari kawan2 en suami skali. Apapun, aku tetap akan cuba sedaya upaya utk datang jemputan kawan2. Especially yang kat KL. Cuma bila dah clash sampai 2-3 kenduri satu hari.. paham2 je lah yek. Yang penting.. aku doakan kalian suma bahagia ke akhir hayat..
** teringat pegi satu kenduri cousin en suami, terdengar makcik2 bercerita. Katanya, itu kenduri yang ke-11 utk hari tu. aku kagum ngan makcik tu.. 11 jemputan.. suma pegi. ntah2 pastu ada lagi kenduri yang dia nak pi.. ;-)
No comments:
Post a Comment