Kisah suatu malam di rumahku.. aku masak nasi ngan sup dan ayam goreng. En suami macam sangat berminat nak makan. Tp.. bila rasa masakanku.. katanya aku nyer ayam goreng tak sama mcm ayam goreng ibu. Nanti balik kampung belajar ngan ibu yek..
Sempena cuti hari pekerja, kitorg balik Batu Pahat. Kebetulan ada kenduri cousin dia skali. Emm.. salah satu tengahari, ibu wat ayam goreng. Rasanya macam ayam goreng kunyit n garam je.. ada sedikit perasa tambahan. Masa ibu masak tu, malas nak tanya lagi.. bila tengah kemas2 makanan, aku pun tanyala..
Aku : Ayam goreng tu, ibu buat camne ye? Ada letak menda lain ke selain kunyit ngan garam?
Ibu : Owh.. itu ibu perap ngan rempah soto, kunyit n garam. Ni rempahnya.
Ibu pun tunjuk kat aku rempah soto tu. Ooooo... MEMANGLA AYAM GORENG AKU TAKKAN SAMA NGAN IBU PUNYA!!!! Mana aku tau pakai rempah soto! Cesss.. abis aku kena gelak ngan Kak Elly ngan ibu kat dapur masa tu.
Seb baik ibu mentua yang baik hati tolong belikan rempah soto tu utk aku bawak balik KL. Ibu kata, banyak lagi masakan lain ibu letakkan rempah soto ni utk memberi perisa n menyedapkan rasa. Tunggula ye En Suami, nanti sy balik KL masak, masakan saya dah ada sikit rasa2 masakan ibu.
Emm.. itula susahnya. Aku org utara, dia plak orang selatan. Mana nak sama rasa masakan. Nak plak kat Batu Pahat ni, banyak makanan yang sedap2. Bila balik BP, kenala selalu meneman ibu kat dapur. Tanya camne dia masak, letak bahan apa, bla.. bla.. bla.. So far, hold dulu resepi Laksa Johor, kita slow2 amik ilmu memasak tu. Dari komen2 sedara mara di BP, laksa johor ibu yang paling best in the world. Aku baru sekali makan laksa johor, yg first time ni jugak yang ibu masak so tak reti la nak banding ngan yang lain. Memang diakui, laksa yang ibu buat sedap. Tp, laksa penang tetap menjadi pujaan hatiku.. =)
1 comment:
Ha, and I always want Aishah to cook Utara style... You know, so far, me, you and Zaid has a tie with the Johorians... ;).
-Amin
Post a Comment