Pagi ni Aiman bangun awal.. memula tu mcm nak tido balik, aku pun dah berjaya jugak turun bawah untuk siapkan sahur. Tetiba dengar dia ketuk pintu.. Sebelum tu dengar jugak orang ketuk, teringat maid jiran yang nak lari tu.. Emm.. baru kol 4.45pagi, kata semalam kol 5.30 pagi. Tapi sebelum tido semalam en suami dah pesan, kunci suma, jangan bukak pintu. Then bawak Aiman turun, masa panaskan makanan tu dengar orang panggil aku. Huhuhu... tak perasan ada tingkap kecil sebelah pintu depan yang tak kunci. So dia bukak tingkap and panggil aku. Aku bagitau yang aku tak boleh tolong.. susah nanti kalu jiran lapor polis ke.. apa ke.. aku dikira bersubahat. Dia merayu2.. siap mintak aku panggilkan en suami lagi sebab aku cakap yang en suami xkasi aku tolong. Naik jugakla aku sekali panggil en suami... tp dia buat tak tahu je.. tido lagi sedap.. Aku turun balik, aku explain baik2 kenapa aku tak boleh tolong dia. Pastu dia cakap nak mintak tolong jiran sebelah aku. Tapi jiran ni India.. aku pun tak pasti masa tu dia dah bangun ke belum. Maid ni panjat pagar masuk rumah aku. Menangis2 jugakla dia merayu, aku tak sampai hati tapi tetap kena keraskan hati. Aiman yang masa tu aku dukung.. sibuk cakap 'kakak nangis..'. Banyak2 kali plak tu. Aku suruh dia lari n duduk kat surau area rumah kitorg, sampaila pagi. Sebab plan dia pun nak stay kat rumah aku sampai cerah then dia lari. Tak boleh.. kalu masa cerah tu dia nak lari, orang sebelah nampak, tak ke x pasal2 aku pun kena skali? Last2 dia pegi, agaknya mintak tolong dari jiran yang lain kot. Dahla nak kol 5, seb baik aku dah beli mee goreng semalam, so panaskan, buat air 3 in 1, then kuarkan cereal. Aiman pun bersahur ngan kitorg gak.. seb baik behave, seronok kot main mee yang panjang2.. pastu letak cereal milo yang bulat2. Luckily jugak Aiman tak sepah2kan sangat.. sikit2 je yang tumpah.
Sampai subuh tu, maid jiran dah tak datang. Sampai aku bangun pagi tadi.. tak dengar plak bunyi apa2 dari rumah sebelah. Biasanya pagi2 maid ni akan sapu sampah kat luar. Tak nampak langsung pun.. harap2 berjayala dia lari. Aku pun tak tau kisah yang sebenar, maid tu kata tak tahan, tuan dia pukul. Tapi luaran (aku nampak muka je).. takde la lebam2 ke apa. Tapi orang sebelah ni pun memang macam sombong.. tak kawan ngan orang. Maklumla.. ala2 berada jugak.. kereta bertimbun2... Dok landing2 sambil tidurkan Aiman n tunggu waktu aku sepatutnya bangun.. en suami plak kehilangan kunci motor. Mencarila kitorg satu rumah kat mana kunci motor.. memang rasanya Aiman main la ni semalam. Last2 en suami naik kereta.. dah kuar tu.. tetiba aku teringat kat motor mainan Aiman. Biasa motor tu ada kat bawah, tapi masa naik lepas sahur tadi, aku bawak motor tu naik masuk bilik sebab Aiman nak main motor tu masa aku ajak dia naik. Cepat2 cek.. memang ada dalam kerusi motor tu pun kunci motor en suami. Seb baik tak jauh.. dapatla patah balik.. kalu tak, mau kol 9 tak sampai opis lagi sebab jem hari jumaat di KL.
Dah last2 aku tak jadi tido pas sahur... sekarang.. ada sedikit mengantuk.. kalu ada orang kasi bantal ni.. tak sampai 5 minit dah boleh tertido ni. Aiman pun masa anto rumah nanny tadi, dah macam nak tido sangat dah. Tapi masih sempat telan 2 biji apam!
Selamat Hari Jumaat.. i'm so glad it's friday. Banyak keje nak buat weekend ni especially dalam mengemas rumah n barang2 bersalin suma....
No comments:
Post a Comment