Aiman bila tengok en suami kuar nak pi hisap rokok.. mesti Aiman cakap.. 'eiii.. rokok.. apalah ayah ni..'. Sampai atuk n pak ngah Aiman pun kena 'apalah' bila Aiman nampak diorg hisap rokok masa balik kampung aritu..
'Orang' yang aku maksudkan kat atas adalah customer yang datang keje awal sempena bulan posa nie.. pastu tepon orang lain kol 7.36 am!!!!!! Kepala hotak dia.. biasa aku biar je tak angkat, tapi special case 'orang' ni tepon awal pagi giler.. maka sengaja aku tekan button ignore. Biar dia tau aku sengaja tak mo angkat tepon dia.. Aku memang tak paham betulla, kot ye pun bulan posa, dia masuk keje kol 7am or 7.30 am.. perlu ke tepon orang lain seawal itu? Pk la skit...
"Orang" yang kedua aku maksudkan pulak ialah maid sebelah rumah. Pagi tadi masa siap2 nak keluar, tengah panaskan enjin keta.. dia panggil aku. Katanya nak mintak tolong. Cakap slow2.. aku pun dengar tak dengar.. katanya.. 'Saya mahu kabut.. boleh tak mintak tolong ibu bukakkan pintu esok setengah jam lima'. Hmmm... aku mcm blur2.. pastu baru teringat kabut = lari. Setengah jam lima? Aku tanya balik, 5.30 petang? Bukan.. pagi katanya.. Bukak pintu? Ya.. sy mahu kabut, mintak tolong ibu bukakkan pintu rumah, saya mau tumpang sekejap. Aku pun ye kan je la dulu.. nak tumpang rumah aku sekejap agaknya sampai cerah skit pastu nak lari.. tak pun nak tumpang aku pi keje sebab dia nak lari.. Sampai opis chat ngan en suami.. sangatla dilarang untuk membantu maid umah sebelah untuk kabut. Orang sebelah ni memang tak mesra sangat pun ngan jiran.. agaknya 'somebody' jugak kot.. siap ada postbox 'POLIS' lagi kat pagar dia. Pagar keliling rumah pun dia buat pagar batu, so memang tak nampak muka orang langsung lah.. Kalu terserempak pun, aku macam tak penah nampak pun diorg senyum ke apa.. orang gaji dia je la rajin senyum, penah gak tegur2 kata teringat kat anak dia bila tengok Aiman. Silap2.. kalu aku tolong dia, ngan aku skali dikira bersubahat bila tuan dia lapor polis. Agaknya maid dia ni nak lari sebab nak balik raya kot... Entahla.. tapi aku ni kesian gak tengok dia.. tp bukannya aku tau citer sebenar pun kan.. so better stay away from all this un-necessary problems.............
No comments:
Post a Comment