Monday, August 29, 2011
Amni Day 3
Masih suka tido n tido.. even rumah bising abang Aiman main2..
Aiman plak macam blur dia ada adik..
Masih lagi main perut aku kata adik dalam perut
Amni plak dia kata Furqan! Marah betul Aiman bila suma orang cakap baby Amni, bukan Furqan..
Slow2 nak terima sorang lagi baby dalam family..
Tapi suka sangat nak tolong tepuk Amni n sayang Amni
Seb baik bila sayang tu dia akan sayang kat perut or kaki.. Jadi xdela penyet muka Amni kena cium..
Esok raya.. Aiman ada baju raya.. Amni punya baju raya, lampin baru je lah ye sayang
Nanti raya haji kita beraya sakan ye
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Sunday, August 28, 2011
Sakitnyer bersalin itu
- kalu kuar stain or bleeding tu + lendir, tu suma tanda2 body nak prepare utk beranak. Dipanggil Mucus Plug. Bila kuar, boleh jadi berjam, hari or berminggu lagi untuk bersalin. Kes aku, stain coklat kuar 6 hari sblm, darah stat kuar 5 hari sblm. Lagi dekat bersalin, makin kerap n banyak kuar. Tapi jangan risau, selagi darah xkuar banyak mcm masa period, xde hal. Darah ni xkan effect pada baby. Darah yg kuar pun kaler sangat light n cair..
- Sakit contraction? Sakitnya bahagian ari2 tu menegang.. perut keras.. N bila ari2 menegang, dia mcm bersambung ke bahagian lubang dubur. Bahagian tu pun rasa sakit. Bila dah betul2 nak bersalin, sakit tu akan makin kerap, sampaila every 2mins, pastu mmg rasa nak terberak. Bila sakit tu, yg lagi membuatkan sakit ialah menahan utk xmeneran sb bukaan xcukup besar lg. Bila sakit, buatla apa pun, xde apa yang boleh kurangkan sakit. Duduk je, baring ke, diri ke, mengerengkotkan badan ke.. Sama je sakitnya..
- Pushhhh.. Mak aih.. Push hanyala bila kita rasa sakit. Push tu sebenarnya meneran macam kita berak. Cuma bila bersalin, meneran mcm berak tapi lama. Teran n teran n teran sampai kepala baby kuar. Kalu boleh dalam satu nafas sb kalu tgh2 teran tarik nafis lebih2, baby masuk balik. Kalu nak tarik nafas, kena curi2 nafas tp aku xpandai sgt.. Tu yg lama meneran aku tu. Then, bila xrasa sakit, berenti la kejap sblm rasa sakit balik n pusssshhhhhh semula sampaila baby lahir. Bila push tu, memang mcm2 la kuar, kencing, berak, darah, segala jenis cecair aku boleh rasa. Bila bb dah kuar, kena teran lagi sikit utk kuarkan uri plak.
- Sakit masa jahit. Ni pun sakit jugak!! Maybe sebab luka aku dalam n masa diorg jahit tu bius mcm xde je. Boleh rasa kulit kena jarum, diorg tarik benang.. Aku pakai gas n sedut je banyak2 kali pun. Pastu jerit2 je macam orang giler dalam mask gas tu. Lantakla org nak kata apa, aku yg sakit..
- Sakit selepas bersalin - haaa.. Yg ni paling lama sakitnya. Doc kata boleh sakit sampai ke 2 minggu. Kena jaga betul2 luka tu. Skarang, nak gerak sikit pun, sakit giler. Batuk apatah lg. Rahim pun masih sakit kadang2 tp bila bb bf, mmg konfem sakit. Segala posisi skarang ni xdpt ilangkan sakit. Duduk ke, jalan ke, baring ke, nak bangun pun sama. Nak kencing pun.. Berak belum lg tp mmg sangat menggerunkan bila aku pk camnela aku nak berak nanti..
Sakit2 ni suma.. Bergantung pada orang. Dapat dah aku merasa sakit bersalin normal n bedah. And I still prefer bedah even risiko dia lebih tinggi. Next baby, en suami, kita bersalin kat swasta pulak eh.. :-)
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Perihal beranak
25 Aug 2011 (khamis): Stat kol 1 sampai tido balik lepas sahur, sakit dalam 10-15min sekali. Memang xleh tido. Tp bila bangun pagi.. dah jarang2 gap sakitnya. Last check up kat hospital. Bukaan baru 1cm, sama cam hari selasa b4. Doctor lupa scan sb masa tu dah lambat n kelam kabut. Tapi, ikut scan ari selasa, berat baby dah 2.8kg
26 Aug 2011 (jumaat) : Dari kol 12 lebih sampai pagi, sakit jugak tp setiap 10min. Doc cakap, kalu sakit sangat n dalam 5min skali baru pi hospital. Siangnya.. Sakit jugak tp xde la kerap n sakit sangat. Siap kuar pi jalan kat OU ngan nisah n twins, dilah n aiman lagi. Dari tghari sampai petang berjalan. Harap2 bolehla cepatkan bersalin. Xmo kena induced ari ahad nanti..
Lepas bukak posa, sakit makin kerap, n setiap kali sakit tu.. lama. Aku bertahan lg tp nak tido tu rasa mcm nak kena pi jugak hospital. Sembang2 ngan Dalila, citer camne sakit suma.. Dalila kata tu mmg sakit nak bersalin, baik pi hospital.
27 Aug 2011 (sabtu) : Bila sakit pun dah almost every 5min, masa ni dalam kol 1, aku ajak en suami pi hospital. Aiman tgh tido, anto rumah mak. Actually masa tu aku pun still ragu2, dah sakit nak bersalin ke? Kang kena marah pulak sb bukaan kecik je or sama je mcm sblm ni. Tapi gamble je la.
Sampai hospital, daftar2 suma.. Wat CTG (cek jantung baby).. Dalam kol 3 doc check, bukaan 3cm. Tp CTG result mcm xcun sangat so diorg masukkan aku ke labour room. Supaya boleh monitor details n if ada problem, mungkin senang nak terus bersalin. lama jugak nurse ulang n ulang CTG, kejap ok, kejap baby tido la. Kejap pusing kanan, kejap kiri. Masa tu jugak sakit aku makin kerap. Bila CTG dah constant ok, dalam 5lebih, doctor cek, bukaan dah 6cm. Doctor pecahkan air ketuban dalam 5.30pagi.. Lepas tu, makin kerap n makin sakit. Bleh kata mengerang2 gak la aku tiap kalu sakit. Kol 6 lebih makin kerap, aku tgk jam, every 2min. Sakit makin kuat sebab ada masa2 nak terberak sangat. Nurse suruh tahan, katanya bukak baru 6cm. Jangan teran. Ada masa tu mmg xtahan sgt.. Last2 bila dah xtahan, aku sound je nurse tu sebab mmg sakit sangat. Then nurse tengok.. Terus kuar n aku dengar dia suruh panggil en suami. Aku ingatkan ada problem ke apa nak bincang. Bila dia masuk balik, dia cakap, kalu awak sakit lagi, teran je. Jalan dah bukak 10cm. Hah!! Terkejut giler aku.. Masa tu dalam 6.20. Teran banyak kali.. Sempat minum air 3kali sb dahaga giler, lutut menggeletar sebab sejuk tp berpeluh2 aku meneran. Nurse ckp aku teran xcukup panjang. Adoila.. Kalula nurse tu tahu betapa sekuat hatinyer aku teran. Kalu x, xde nyer aku nak mintak minum air. Sampaikan aku pujuk baby soh kuar. Alhamdulillah, finally kol 6.52am, baby pun keluar. Arghhh.. Memang mcm dah berkabur2 pandangan. Masa push tu, aku mmg dah terbayang nak soh nurse bedah je aku. Xdaya dah rasanya.
Bila baby dah keluar, nak jahit pulak. Memula mcm jr nurse, bila dia tengok, dia cakap dalam sangat.. dia xberani. Then sr nurse plak tengok, pun xberani jugak. Katanya nurse yg conduct aku bersalin tu potong dalam sangat. Siap ada lubang xtra lagi, muat masuk jari lubang tu! Bila dah cenggitu, ramaila nurse2 yg nak volunteer tolong jahit tp bila tengok, suma xberani. Doc yg ada, houseman, dia pun xberani. Katanya nanti dia call senior doc yg on-call. Aku pun ckp direct je ngan dia, panggilla orang yg berpengalaman. Xpe, aku sanggup tunggu. Almost 2jam la jugak, xde la diorg tinggalkan aku, sebab ramai yg datang tgk keadaan aku. Last2 datang sorg houseman yg baru masuk keje kot. Doc ni ala2 berlagak skit, ms aku datang sb bleeding tu, dia yg attend aku. Aku ckp lg, xpela, sy tunggu je la doc yg senior. Doc tu kata, bukan susah pun. Cuma kena tau mcm mana nak jahit je. Tengah dia siap2 nak jahit, doc sr datang n take over. Lega aku. Tapi malangnya, aku xtaula diorg dah bius ke x. Bila aku ckp sakit, diorg kata nurse dah bius. Tapi kalu 2jam lepas nurse bius, berapa banyak sgtla ubat yg tinggal. Memang sakit giler!! Seb baik ada gas apa ntah, keje aku menghisap gas tu je sambil jerit2 mcm org giler dlm mask tu. Seb baik doc sr yg jahit, cepat skit even sambil dia jahit, dia ajar doktor pelatih tu. Kalu doktor pelatih yg jahit, mau lagi lama n sakit.
Bila dah siap jahit, baru diorg bawak en suami n bb masuk. Tgk en suami je, terus aku nangis.. Huhuhu.. Sedihnyer rasa sakit bersalin. Masa tu kol 8.30 pagi dah.
Sebab katil kat wad penuh, diorang letakkan aku kat bilik standby kat labour room. Masa ni mula rasa sakit jahit plak. Nak gerak pun sakit. Sampai kol 4lebih baru aku naik wad.
Penat, sakit, sedih.. suma ada. Tp rasa gembira n bersyukur yg lebih banyak menutup suma rasa tu. Seb baik bb sangat baik, xbanyak kerenah. Xdela kerap nangis, asyik tido je. Minum susu pun 2x je kot sepanjang kitorg kat bawah. Aku try kasi pun dia syok tido gak.
Skarang, okla. Cuma xbest nak gerak. Jangan kata gerak besar mcm jalan ke, duduk ke.. Ni baru angkat punggung dah sakit sb luka n jahit.doc kata 2 minggu jugak.
Harini dah boleh balik.. Xsure kol brapa. Tapi okla, penat dok hospital ni. To Amni Malaikha.. Welcome to the world, to the family. Nanti kita balik jumpa abang Aiman. Jadi anak yg solehah ya.. InsyaAllah..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, August 25, 2011
O&G @ HSB
Sebenarnya setiap kali datang cni,mesti akan nampak menda yang sama
Arini orang xtra ramai dari biasa
Aku xkisah kalu suami2 nak teman wife diorg
Tapi aku cukup pantang bila tgk suami2 ni relex je duduk, dah ramai perempuan2 mengandung lain terpaksa berdiri sebab xcukup tempat
Nak jugak dok menempek sebelah wife diorang tu..
Aku xjeles pun tengok sebab aku tau kalu en suami aku teman aku, aku jugak yg mati kutu tengok dia xtau nak buat apa
Baik aku datang sorang je.. Tp itula.. Memang sakit mata tengok suami2 yg xde kesedaran sivik terhadap orang lain
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, August 24, 2011
Gimik lagi
Doktor kata, kalu darah yang keluar tp xsakit, xyah datang hospital lg. Aku pun tanya banyak gak, antara info yang aku dapat, kalu darah turun, insyaAllah xkan efek baby. Darah turun adalah preparation rahim utk bersalin nanti. Tp kalu darah banyak mcm masa period tu, kena la pi hospital.
Esok last checkup kat hospital. Boleh pulak kad biru hospital hilang.. konfem esok kena marah. Perasaan skarang macam2.. sebab dok tunggu bilala nak bersalin n yang lagi dok pk, camnela aku bersalin nanti. Normal ke.. Bedah ke.. Induced dulu ke.. Btw, sampai skarang pun stain tu masih kuar, tp mmg xbanyakla. Sakit pun datang kadang2 je.. bleh kata at least sejam, mesti ada skali. Tapi kurang skit risau la sb dah tau darah tu xbahaya.. tunggu betul2 sakit je.
Hopefully selamatla suma. Janganla pi hospital n kena balik semula sb xbetul2 nak bersalin lagi. En suami dah xsabar nak cuti raya awal. Hahaha.. Sb pi hospital tadi.. Aku dapat mc 3 hari!! Sampai weekend ni.. Okla, cuti raya awal bagi orang yang akan berpantang di hari raya nanti..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Monday, August 22, 2011
Craving for kuih raya
Hari ni plak, tetiba rasa nak makan kuih raya. Teringin makan kuih yg nipis, rangup, n coklat. Ada jugak tgk2 kat Giant, tp suma kuih xmenarik. So balik dari kk, singgah beli kuih tart tepi jalan ngan kuih siput. Kuih tart buat sendiri katanya, RM15 je kuih dlm 50++. Nampak cantik.. Hopefully sedapla.
Then pastu singgah plak amik toto kat dobi, sebelah tu ada kedai kek. Saja masuk tengok kot2 ada kuih yang berkenan. Dapat jugak aku beli lagi 2 jenis kuih.. Hehehe.. Ala2 coklat, nipis.. Cuma xtau rapuh ke x la. Tapi macam dah ilang dah kempunan nak makan kuih raya. Ni xmakan lagi.. Baru beli.. Hik hik hik..
Sampai rumah, Aiman sibuk soh bukak kiuh siput.. Bau mcm baru lagi.. Hopefully xde la rasa plastik or lemau. Yeah.. Ini malam kita makan kuih raya!!
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Thursday, August 18, 2011
X der citer
Friday, August 12, 2011
Pagi Jumaat yang Haru!
Sampai subuh tu, maid jiran dah tak datang. Sampai aku bangun pagi tadi.. tak dengar plak bunyi apa2 dari rumah sebelah. Biasanya pagi2 maid ni akan sapu sampah kat luar. Tak nampak langsung pun.. harap2 berjayala dia lari. Aku pun tak tau kisah yang sebenar, maid tu kata tak tahan, tuan dia pukul. Tapi luaran (aku nampak muka je).. takde la lebam2 ke apa. Tapi orang sebelah ni pun memang macam sombong.. tak kawan ngan orang. Maklumla.. ala2 berada jugak.. kereta bertimbun2... Dok landing2 sambil tidurkan Aiman n tunggu waktu aku sepatutnya bangun.. en suami plak kehilangan kunci motor. Mencarila kitorg satu rumah kat mana kunci motor.. memang rasanya Aiman main la ni semalam. Last2 en suami naik kereta.. dah kuar tu.. tetiba aku teringat kat motor mainan Aiman. Biasa motor tu ada kat bawah, tapi masa naik lepas sahur tadi, aku bawak motor tu naik masuk bilik sebab Aiman nak main motor tu masa aku ajak dia naik. Cepat2 cek.. memang ada dalam kerusi motor tu pun kunci motor en suami. Seb baik tak jauh.. dapatla patah balik.. kalu tak, mau kol 9 tak sampai opis lagi sebab jem hari jumaat di KL.
Dah last2 aku tak jadi tido pas sahur... sekarang.. ada sedikit mengantuk.. kalu ada orang kasi bantal ni.. tak sampai 5 minit dah boleh tertido ni. Aiman pun masa anto rumah nanny tadi, dah macam nak tido sangat dah. Tapi masih sempat telan 2 biji apam!
Selamat Hari Jumaat.. i'm so glad it's friday. Banyak keje nak buat weekend ni especially dalam mengemas rumah n barang2 bersalin suma....
Thursday, August 11, 2011
Apalah orang ni..
'Orang' yang aku maksudkan kat atas adalah customer yang datang keje awal sempena bulan posa nie.. pastu tepon orang lain kol 7.36 am!!!!!! Kepala hotak dia.. biasa aku biar je tak angkat, tapi special case 'orang' ni tepon awal pagi giler.. maka sengaja aku tekan button ignore. Biar dia tau aku sengaja tak mo angkat tepon dia.. Aku memang tak paham betulla, kot ye pun bulan posa, dia masuk keje kol 7am or 7.30 am.. perlu ke tepon orang lain seawal itu? Pk la skit...
"Orang" yang kedua aku maksudkan pulak ialah maid sebelah rumah. Pagi tadi masa siap2 nak keluar, tengah panaskan enjin keta.. dia panggil aku. Katanya nak mintak tolong. Cakap slow2.. aku pun dengar tak dengar.. katanya.. 'Saya mahu kabut.. boleh tak mintak tolong ibu bukakkan pintu esok setengah jam lima'. Hmmm... aku mcm blur2.. pastu baru teringat kabut = lari. Setengah jam lima? Aku tanya balik, 5.30 petang? Bukan.. pagi katanya.. Bukak pintu? Ya.. sy mahu kabut, mintak tolong ibu bukakkan pintu rumah, saya mau tumpang sekejap. Aku pun ye kan je la dulu.. nak tumpang rumah aku sekejap agaknya sampai cerah skit pastu nak lari.. tak pun nak tumpang aku pi keje sebab dia nak lari.. Sampai opis chat ngan en suami.. sangatla dilarang untuk membantu maid umah sebelah untuk kabut. Orang sebelah ni memang tak mesra sangat pun ngan jiran.. agaknya 'somebody' jugak kot.. siap ada postbox 'POLIS' lagi kat pagar dia. Pagar keliling rumah pun dia buat pagar batu, so memang tak nampak muka orang langsung lah.. Kalu terserempak pun, aku macam tak penah nampak pun diorg senyum ke apa.. orang gaji dia je la rajin senyum, penah gak tegur2 kata teringat kat anak dia bila tengok Aiman. Silap2.. kalu aku tolong dia, ngan aku skali dikira bersubahat bila tuan dia lapor polis. Agaknya maid dia ni nak lari sebab nak balik raya kot... Entahla.. tapi aku ni kesian gak tengok dia.. tp bukannya aku tau citer sebenar pun kan.. so better stay away from all this un-necessary problems.............
Tuesday, August 9, 2011
Ujian
Aiman pun demam n batuk n selsema.. Seb baik dah xdemam skarang, tinggal batuk n selsema je..
En suami pun batuk dari minggu lepas lagi..
Suma orang sakit, posa pulak tu.. Memang xtahan sebab sakit tekak.. Aku tau, Aiman pun sure sakit perut sb batuk sb ada masa2 aku tgk dia pegang perut bila batuk..
Ya Allah, bagila kami semua cepat baik..
Amin..
Sent by Amirah from my BlackBerry® smartphone
Panic Kejap..
Even dah tepuk2 perut.. ketuk2.. usap2..
and even aku dah masuk surau untuk baring sekejap tengok ada movement tak dari baby
Tak de langsung! Biasanya kalu aku baring, sure dia akan gerak paling kurang pun sikit, mungkin mencari kedudukan yang paling selesa..
Ni takde langsung!! Aku memang cuak giler.. risau, takut, suma ada..
Suma citer2 yang tak elok, yang buruk n yang menakutkan muncul kat dalam kepala nieh..
Terus cepat2 pegi hospital, Peah temankan.. ye la, takut kang tetiba kena bersalin, takde sapa plak ngan aku kat hospital nak maklumkan kat orang lain..
Dah masuk hospital tu, diorg buatla segala test, cek heart beat, scan n last skali wat doppler test..
Alhamdulillah suma ok, masa memula buat heart beat test tu, nurse kata baby tido..
Ok.. ibu sangat panic, baby pulak relex je tido.. sampai 2x nurse datang tekan2 kat perut aku sebab nak kejutkan baby..
Masa doc check, doc ckp.. 'boleh tak kalu awak tak posa'?
Hmmmm... itula masalahnya, sebenarnya posa kali ni takde pun aku rasa penat or tak larat giler
Paling tak larat pun, masih mampu lagi nak jalan2 pusing bazar ramadhan 2x..
So.. rasa mcm tak berbaloi je kalu aku tak posa.. tu yang skarang aku posa jugak
Then doc cakap, sb puasa, so baby kurang aktif.. dia pun banyak tido
Depends la kat aku either nak posa or tak nak.. tp kalu rasa baby sangat kurang aktif dari kebiasaan.. better bukak posa..
Lepas suma test.. baby ok, cuma doc tengok, baby pun mcm lapar jugak... ye la, masa tu pun dah kol 2..
Saluran darah yg membawa makanan ke baby pun ok, air ketuban pun ok, heart beat baby pun ok..
Sebab dah pi hospital pagi tu.. petang nyer appointment kat kk pun tak yah pegi, aku just singgah untuk amik appointment next week..
Appointment hospital utk esok pun tak yah pegi, doc kasi appointment next week jugak..
Then dapat mc.. tp sementara dok tunggu doc, check2 suma.. nampakla keadaan kat area kaw bersalin tu..
Hehe... masa Aiman tak sempat apa dah kena bawak ke OT..
So beberapa menda yang kena take note adalah antaranya bawak sweater..
Sejuk giler n ntah xtau camne cara aku bersalin..
So kalu induce or bersalin normal, sure kena tunggu.. jalan2 kat dalam tu sampai sakit betul..
Wahhh.. memang aku tengok diorg suma tunggu sampai masa yang betul2 nak bersalin tu..
Memang rasa penantian satu penyiksaan.. yang sakit nyer.. yang tak sakit2 nyer..
Apapun.. semoga Allah permudahkan aku nanti.. kesian gak kalu lama2 dok hospital, kesian kat Aiman..
Tak dapat nak peluk aku bila tido malam2.. nanti Aiman rindu kat aku..
hehehe.. Aiman rindu ke.. aku yang rindu nanti?
=P
Friday, August 5, 2011
Update
Sibuk sangat rasanya lately, apatah lagi bulan posa ni
Lunch time.. aku akan mewajibkan diri sendiri utk berehat dan seboleh2nya tido kat dalam surau..
Isnin pegi check up kat kk.. start minggu ni, dah kena pegi every week
Minggu ni jumpa doctor, ni kira kali kedua jumpa doc sepanjang visit ke kk
Alhamdulillah result diabetis aku ok, kira kali ni aku takde diabetis..
Even kandungan gula dalam darah pas minum air gula tu pun lagi rendah dari first time amik test ni..
Pastu doctor check, dia tanya aku.. 'Awak tak rasa perut awak kecik ke?'
Then dia cek2.. katanya ukuran baby suma ok.. tp mesin dia pun takde la macam canggih sangat kan..
Kasi surat refer ke hospital untuk check either aku boleh bersalin normal ke tak
Hari rabu, pegi hospital pulak.. seperti biasa.. memang ramai giler manusia dengan queue yang sangatla lama n panjang
Datang kol 9, aku jumpa doctor kol 12 rasanya..
Based on report doc yang bedah aku dulu, katanya aku boleh bersalin normal
So skarang tunggu je la bila2 tanda2 nak bersalin tu.. even pada awalnya aku rasa mcm nak mintak bedah je.. tp apa la salahnya kalu try tunggu kan?
Lagipun aku pk, kalu aku bedah, sure lama dok hospital.. kesian Aiman, dahla tak leh masuk lawat aku
Tapi tak dapat bayang jugak camne aku nanti bila dah rasa sakit nak bersalin
Apapun.. aku pasrah n berdoa je sekarang.. semoga nanti aku selamat bersalin n dipermudahkan..
Then doc scan.. memang kecik pun baby, berat skarang 2.2kg.. doc target mungkin masa bersalin berat baby around 2.5kg..
Rasanya ok je kot sb Aiman pun lahir 2.43kg.. memang gen anak2 aku suma kecik2..
So sebab baby kecik, paling lama tunggu sakit bersalin pun sampai minggu 40.. kalu xsakit lagi.. kena induce lah.. kalu orang biasa.. 40 minggu + 7 hari kalu tak silap aku doc cakap
Then sebab baby kecik jugak, aku kena pi cek lagi kat hospital next week, patutnya 2 minggu lagi tp sebab full appointment lagi 2 minggu.. so dia wat next week
Nak monitor progress baby..
Alhamdulillah.. so far aku dapat lagi puasa tiap2 hari
Tapi penatnya tu.. tok sah cakap la
Stakat dok opis je, boleh tahan lagi
Bila balik je dari bazar ramadhan.. memang dahaga giler
Bukak posa tu, minum air je pun dah cukup.. tak makan pun tak pe..
Ada la jugak aku minum susu supplement n air tambah tenaga
Alhamdulillah rasanya suma tu membantu jugak kot.. tp memang malam2 penat sangat rasa
Dengan kerja2 rumah lagi.. persiapan untuk baby n lepas bersalin lagi..
Nak kemas2 baju sebab nanti senang, en suami angkat je beg bawak pi rumah mak..
Yang tu masih tertunda lagi nak buat bila.. aku tunggu weekend la kot baru nak wat slow2
Rumah? Hmmm.. wat kerja2 rumah yang wajib je mcm basuh kain.. sapu sampah pun takde la kerap.. selalu sapu kat tempat Aiman wat sepah je
Mop? Hanya bila perlu sahaja iaitu kalu Aiman makan n tumpah bersepah pada kadar yang perlu mop..
Solat tarawikh.. wat kat rumah sebanyak mana yang larat je
Sebenarnya memang larat nak wat sampai 8 rakaat.. tetapi kadang2 tu tak sempat..
Bila dah siap suma.. plus Aiman pun dah tido, dah kol 11 lebih..
Solat isya' then wat tarawikh 4 rakaat, mata pun mcm nak pejam dah sangat2..
Memang takde la nak masak untuk berbuka.. biarla berbelanja lebih pun.. ni makan beli pun dah kelam kabut.. kalu masak.. pengsan!
Aku masak pagi je.. bangun kol 4.15 pagi.. masak sekali nasi bekal Aiman kat rumah nanny
Sahur biasa ala kadar je..roti ke.. nasi goreng ke.. tp aku selalu makan roti je pagi.. ngan cereal.. ni pun selalu penuh giler perut sampai nak muntah sebab sibuk sumbat air banyak2..
So next week, 2 kali check up lagi..
Aku harap biarla baby kuar minggu last posa.. sebab kalu boleh nak posa selama yang boleh
Then banyak lagi tak siap kemas!!!!! Kasi baby besar sikit kat dalam perut tuh..
Selamat berposa suma!!