Tuesday, September 15, 2009

TW Buka Posa 09

Biasanya.. buka posa kat hotel, tak pun restoran yang ada buffet. Tapi tu selalunya ada orang sponsor. Tahun ni.. tahun gawat, maka budget buka posa pun setakat di depan opis je. Tapi ok jugak, at least tak yah pi jauh2, bayar mahal2, senang nak semayang. Cuma kalu nak banding ngan kat hotel, makanan yang ada pun tak banyak pilihannya.
Segalanya bermula bila orang opis sebelah buat buka posa. Diorg memang tiap2 tahun pasang khemah depan opis. Siap pasang sampai depan opis kitorg lagi. N paling tak tahan, dah 2 tahun diorg bakar kambing depan opis kitorg!!! Depan pintu opis okey... yang mana, bila bakar tu, asap memang naik sampai atas.. berkabus opis ni. Orang yang dengar mesti rasa pelik, tp nila hakikatnya.. kira kalu dari atas ni ada cctv monitor orang kuar masuk kat pintu kan, dari cctv tu bleh nampak kambing tengah bakar. Memang teruk gak jiran kitorg ni, tak pk orang langsung. Seb baik tahun ni dia bakar kat tempat lain.
Ain selalu organizer buka posa tahun ni.. pi amik contact catering orang sebelah. Then selang 2 hari.. tadaaaaaa... kitorg plak buat buka posa gunakan catering diorg n menu yang sama! Hahaha.. cuma beza kitorg tak de PA system pasang lagu kuat2 macam diorg. Hai la.. bulan posa pun nak gaduh ngan orang sebelah kan? Hihihi.. bukan gaduh secara jelas, tapi perasaan tak puas hati n cakap2 tak puas hati tu memang sentiasa di bibir kitorg lah. Even kitorg pakai catering yang sama, takla sampai bakar kambing depan opis diorg.. khemah pun tak wat depan opis diorg. Sebab opis kitorang dah cukup besar, tak perlu tumpang opis orang lain! ;-)
So secara keseluruhannya, makanan dia ok la. Ada yang sedap, ada yang sedang, ada jugak yang tak sedap langsung. Laksa sedap, tapi tulang ikan menimbun. Dia tak tapis pun tulang tu. Karipap tak sedap langsung.. tp budak2 ni kata sedap. Makanan banyak lebih so abis makan suma orang pakat dok tapau. Aku pun tapau banyak, untuk mak skali.. then daging rendang plak wat 2-3 paket, nanti bleh makan ikut hari sampai balik raya.. Gambar tak banyak amik, sb suma sibuk makan!

No comments: