Best giler balik SP.. raya ketiga gerak dari BP.. reach Kota D'sara tengahari n lunch kat mcD, then balik rumah kejap panaskan enjin keta Satria. Sempat pulak budak2 kecik anak jiran yang tengah main buaian tegur, cakap nak beraya. Aku n en suami ni, masuk rumah pun tak. Stakat panaskan enjin keta je. Aku suruh diorg datang ari ahad.. pandai pulak menjawab budak2 tu. "Tak pe la kak, kalu tak leh datang beraya, kasi je duit raya...". Tak de maknanya.. budak2.. kalu nak duit raya, kena datang makan kuih raya yang banyak kat umah aku ni dulu..
Then gerak ke SP pulak. Luckily jalan tak jem langsung, keta pun tak banyak. Tp keta hala ke selatan memang ramai. Banyak jugak tempat jem, agaknya sb esoknya ramai jugak yang dah start keje.
Sampai je umah mak tok, ketupat pun baru siap direbus. Mak tok buat ketupat baru khusus utk kitorg. Mak teh pun buat rendang ayam baru.. Cuma lemang yang mak bawak dari ipoh je dah tak elok. Mak ngah dah balik perlis, tak sempat jumpa. Tp seperti biasa, rumah mak tok tetap meriah ngan cucu2 n anak menantu yang ada. Esoknya, beraya time.. berjalan umah tok tok sedara, dari pagi sampai petang. Malam dinner rumah pak su, sambil main bunga api n mercun. Paksu, biasala, supplier barang.. Meletup n berasap2 la kawasan rumah. Bunga api meletup2 berwarna2 macam kat klcc dah gayanya.
Plannya hari khamis nak balik kl. Tepon ni tak berenti berdering pasal keje. Bengang jugak tp nak wat camne, nama pun pekerja. Lainla company aku sendiri. Tp dok melepak n bermalas2an.. terus tunda balik kl ari jumaat. Sempat la lunch rumah mak teh n makan puree sedap buatan mak tih. Jumaat, gerak balik kl, singgah ipoh dulu. Tak sempat tido pun, setakat singgah n beraya rumah mak su (dijamu nasi), mak tih (dijamu bihun) and ayah chik (dijamu mi kari). Perut memang kenyang giler.. balik kl.. dah lewat malam, terus tido..
Alhamdulillah selamat sampai, jem pun takde. Agaknya ramai balik weekend kot. Waaa... baju banyak nak kena basuh.. rumah pun dah berabuk kena mop sb seminggu lebih la jugak tinggal..
No comments:
Post a Comment